As'salammualaikum w.b.t...
Alhamdulillah lepas melakukan upt di rumah dan keputusan menunjukkan positif maka haruslah mendapat pengesahan doktor. Mane tahu kot-kot upt tue x betul ke?? sebab time aku buat upt tue dah lewat gara-gara x berapa yakin. Orang kata kalau nak dapatkan result yang tepat, kita kena buat upt pada awal pagi iaitu air kencing yang pertama seawal pagi.
Petang tue hubby call kakak saudara yang bertugas di HUSM untuk memberitahu akan hal ini dan meminta beliau mengaturkan temujanji dengan doktor. Hubby tidak mahu aku menjalani pemeriksaan di klinik biasa berikutan rekod perubatan aku ada di husm.
Keesokan harinya kakak saudara memberikan tarikh temujanji. So aku bersama hubby ke husm dan berjumpa dengan doktor yang selama ini merawat aku. Kira dekat 4 tahun la doktor nie menjaga dan merawat aku. Syukur kerana beliau sangat baik sekali dan x pernah jemu melayan kerenah aku yang sedikit cerewet hihi..
Doktor yang di maksudkan adalah Prof. Adiba.. Pakar sakit puan husm. Dari kehamilan pertama aku sehinggalah kehamilan yang ke 4 ini. Beliaulah yang banyak bagi kata-kata semangat pada aku. Thanks prof. ---> tapi aku x pernah panggil prof. pun sebab setiap kali ada temujanji aku mesti panggil doktor hihi...
Scan pertama pada 17/10/2012 - 7 weeks
Masuk bilik prof. beliau dah tersenyum lebar sambil hulurkan tangan mengucapkan tahniah pada aku dan hubby. Perasaan time tue x tahu nak cakap suka atau apa?? tapi yang pastinya aku takut dan risau sekali...
Di sebabkan aku telah melakukan upt di rumah dan result yang di tunjukan cukup jelas, maka prof tidak meminta aku untuk melakukan upt sekali lagi tetapi sebaliknya melakukan ultrasound. Saat melakukan ultrasound ada sedikit suspen di situ, apabila prof tidak menemui apa-apa di dalam rahim ku..
Perghh! cemas gila time tue, sampai aku cakap pada prof. upt tue salah kot tapi kenapa saya x period lak?? Hampir 5 minit juga la than baru nampak. Ini disebabkan rahim aku yang retroverted so agak sukar untuk melihatnya. Alhamdulillah.. bila dapat lihat baru rasa lega sangat..
Ok lepas pada tue, baru prof periksa pintu rahim aku pula. Samaada perlu di ikat atau sebaliknya.. Kenapa rahim/peranakan aku perlu di ikat nanti akan aku kongsikan di entri yang lain ---> sharing is caring kan???
Bila tiba masa buat buku merah, aku agak pelik.. kenapa la aku punya pakai kad gini tapi kakak ipar aku pakai buku merah. Rasa pelik lalu aku bertanya kepada prof. Biasalah orang cerewet kan, asal nampak pelik sikit semua nak tanya...
Selepas di terangkan barulah aku faham kenapa dan mengapa.. Patut la setiap kali temujanji/check up aku akan terus berjumpa dengan prof dan tidak melalui nurse. Kira prof as a personal doctor aku la. Apa-apa saja yang berkaitan dengan kesihatan, aku akan terus rujuk prof.
* Nama yang tercatat di atas kad ini adalah nama sebenar aku ye.. jangan pulak ada yang cari nama amy syaquena hihi.. Di belah belakang kad ini pula ada tertulis tahun dan usia kandungan aku semasa keguguran dulu beserta sedikit catatan.
Scan kedua pada 5/12/2012 - 14 weeks
Scan kali kedua nie prof dah mula remainkan aku agar banyakan berehat, tidak melakukan kerja-kerja berat,stress dan travel jauh. Tapi dik kerana degil yang melampau dalam senyap aku travel juga.. Tawakal je sebab beberapa hari lepas check up tue aku harus terbang ke Palembang... Syukur alhamdulillah semuanya baik-baik aje...
Scan ketiga pada 3/1/2012 - 18 weeks 5 days
Scan keempat pada 14/2/2013 - 25 weeks
Time nie baru tahu jantina baby...
Scan kelima pada 21/3/2013 - 29 weeks 6 days
Dah mula kira pergerakan baby...
Syukur Alhamdulillah!!