Jul 20, 2011

Blogger Amizudin Ahmat di saman 300 ribu




Berita Harian - KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini (semalam) memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin,sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.

Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol majikannya.

Berita selanjutnya boleh baca di SINI. Tindakan susulan oleh blogger Amizudin


13 comments:

ahmad humairi said...

Kesian rakan blogger kita tu...harap kita sama-sama memelihara etika berblog...

minta maaf boleh kot.
ianya mudah namun sukar dimengertikan.

Anum said...

kena berhati-hati dalam penulisan blog kan

zaidah said...

entahlah...tapi klu tak ade angin takkan pokok bergoyang..cuma kita ambik iktibar....sebagai blogger kena berhati2 ketika menulis...

eStokis L'arome said...

coment anda dibalsa disini http://zulzol.blogspot.com/2011/07/katy-perrys-perfume.html?showComment=1311064514397#comment-c1199225976608091725 usyah2 la....

Azlina said...

blogging kena hati2 jugak...takut

Anonymous said...

amy,
camne nak bg header tu rapat dgn entry..
jenuh dah MDT buat tp tetapppp jugak jauh..

boleh ajarkan tak??
tq in advance :D

nurkass said...

mang ai..
beratus ribu tu..adehh

Munn Jaafar said...

segala benda nak saman skrg nih..

sW33tdARLiNG said...

aiyoo... ini sudah masuk isu politik...

Kakzakie Purvit said...

Kebenarannya hanya Allah jua yg tahu....

eB said...

MASYALLAH

Sheherazade said...

kena hati2

Panglima7 said...

Kasihan blogger Amizuddin. Bukan dia yang tulis entry tuu...dia cuma addkan dalam blog dia aje. Entry tu ditulis oleh blogger kuat UMNO sendiri iaitu Rocky Blue dan dimuatkan didalam Akhbar Harakah. Tapi Menteri ini menyaman Amizuddin, nickname dia Sharpshooter. Samanlah Rocky Blue yakni penulis asal dari Partinya Sendiri. Bukankah itu memberi maksud yang UMNO memang berniat Jahat-Malafide kpd blogger Pakatan Rakyat? Memang angin satu badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign