Cinta Hati Aku dunia dan akhirat..
As'salammualaikum...
Lewat pagi nie aku update entri! Nie semua gara² kejadian malam tadi la.Huwaaa!! aku sedih korang bangun pagi nie pun mata aku bengkak akibat terlalu banyak menangis semalam. Tak tahu nak cakap macam mane dan tak tahu juga macam mane nak meluahkan. Tapi serius apa yang terjadi semalam sedikit sebanyak mengganggu emosi aku.
Sudah hampir 2 tahun lebih aku mendirikan rumahtangga bersama en.Amirul. Selama tempoh masa itu tidak pernah sekali pun en.hubby memukul aku , apatah lagi meninggikan suara. Kalau setakat marah² manja tue biasa la. Selalunya en.hubby seperti air mudah sejuk dan aku pula seperti api murah terbakar dan panas. Tapi berbeza dengan apa yang terjadi semalam.Aku di pukul! di pijak sampai badan aku jadi lemah tak bermaya. Darah mula mengalir dari hidung dan mulut aku. Apa salah aku sampai en.hubby buat aku begitu.
Aku tahu sejak dua menjak nie en.hubby terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan hampir setiap hari dia akan pulang lewat ke rumah tapi jangan la sampai lepaskan tekanan tue kepada aku. Ibu bapa aku sendiri pun tak pernah buat aku macam tue. Di mana perginya kasih sayang dan cinta yang selama ini sering di ungkapkan di bibirnya. Ya Allah besar sungguh ujian yang Kau beri kepada hamba mu ini.
Air mata aku mula membasahi pipi! Mengalir deras seperti air terjun yang tinggi. Aku merayu dan terus merayu agar tidak di perlakukan begitu. Kalau perlu aku sujud aku sanggup sujud kakinya.Maafkan aku kalau ianya berpunca dari diri ku tapi jangan buat aku begini. Aku hanya insan lemah yang tidak mampu berbuat apa². Sambil teresak² dengan nada suara yang tersekat².En.hubby langsung tidak menghiraukan aku. Dia hanya bersuara sambil membelakangan aku.
Korang tau apa yang terjadi lepas dia balik kan muka kepada aku. Aku yang mengerang kesakitan tunduk dan terus merayu dengan tangan memegang kedua kakinya. Sebaik en.hubby memalihkan mukanya kepada aku. Sekali aku terpandang , Ya Allah sapa kamu! Terus aku tersentak dan terjaga dari tidur dengan air mata yang masih mengalir di pipi. Uish!! ngeri sungguh la mimpi aku nie. Kenapa tadi macam muka en.hubby sekali bila dah toleh nampak macam muka seekor binatang bertanduk.Terus aku terfikir akan gangguan telifon misteri baru nie yang membaca mentera tue. Subahanaallah x akan ada kena mengena pulak! Terus aku lihat handphone , ada tertera 2 missed call no yang sering menganggu aku tue. Now fikiran aku masih memikirkan mimpi malam tadi. Adakah ianya sekadar mimpi atau sebaliknya. U all rasa macam mane........
Note: Sian en.hubby macam mane boleh bertukar jadi garang begitu pun tak tau la hahaha.. Tapi x sesuai ok! dia seorang yang sangat cool , x pernah marah apatah lagi nak cari pasal dengan orang.Apa la punya mimpi lain kali pakai muka orang lain la. Saja mengusik dan memujuk diri agar tidak terlalu memikirkannya...Mood tonggang langgang..
32 comments:
wat saspen jerk.. ingtkn betul.. hihikkk
uish igt betul2 td, seram nk bace, rupe2nye mimpi sajo..hehe
tido x basuh kaki kot malam td.. =)
muhahahahahaaaa..
tahu dah mesti cerita mimpi punya
tp kadang bila kita mimpi tu rasa macam bebetul je kan amy ;p
sedihnya..hehehehe...buat saspen je
kalo mimpi kena patuh ular bgs tau ;p
panggilan baca mentera ? takot lak...
tengok muka asben amy pun dah tahu, tak mungkin dia tergamak buat mcm tu.
Kadang2 mimpi ni satu petanda juga, tapi mimpi biasanya mainan tidur.
