Sep 30, 2010

VUVUZELA KEMBALI LAGI



NEW DELHI: Penggunaan trompet vuvuzela yang menghasilkan bunyi bising dan popular ketika Piala Dunia di Afrika Selatan kini bakal kembali pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi.
Vuvuzela mendapat pelbagai reaksi semasa di Afrika Selatan dengan penonton menggemari penggunaan alat itu sementara yang lain termasuk pemain dan jurulatih tidak menyukainya.
Hampir 10,000 trompet vuvuzela sudah dijual di Delhi melalui jenama rasmi dengan harga setiap satu alat itu ialah USD$5.5 (RM16.90).
“Rakyat India dan pelancong asing meminatinya dan jualan alat ini juga sangat bagus,” kata Jitendra Dang yang menjalankan perniagaan di perkampungan atlet.
“Nampaknya, populariti alat ini di Afrika Selatan kini berterusan di India,” katanya.
Vuvuzela seolah-olah menjadi simbol tidak rasmi Piala Dunia lalu tetapi bunyi bising dihasilkan menyebabkan pemain sukar berinteraksi antara satu sama lain.
Uefa iaitu Badan induk bola sepak Eropah mengharamkan penggunaan alat itu dan begitu juga tindakan sama dilakukan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris serta acara sukan lain.
Peminat sukan India dikenali dengan keterujaan mereka dalam lapangan sukan terutama kriket, namun dengan jualan tiket yang masih lembap, tidak dapat dipastikan sama ada venue bakal diwarnai dengan tiupan vuvuzela.
Pengerusi syarikat jenama rasmi Sukan Komanwel, Suresh Kumar berkata, 50,000 vuvuzela sudah dimport dari China dan 10,000 lagi sudah dijual di kedai-kedai serta premis perniagaan.
“Masyarakat di sini gemarkan vuvuzela kerana di India kami sering meraikan apa saja perayaan dengan bunyi bising. Festival seperti Diwali juga diselubungi bunyi yang kuat.
“Vuvuzela adalah alat paling popular kami jual. Dijangkakan semua akan terjual apabila berlangsungnya temasya ini. Jika kami kehabisan stok, kami boleh dapatkannya pada bila-bila masa kerana sudah membuat tempahan dari China.
Asal-usul vuvuzela tidak jelas tetapi ramai yang percaya pada awalnya ia dihasilkan menerusi logam dan mula popular di stadium Afrika Selatan beberapa tahun lalu.
Pesuruhjaya Afrika Selatan di Delhi, Harris Mbulelo Majeke menunjukkan kepada orang ramai bagaimana cara meniup trompet itu dengan betul bagi menghasilkan bunyi yang lama dan kuat.
“Kami akan menghidupkan suasana di stadium dengan tiupan vuvuzela,” katanya.

Haaaa bagi korang yang rindukan bunyi bende alah ni.. ni lah masanye untuk mengimbau kembali suasana bingit piala dunia lalu. Aku sendiri pada mulanye berasa terganggu dengan bunyi yang dihasilkan oleh vuvuzela ini.. tapi lama kelamaan baru aku berasa sesuatu.. bunyi inilah yang meninggalkan seribu satu nostalgia buat tuan rumah Afrika.
Bunyi yang tak akan aku lupakan buat selama-lamanye oh vuvuzela.. hehehehe..

p/s : masih teringat saat2 bersama En.Hubby tengok worldcup dulu...

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Amy

tak kenal maka tak cinta
he he

Wassalam

mrnoble said...

bleh pekak telinga kalau bunyikan dekat dgn telinga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign