Feb 18, 2011

Antara kesihatan dan kekayaan dalam hidup


Ada satu pepatah sering menyebut , kalau kita hilang harta kita akan rasa kehilangan sesuatu. Tapi kalau kita kehilangan kesihatan , kita akan rasa kehilangan segala-galanya. Jadi kesimpulannya di sini , kesihatan itu lebih berharga daripada harta kerana kesihatan itu tidak boleh di tukar ganti dengan harta mahupun dengan wang ringgit. Jadi jagalah kesihatan ketika ia masih ada . Kalau dah hilang kesihatan nanti , harta banyak tinggi menggunung pun dah tak memberi erti.

Tengoklah ramai orang muda hari nie , kesihatan yang ada patutnya gunalah untuk manfaat diri sendiri dan bangsa. Tapi sedihnya mereka terlalu asyik sangat dengan nikmat dunia. * melepak sana sini , menghisap rokok , berclubbing dan berpoya-poya*. Buang harta , buang kesihatan dan buang masa.. Tak sedih ke? Aku yang lihat pun terasa sedih....Maaf la aku bukan nak berceramah ataupun nak mengajar orang dan sememangnya aku sedar aku tak layak untuk berkata apa-apa tetapi tak salah kan kalau aku ingat mengingat sesama kita.

Bagi aku hidup ini terlalu berharga untuk di bazirkan begitu saja. Buatlah sesuatu yang hebat dalam sekali hayat kita. Janganlah pasal benda yang remeh seperti putus cinta , kena tinggal dengan kekasih dan sebagainya di jadikan alasan untuk kita merosakkan diri. Memang cinta itu penting tapi hidup ini lebih penting lagi. Ada banyak sangat benda yang kita tak tahu jadi belajarlah! Kadang-kadang dalam kesedihan itu ada tersembunyi suatu hakikat yang kita tak sedar kalau kita tak mahu lapangkan hati. Percayalah hidup ini amat berharga dan penuh makna kalau kita pandai mencorakkannya. Kekayaan bukan ada pada BMW mahupun MERC tapi pada hati kita sendiri.Renung-renungkan dan selamat beramal...........


Note : Entri nie khas buat seseorang yang meluahkan rasa hatinya semalam. Di harap dengan entri ini ia dapat bangun semula.. Jangan mengalah dan masih belum terlambat untuk merubah segala2nya.. all the best ok!


27 comments:

Bee said...

erm tu lah agak pelik tgk budak2 muda skrg..

ozzy said...

Assalam. Amy..

Biasanya apabila ditimpa penyakit atau musibah barulah kita menghargai kesihatan sblm ini.
Org Cina sebut kiasi (takut mati) krn itu mrk amat jaga kesihatan.
" Badan sihat,Minda Cergas "

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Betul tu, kesihatan sgt penting, after I sakit berminggu tak boleh keluar rumah ni, I cuba menjiwai bagaimana org2 yg sakit terlantar di luar sana... alangkah bosannya mereka. Sbb tu la, jgn la meracun diri dgn membuat perkara2 yg bakal mencipta penyakit.

sicKo^ said...

btul2.. memang kesihatan jauh lebih penting.. tapi klau ada harta skali , lagi bagus

munna said...

cabaran buat kita semua membesarkan anak pada masa hadapan dengan budaya sekarang ni....

Sheherazade said...

kesihatan tak ternilai harga nya

tu la pelik btl,seronok sgt ke foya2 ni

Lelaki Ini said...

semangat!

Lydia Miza said...

kesihatan sgt penting...duit menggunung jika bdn sakit apa ada guna?kan?

Rizziela said...

Betul tu...Hidup tanpa kesihatan yg baik tidak bermakna..

Selagi kita diberi kesihatan yg baik & sempurna...bersyukurlah dan gunakanlah sebaik mungkin...bila ALLAH dah tarik nikmat tu...dah tak ada maknanya....

Harga dunia boleh dicari...Harta ALLAH? sendiri mau ingat

Anonymous said...

amy..off topic jap

akak ada try buat blockquote tu..tp x menjadi..huhu..nape eh? salah coding ke?

Zaidah said...

kesihatan lagi penting...contohnyer klu sakit gigi...duit banyakpun tak guna...tapi duitpun kena ade jugak...bila dah sakit kena gunakan kekayaan yang ade...btw jaga kesihatan yang paling utama

AngahSayang2314 said...

angah sokong apa yg amy cakapkan..apa pun kesihatan tue penting

My Little Diary said...

salam,

harta bole dicari... tapi kesihatan diri... mana nak dpt kalau sendiri tak jaga...
pada yg putus cinta tu... bykkan berselawat semoga kita mendpt cinta yg lebih lagi.

Kak Amy said...

MDT > sesetengah template x sama codingnya kak.so kena cari code yang seakan2 sama x pun amy rasa pilihan background tu besar atau x boleh..lagi satu selalu time nak save code background pun akan ada kesilapan kalau x betul2..so better akak check satu persatu...

ghost said...

ada satu kata-kata yang merujuk tentang kesihatan..

"saat sihat tidak perlu menjaga kesihatan..saat sakit perlu jaga kesihatan"

maknanya kita baru teringat tentang pentingnya kesihatan saat kita merasa kesakitan..betul,takde maknanya segala kekayaan kalau kesihatan kita tiada..maka kekayaan itu sehabisnya untuk memulihkan kesihatan atau menguruskan kesihatan...


p/s: bego itu 'bodoh'

☾SHiemaCMa786☾ said...

betul tu amy..kesihatan adelah anugerah yg terbaik..kena jga kesihatan elok2..

Unknown said...

semakin ayu mengenali amy..semakin ayu tahu siapa amy yang sebenarnya

semoga hamba Allah itu bangkit dari kehidupannya...terus kehadapan..usah menoleh kebelakang

ardinihumaira said...

kesihatan adalah yang paling utama, anugerah Allah yang tidak ternilai :)

aanie said...

hidup kena bersederhana je....

azhariahzuber said...

bila sihat nak duit..bila sakit kita cuma nak sihat..betul tak

sahromnasrudin said...

ASSALAMUALAIKUM...

seseorang pernah berkata kepada saya " aku tak merokok tetapi tak leh pakai BMW.Tengok org merokok boleh pakai BMW, rasa tak berbaloi plak tak merokok" huhuhhuhu..boleh gunapakai ke?????

Tieah Madian said...

Alhamdulillah, even sy pernah melalui pglmn ditipu, putus cinta dan sebagainya, sy tak pernah nak buat sesuatu yg tak elok.. Lagi2 nak keluar enjoy clubbing semua tu mmg tak pernah.. Tak nak owh.. Giler kalo tak ketagih.. Baik dok umah melayan blog je..

Entry Terbaru : Topup RM10 Boleh Tahan Sebulan

Kakzakie Purvit said...

Org dulu anak kita salah kena tegur tak kisah. Sekarang anak kita kena tegur boleh sinsing lengan. Bila cikgu pukul sikit, bawa sampai mahkamah.

Arizakiah said...

anak-anak sekarang payah ditegur, mereka tak tau yang cinta mereka tu takkan bawa mereka ke mana kalau tak de ilmu.....

white rose said...

btul tu amy...
bersemangatlah diri kita ni supaya hindar diri dari segala penyakit...

sahromnasrudin said...

salam singgah di pagi sabtu...

Asri Alam said...

walau apa pun. selamat beramal. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign