Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”
20 comments:
Sedih baca cerita ni. Berdosa kan seorg isteri meninggalkan suaminya tanpa sebab yg munasabah.
sayunya hati baca luahan hati jimmy...semoga perkahwinan dia akan kekal dan kembali ceria macam pasangan yang lain...amin
cma x tgk af..x suka..tp kenal hazama.sore die sedap..
kesian kat jimmy..semoga allah permudahkan urusannya..
Allah juga yang maha mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Semoga mereka menemui jalan penyelesaian yang sebaik2nya.
pernah dengar luahan hati si suami ni kat Melodi..mmg sentuh juga la..semoga ada yang terbaik utk mereka berdua
Ya Allah.. kesiannya kat jimmy.. tak tau nak cakap pe dah.. nanti nak bersalin macamana la agaknya... kita nak bersalin, bukan main minta ampun dgn suami.. kalau ditakdirkan pulak, anak dikandung tu perempuan.. tak ke nak kawen cari jimmy jugak.. huhh apala is3 dia ni
kesian nye..pelik betul la...
gitu sekali... bknnye dah lama pun kawen 20 hari je..dah wat perangai...budak2 lagi kot...tu sbb cam tu ....
salam, ada gak baca kat abgnara, kesian jimmy ni, mudah2an lembut hati istrinya
Ermmm...Tak tahulah Panglima nak cakap aper. Isteri dia tu tak attend Kursus kahwin ker...heeeee
Bila dah berkahwin ...yg berkuasa adalah suami. Ibu dan bapa mertua tiada kuasa ke atas anak perempuannya lagi....segala dosa dan pahala isteri adalah dibahu jemala Suami.
Si Stanley boleh seret isterinya keluar dari rumah Pak Mertuanya jika dia mahu....kerana tempat isteri adalah di sisi suami...bukan disisi ibu dan bapanya. Sekadar komen dari panglima buat pembuka bicara.
kesian bc luahan Jimmy ni....hopefully rumahtangga mereka masih dpt diselamatkan...moga semuanya kembali pulih...amin
tulah akak pun ada baca rintihan dia nie dlm BN tuu .. memang sedih .. mcm x percaya dia yg tulis .. betapa desperate nya dia kan huhuh
kita sama2 doakan utk yg terbaik buat dia dik .. insyaallah jika dia benar dan ikhlas allah bersama dia ..aminnnnnnnnnnn
sesungguhnya lelaki yg baik utk perempuan yg baik...
semoga Allah permudahkan laluan beliau dan mendapat penyudahan yg baik..
lama x jenguk amy..2 minggu balik kg+2minggu brodben buat hal...
lama sungguh..
balik kelate pun x sempat nak calling2 amy nak jumpa..huhu..mungkin puasa nnti
Sedihnya, Jimmy. Semalam pun masa tengok AF, macam sedih je dia.
Jimmy kuat! Don't worry!
assalamualaikum amy..
saya nak komen mengenai skuad kelantan ya..saya harap mrk tak terlepas kejuaraan liga super kerana tengah leading 2 points dr selangor huhuhhuhhhh
sebak pulak baca luahan jimmy tu
semoga kepahitan akan mendapat kemanisan
cian jimmy.. kerjaya dia pun nampak menurun lepas kes ni kan..
hazama menang.. yeyyyy tp... bole tak bunga leh tetido lepas abis persembahan hazama huhuuh..
Ya-Allah inilah dikata tidak sekufu. Besar sungguh ujiannya sebagai lelaki. Kalau kakak saudaranya pasti akak suruh ke mahkamah, ambil haknya...
Tumpang sedih dan turut tharu baca luahan jimmy kat Metro semalam. Ape lah ertinya sbuah pkahwinan jika hb & wife tak shaluan, inai masih merah isteri pergi bgitu shaja tanpa sebb..sedih juga saya..
Buat jimmy saya yakin anda seorang yg kuat dan tabah. Bagi saya, xoayah la hndak dikenag org yg sudah tidak sayang pada kite. Berdoa byk2 pada Tuhan agar jimmy sntiase tenang peroleh kbahgiaan yg baru. Tak perlu tggu org yg dah x sudi..saya doakan jimmy sntiase beroleh kesejahteraan
:'(,doa yg terbaik utk mereka
kesian Jimmy..:(
Post a Comment