Sep 26, 2010

SOAL MASA...


jam

Apabila bercerita tentang pengurusan masa, aku teringat satu soalan yang ditanya kepada aku oleh cikgu aku di zaman persekolahan dulu. SOalanya....

Kenapa iklan jam dalam tv, surat khabar�atau majalah selalu menunjukkan jam tepat pukul 10.10?

(Seperti gambar jam di sebelah?)

Jenuh aku fikirkan ketika tu. Aku tak banyak pengetahuan ketika tu dan tak banyak pula membaca. Jadi tak tau apa jawapan kepada soalan ini. Adakah korang tahu apa jawapan bagi soalan ini?……….

(sepertimana yang diberitahu semasa zaman sekolah dulu),

pukul 10.10 kelihatan seperti orang sedang tersenyum, kalau tidak percaya cuba korang lihat betul2:)

Hmmm…. kadang-kadang kelakar juga bila diingatkan tentang teka-teki cikgu aku ni. Namun, selepas memberi teka-teki ini, ada satu nasihat yang cikgu aku berikan tentang masa. Kata beliau,

“Masa ni macam air sungai yang mengalir. Memang seronok kita tengok air sungai mengalir. Tetapi, ramai yang tak sedar, air yang dah mengalir tu tak boleh berpatah balik.”

Apa yang aku dan kawan-kawan aku faham ketika itu, masa yang dah berlalu, tak boleh diganti semula. Masa yang dah terbuang disebabkan leka bermain dan tidak belajar, tidak akan berpatah balik bila kita gagal dalam peperiksaan. Masa yang sudah terbuang kerana kita tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru sedang mengajar, tidak akan datang semula apabila kita tidak dapat jawab soalan dalam dewan peperiksaan.Masalahnya, kebanyakan pelajar (termasuk aku sendiri dulu) tidak sedar apa yang telah mereka sia-siakan hingga masa yang berharga itu meninggalkan mereka.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign