Jul 20, 2011

Shamzy Fuzette abang kepada pelakon Shaheizy Sam di penjara



Bekas pelakon Samzy Fuzette iaitu abang kepada pelakon Zizie Ezette dan Shaheizy Sam serta anak kepada pelakon Khaty Fauziah Musa dan suami kepada Serinah Mohammad atau lebih di kenali dengan pangilan Diana. Kini berdepan dengan hukuman penjara dan juga sebatan kerana di percayai memiliki dadah 6 tahun dahulu. Hakim menjatuhkan hukuman itu pada hari Selasa lalu di mahkamah Majistret Ampang dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari itu.

Kalau aku yang membaca artikel berkenaan pun terasa sedih inikan pula ahli keluarganya. Tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan Kak D ketika ini. Manekan anak yang masih kecil lagi dan masih memerlukan perhatian kedua ibu bapa.Tapi di sebabkan kesilapan lampau anak yang masih kecil terpaksa di pisahkan dengan bapanya dalam tempoh 30 bulan. Kesiannya la pada abang , Cinta dan Arjuna.Ya allah besar sungguh dugaan yang Kau berikan kepada keluarga ini.Semoga kak D dan mummy Khaty tabah mengharungi semua ini dan apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Be strong ye sis and family!

Walaupun Shamzy Fuzette atau lebih mesra di panggil abang Ngah pernah melakukan kesalahan tapi itu mungkin kesalahan lame. Kita sebagai manusia tiada hak untuk menghukumnya. Jadi masyarakat jangan la menuding jari dan membuat spekulasi sendiri. Mungkin apa yang terjadi kini sebagai satu hukuman di atas kesalahan yang lepas. Ingat satu je! sekali kita buat salah bukan beerti salah selamanya.Tidak ada sapa pun yang sempurna di dunia nie dan terlepas dari melakukan kesilapan.Jadi beliau berhak untuk di berikan peluang ke dua.

Aku tidak la terlalu mengenali keluarga ini tapi pernah satu ketika dulu berurusan dengan kak D. Dan pernah juga beberapa kali ke rumah mummy Khaty kerana sahabat aku berkawan rapat dengan Sam iaitu Shaheizy Sam.So aku dapat lihat sendiri bagaimana kehidupan keluarga mereka. Sangat happening tapi apabila terjadi sesuatu yang menimpa ahli keluarga ini pasti keluarga turut merasakan juga keperitannya.Semoga kak D dan mummy Khaty tabah mengharungi semua ini.


Note : Alhamdulillah dapat juga aku mengatasi walaupun tidak pulih sepenuhnya. Ok la dari tadi kan.Naik juling jugak bijik mata aku lihat SR di serang virus ni.Mujurlah virus tue dapat di tepis kalau tak mahu masuk icu aku hari nie.huhuhuhuhu:(

4 comments:

Lelaki Ini said...

dugaan2...

Kakcik Seroja said...

Setiap kita memang tak pernah lepas dari melakukan salah dan silap...

[sutera kasih] said...

dugaan..semoga keluarganya tabah..

Sheherazade said...

ambil ikhtibar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign