Sep 5, 2010

BANTUAN DI PERLUKAN..SUDI2KAN MELUANGKAN MASA




Salam...

Hari nie aku menerima khabar buruk
sepupu aku di masukan ke hospital semula
tidak sedarkan diri dari malam tadi
sekarang berada di icu..

ya allah...
aku hanya mampu berdoa
semoga dia berada dalam keadaan baik2 saje
simpati di atas apa yang terjadi pada dirinya
satu demi satu dugaan yang dia terima

Seawal kehamilan lagi ( anak sulong)
dia di landa pelbagai masalah
sehingga la usia kandungan 7 bulan
doktor mengesahkan dia mengidap kanser usus
kerana takut kuman merebak ke organ lain
dia terpaksa melakukan kimo secepat mungkin
tapi di sebabkan baby ada di dalam perut
doktor x dapat lakukanya kerana khuatir
akan terjadi perkara tidak di ingini kepada baby

Jadi doktor menasihatkan supaya
baby di keluarkan dengan pembedahan
alhamdulillah baby dan ibu selamat
babynya di masukan incubator sehingga ke hari ini
manakala ibu pula di benarkan pulang
hanya kembali ke hospital pada tarikh kimo

Alhamdulillah kesihatanya semakin pulih
sehingga la malam tadi baru dia mengadu sakit
dan terus tidak sedarkan diri
dia di kejarkan ke hospital
dan terpaksa di masukan ke unit rawatan rapi
kerana keadaan agak kritikal dan masih koma
di mana kata doktor kuman sudah merebak ke otaknya

Jadi di kesempatan ini aku memohon
merayu dan mengagih simpati agar kawan2 dapat
meluangkan masa untuk melakukan solat hajat
agar kesihatanya pulih seperti sedia kala

Seandainya terlalu berat permintaan aku ini
cukup la sekadar dengan membaca al fatihah
jika permintaan ini juga berat
cukup la kalian mengucapkan insyaallah
mudah2an dengan keikhlasan kalian
doa di makbulkan dan hanya allah saje
yang mampu membalas budi kawan2 semua..

Aku juga memohon kalian
agar dapat forwardkan kepada rakan2 kalian yang lain
semoga dengan cara ini kita dapat membantunya
walaupun dengan sepotong ayat

amin...











15 comments:

cplud miera said...

alfatihah..semoga sepupu anda berada dlm lindungnNYA. InsyaAllah sy doakan yg terbaek agr sepupu mu selamat. amiin

atuk said...

Salam 26 Ramadhan, Amy

moga Allah permudahkan segala urusan sepupu amy tu..
Allah maha pemurah lagi penyayang
moga Allah perkenankan doa2 kita

amin


Wassalam

aNa d'sKoDenG said...

amin..
semoga sepupumu selamat
semoga Allah memberikan yg terbaik buat beliau

Mat Gebu said...

Moga doa di penghujung Ramadhan ini akan dimakbulkan insya allahh....moga allah swt memelihara sepupu puan dan diberi kesihatan seadanya..aminnn...

ProfHariz said...

Salam.. Amin Ya Allah.. Semoga Kesihatannya kembali sedia kala...

Rizziela said...

Al Fatihah

Ciao Annin said...

Semoga dengan berkat doa kita semua di akhir Ramadhan kesihatan sepupu Amy akan kembali pulih seperti sedia kala, insyaAllah, amin...

Kalamhati said...

InsyaAllah..sama2 kita doakan..di samping blogging..ukhwah dan silaturrahim sekurang2nya mampu membuat kita saling mendoakan yg terbaik..

Rabbi yassir walaa tu'assir (Ya Allah permudahkanlah dan janganlah kau susahkan urusan kami)..amin

Acik Erna said...

insyaallah..semoga allah melindungi sepupu amy..

ibuintan said...

alfatihah..semoga Allah memberi kesembuhan kpd sepupu amy...Amin

eelobor said...

Semoga antara doa kawan2 semua ada yang di makbulkan oleh Yang Esa

city tengku:)) said...

semoga ALLAH panjangkan umurnya dan sembuh secepat mungkin.
InsyaAllah

ozzy said...

salam..
Simpati dari saya..semoga dia tabah dengan dugaan ini..
Al-fatihah untuknya ..semoga Allah permudahkan segalanya untuknya.

AngahSayang2314 said...

al-fatihah...
semoga allah permudahkannya aminnnnn

Kaseh NazLieza said...

semoga Allah permudahkan segala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign