Mood pagi nie agak mendom sikit! Kepala kusut memikirkan sesuatu. Entah kenapa selepas aku pick up phone semalam sampai ke hari nie masih tertanya² , siapakah dia? apa yang dia mahu? Apa motif dia buat macam tue. Soalan demi soalan bermain dalam kotak fikiran aku. En.hubby dah pesan jangan fikirkan sangat! Just ignore tapi aku nie je sibuk nak fikirkan juga.
Macam mane aku tak fikir dah hampir sebulan aku sering di ganggu panggilan misteri. Bermula dari aku out station hari tue sampailah ke hari nie. Tiap² malam aku di ganggu. Masa mula² tue budak misteri nie just call tak bercakap. Bila dah kerap sangat jadi aku malas nak pick up dah. En.hubby pun dah pesan jangan angkat kalau dia tipon just of telifon bila tido.But aku pulak kalau nak of tipon nie masalah sikit. Aku risau kalau ada perkara mustahak terjadi tengah² malam! orang nak call x boleh. So aku silentkan saja telifon tue.
Dia akan mula call aku dalam pukul 12 , 2 , 4 dan 6 pagi. Setiap malam pada waktu yang sama. Kalau tidak 4 missed call, 2 missed call tapi masa dalam waktu tue la. Aku dah malas nak fikir dah sebab aku anggap nie mesti ada orang saja nak kenakan aku tapi pelik sapa. Sebab aku tak ada bermusuh dengan sapa² pun. Sampai la petang semalam no misteri tue call aku lagi. Kali nie aku nekad nak angkat dan bersuara sebab mungkin dia rasa gangguan di malam hari aku tak layan so dia ganggu sebelah siang pula. Masa aku jawab panggilan yang pertama tue , aku diamkan diri dulu untuk mendengar keadaan sekeliling di sana.Tapi hampa sebab x de dengar sebarang bunyi pun.So confirm budak nie berada di rumah.
Untuk panggilan kedua aku mula bersuara. Aku tanya sapa kau nie ha! apa kau nak sampai ganggu aku tiap² malam.tak dapat malam siang pulak.Pertanyaan aku di jawab. Aku meon katanya dari johor. Suara tue suara lelaki! Terdiam kejap aku sambil berfikir suara siapakah ini. Lepas aku tanya lagi budak tue terus letak telifon. Kemudian tak sampai 2 minit dia call semula. Kali nie dia x bercakap tapi aku bersuara apa masalah kau nie ha! kau ingat kau buat macam nie aku takut. Bersiap sedialah kau berdepan dengan penguatkuasa. Aku akan buat report polis. Terus dia bersuara lagi. Nak kenal saya meon terus dia letak telifon. Lagi menyirap darah aku. Aku tahu itu bukan nama dia² sengaja sebut nama tue. Dalam hati nak ketawa pun ada . Kalau ia pun nak menyamar letak la nama sedap sikit.Begonggggg!!!!
Pagi nie dia call lagi tapi kali nie bunyi macam semacam.Bunyi macam baca mentera.Terus aku cut line. Sapa orang nie kenapa dia buat macam nie. Uishhh!! seram pulak aku.Lagi pelik dia call aku pada nombor personal aku padahal x ramai orang yang tahu nombor personal aku melainkan nombor kerja. Sekarang nombor kerja dia tahu dan nombor personal aku pun dia tahu.
Korang rasa apa perlu aku buat. Nak buat report polis dia pulak x de mengeluarkan perkataan yang terancam. En.hubby pulak suruh aku ignore je tapi aku risau kalau² aku ada kerja luar dia datang menganggu ke atau buat perkara tak baik. Tapi yang pasti perkara nie terjadi selepas aku berjaya mendapatkan tander projek hari tue tapi tak tahu la kalau ianya satu kebetulan je sebab beberapa bulan lepas pun aku ada juga dapat gangguan telifon.Tapi selepas di minta rakan cuba check akhirnya berjaya di kesan.Rupanya budak lelaki yang berjiran dengan aku di k.l dulu. Motif dia sebab lepas kahwin aku dah sombong x nak jawab mesej dia. Tak masuk akal kan! Sekarang timbul lain pula.. Aduhai serius aku risau la!
No Misteri tue!
36 comments:
buat report polis jerk...kes dengki la tu
buat repot je sis
kalau anum suh hubby sound je
REPORT POLIS AMY... KITER X TAQU NIAT DIER. TAKUT GAKS
cer tukar no fon len...kalo masih ad gangguan report je polis
buat report je kak.. walau takde msj mengugut.tapi tu dah dikira menggangu tu.baik berhati2.mana leh ignore je
Miss Normala : nak tukar nombor payah la sebab amy berniaga sebab tue amy x tukar kalau tak dah lame tukar...
report polis je sng....skg ni kacau pkai fon....t dtg dpn2 lak...haaa....
Anum : Husband amy bukan jenis nak sound² nie dear.. dia tak suka cara macam tue paling kuat dia suruh ignore je..namun nak bertekak sama sekali tidak.
EB : Tue yang merisaukan amy tue...
H.J : Nak report polis nak cakap apa sebab dia x de mengeluarkan perkataan yang terancam pun..
tengok no. macam kl nyer...better buat report polis ajelah amy...at least sediakan payung sebelum hujan..
assalamualaikum sahabat..
lama tak berkunjung ke sini..semoga sahabat sihat sejahtera ya...terima kasih kerana berkunjung ke teratak saya walau saya lama menyepi...
amy akak pernah jugak kena ganggu gitu dulu dululah
masa bebujang(,")
amy nak tahu akak buat camne|?
pasanglah lagu ke ayat orang baca quran ke kekuat lepas tu letak telefon kat situ
lelama dia bosan gak nak ganggu lagi.
Yg pasti org itu sebenarnya Amy kenal, sebab itu dia tahu kedua-dua no el Amy. So ikut kata Amirul just ignore it...
eii..giler ke ape org tu yee..tkt juga dah la amy selalu out station..report polis la amy..tkt lepas ni dia berani ganggu secara live pulak
salam kenal kembali..thanks singgah blog nana...anyway..jgn di layan panggilan macam tu k..takut nanti kalau layan makin menjadi plak..hehe
Setuju ngan sayang-sayang ibu...dia call, hangkat....toksah denga...yokannye bisu.
ishh..
bahaya ni..kurang ajar betul pemanggil tu..kena siasat tu dear..
abaikan..tp utk keselamtan repot polis..kata ada org mngangu ketenterman..kih kih..tk pun g jumpa bomoh..kih kih
report pun ok je kak..sebab mmg salah die mengganggu ketenteraman awam
uikshh..org mcm tu serius ley myakitkan hati wooo....skit jiwa..
p/s: da no tepon tu..jom serbu no dia, pas tu wat m.call2x smpai dia tension..pas ni kompom dia yg tukar no dulu hahahahaha~
tukar jer num phone kak. kalau dia ganggu lagi buat la laporan polis
bahaya tue...cuba suruh kawan check no tue..takut plak dengar dia ada baca mantera tue..lain kali tak payah angkat la..
tq singgah komen dan follow kat blog
salam kenal
ore qlate jugok ruponya,hehe
uih, bahaya tu sampai ada waktu khas duk kacau
macam-macam la org skang
be careful ok
hambekkk,..bgus kak pblish dat number,.biar die kne,.ade plk kacau kul 4 pagi,gile ape,.
Assalam amy....ini lelaki miang nie yang telepon amy malam malam buta. Asal dia dengar suara amy....dia dah seronok dah. Physko mamat nie. Report Polis...biar polis selidik siapa tuanpunya nombor ni dan buat tangkapan atas sebab menganggu ketenteraman dan keselamatan. Selagi tak buat report Perkara nie tak akan selesai. Polis contact ajer....celcom ke maxis ker....kejap jer dah tahu siapa orgnya ini. sekarang dia kacau dalam telefon...akan datang lagi panjang langkahnya kalau di ignore atau dibiarkan.
klu dah kita marah2 dan suruh jgn call lagi...mmg tak paham bahasa budak tu... report jelah amy....takut juga ...
saya lah meon itu..kihkih...ke ni pak meon dalam cerita P Remlee tu...
erkk, serremmm akak :P
akak rasa kan , meon tu miong :)
p/s : dik bday 23/7 ke? sehari sblm bday hb akak :P
salam sama la kita ana pun pernah gak dpt panggln misteri nie..dlm kui 2pg dia selalu call..selalunya ana ignore jer..wat tak taw..lama2 dia bosan xtel dah la...no yg tak taw kita jgn duk melayan..jd melampau
kakak sy pun jadi mangsa jugak...dia kol ckp dia ikut kakak sy blk umah dh 4 kali n dh amik spentot kakak sy la apa la...kami tgh trace no phone tu
tukar nombor lain..pastu bgtau kat kwn2 amy yg patut tahu nombor baru amy..
takutnya sis..huhu..sis wat repot je taw..nana pun ada org kol tadi..ntah sapa2...cakap member sekolah nana..tak kenal pon
Assalam..
Kat h.phone boleh block kan mana2 nombor yg kita x nak?
Kalau byk kali sgt call mmg betul2 menggangu tu..elok report je utk detect siapa pemiliknya
harap2 cuma gangguan biasa ler amy ek..takut jugak baca, risau kalau ada niat x bagus. ikut ler saranan mereka tu report polis ler lagi baik.
hati2 yea, dear...
hubby ada try x col no tu????
ada org jawab x?
oomang aiii..giler la org2 zaman sekarang ni..kalau berlanjutan kena report ni..
mcm2 hal la sekarang ni,xde keje lain ke
dear jage diri ye
Post a Comment