Feb 2, 2011

Blog update setiap hari tapi tiada komen? Apa masalahnya..



Ok post kali nie bagi menjawab pertanyaan Cik Strawberry. Kalau korang nak tahu apa pertanyaannya boleh lihat di atas tue. Aku yakin ramai di antara blogger pasti akan merasa kecewa apabila melihat entri yang di hasilkan tidak mendapat sebarang komen* walaupun sudah cuba untuk blogwalking tapi masih tiada kunjungan balas*. Sebab apa , sebab komen merupakan respon daripada pembaca kepada hasil penulisan kita.Jadi ianya memang sesuatu yang di nanti-nantikan apabila sesuatu entri di publish.

Di awal penglibatan aku dulu , aku sendiri pernah mengalami situasi ini. Setiap kali aku hasilkan entri pasti aku akan merasa kecewa apabila melihat setiap entri tiada sebarang komen yang di tinggalkan oleh pembaca. Lama kelamaan ianya menjadi perkara biasa bagi aku sehinggalah aku cuba mencari jalan macam mana untuk aku menarik perhatian pembaca dan meninggalkan komen di sini. First aku cuba dengan mengisahkan story-story yang agak sensasi. Tapi ianya tidak bertahan lama kerana agak sukar bagi aku untuk menulis entri-entri yang panas terutama yang melibatkan orang lain* contoh isu politik dan artis*. Jari jemari aku sangat berhati-hati dan terbatas dalam menaip entri-enrti seperti ini.* bahaya sekarang nie orang suka saman-saman*.

Jadi bagi aku *yang baru melibatkan diri dalam dunia blog nie* tak perlulah mengharapkan komen yang banyak dalam satu entri tue.Cukuplah dengan komen yang ada coz aku yakin dengan para pengikut blog aku dan aku percaya yang blog aku juga mempunyai pembaca setia samada yang aktif mahupun yang terdiri daripada silent readers. Aku juga tidak mengharapkan puluhan komen singgah di ruangan komen aku sebab bagi aku kadang-kadang komen yang sedikit lebih berkualiti dari komen yang banyak tapi ke arah SPAM.Jadi jangan risau kalau entri korang tidak mempunyai komen pada hari ini.Insyaallah mungkin di masa yang akan datang pasti ada pengunjung yang ingin berkongsi sesuatu dalam entri korang.So jangan cepat mengalah atau berputus asa ok..


Note : Wah panjangnya mukadimah aku , kalau aku teruskan dengan tips nie mahu berjela entri nie. So jalan terbaik better aku buat tips di post yang lain coz entri yang panjang boleh membuatkan pembaca mudah bosan.So untuk tips tunggu di post entry seterusnya!!!!



25 comments:

Karisma Izzah said...

saya pun post entri bukan dengan niat nak dapat komen banyak...

cukup la sekdar dapat beritahu orang ape yang penting je...

Shafa said...

awal2 biasalah tu takde komen. tapi lelama bila dah ramai kawan blogger, pasti akan ada sikit2 komen di entry2 kita. yg ptg, teruskan blogging. kan amy?

lama tak singgah.. dah baik campak? ^_^

eqbalzack said...

salam...tak perlu rasa kecewa sebab masa mula2 abg eq ada blog, kes yg sama berlaku...
tak perlu juga hasilkan entry2 yg panas sebab kesannya akan dtg kat kita juga.
hasilkan entry yg simple, ada gambar sekeping dua. insyaAllah ianya akan membantu...
teruskan berblogging...jgn patah semangat!

~abg eq~

sarah-najwan said...

hee..dulu akak pom alami mslh yg sama..cara yg paling berkesan ialah..rajin2lah komen n3 blogger lain..komen yg baik dan kene dgn n3..tu je cara yg paling berkesan..dgn kata lain..mula beramah mesra ngan blogger lain..

Tuan Din said...

mungkin beliau kurang meninggalkan jejak / komen kot...

wah.. tips berguna dari cikgu...

eMMe said...

Amy, ape blog Cik Strawberry, boleh gak saya jenguk n tinggal kan komen kat blog dia....

bardboo said...

kdg2 kita xboleh terlalu mengharapkan org akan komen entry kita..just keep on blogging...

Jom Lawat Blog Bardboo

azwa amani said...

huhuhuhuhu.....bgus lah akak ni..dah jadi macam rujukan org plak.....

Unknown said...

amy..good sharing...

apa pun SR memang the bet blog...

Aida Tamrim said...

Betul tu dik...Bairlah komen yang datang tu sedikit demo sedikit dan bermutu dari komen2 SPAM yg menyakitkan hati... ~V~

nabilah_2908 said...

biasa lah...semua blogger mengalami hla yg sama ketika masih baru..

lama kelamaan...ok la kan.. :)

bnyk tips2 yg blogger dh konsikan..jgn jemu2 mencuba.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MENTARI MUNCUL LAGI

Sarah Syazwani said...

yee betul tu...mula2 pun sy rs mcm tu mcm kecewa..skrg malas nk pk sbb terpulangla pd org sama ada nk tinggalkan komen atau x kan..asalkan ade org sudi nk bc blog kita

Kakzakie Purvit said...

Salam Amy,

Kakak rasa itu perkara biasa kan. Macam kata Amy sikit tapi berkualiti.....

Aida Azryn said...

yeah! jgn putus asa! hehe.. :)

atuk said...

Assalamualaikum Amy

kita pakat2 sokong cik strawberry tu..yer

Wassalam

atuk said...

saya cuba klik kat cik stramberry tu tapi tak ke blog dia

minta amy buat n3 khas perkenalkan blog cik kita ni

wassalam

Unknown said...

Biasanya kalau kita rajin komen di blog orang, dgn komen yg mmg kena pada entri, pasti orang lain akan komen blog kita juga. Jangan terlalu harapkan komen, sikit2 pun lama2 membukit juga kan Amy...

sahromnasrudin said...

cian la kat dia..suh dia jenguk blog saya..pasti saya akan komen blog dia coz saya suka bagi komen kat blog org..bg saya itu merupakan suatu motivasi untuk mereka terus berblogging..
ceh..ceh..ceh..mcm pakar motivasi plak hehehehehe

Lelaki Ini said...

betul2!
tips yg bergune.

Myra Jay said...

Kadang komen tu penting, menunjukkan apa yg kita tulis sampai dan faham kepada pembaca.. MJ pun cuba pelbagai cara dan adanya berhasil gak.. :)

Tieah Madian said...

Setuju sgt pasal komen yang byk pun kalo spam tak guna jugak..
Huhh! Benci ok..
Komen langsung tak membina..
Hahaha..
Btw, tak kisahlah lah byk ke tak komen kan?
Janji hati puas menulis..

Latest entry : Misi Menyelamatkan Pelajar Malaysia di Mesir dan Hosni Mubarak Umum Berundur
Latest entry : Lagi Isu Krisis di Mesir dan Nasib Rakyat Malaysia

aanie said...

sama la dgn sy...mmg sedih tp kita x blh nak paksa org komen walaupun kita rajin komen kt blog org...

hepi blogging....:)

ardinihumaira said...

dni tak kisah tak dapat komen.. sebab dni suka menulis hehe

maizatul suraya said...

xpelah. ikut niat masing2. blog ni bkn spot utk jadi femes. sebagai wadah utk menyampaikan sesuatu perkara, xkisahlah personally atau public issue. kan?

aza ni said...

salam amy
betul ...nak komen banyak isu mesti panas/lawak/sensasi...
sayapun baru nak belajar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign