Feb 17, 2011

Wanita hamil di rogol bapa kandung



Actually tak ada banyak story yang aku nak kongsikan sepanjang berada di luar kawasan. Semua nya berkenaan dengan keje.. Bosan la asyik cite pasal keje jadi tak mau cite pasal keje , aku nak cite pasal kejadian di hospital baru-baru nie. Kejadian nie sangat menyentuh hati aku.. Aku yakin kalau korang berada di tempat aku pun pasti korang juga akan merasa perasaan yang sama seperti aku rasa.. Cite dia macam nie..

Aku ke hospital untuk melihat bangla aku untuk mendapatkan rawatan di hospital besar ipoh. So sementara menanti no giliran mat bangla tue untuk pemeriksaan , aku berlegar-legar di ruangan hospital melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan orang sambil mata mencuri pandang setiap pesakit yang baru tiba dengan ambulans. Sekali aku terdengar satu suara memanggil nama aku dari belakang. Bila aku toleh rupa-rupanya rakan sekerja aku dulu. Dah bertahun tak jumpa akhirnya jumpa di hospital.. Apa lagi kami pun berborak la..

Masa tengah rancak berborak tiba-tiba aku di datangi seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Wanita itu menunjukkan aku secebis kertas putih dan aku melihatnya ia no gilirannya untuk mendapatkan rawatan. So aku memberitahunya *belum lagi kena tunggu*. Dia pun menganggukkan kepala..Aku pun meneruskan perbualan dan tiba-tiba wanita itu sekali lagi memanggil aku dengan menepuk bahu ku dan lalu bersuara * nak duit*.. Aku terdiam dan berkata di dalam hati * ishhh!! biar betul , kenal x tiba-tiba minta duit.. Aku tanya dia * nak buat apa dengan duit * tapi dia tidak bersuara.. Di sebabkan kesian dengan keadaannya yang sarat aku pun memberi sedikit wang . Masa aku nak hulurkan tue datang dua orang wanita..

Wanita itu berkata kepada aku * jangan di beri wang tue * dia tak betul jenuh saya cari pusing keliling , rupanya di sini.. lalu salah seorang dari wanita itu mengari tangan wanita tadi. Aku yang tak sampai hati terus berkata * tak mengapa puan saya ikhlas bagi dekat dia*.. Sedih sangat bila lihat seorang wanita yang sarat mengandung di gari di kalayak ramai.. Bagi aku la kan tak perlu la nak gari , bukan dia lari pun. Kalau dia nak lari dari tadi dia dah lari tapi dia still duduk di tempat untuk menunggu giliran berjumpa doktor. Seorang dari wanita itu tadi berpangkat mak cik la dia berkata kepada aku.. Perempuan tue tak betul , kena rogol dengan bapa sendiri. Bapa umpan duit sikit hasil semua dia kasinya. Sekarang anak yang bakal lahir tue nak panggil apa.. Aku hanya mampu berkata kesiannya apa la nasib wanita itu..

Beberapa minit kemudian dua orang wanita itu membawa wanita tadi ke dalam bilik doktor. Aku pun bersuara pada rakan aku. tak patut dorang buat macam tue . Walaupun dia tak betul , dia tak kacau orang.. Dia pun tak minta jadi macam tue..Aku lihat dia hanya tersenyum dan bila di tanya dia akan jawab * nak duit* Sedih dowh!! Tak puas hati betul dengan mak cik tue. Kalau ia pun tak perlu la cerita , ramai mata yang memandang dan memasang telinga.. Kesian la pada wanita tue.. Walaupun dia tak betul tapi dia tetap manusia seperti kita , ada maruah...geram aku di buatnya!!



47 comments:

BIONIC WOMEN said...

Semakin ramai org sekarang yg lupa pada sensitiviti org lain. semakin ramai yg gembira utk memalukan org lain sedangkan yg dimalukan itu saudara seagama dengannya yg perlu dijga maruahnya.
Kenapa nak salahkan wanita tu, salahkan bapak dia yg dajal tuh..
kalau dia rela sebab duit xkan dia jadi gila gitu..sebab x rela aper yg berlaku kat dia ler dia jadi gila tuh..
Semoga Allah pelihara wanita tu sentiasa..

Kakzakie Purvit said...

Ya Allah.... semakin menjadi-jadi maksiat sekarang. Terlalu banyak yg lupa pembalasan Allah itu ada. Allah tidak pernah memungkiri janji.

Ayuni said...

teruknye...

Shafa said...

apa punya bapak la. melampau! sampai gila anak tu diwatnya...

Arizakiah said...

bapak yang sanggup buat anak macam tu tak layak dipanggil bapak..tapi binatang!!!!

ZR said...

salam,

org lain yg salah..org yg terima parahnya...kkdg mulut org nie tak bertempat berbunyi...

::FAIZ:: said...

bapak dia la salah.... kurang hajo....

Unknown said...

bapa takde otak dan perikemanusiaan...

Normaliza said...

Ya Allah..kesian dekat wanita tu. Memang tak berperikamanusiaan betul ayah dia & sama la juga dgn mak cik yang tak reti nak jaga aib org tu!!

Unknown said...

cite betul ni yer kak...
sian pompuan tuh...
apa la nk jadi pada dia ngan anak yg bakal lahir tuh...
termenung jap memikirkan nasib dia...

lalink7 said...

MasyaAllah jahatnyee bapak dia..ksian kepada anak yg bakal lahir nanti..bagaimana hidupnya nanti..?

memang xpatut betul la buat tindakan macamtue..macam suka pula bagitau aib seseorang kat orang ramai kan?

eelobor said...

pandangan dari 2 sudut yang berbeza...

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

kenapa ianya berlaku....kena muhasabah diri jugak...

sarah-najwan said...

macam2 hal skrg nih..
gejala sosial dan jenayah seks mmg menjadi2..

semoga kita semua dihindari dr segala kejahatan begini..

NM02 said...

Allahuakbar!!!! dunia akhir zaman mungkin

eima said...

kesian nye ..cam dlm drama plak ...
tak pun kes rogol gadis lembam ....
diorg tatau pepe ...kesian nye kejam ....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

takut melihat keadaan sekarang..betul kata seorang ustaz, walau apepun, pakaian harus dijaga kerana itulah kunci segala maksiat

Unknown said...

murni dan mulianya hati amy..
teruskan amy..semoga kamu sentiasa dibalas baik oleh orang lain

eB ezrin said...

masyaallah

marinahunny said...

ya allah manusia makin kejam. bapak apa macam tu perangai mengalahkan binatang..

sicKo^ said...

harpkan pagar, pagar makan padi.. sekarang, sedara sendiri pun dah susah nak percaya..

Rizziela said...

Dia yg jadi mangsa dipandang hina...bapa dia? senang ajer..terlepas macam tu ajer ek?

zati embong said...

Hilang kata2. Kenapa terlalu mudah terpengaruh dgn duit,smpai sanggup di serahkan semua.

JunAina said...

manusia zaman sekarang sudah hilang sikap peri kemanusiaannya, hidup bertuhankan nafsu...agaknya hidupnya nak menongkat langit kot.

Penjejak Mimpi said...

dunie da ujung zaman...

aanie said...

nape nak gari2?org prgnant laju mana la dia blh lari...

kesian dia...ada bapak pun xleh harap...

nurkass said...

salam amy..
subhanallah..
sedihnya bc citer ni..bapa sendiri jadi syaitan..haihhh...

AngahSayang2314 said...

tak baik kita membuka pekong org...kesin angah tengok wanita tue...
tak ye gak kan.. abis anak tue nak panggil apa yeeeee

Sheherazade said...

akhir zaman...Astafirullah

:(

normi said...

Jahat punya bapak.. moga Allah beri balasan pd org tua tu..

ytekecik said...

kesian nyer.. klo tak betul pun skali tak pyah lah nak gari2.. kesian nyer.bapak budak tu lebih baik mati kne langgar dengan treler je.. mampus masuk api neraka.. huh geram nyer ngan orang macam ni.. yang macik dua orang tu pun tak de akal.. harap2 kita semua ni dilingungi Allah.. dijauhkan dari perkara2 yang tak elok.. Insyallah

munna said...

kesiannya.. gitulah kalau nafsu dah bermaharajalela... tak patut layan perempuan tu macam tu... dahlah tak berapa sihat.. mengandung pula tu... kesian...

Myra Jay said...

Kesiannye.. kerana nafsu sang bapa, anak merana spjg hayat :)

ozzy said...

Assalam..

Memang susah untuk menilai..berat mata memandang berat lagi bahu memikul

ieda said...

aduhh dikk sedihnya baca apa yg amy ceritakan ini ...
inilah dunia realiti .. apalah nak jadi ngan dunia skrg nie .. ayat yg sama bila kita dgr dan baca berita2 mcm nie .. paling sedih kerana wanita itu dah hampir gila @ gila dgn perbuatan yg dilakukan keatasnya .. ya allahhh lindungilah ummatmu .. :(

white rose said...

astaghfirullah al azim...

aduuuh...apakah semua ini?
dimanakah nilai KESUCIAN ISLAM?

Anonymous said...

sedih dengar citer amy ni..
sepatutnya tak perlu lah makcik tu nak citer benda tu sume..kan dah mengaibkan..walaupun perempuan tu mental ke mentel ke..grrrrrr

ibuintan said...

as salam Amy,

dugaan berat buat wanita itu

Izan Ishak said...

apalah nak jadi dgn manusia skrg ni kan. ada bapak pun takleh harap...

☾SHiemaCMa786☾ said...

kesian kat pempuan tu..
sedih!
kejam sungguh bapanya..ada ke patut??

Raji and Yeen said...

mashaAllah sedihnya dgn nasib dia T.T
xpatut bapanya buat dia begitu
nauzbillahi min zalik

Usagi said...

dunia zaman skang nie mmg mcm2 kejadian kejam blaku

Bee said...

yup memang kesian..erm kenapa nak gari pulak dah tk betul tak berdaya nak berfikir pun kan..erm


anyway bee tag awk kalo ada masa jom lah join ..saja suka2

http://www.puanbee.com/2011/02/segmen-senyum-tak-nampak-gigi.html

ghost said...

kesian kat anak yang bakal lahir nanti...harap dia akan membesar dengan kehidupan lebih baik dan membela kehidupan ibunya...

Lelaki Ini said...

tak gune punye bapak!
mkn daging sendiri.

Lelaki Ini said...

tak gune punye bapak!
mkn daging sendiri.

Tieah Madian said...

Cis! Binatang betul lah..
Ape punya bapak lah buat anak macam tu? Sampai hati..
Sedih owh baca cerita ni.. Ish2..

Entry Terbaru : Topup RM10 Boleh Tahan Sebulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign