As'salammualaikum..
Alhamdulillah syukur ya allah!! Akhirnya settle jugak kes budak posman semalam.Thanks all di atas cadangan dan pandangan yang di berikan. Serius aku lega dan puas hati sangat. Lega bukan kerana aku dapat ganti rugi ke apa tapi kerana aku berjaya mempertahankan hak aku.
Semalam selepas menerima panggilan telifon dari isteri posman tue. Macam² maki hamun yang aku terima hanya kerana aku langsung x nak bertolak ansur. Bukan niat aku nak sekejam itu tapi cara perempuan itu langsung tidak ada adab dan budi bahasa. Dia nak minta tolong kita tapi dalam masa yang sama dia tengking kita , marah kita , cakap aku macam².Kata aku minta ganti rugi dalam tempoh yang terlalu singkat sedangkan suami dia hanya bekerja sebagai posman dan bukan besar mana pun gaji. Selepas perempun itu bersuara aku terus berkata , maaf aku tidak pernah minta ganti rugi walau se sen sekali pun tapi semalam aku cuma bagitahu kepada suami puan yang saya nak bawa perkara ni ke tengah.
Di sebabkan berlaku percanggahan cerita dari pihak puan jadi saya nak pihak polis siasat kes ini.Tapi petang tue suami puan telifon adik saya , ayahanda saya dan last sekali minta sepupu saya telifon saya berunding untuk tidak di panjangkan cerita. Dia yang menyuarakan ingin menganti tetapi di sebabkan saya tidak mahu barang itu di pulangkan saya just minta suami puan bayar harga barang tu beserta kos pos dan dia bersetuju.Mungkin dia rasa malu sebab laki dia cerita lain dan aku pulak cerita lain terus dia hot dan cakap aku manusia jenis x de timbang rasa. Fikir la dia ada anak bini nak bagi makan at least bagi dia bayar dua tiga kali. Tanpa banyak berkata aku just jawab kalau suami puan fikir anak bini , dia x akan buat kerja macam nie.Tak ke dia menyusahkan orang lain.Perempuan tu masihh meninggikan suara , last aku cakap x perlu nak maki hamun saya sebab saya boleh cas puan kerana mengeluarkan kata² kesat dengan saya , terus dia diam dan letak tipon.
Satu jam kemudian budak posman itu ke rumah ayahanda bersama kakitangan pos malaysia. Wow!!! siap bawa geng ow...Bermula la agenda meminta maaf dengan apa yang terjadi beserta satu surat untuk pengesahan yang si posman itu telah membayar ganti rugi. Ayahanda x marah budak posman tu cuma ayahanda nasihatkan dia saja next time jangan buat lagi. Dulu di tempat lame kena tukar di sebabkan kes macam nie dan hari nie kamu buat lagi.Kalau anak pak cik x pertahankan hak dia mungkin esok lusa kamu buat lagi. Lepas ayahanada bersuara bonda pula bersuara kepada orang rumah dia sebab berkata kesat di dalam telifon sedangkan yang hilang barang aku tapi bukan dia.Pastu bermula la babak hindustan meminta maaf.Adoi pape pun semuanya dah settle dan aku maafkan budak posman itu bukan kerana dia atau isteri dia tapi kerana anak dia yang masih kecil.Hope jadi pengajara kepada posman² lain.
Cerita pasal posman lain nie , jangan salah faham pulak. Aku bukan menghina pekerjaan dorang sebab aku tahu abang aku sendiri pun kerja posman.Tapi aku cuma nak ingatkan hargailah pekerjaan anda dan bekerjalah dengan amanah.Mungkin ada segelintir akan ambik remeh hal macam nie tapi tidak orang lain.Akhirnya bila terkantoi sapa yang malu , diri sendiri jugak kan. Dan terima kasih juga kepada rakan² polis yang ambil berat tentang kes aku nie sampaikan semalam dua rakan polis dari berlainan balai bertanyakan perkembangan dan akhir sekali rakan polis di balai berhampiran rumah bonda telifon malam semalam untuk bertanyakan khabar tentang kes ini. Terharu dengan keprihatinan rakan² serta pak cik² polis yang sudah biasa bekerjasama dengan aku menangani kes bangla hehehe~ Thanks all
P/s: Amy sedang mencari kontraktor class A untuk satu projek lebuhraya utara. sesiapa yang berminat boleh emailkan butiran diri anda di email address ini amy_syaquena@yahoo.com. Keutamaan di berikan kepada bumiputera.TQ!
22 comments:
alhamdulillah...hak kita...pertahan kan walau perit...
alhamdulillah semuanya selesai ya Amy. Memang perlu di ambil iktibar oleh semua posmen, dan pengguna juga supaya tidak berdiam diri bila barang tak sampai macam kes amy ni...:
alhamdulillah dah selesai..
itulah kan..setiap kerja yg kita buat..mmg kena amanah terhdp tugas..jika kita amanah..kerja pun berkat dan insyaAllah rezeki kita makin bertambah2..
bagus la cam tu ...
kadang tu kite kena tegas ... 1 sbb hak ke2 sbb tak nak jd kat org lain plak....
nk bacer n3 sbelom nih sbb x phm...
aper2 pn... ye kiter mmg kena bersuara utk hak kiter... kan kan kan? eh betoi ker nih? :)
tul tu dik sekurang2nya pengajaran buat dia dan lebih menghargai mata pencarian .. dah ada anak bini sepatutnya lebih matang .. tapi manusia dikk bila2 masa boleh berubah melalui faktor usia atau sekeliling huhuh
apa2 punn syukur semua dah selesai .. bolehlah amy senyum lepas ini :)
mamasue sian gak kt posmen tu,dah la susah,jgn la mencuri.apa2 pun,kite sendiri boleh tgkkan,pembalasan Allah...cepat
haaa i like this one huehuehuehue
bagus Amy berkeras mempertahankan hak.. harapnya posmen tu insaf selepas ini dan bekerja dengan jujur dan amanah
Alhamdulillha..semua dah settel..sis mmg baik..dan bijak dalam menagani masalah..:0
Assalamualaikum Amy
Alhamdulillah
Syukur
Wassalam
syukur semuanya selesai...kadang2 kita perlu ebrtegas untuk pelihara hak kita kan
alhamdulilah..hope menjadi pengajaran..bkn kita menghina tp bak kata amy kenala amanah dlm apa jua yg kita buat
kak diana : telifon tue x hilang tapi budak posman tue yang ambik..
Pelik dengan manusia yang dah buat salah tapi bukan setakat tak mahu mengaku, siapa maki hamun orang pulak! :(
eloklah kalau dah selesai. jadikan pengajaran yang berharga....termasuk saya yang membaca nih
Assalam..
Semoga menjadi pengajaran bukan hanya pada posmen tu tapi juga pada kita semua..jgn pecah amanah lain kali org x percayakan kita lagi
alhamdulillah..
dah selesai..tuhan tu maha adil..tahniah amy..
mana2 kerja kena amanah, mulut kena jaga..perangai kena elok baru semua ok..
MACAM2 HAL DGN POSMEN NI...SEMOGA MENDAPAT IKTIBAR DARI KES AMY NI... KAK MUNNA PUN TGH SENTAP DGN GDEX NI....
syukur la :)
Alhamdulillah...dah selesai dah perkara ini. Semoga Amy kembali tenang.
Post a Comment