Jul 18, 2011

Lagak seorang wanita bertudung merokok di pagi hari



Gambar sekadar hiasan
Kredit uncle google

Story last week!

Last week masa otw ke hospital aku ada terlihat seorang wanita bertudung menghisap rokok di dalam kereta. Aku boleh terpandang pun sebab time tue aku berhenti di traffic light dan kereta aku bersebelahan dengan kereta dia. Aku pun terus bersuara dekat mil dan fil yang turut sama menemani aku. Mengeleng kepala aku sambil berfikir kenapa la suami dia tidak larang. Confuse dekat situ!

Sesampai di hospital HUSM aku terus mendaftar seperti biasa dan setelah selesai aku terus menuju ke bahagian klinik yang aku dapatkan rawatan sebelum nie. Sementara menunggu doktor tiba , aku seperti biasa menunggu sambil membaca majalah yang ada di situ. Tidak sampai 10 minit wanita yang aku lihat merokok tadi duduk di hadapan aku. Mungkin dia pun ada temujanji dengan doktor. Tapi menjadi persoalan kepada aku. Kalau wanita yang hadir ke tempat ini semuanya ada kaitan dengan sakit puan tapi wanita nie kalau dah tahu ada masalah kenapa pergi merokok! Uish pelik sungguh la.

Dalam sedang memikirkan wanita itu tiba² kedengaran nama aku di panggil. Check up pagi tue agak merisaukan aku , risau kalau² keputusan yang akan di beritahu doktor itu sama seperti dua bulan lepas. Setelah hampir satu jam aku perolehi keputusan. Tapi yang mengejutkan aku. Kesemua doktor yang pernah handle kes aku ada. Korang bayangkan la 5 orang doktor mengelilingi aku mahu tak cuak. Last masa dah buat check up dan setelah di teliti ketumbuhan yang sebesar 4.8cm itu sudah tiada dan hasil pembedahan kecil tempoh hari berjaya menghapuskannya. Syukur alhamdulillah lega sangat apabila mendengar keputusan doktor itu.

Bila dah selesai mengambil ubat aku terus menuju ke mydin kerana mil dan fil menunggu aku di situ sambil mereka membeli barang dapur. Tiba di mydin aku tidak boleh bergerak terlalu banyak jadi just dok lihat kedai jam di situ. Bila dah masuk kedai jam terjadi la satu agenda lain. Nak tahu apa tunggu di entri akan datang hehehe...


18 comments:

yanamib said...

haish ada sambungan lg cite ni..haha br eksaited bc =)

kurus said...

hermmm yg pasti akak x suke perempuan merokok , walau atu saudara merokok .. tapi mereka merokok bila mereka dah tua nie .. masa mude2 mereka x merokok punn .. tu yg akak pelik .. huhuhu

Kakcik Seroja said...

Ada sambungan pulak? Suspen ni.

Alahmdulillah, ketumbuhan itu dah tiada lagi. Semoga kesihatan Amy semakin baik. :)

IMA SALSUZAIMA said...

nampak tak senonoh plak pempuan merokok..

Fazleyatul Aini said...

uiks ada sambung, cepat2 x sabar nak tau. hehe

Sarah Syazwani said...

ape pulak agendanyer..jumpe lg ke ng pompuan?? ishh x sabar nk tgu sambungan

Unknown said...

agaknya kalau prmp merokok ni cun kot...sbb lelaki merokok baru macho...tp sebenarnya sy x merokok, itu pendapat org shj...

nurkass said...

salam dear..
haihhh..ari ni kena curi2 BW..
jgn byk bergerak..tk care tau..

eima said...

mmg slalu dah aku nengok org pompuan ni merokok ...pelik la nape tah diorg nk merokok ...

muka diorg nampak bangga bila dok menghembus asap ....

Rara Farah said...

sambungan??huhu...baru nak sampai kemuncak pembacaan...aduh

eMMe said...

Amy, cepat sambung entry baru, heeee....

Bunga said...

aduh..nak baca sambungan dia..ehehe..

tapi sekarang dah ramai wanita merokok..

azwa amani said...

buat saspen jer akak ni... hehehe.. ape jadi kat kedai jam ???

mrs kayrul said...

tak sayang nyawa ker perempuan yang hisap rokok tue???....

Bionic women said...

laki dia x sayang bini kot..hehehe.
sebab tu dia x larang.

amy ada fibrod ke endo?
Semoga pasni ada rezeki dapat baby yea..aminnnn

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhu..percaya x duu cma merokok??
JAHIL sungguh time tu..
skrrg..say no to rokok..mmg xde pekdahnye pun...
alhamdulillah...BERSIH!

ketumbuhan ape yg dibuang tu amy?
apepun..take care ye dear..

ozzy said...

Assalam..

Zaman skrg ni kdg2 yg x dijangka mcm2 blh kita tgk selain dari merokok

Sheherazade said...

xsuke asap rokok,benci

tp hubby pia merokok,huk2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign