Banyak perkara yang mungkin kita menganggapnya sebagai sesuatu yang remeh tetapi apabila kita telah menggunakannya , ia memberikan satu impak yang besar yang tidak pernah kita jangkakan.
Adakalanya sesuatu yang kita anggap sebagai tidak berguna, apabila kita tahu bagaimana untuk menghargainya, kita pasti akan mendapat faedah daripadanya, dan mungkin faedah yang bakal kita miliki, adalah lebih baik daripada apa yang kita inginkan.
Sebagai makhluk yang dicipta oleh ALLAH, kita masing-masing mempunyai fungsi masing-masing, dan setiap makhluk ALLAH juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Tiada yang benar-benar sempurna. Kesempurnaan hanya disisi ALLAH.
Apa jua kelebihan yang kita miliki, tidak semestinya kita tidak mempunyai kekurangan, kita sebagai manusia saling berkaitan dan memerlukan. Setiap ilmu atau kelebihan yang kita miliki, adalah lebih afdal,sekiranya dikembangkan dan dikongsi untuk manfaat bersama. Suburkan pengetahuan kita insyaALLAH kita akan mendapat manfaat darinya. ‘what you give, you get back’. insyaALLAH setiap kebaikan yang kita berikan, akan dibalas dengan kebaikan berganda, mungkin tidak daripada orang yang mendapat kebaikan dari kita, tetapi mungkin jua dari orang lain.
9 comments:
terima kasih atas nasihat ini.
Salam Amy,
Tak sihat lagi ke? Dah pergi jumpa doktor belum? Jaga diri ok....
assalamualaikum Amy,
baik yang kita beri walau sedikit, pasti baik juga yang kita dapat kalau bukan hari ini mungkin esok lusa, kalau buruk pula yang kita beri itu juga akan kita dapat nanti... Allah maha adil atas semua makhluknya
masih demam lagi ke?
ketidaksempurnaan mengajar kita untuk bersyukur dan berusaha...
Salam amy..
Amy ada tips tak macam mana nak kasi orang ramai komen di blog kita sebab kalau lihat di komen saya ada seorang dua saja padahal saya blogwalking banyak blog tapi kunjungan balas hanya sikit je.Saya lihat di komen awak setiap hari mesti ramai kalau ada tips boleh share tak.
NM02 > most welcome dear..
K.ZAKIE > alhamdulillah beransur pulih.. x pergi lagi amy nie takut sikit kalau ke klinik ni kak hehe..
Junaina > yap betul
C.STRAWBERRY > ok insyaallah nanti amy buatkan ye..
bersyukur dengan apa yg kita ada =)
betul tu amy..Apa yang kita bagi itu yang kita dapat..
sharing is caring..
setuju sgt2 dikk
soo kena lah selalu bersyukur dan kalau salah silap segera sedar dan minta ampunnnnnn :)
Post a Comment