Morning all...
Semalam seharian x dapat blogwalking badan masih tak sihat lagi. Perut dah ok tapi tiba² pulak demam datang menyerang. Adoi la! Teruk betul penangan food poisoning nie. Sepatutnya hari nie aku dah start out station tapi di sebabkan kesihatan masih tak ok jadi terpaksa di tunda pada esok hari huhuhuhu .Harap esok badan dah ok la.Hrmmm!!! Sikit lagi aku nak ke airport pick up mother in law dan father in law. Percutian mereka selama satu bulan sudah pun berakhir. Sekejap je kan masa berlalu.
Berkenaan dengan entri semalam *kalau ada yang terlepas boleh lihat di SINI.* Alhamdulillah mendapat feed back yang cukup baik. Ada juga yang memberi cadangan dan pandangan yang positif. Thanks all perkara ini akan di bincangkan dengan en.hubby di harap keputusannya baik la. If keputusannya ok aku akan umumkan perkara nie nanti ye! Sekarang bagi aku settle apa yang patut dulu ok.
Alhamdulillah selepas projek Teluk Ramunia kini aku dapat lagi satu projek. Syukur yang tidak terhingga dengan rezeki yang di beri dan ini juga adalah projek terakhir yang aku ambil untuk tahun 2011. Selepas ini kalau ada offer projek mane² aku akan cuba tolak sebaik mungkin. Masa untuk aku berehat pulak! Aku dah janji pada diri habis projek nie aku nak rest betul² dan nak tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga. Bukan bersara ye tapi fikir untuk zuriat pula. Bila usia perkahwinan nak memasuki tahun yang ke 3 aku dah perlu fikirkan sesuatu ke arah itu. Samaada dari segi rawatan hospital ataupun tradisional. Kalau ada suggestion sangat la di alu²kan.
Besok aku dah mula berkerja di luar kawasan di beberapa buah negeri. U all doakan segala urusan aku di permudahkan ye! Untuk beberapa hari atau memakan masa berminggu aku akan berada di luar kawasan. SR juga mungkin akan bercuti dalam tempoh itu atau mungkin juga akan berupdate sekiranya ada kelapangan waktu. Di harap di waktu itu kalau korang tidak menerima kunjungan daripada aku² mohon maaf. Harap u all faham dengan situasi aku dan jangan sesekali lupakan SR ye! Pasti aku akan merindui korang terutama mereka yang sudah semestinya menjadi pilihan SR. Nak tahu sapa tue kat sebelah kanan tue yang ada tulis setia² tue hehehehe..
Untuk baby contest pula u all jangan risau tetap akan on seperti yang di rancang. Bila tamat tempohnya aku akan senaraikan nama² peserta yang menyertai bagi memudahkan juri untuk memilih. Di harap kak Zia dan Kak diana dapat mengadili contest ini sebaik mungkin. Aku dah tetapkan kak zia akan mengadili baby gurl dan kak diana akan mengadili baby boy. Segala keputusan juri adalah muktamad. Harap u all dapat terima dengan hati terbuka.Ok la have to go hari nie entri yang di hasilkan autopublish. Kalau aku larat nanti aku cuba balas kunjungan korang.Maaf sangat! sangat! sangat!
23 comments:
dlm tak sihat pun kena kerja ...sian...
take care dear ...
Salam
alah kesian akak amy..
btw blog akak cantik laaaa... dah terbaru upenya.. xde purple tapi pinky..:) Get Well Soon yea
alahai amy..semoga cepat sembuh deh dr keracunan itu..
ala amy..akak nyer BB da slow...smlm xle nk bertenet mane..huhu
xpe amy..pasni cubalah yg terbaik utk zuriat itu..insyaAllah amy dan hubby akan berjaya..
akak suka jadi judge utk baby girl..hehehe...pe2 hal amy bgtau akak deh..apa yg perlu akak buat..
take care sb nk jalan2 tu...
eB ttp setia disini :)
get well soon yer :)
x pe la take a lot of rest ok
ehehe..maaf diterima :)
x pe dik .. take care ok .. jagan
kesihatan tu lebih penting ..
dan semoga semua itu dipermudahkan olehnya .. aminnn
semoga usaha membuahkan hasil yer. dgr kata ubat homeopati pun ada utk kesuburan. boleh juga kalau amy nak cuba..
Semoga bertambah sihat ye kak.. Wah, bertambah lagi rezeki.. Padanlah nak buat contest hadiah kaw2.. Perghhh.. Konfem sy masuk..
Semoga kesihatan Amy betul2 pulih sebelum memulakan perjalanan ke luar daerah. Kakcik doakan semuanya akan baik2 sahaja. InsyaAllah.
rehatkan diri, moga sembuh segera
insyaallah SR tetap akan dikunjungi, jgn risau buat keutamaan dulu
jaga kesihatan amy.....
akak jgn kerja kuat sngat tauuu..jaga kesihtan elok2
besaba...rilex2... sy selalu mcm tu tu...kih kih kih
Moga sihat hendaknya dan selamat maju jaya.
hai lalink..
semoga apa yg dihajati tercapai..
take care..
Assalam Amy....kalau amy diserang batuk...dan batuk mengganggu tidur Amy. Sapukan Vicks Vapourub di kedua-dua tapak kaki, kemudian dipakaikan stokin. Lepas tuu tidur laa. InsyaAllah, tidur Amy tidak diganggu batuk dan tidak akan terjaga-jaga dari tidur dan batuk akan beransur reda keesokkan harinya.
SEMOGA LEKAS SEMBUH YE ..AMY....
MURAH REZEKI AMY....
Bila komen kakak tulis ini Amy dah sampai mana agaknya ye. Selamat hendaknya segalanya...
Akak nie memang rajin, dalam tak sihat tu masih fikirkan kerja..
Sebab tu rezeki murah :>)
jage diri ye dear,pia doakan semoga urusan amy dipermudahkan dan selamat ke mana saje amy pg
x dpt join baby contest amy sebab dhiya dah over 3yrs..huhuhu..
eily doakan yg terbaik utk amy yea.
May Allah alwiz bless u...
amy..jaga kesihatan elok ye dear..
Post a Comment