'Saya tetap sayangkan dia'
SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.
BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati.
.......................................................................................................................................
“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.
Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.
Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.
“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

berita lanjut
5 comments:
salam.
dah terbukti anak menjadi korban! kadang2 tak faham dengan perasaan orang perempuan walaupun I perempuan.....??#@!!*&
Salam..
betul la saya setuju,kalau di fikirkan balik bukan benda kecik yang dia buat..nie kes jenayah membunuh anak pun lagi nak sayang..adoi pelik sungguh la kan...
adoiii..mamat tu dah la kijam gilax...nk syg lagi???bole g mam..... laaa..aneh la pompuan ni...xsyg anak ke ape??
mmg patut pon die kena..padan muka...huh!
ces, boleh lak cium cium pipi kt public, xmalu ke, adoii..
Post a Comment