Sep 4, 2010

MAKANAN MEMPENGARUHI MOOD




Pernahkan korang mengalamigejala emosi yang tidak menentu, sedangkan korang tidak pula mengalami PMS pada waktu itu? Masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh kesan pengambilan makanan harian.
Jenis makanan dan salah pilih makanan juga boleh menyebabkan kadar gula dalam darah tidak stabil. Kesannya, kita cepat letih, pening dan agak beremosi. Agar perasaan dan emosi kita terkawal, kita boleh cuba mengubah corak pemakanan kita dengan cara berikut;

1. Makan setiap lima jam - Selain menjadikan kita tidak mudah lapar, ia juga boleh menjamin bahan bakar di dalam tubuh dan otak kita kekal mencukupi!


2. Awasi pengambilan karbohidrat - Seperti yang terkandung di dalam biskut dan soda. Ia boleh menyebabkan gula dalam darah melonjak seketika dan menurun secara drastik dalam waktu yang singkat.


3. Lebihkan serat - Seperti sayur dan buah-buahan untuk membantu memperlahankan penyerapan gula. Malah stamina pun akan bertahan lebih lama.


4. Tambah protein - Penambahan protein boleh mencegah penyerapan karbohidrat terlalu cepat.


5. Perbanyakan omega-3 & vitamin D - Seperti ikan salmon dan kuning telur. Banyak kajian menunjukkan bahawa kedua2nya mampu meredakan stress dan menstabilkan emosi.

P/S: sharing is caring..SELAMAT MENCUBA

3 comments:

eelobor said...

saya sekarang nie makan berlebihan, susah nak kawal & badan semakin naik. niat utk diet & jogging tapi amat sukar sekali utk di laksanakan.

azhariahzuber said...

itulah masa pms org kata makan coklat kan..bagi tenaga sebenarnya

mrnoble said...

mmm.. salmon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign