Nov 13, 2010

BERINGAT2 SEBELUM TERKENA LAGI


Salam...

Orang selalu kata rumah itu syurga bagi sesebuah keluarga tapi lain pula bagi aku... mane taknya rumah yang kami diami sekarang sudah tidak indah lagi seperti dulu..kami sering di selubungi perasaan takut dan sentiasa berjaga2..ermmm..korang jangan salah faham pulak ye bukan aku maksudkan yang rumahtangga aku x bahagia tapi faktor sekeliling yang membuatkan aku berkata sedemikian , cukup membahayakan...

Selepas kejadian pecah rumah baru2 nie , aku dan en.hubby sentiasa berjaga2.. risau dowh dah 4 kali percubaan dan kali yang ke 4 baru dowang berjaya mendapatkan hasil yang lumayan.. kawasan nie boleh di katakan hampir setiap minggu ada je rumah kena pecah masuk..tambahan pulak nie nak raya jadi kena lebih berhati2 lagi..

En.hubby pulak sekarang nie boleh di katakan setiap hari balik je dari keje atau keluar dari mane akan pastikan header player kereta di bawa bersama.. beringat2 sebelum kejadian lame berulang kembali.. kita habis duit ganti yang baru si penyagak sedap je rembat..dowang dapat duit kita dapat apa , gigit jari je la...


Nampak x kotak hitam tue ..
sila abaikan benda yang berada di meja kaca itu

inilah dia header player kereta yang baru..
sekarang benda nie dah jadi benda berharga bagi en.hubby


7 comments:

IMANSHAH said...

salam

kat area mana tu ek..

Kak Amy said...

Wasalam..

Dekat taman mutiara jalan pengkalan chepa..

me suya said...

aik jalan pengkalan chepa??
kak amy ni duk negeri mana??hehee sbb suya tgk profile perak kan??

Kak Amy said...

salam me suya..

akak dok kelantan tapia sal ipoh perak..kawen gan orang sini so menetap la di sini...

me suya said...

laa yer ke??
suya pun org kelantan gop..
hehehe duk kat area pantai sabak..
so,balik mmg always lalu la jalan pc :)

me suya said...

itu yg suya tetiba pelik tu.. alamat tu.. hehee sbb alamat umah suya pun jalan pengkalan chepa.. taman mutiara tu yg dekat aiport ke yg dekat batu 6 tu?

cikpuanhady said...

ooohh..ingatkan duk kl..iskh.iskh..tak sangka kat kg halamanku ada kes pecah rumah..kerap pulak tu..huhuhuhu.polis tak meronda malam2 ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign