Bila dah menunggu lame terasa kesian pula pada en.hubby kerana terpaksa menunggu..lame dowh dari kol 8 sampai kol 10.15 baru boleh jumpa doktor..sementara menunggu nama di panggil , aku just duduk je dan en.hubby pulak layan tv..
Seorang demi seorang nama di panggil..aku just tengok gelagat orang je dan sekali aku terpandang pada seorang wanita nie.. kalau lihat dari raut wajahnya seperti aku kenali sangat..nak tegur takut tersalah orang sebab setahu aku akak yang aku maksudkan tue tinggal di k.l , mana mungkin dia kan...Tapi bila di fikirkan balik dia memang berasal dari kelantan..Hrmmm aku masih ragu² lagi..
Masa giliran nama dia di panggil , dia membawa suaminya bersama.. Bila terpandang suaminya baru aku dapat pastikan yang wanita ini aku kenal sangat..selepas akak tue berjumpa doktor aku terus menegurnya..Dia pula seolah seperti mengenali aku tetapi cuma tidak berapa cam..Mungkin time dia mengenali aku dulu aku seorang yang tidak bertudung..naw memang aku totally different dari dulu...
Aku pun cuba flash back balik siapa aku..Just say adik Elin isteri kepada abang Nadzri bekas anggota Raihan..Terus dia pengang tangan aku sambil berkata masyaallah macam mane boleh jumpa di sini...aku pun story mory la dekat dia , now saya dah menetap di kelantan..dah hampir 3 tahun pun tapi kecek kelate x pandai lagi..suko akak tue....
Selepas itu dia minta untuk bertukar no dan memperlawa aku untuk ke rumahnya di pasir putih.Menurutnya mereka sudah menetap di kelantan selepas ayahnya meninggal dunia...Akak yang aku maksudkan adalah isteri kepada salah seorang anggota kumpulan RAIHAN iaitu isteri kepada abang Amran..Masa aku jumpa kak Fatimah nie masa tue aku baru belasan tahun lagi dan dia pun baru saja mendirikan rumah tangga..Now dah nak masuk anak ke 5 pun..Lame x lame la x jumpa..Tapi tue la kecik je dunia nie , dengan x sangka boleh jumpa dengan keadaan seperti tadi..suka sangat...
suami kak fatimah dua dari kiri...
11 comments:
jadi adik beradik amy ada yang kawin dengan kumpulan Raihan??
kenapa k,ayu baru tau?
mmg tak snagka kan.. pertemuan selalunya dgn izinNya pasti menjadi 1 saat y indah..
tahniah sebab bertemu lagi dengan kak fatimah
adik ipar artis berjumpa dengan isteri artis...he heee...
tapi memang best dapat jumpa kawan lama kan...
kecik nyer dunia
dunia ni kecik ja kan
jodoh ditetapkan ALLAh untuk Kak amy jumpa akak fatimah macam tu.. agaknya kita dua cemana lah kak yer..
Kak amy, nak tny.. Galaxy tab 10.1 akak ade jual jugak kan?
wah biar betol
awak mmg adik ipar nazrey raihan la kirenye eh?
huhu
kakak amy isteri nadzri??tak brape nk jelas la....aku minat sungguh kat raihan ... satu2 nye kumpulan nasyid yg aku minat
:),tak sangkan kan
amy mengandung ye?tahniah dear
kadang macamtu kan? kita rasa macam pernah jumpa, tp tak ingat dimana
nak tegur segan, tp kalau tegur salah orang pun mungkin tak apa
sbb bila menunggu lama lama ada kawan berbual tidaklah terasa lamanya
harap suami amy sudah sihat sepenuhnya
lamanya amy x jumpa dia...huhu..
mmg seronokkan jumpa kenalan yg dah lama x jumpa..
assalamualaikum....
Lepas ni kita boleh kenal rapat2 lagi yer amy....hehehe
sebabkan sebenarnya saya pun kenal dengan Siti Fatimah atau dalam keluarga kitorang panggil dekmah....dekmah ni adik kepada biras saya yg sulung....kak siti mariah...anak dia semua baya anak2 saya cuma saya belum ada yg ke-5....hehehe
Post a Comment