Kalau amy rasa takut, cubalah bertanya kepada yang lebih arif, mana2 ustaz atau orang yg lebih tua...
suspen lak akak bace..huhu
mimpi ajo tu..xde kaitan
yg ade kaitan ialah..terminate no lama tu..buat no baru..baru pemanggil misteri xle call dah..
adesss..kahkahlkah..mimpi je kot..moga takde apa2..just mainan tidur..:)
mimpi itu mainan tidur..
berdoa sahaja ia tidak berlaku..
dasyat juga mimpi tu..hubby pulak penah mimpi bunuh sarah sbb curang..ngeri betul
Sarah-Najwan : Nak terminatekan number tue susah sikit kak , kak mostly sedara mara dan kenalan rapat serta client yang close dengan amy tahun number tue..so bila terminate number tue sikit sebanyak akan menjejaskan amy nanti. Hope pihak berkuasa akan mengambil tindakan la.
memula aku baca aku dah tau ni bkn kisah sebenarnye ... tak mungkin akan aibkan suami die ....
bab mimpi tu kadang tu ..ia adalah petunjuk dr Allah... aku cadangkan ko pegi jumpa org yg pandai ilmu agama tanya pendpt dan cite sekali pasal misteri called tu ... kadang ade manusia ni yg dengki ngan kite .. risau aku bila tau mende cam ni ..aku tak nak pepe terjadi pd ko ngan suami ko ....
aku doakan semoga Allah lindungi ko dr musibah dan kejahatan ...
mimpi tu mainan tidur tapi kekadang mimpi tu sebagai petunjuk untuk kita berhati2...better amy jumpa ngna ustaz atau yang pakar tentang perkara berkenaan....
Terkejut cik semut... suspen sungguh.. sebelum tido bace2 la surah mana patot, zikir2 skit... yakin dgn Allah.
Kakak baca saja dah agak mesti mimpi atau saja AMy nak gurau. Kakak tak percaya walau sebesar kuman Amierul buat macam dlm mimpi tu.
wat suspen je amy nih
mimpi dr bisikan syaitan mungkin..b4 tido bce surah 3 qul dan ayat kursi..yg pasal pangilan misteri bace mantera tu..serammya..
ingatkn cter betol2... nak cadang wat report polis... amalkn minum air bacaan yassin sebelum tito, insyaAllah x de yg kacau daah- saalaam kenal dr gadis butterfly... ceria2 selalu :)
kalau btol2 nih,serammm!!nasib baik mimpi
ishhh akak ni.. seram sejuk adik bace tauu... tak mao lah gini..
saya harap dpt isteri mcm suami awk...sejuk jer :)
” Nizam Ijam Dot Com”
Ya Allah kak...meremang bulu roma awe bace tau..mimpi buruk adalah mainan syaitan..utk menakot2 kan dan melemahkan semangat manusia kak...
insyaAllah kebahagian adalah milik akak :)
memula baca pun dah agak mesti mimpi,cuba cari jalan agar tak diganggu oleh pemanggil misteri tu lagi eh..
innalillahiwannailahirajiun.....
dasatnye mimpi amy...
cma x penah lg mimpi camtu..mntk djauhkan..
nauzubillah...sib baik cuma mimpi jer..
huhu...
mimpi selalu jadi sebaliknya....
dijauhkanlah dari benda yg tak elok kan...
kadang kala.. mimpi itu petunjuk.. cuba la bertanyakan orang yang lebih arif..
kak amy!! ish...suspen gila baca..
hampir2 call talidera td...nk laporkn kes kak amy kena dera..hehehe
Akak dah dapat agak dah...ni mesti mimpi lagi.....
jangan percaya pada mimpi amy....syirik.
cik LOLA singgah sini..
haha..mimpi rupenye..mainan tido la tu..
basuh kaki ye sblm tido..haha
singgah la sini
http://kasuttinggiakuh.blogspot.com
uish. takut la dengar cerita akak ni. senang2 akak tukar jela num tu. pastu selalu amalkan ayt2 pendiding. lepas semayang amalkan baca surah Fatihah. ayat2 qursi. 4 Qul. mathurat pon kalau boleh jgn tinggl amalkan tiap2 hari. :)
ni sy tau dari darussyifa' :)
menakutkan btl,dear jage diri ok
semoga kita dilindungiNya..Amin
Post a Comment