Pada saat si isteri mengetahui yang dirinya hamil pasti perasaannya bercampur aduk kan? Antara bahagia , bangga , khuatir dan bimbang. Perasaan itu akan terus berubah dari hari ke hari. Tambahan pula kalau ia adalah zuriat pertama yang di nanti²kan. Hal nie merupakan suatu perkara yang normal kerana si isteri dalam proses penyesuaian diri dengan kehamilan dan persiapan sebagai seorang ibu. Perasaan ketika itu pasti tidak sabar menanti kehadiran si comel untuk menyerikan lagi kehidupan rumahtangga.
Begitulah yang di rasakan oleh sepasang suami isteri ini. Detik apabila di beritahu yang beliau sudah hamil 4 minggu adalah satu berita yang sangat mengembirakan pasangan ini. Linangan air mata mula membasahi pipi betapa syukurnya beliau ke hadrat illahi di atas kurniaan yang tidak terhingga ini. Penantian selama 7 tahun akhirnya membuahkan hasil.Aku sangat mengerti dan memahami akan perasaan sahabat ini. 7 tahun bukan satu jangka masa yang pendek! Aku yang sudah hampir 2 tahun lebih nie pun terasa seksanya menanti saat kegembiraan itu.Benar kata orang penantian itu satu penyiksaan tapi aku redha dan pasrah akan ketentuan illahi.
Alhamdulillah kandungnya mula membesar dengan begitu baik sekali dan sudah melepasi tahap² risiko bagi seseorang bayi. Hari berganti hari , bulan berganti bulan akhirnya saat yang di nantikan akan tiba. Tapi apakan daya dia hanya mampu merancang tapi Allah s.w.t yang menentukan segalanya.Bayi yang di kandung selama hampir 8 bulan ini hilang dan lenyap tanpa di kesan ke mana perginya. Sebelum kejadian sahabat ini ada mengalami mimpi ngeri dan di waktu maghrib beliau terasa sakit yang amat sangat di dalam perut.Tiga hari selepas itu beliau mengambil keputusan untuk ke hospital.Tapi malangnya masa itu kandungannya sudah tiada. Terkedu sahabat ini bila di beritahu bayinya sudah tiada. Kalau meninggal masih berpeluang menatap wajah zuriat pertamanya tapi malangnya ia hilang tanpa tahu ke mana.
Menjadi tanda tanya kepada semua orang ke mana hilangnya bayi sahabat itu. Nak katakan beliau keguguran tidak ada pulak setitik darah yang kelihatan malah doktor pula menyifatkan beliau keguguran. Sangat tidak masuk akal! Misteri ini masih menjadi tanda tanya kepada pasangan suami isteri ini.Korang rasa ke mana perginya bayi itu? Simpati dengan nasib sahabat itu sehingga kini beliau masih tidak dapat menerima apa yang terjadi. Wanita itu hampir² sakit jiwa di sebabkan hal ini.Kesian sangat! Story ini adalah cerita benar yang terjadi kepada sepasang suami isteri yang berasal dari Bukit Gantang Perak.. Sedih masa aku mendengar cerita ini dari keluarga pasangan itu.Ada yang mengatakan bayi itu hilang di sebabkan di ambil oleh orang bunian dan macam² lagi andaian mereka .Kesahihanya wa'allahualam........
Note : Pernah dengar di Indonesia ada satu tempat , ibu mengandung sering kehilangan bayi di dalam perut semasa usia kandungan mencecah 7 bulan ke atas. Bayi yang hilang itu tidak dapat di kesan ke mana hilangnya.Takut pulak aku dengar!
18 comments:
seramnye,
dulu selalu gak dengar cerita psl ni. tapi pelikkan..mana baby tu pergi. ramai jugak la yg ckp keje org bunian.ntahla benda2 ghaib ni ssh nk ckp sbb x nmpk
KC penah dgr tau cite ni dulu. Misteri kehilangan sampai sekrg tak trjwb, kan.
amani dah jumpa depan mata kak....sampai amani tanya pada kakak tu bila nampak perut dia takde...amani tanya, akak dah bersalin ke??...bila akak cuti??...pastu baru lah dia story pada amani...dia pun tak tahu mcm mana boleh hilang....dah lah anak sulung..sedih dia kak....:( amani rasa bersalah tanya pada dia...
sgt kesian...dh mengharap sgt kan...tp nak buat caner..hilang...
kakak sepupu kita pernah alami menda ni, kandungan ilang masa 6 bulan..
org tua kata di ambil bunian..
Masa kita preggy dulu, pernah tanya gynae tentang persoalan ni..gynae explained kat kita, ada 1 masalah yg dipanggil kandungan anggur, nama scientifik dia x pasti..
kandungan anggur ni, wanita tu mengalami simptom biasa seperti kehamilan, dan ujian semuanya menunjukkn positif hamil, sayangnya gumpalan tersebut tidak membentuk janin, tapi gumpalan air, atau darah sahaja, atau ketumbuhna.
ada jugak yg akhirnya membentuk fibroid..
kita x ingat sangat ler xplaination doc tu, dah 4 thun berlalu..tapi amy try wat research ler..heheehhehe..
sha pun mula tak caye sangat, tapi bile berlaku kat jiran sebelah umah takot sangat2. die tunggu hr nak bersalin je tapi tibe2 perut jadi kempis.dah la ank kembar.sepasang lak tu. tapi alhamdulillah setiap kali puasa ank die datang dalam mimpi.die dapat tengok muka ank die. org bunian amek.bile die demam pun ank die dtg dlm mimpi cium kening die terus elok demam tu..
huh..ade kes cmtu eh? hurmm tu kuasa Allah, kite x tau nk ckp ape la....
amy.. memang menakutkan lah..
sure perasaan pelbagai di hadapi oleh bakal ibu..
sedihnya
orang kate bunian yang amek.. adeyh,
takot lah pulak walaupun lambat lagi mahu kawin HAHA
jom join bloglist MB =)
penah dgr ..org tua2 kate ..samada bunia @ saka keluarga ...
wlucamne pun itu kerja Allah swt aku tak brani ckp lelebih
bleh masuk kisah seram kat tv3 ni...
PERNAH JUGA KAK MUNNA BACA CERITA PASAL NI...TAKUTNYA KLU JADI DEKAT KITA...MOGA2 DIJAUHKAN SEMUA NI
memang kejadian ni pernah berlaku kat malaysia ni. segala yang berlaku adalah kuasa Tuhan jua.
salam amy~
penah jugak bca psl misteri kehilangan byi ni..ramai yg beranggapan bby tu diambil bunian..
wallahualam...
hope mereka tabar dan sabar dgn dugaan yg allah berikan
byk kali dgr.. tapi msh musykil gaks..
perkara ni pernah terjadi pada anak jiran kass..4 kali berturut2 anak dia hilang dlm kandungan..bayangkanlah mcm mana perasaan seorang ibu..dah merata tempat pergi berubat..last sekali pergi berubat kat sorang ustaz tu, alhamdulillah dah besar pun anak dia..tulah sorang..
penah dgr,minta dijauhkan
semoga mereka tabah
Post a Comment