Ada rakan blogger yang bertanya kenapa susah benar untuk mendapatkan Buffered Earning walaupun blog sudah di update tapi Buffered Earning (BE) Nuffnang masih tak muncul juga. Dan persoalan inilah juga yang sering bermain di fikiran aku sewaktu awal² berblogging dulu. Aku yakin korang pun sama kan? Pernah juga aku tersilap dan salah faham di antara campaign dan Buffered Earning (BE). Iyelah time tue aku baru nak belajarkan! Cari punya cari , selidik punya selidik akhirnya aku temui jalan penyelesaiannya. Macam² cara juga la aku buat untuk mendapatkan BE nie dan alhamdulillah akhirnya berhasil. Jadi hari nie sekali lagi aku nak sharekan tips dengan korang semua yang mana masih tertunggu² akan kemunculan BE Nuffnang nie.
- Usia blog juga memainkan peranan untuk sesebuah blog itu mendapatkan BE. Kalau usia blog korang masih baru dan kurang dari 3 bulan jangan la pula korang melatah ke apa kerana pada masa tue Nuffnang masih sedang mengumpul data tentang blog korang. Data yang aku maksudkan adalah dari segi traffic. Pihak nuffnang nak lihat akan kestabilan traffic blog kita dalam tempoh itu. Ada setengah blog tue hanya mengambil masa 2 bulan je dan ada juga yang memakan masa hampir 6 bulan. Jadi kena sabarrrr sikit!
- Pastikan korang berstatus Glitterati! Kalau selain dari status yang aku nyatakan nie memang payah la korang nak dapat BE. Status Glitterati nie ibarat seperti anak emas pada Nuffnang dan hanya mereka yang mempunyai status ini sahaja akan di beri keutamaan berbanding status ordinary (kira seperti anak angkat). Jadi Status nie sangat memainkan peranan penting
- Bila status glitterati dah ada, jangan pula korang pergi letakkan iklan ads lain melainkan Nuffnang dan Google sahaja. Bila korang meletakkan iklan berbayar lain sama seperti korang memadukan Nuffnang dan ia boleh menjejaskan status glitterati korang. Bila status korang terjejas maka peluang untuk korang mendapatkan BE pun sukar. Jadi jangan cari pasal ok!
- Iklan Nuffnang pula haruslah di letakkan di tempat yang strategik dan mudah di lihat oleh pembaca. Ingat pembaca yang menentukan berapa banyak nilai RM yang korang dapat. Jadi jangan amek mudah ok!
- Pastikan korang sentiasa update survey form sekurang²nya sebulan sekali.Kalau macam aku seminggu sekali aku pasti akan update survey form.Tapi semua tue terpulang pada korang kalau dah malas sangat sebulan sekali pun dah ok.Lepas tue pastikan korang menjawab dengan sehabis baik sebab bila korang jawab sehabis baik maka semakin cerahlah peluang korang untuk mendapatkan BE.
- Blog pula kalau boleh sentiasalah berupdate sekurang²nya 1 entri sehari pun sudah memadainya.Tapi kalau rasa nak traffic blog korang tue naik mencanak jadi buatlah entri sekurang²nya 3 atau 4 entri satu hari. Baru berbaloi hasilnya.Tapi kalau blog korang jarang berupdate maka tak adalah orang yang datang singgah membaca dan pihak Nuffnang pun tak nak la bazirkan duit pada blog yang tiada pengunjung.Rugi ow...
- Last sekali traffic blog. Korang kena sentiasa pastikan bilangan unique visitor (UV) blog korang stabil. Actually korang tak perlu dapatkan 300 UV sehari pun tapi cukuplah dengan menstabilkan UV blog korang setiap hari. Jangan pula hari nie traffic blog korang macam gunung Everest , esok pula dah macam bukit Kepong lusa pulak dah macam tanah Rata Cameron last langsung x nampak apa. Kalau macam tue memang payah la.
Ok cukup dulu sampai di sini kalau ada sebarang pertanyaan jangan malu jangan segan bertanya. Kalau aku boleh bantu aku akan cuba bantu tapi kalau sebaliknya aku akan cuba dapatkan info dari blogger senior. Sharing kan caring hehehe....
23 comments:
salam, amy..apa khabar? harap amy bertambah sihat ye..terima kasih info pasal BE ni..berguna untuk kita jugak..thank you..:)
akak ade seketul BE yg xgerak2 $$$..hehhehe
nice sharing.. thank you
tip yg saaangat berguna..
terima kasih kak :)
salam kak amy
betul sgt tips part trafik tu
tak perlu la nak kejar sgt kan.. cukup andai kita dpt kekalkan and maintain the traffic kan? Suya punya traffic pun bukan la lebat sgt mc SR.heheheh :)
tips yg sangat berguna...
kak yus dah takde BE, semua dah jd ME..huhu
ooo mcm tu eh..tq amy
Terima kasih cikgu,
nanti saya ulangkaji lagi...saya bookmark entri ini.
..terima kasih daun keladi.
err sharele BE tu sama.
thanks bg info yg sgt bergune...:)
mamarayyan msih bru dlm dunia blog nih...hopefully dpt membantu:)
sy paling x reti nak isi survey tu....xtau apa yg nuffnang nak..huhu...
salam perkenalan. tq for the tips and tq for sharing it. Do visit and follow my blog.. i'm a new beginner. salam
Lepas baca harap balas,
Opps silap, lepas baca terus pergi update di Nufnang..
Thanks for sharing this information..
;)
Bab update kat survey form tu yg susah skit..boleh Amy bg contoh2 nak jawap soklan kat situ tak?
thanks
good info
oooooo...mcm tu rupanya..
baru faham..thanks my dear amy..muahhhhhh:)
as salam..ummi da paham pasai nuffnang nie...terima kasih ya...
Dik, survey form tu kat mana? Hehehehe~ Maafkan akak mu ini..Ketinggalan zaman
trime kasih atas info yg bermanfaat ini :-)
aku tak penah ade BE..hehehe
mayb sbb Unique Visitors aku kot...
tak penah cecah 100 pun... entry ...hehehe 1 je tu pun jenuh...hehe
anyway tak kisah la selagi aku enjoy....
aku br je komen ..pas tu pi check ...
rupenye ade ...hehehe
http://mysweetzlife.blogspot.com/2011/07/my-1st-be-dari-nuffnang-betul-ke.html
oooo..mcam tu faham2..heheh
laaa,ye ke?pia tak penah sentuh survey form tu
blog pia nya trafik alahai
thanks for sharing dear
thanx amy sgt2 membantu .. akak cube perbaiki .. tapi kan bab status tuu memang akak bukan lah glitterati tu .. hhuh sedih ..
dan satu layie .. mcm mana ngan survey form tuu .. x paham lahh , jawab dlm BM boleh kan huhuh
Post a Comment