Jun 1, 2011

Kerana mat bangla aku jadi mangsa


Story ni pasal semalam. Tengahari semalam husband kepada kawan MIL telifon katanya nak ke rumah untuk menghantar barang yang di pesan. Barang tue berupa krim susu kambing. Actually aku beli untuk bonda coz selama aku menggunakan krim tue tersangat la berkesan. Aku nie sering sakit angin pantang salah makan sikit , mudah je di serang pedih lulur hati. So bila aku sapukan krim tue alhamdulillah cepat lega berbanding minyak angin yang lain. Wahhhh!!! promote baik punya nie hihi...Tapi serius ia sangat berkesan.

So datang la uncle tue ke rumah aku. Macam biasa kalau tak ada en.hubby aku akan manggakan pagar. Risau sekarang nie macam² jenayah berlaku jadi untuk ambil langkah berjaga² baik kunci pagar. At least kalau ada orang datang nak menjual pun x boleh masuk. Bukan aku nak memperlekehkan mereka tapi zaman sekarang nie dengan sapa pun kita x boleh percaya. Kadang banyak yang tak betul dari betulnya.huhuhu^

Ok berbalik pada uncle tadi sesampai di rumah dia pun membunyikan la loceng rumah. Aku nie pantang kalau dengar bunyi kuat atau terkejut mesti nak melatah haha..peel aku! So masa kuar rumah tue dia kata buka pagar.Wahhhh!!! dalam hati berkata , ish kenapa nak buka pagar pula ke uncle nie nak masuk. Sekali betul la sangkaan aku dia nak masuk ke dalam rumah siap bawa kawan lagi. Hati mula berbisik takutnya la x kan nak jemput masuk dalam rumah padahal dia just nak hantar krim nie je. Lagipun x ada sapa di rumah tinggal aku sorang je.

Sebab fikirkan husband kawan MIL jadi aku benarkan la dorang masuk tapi dengan syarat membuka pintu seluas²nya.Hamek kau kalau jadi pape sempat aku lari sebab aku duk kat pintu je alasan x nak kucing masuk rumah hahahaha^ So bermula la agenda uncle tue. Rupa² nya uncle tue datang nak berkempen bukan sekadar nak menghantar krim je. Perghhh!!! pandai sungguh dia berniaga. So terperangkap la aku dengan agenda uncle nie dan rakannya tue. Bukan saja terperangkap malah terkena sama.^ hahaha lawak betul la. Aku order krim tue 2 botol sekali dia bawa 7 botol suruh aku beli semua.Siut je kan!!! kan dah terkena. Nie namanya berniaga paksa hehehe...

Bab krim tue ok lagi! at least aku boleh la kasi sapa² krim tue masa balik kampung minggu nie. Tapi yang x bestnya pasal satu lagi busniess yang dia kempen kat aku tue , busniess berupa prepaid. Jenuh la aku bagi alasan yang aku tidak menggunakan prepaid sebaliknya line. Tapi alasan aku di tepis sebulat² nya. Kata uncle tue aku sekarang kan menjalankan perniagaan telifon bimbit + pekerja asing lagi. So aku boleh jual kepada pelanggan yang membeli telifon dari aku dan untuk pekerja asing aku just jual prepaid² tu kepada mat² bangla aku. Sebulan mat bangla just spent rm30 je than aku akan mendapat komisen.Cara pengiraannya tidak la aku fokus sangat coz im not intrested. Di sebabkan tak nak buat orang berkecil hati , aku bagi alasan harus bertanya kepada en.hubby dahulu.Apa² akan di beritahu kemudian.

Tengok cara uncle tue berniaga smart kan. Pandai dia tangkap pelanggan. Sekali kalau untung berlipat² kali ganda tue. Krim yang kita nak 2 botol dia pergi bagi 7 botol. Jual prepaid pada aku sebab pelanggan telifon nie meluas.Lepas tue jual pada mat bangla aku yang dekat 450 tue .Perghhh!!! memang cepat kayo cam tue...


11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa jual prepaid memang lumayan tau Amy. Sebaba kebanyakan foreighner memang gunakannya....

Scha406 said...

masyukla kannn....

☾SHiemaCMa786☾ said...

dia ajak amy berbiz skali ke??
uncle tu mmg pandai cari pendapatan la..
apepun.jgan terus setuju..elok tu,bincang ngan asben dulu,,takut kes penipuan..

munna said...

pandai betul uncle tu berbusniess...

eima said...

huhu takutnye lain kali jgn bg masuk dah dlm rumah tau... bahaye ..even amy dok kat pintu sekali pun mcm2 leh jd dear...

amy pasni kena tegas tau...huhu take care dear

sarah-najwan said...

alahai..kalu akak gtukan..biarlah uncle tu kwn mil..akak totap xbg msuk..tatottttt!!!..tu psl akak akn pstikn..nk jumpa org ka..pasti tggu hubby balik..pe2 hal..citer sama2 dgr ngan hubby..akak ni takutt..

pandai jgk uncle tu promo kat awk..diakn kaki bisnes..mmg kene promo bijak..mcm kwn akak bisnes tdg..ya allah..akak ni mudah sgt terpengaruh..dlm tak nak tak nak..2 helai seklai rembat..adooiii..

**akak.. kecil tapak tangan..blog akak tadahkan andai amy nk lantik akak jd juri..hehe..macam mimmpi lak akak dipilih..hehe

Hanis Azla said...

org yg bisnes minded ni mcm2 cara yg mereka boleh gunakan.. ksg2 jadi menakutkan pula..

azwa amani said...

rasa macam nak join berniaga prepaid jugak jer bace entry ni..hohohoho

ozzy said...

Assalam..

Itulah antara ciri2 peniaga zaman skrg ni, perlu bijak & ada strategi cuma kalau jenis menipu tu baik jgn diikut.

p/s-jgn lupa tag di sini hehe > http://ozzy2u.blogspot.com/2011/06/definasi-cinta-untuk-si-gadis-berkaca.html

azwa amani said...

akak..boleh jerrr.. :) dah last2 sem ni..dah takde ape sangat nak buat...boleh jugak buat bisness kat sini :)

Sheherazade said...

strategy2...

tapi hati2 ye dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign