Jun 23, 2011

Kepanasan hati tercetus apabila..


Sejujurnya aku dah tak kisah apa orang nak cakap pasal diri aku. Aku x de zuriat ke apa ke janji keluarga aku dan mertua tak pernah mempersoalkan apatah lagi en.hubby yang tak pernah merugut. Kalau dulu isu nie mungkin terlalu sensitif bagi aku tapi tidak lagi sekarang. Aku dah boleh terima semua ini , segalanya aku pelajari dari mereka yang senasib dengan aku. Yang tempoh penantiannya lebih lame dari aku. Aku nak kuat dan cekal seperti mereka.Insyaallah aku pasti boleh.

Apa yang mencuit hati aku bila orang bertanya kepada aku.

Kau tak ada anak lagi ke?
Aku akan jawab belum ada rezeki aku lagi.

Lepas tue dia soal pulak tak berusaha ke berubat kampung ke atau jumpa pakar?
Aduh sudah pastilah aku dah berikhtiar , tak kan la aku nak dok diam je kan! tapi aku cakap dalam hati je la. Aku jawab Hospital dah dan rawatan kampung pun dah. Cuma rezeki je tak ada lagi.

Aku dulu macam ko juga x de rezeki je. Berdoa 24 jam tapi tetap x dapat zuriat juga? Tuhan tu x adil sebenarnya orang lain di bagi zuriat sedangkan kita tidak?
Tak baik cakap macam tue dah allah belum nak bagi rezeki lagi , jangan la merugut sabar je la.. Teruskan berdoa.

Sampai bila nak sabar aku sampai ditinggalkan laki aku sebab tak boleh bagi anak. Last bila aku kahwin baru dengan lelaki bukan islam boleh pulak mengandung.Tak berdoa pun dapat pulak anak. Sekarang aku dah tak percaya dengan agama dah. Berdoa siang malam apa aku dapat menangis je la . Sekarang anak aku dah 3 aku tak berdoa pun dan aku dah malas nak fikir pasal agama. Baik aku ikut agama laki aku lagi bagus. Tak payah susah² ada je rezeki aku.

Perbualan ini tercetus masa aku komen di salah satu gambar anak dia.Memang comel gila anak dia tapi nie aku dapat.Last berkenaan dengan agama tue aku putuskan dengan menegur di peti mesej. Apa yang aku dapat macam² yang dia hina termasuk dengan agama aku. Biarlah dia tapi serius aku memang panas hati bila dia mengagung²kan agama laki dia. Kesian lah dekat mak bapak kamu yang dah mendidik cukup ilmu agama last kamu tewas hanya dengan hasutan laki kamu.Pelik sungguh!

note : Perempuan ini rakan sekampung aku. Just jumpa di facebook. Perkahwinan ke duanya bersama lelaki kristian berasal dari serawak. Setelah anak 3 lakinya ingin kembali ke agama asalnya dan si minah nie sanggup nak ikut lakinya.. Dunia² !!!!!!!!


22 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Subhanallah..

Mintak dijauhkan.Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.Berusaha, berdoa dan bertawakallah.Insyaallah..

Nisa Greennnpanda said...

sgala perkara ditentukan oleh Tuhan.. If kite slalu beramal n berdoa, nescaya Allah akn mengaabulkan doa kite, if bkn skarang, insya-Allah di mase akn dtg. ade byk hadis psl betapa berkatnye kite berdoa..

Xsgka ade org yg mmg terpesong jauh smpai camtue skali. Sy sntiase percaya pd doa yg sy ucapkn tiap ari.. Mmg ade permintaan yg sudah termakbul, alhamdulillah..n ade jugak yg masih blum lg tercapai.

Whatever the situation we're in, we should never forget Allah n to pray to Him always.. ^_^

zura_habibhaariz said...

hmm...agama bg dia xpenting...biarkan lah dia ngan dunia dia...org mcm nie nasihat pun rasanya xjalan dh kot...

*kuatkan semangat ye amy...insyaallah satu hari nnt akan ada rezeki utk amy n hubby...

nurkass said...

subhanallah..
semoga dia diberi petunjuk oleh yg maha kuasa..

Unknown said...

subhanallah...

semoga iman kite kuat...

Nur Hawa Mohd Zin said...

bila ilmu tak cukup kak macam tu lah...susah nak cakap dengan orang yang hatinya Allah dah gelapkan...

lahir islam..mati biar islam
lahir islam mati kufur
lahir kufur mati islam

pilih la mana satu jalan kita...untuk akak awe tahu akak tabah..mak sedara awe tak da anak sebab rahim tak kuat dan dah berubat pun sama..kalu Allah tak bagi kita zuriat ada sebab dan ada rezeki lain..mcm skunk mak sedara awe ada anak2 buah yang ramai yang selalu duduk dengan dia

Scha406 said...

mak aihh, patut la Amy panas..Sha yg bc ni pun jd panas....smpi cmtu skali...ya Allah, mintak jauhkan la smua ni drpd umat Islam....

Hudalatip said...

Really? Hmm, moga diberi petunjuk..

ibu qaleesya said...

astagfirullah.. semua boleh terjadi kalo akidah xberapa ada.. macam mana la manusia boleh berfikir pendek macam ni.. sanggup wei nk tukar agama semata2 percaya apa yang dia nak boleh dapat tanpa berdoa.. apa kes ni kak... takut saya baca..
akak sabar ye

Semut Senyum said...

moga Allah permudahkan segala urusan kita dunia n akhirat... aminnn

Anonymous said...

insyaALLAH
rezeki akan tiba juga kan??/

zahidah seran said...

Allah janjikan rezeki tiap orang tu berbeza. tak dapat kat dunia. kat akhirat menanti. semoga terus cekal. dan semoga kawan Amy kembali dapat hidayah Allah.

eB said...

abaikan jerk dear... kiter hanyer merancang... mulot2 tempayan tuh bukan tau diam pn, kalo dah ader baby sok, sebok tanyer biler nk tmbh lagi... biler kiter dok bersalin 2 tahun berturut dok perli2 pulak kiter preggy utk taun ke-3... mmg malaun sungguh... kena btg idong sendiri tau lak nk diam2kan... engat org x tau ker? benci...

Normaliza said...

Allah maha mengetahui. Semoga Amy sabar & tabah ye.. :)

Unknown said...

Astaghfirullahalazim...

mengucap panjang akak baca amy..

Apa pun amy dah jalankan tanggunjawab amy, nasihatlah dia dgn cara lembut. Dia memang dah jauh tersimpang ni...

Apa pun semoga Allah bukakan pintu hatinya suatu hari nanti.

Setiap sesuatu yang berlaku adalah qada dan qadar dariNya. Rukun Iman tu, bila kita mempersoalkan, nyata iman kita semakin kurang. Harap Amy terus sabar, dan akak doakan ada rezeki Amy nak timang anak nanti.

Kawan akak 6 tahun menunggu, akhirnya di makbulkan juga olehNya. Banyakkan berdoa ya Amy...

intanz said...

Ya Allah.. innalillah... mcm mana lah die boleh terfikir mcm tu sekali.. ujian die berat sgt smpi die ikut husband die tu..

Moga Allah selamatkan die kembali ke pangkal jalan...

munna said...

Ya Allah....semoga dia mendapat hidayah

kasihibu said...

nauzubillah
takut baca en3 nih
amy adalah rezeki tu, lambat dan cepat je
itu semua ada hikmahnya kan?

Panglima7 said...

Assalam Amy,
Perempuan tu sanggup jadi kafir kerana inginkan zuriat. Nauzubillah. Anak itu hanyalah ujian dari Allah. Apabila dia telah melupakan Allah, maka Allah beri dia apa sahaja keinginannya termasuk anak seperti yg dia ingini kerana di akhirat nanti dia dapat "0" Zero. Semoga Amy bersabar dgn ujian dari Allah ini. Panglima sentiasa mendoakan Amy agar mempunyai zuriat suatu hari nanti. InsyaAllah.

azwa amani said...

astagfirulllah..sampai mcm tu sekali dia boleh cakap.... ya Allah, semoga pintu hatinya terbuka semula untuk Islam

Sheherazade said...

hanya kita je faham dan merasa perasaan itu

xpe,redha sabar usaha tawakal

Bionic women said...

Ya Allah, masyallah.
Alah tutup rupanya mata hati dia.
bagi dia rezeki tapi rupanya Allah bagi dia syurga dunia sampai dia lupa dyurga akhirat..masyallah..
jangan ler kita Allah tutup hati macam tu sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign