Apr 26, 2012

Siapa yang lahir era 70 an & 80 an , minta beri komen sikit

Siapa yang lahir di era 70an dan 80an 
boleh la kongsi serba sedikit pengalaman hidup uolsss



Note: credit pic di FB en.hubby...

Apr 25, 2012

Marah anak kerana nak pergi kelas amali solat



Baru baca komen uollssss.. x sempat nak reply lagi , hari² gitu asyik x sempat je huhu! sorryyyy... Nie aku baru balik dari make gula , kata ore kelate la.. kalau orang luar makan kenduri.. Jemputan majlis aqiqah di rumah Naib Presiden Kelab Penyokong Kelantan Dot Net iaitu Nik Mohd Salehuddin Nik Abdul Razak atau lebih di kenali sebagai Nik Leh.

Perghhh!!! makanan yang sungguh menyelerakan.. yang paling buat aku berselera , kerabu perutnya memang terbaik la.. ada kambing , ada ayam percik dan dua tiga jenis lagi makanan.Gambar x de na! bateri hp habis dan hp lagi satu x bawa bersama huhuhu! so dengar aku cite je la..dengar ke baca erk! confuse sudah hehehe..

Hrmmm.. aku bukan nak story pasal makanan sangat tapi yang aku nak cite sal gelagat seorang aweks nie tadi. Ada seorang akak ni , marahkan anaknya depan² orang ramai..Itu satu yang memang aku x setuju , keduanya cara di bercakap tue memang x kena tempat. Ada ke leh marah anak dia hanya kerana anak nak pergi kelas amali solat.. Marah kuat² lak tue..Grrrrrrr...

Aku yang sedang makan nie , dok perhati je gelagat akak tue.. Mungkin dia perasan ramai yang memerhati lalu dia pun bertanya pada sorang akak nie aka anak tuan rumah! dekat kl x de pun kelas amali² solat nie , dekat sini pulak ada kelas² macam nie..Haishh menyusahkan orang betul! perghh.. Aku dengar pun panas hati je , anak nak gi kelas amali solat pun nak pertikai bagai , bukannya anak tue nak buat benda x elok.. Tak faham betul la....

Mak cik , mak cik yang dengar kata² aweks tue semua dok sohseh sohseh.. ye la benda baik di pertikaikan.. Apa daaaaa akak tue.. Pendapat uolllsss camner salah ke...








Rabu Tanpa Kata : Sami Yusof tegur Dato Siti Nurhaliza pakai tudung

Sami Yusof in studio with Dato Siti Nurhaliza..

Sami Yusuf tegur Dato siti , pakai tudung kena tutup sampai dada la siti..hehehe..itu just dialog aku je! Tak kan la Sami Yusof nak cakap begitu kan..Mereka sedang berbincang mengenai lagu untuk berduet. Tapi  gambar tue sesuai dengan dialog aku kan hehe..jangan marah na!

Ops terlebih words sudah..santai friends!!!

Apr 24, 2012

Membuka peluang perniagaan online , berminat boleh email saya



Kebelakangan ini aku banyak menerima email , mesej dari rakan² yang di kenali mahupun yang tidak di kenali. Kebanyakan mereka bertanyakan mengenai macam mane nak memulakan sesuatu perniagaan melalui internet , berapa modal yang perlu di keluarkan dan di mana hendak mencari supplier.Ok di sini aku ceritakan serba sedikit berdasarkan pengalaman aku..

Sebelum ini aku juga seperti anda.. Selalu terfikir bersosial di facebook dan merepek di blog , why not aku guna kelebihan yang sedia ada.. Aku dah ada blog dan aku juga ada laman sosial facebook. Sikit² aku berjinak untuk pasarkan produk. Dik kerana risaukan risiko maka aku mulakan langkah pertama sebagai dropshipper. Nak tahu dropshipper tue apa , anda boleh lihat di SINI. Apabila sudah mendapat sambutan dan aku sudah memperolehi customer sendiri , maka aku menapak selangkah lagi dengan mengeluarkan modal sendiri untuk meneruskan perniagaan internet.

Alhamdulillah tiada yang mustahil kalau kita rajin berusaha. Di awalnya aku sekadar suka² saja mengisi masa lapang tapi bila aku lihat sambutan dan keuntungan yang di perolehi , aku jadi bersemangat. Jujur aku katakan sekiranya anda serius dalam bidang ini insyaallah anda akan dapat lihat hasilnya kerana berniaga di internet paling mudah. Tapi anda kena berpegang pada satu prinsip iaitu jujur pada customer. Insyaallah perniagaan anda akan kekal lame..

So bagi yang berminat nak berniaga melalui talian internet ,  langkah pertama yang anda harus lakukan adalah jadi agent dropship..Setelah anda memperolehi customer sendiri dan anda sudah mempunyai modal hasil daripada komisen penjualan dropship.. maka anda boleh lakukan sendiri tanpa bergantung pada orang lain lagi.

Mengenai supplier pula , anda kena rajin buat research..google senarai supplier yang ada di malaysia.. cuba dapatkan feedback dan latar belakang supplier tersebut ini bagi mengelakkan penipuan. Setelah itu barulah anda deal dengan mereka.Dapatkan stock dalam kuantiti yang sedikit untuk pembelian pertama dan kedua..sekiranya tiada masalah barulah anda meneruskan untuk pembelian seterusnya dengan kuantiti yang banyak.. Tapi anda harus peka dan berhati² kerana walaupun urusan sebelumnya tiada masalah , tidak mustahil untuk urusan seterusnya tiada masalah. Ingat risiko ada di mana². Base pada pengalaman aku sebelum ini.


Note: Aku ada membuka peluang kepada mereka yang berminat berniaga tanpa perlu mengeluarkan modal. Ada pelbagai produk anda boleh pilih di SINI. sekiranya berminat anda hanya perlu emailkan kepada saya detail mengenai diri anda seperti nama, no telifon dan alamat anda..Setelah itu anda sudah boleh memulakan perniagaan anda..



Apr 23, 2012

Samsung Galaxy S Advance is coming

Yes sudah sampai.. The Samsung Galaxy S Advance is finally announced in Malaysia with the retail price tag of RM1299. Aku masih belum jual lagi dan harga pun masih belum dapat. Kalau rrp RM1299, harga aku maybe rendah sikit la.. tapi apa² pun kena tunggu price untuk dealer dulu than baru boleh tentukan harga..

So kalau ada yang rasa x mampu nak memiliki Samsung Galaxy S III , anda boleh la beli Samsung Galaxy S Advance..Model ini menggantikan Samsung Galaxy S Plus.. antara Samsung Galaxy W dan Samsung Galaxy S II , model ini kira di tengah². Tapi kalau nak compare dengan Samsung Galaxy S II , Samsung Galaxy S II , better lagi..

Ada yang kata model samsung ini bukan ICS dan hanya android 2.3 je.. betul ke?? apa yang pasti model samsung ini ada 3g videocall dan kalau uollls nak tahu dengan lebih lanjut lagi boleh lihat di bawah ini.
  • 4.0-inch Super AMOLED display with 800×480 pixel resolution
  • 5MP rear camera with 720p video recording, 1.3MP front camera – same numbers as the Galaxy Nexus, possibly same hardware as well.
  • 1GHz dual-core processor with 768MB RAM
  • 8GB/16GB Internal Storage
  • MicroSD card slot (Up to 32GB)
  • 1,500mAh Lit-Ion Battery
  • Android 2.3 Gingerbread

Berminat nak beli handphone dengan harga yang Murah! jemputlah cuci mata di SINI...





Iphone 5 & ciri² Samsung Galaxy S III


Entri hari nie , aku nak cerita pasal gadget je..Sebelum tue aku nak tanya , uollsss lebih meminati model smartphone mane? Apple ? Samsung ? Blackberry? Sony Erisson ? Nokia atau seangkatan dengannya.. Kalau aku lebih kepada samsung kot.. Blackberry ok la tapi pakai x sampai dua bulan , pastu simpan dalam laci la jawabnya..macam boring je , setakat BBM , pastu online itu je.. Tapi kalau samsung macam² ada..

Ok x mau cerita pasal kelemahan smartphone , nanti ada pulak yang tak puas hati terutama sekali bagi mereka yang meminati smartphone blackberry..Post nie aku just nak cerita mengenai model keluaran Samsung.

Samsung Galaxy S III memang cun habis,  nipis je memang terbaik la ..X sabar nak tunggu keluarannya.. Dengar kata Samsung Galaxy S III akan berada di pasaran selepas keluaran Iphone 5. Bila tue aku x berapa pasti tapi dari sumber yang aku dengar , Iphone 5 akan di jangkakan berada di pasaran Eropah pada musim panas tahun ini.


Sedikit info mengenai Iphone 5, saiz skrinnya akan ditambah ke 4.6 inci berbanding saiz sebelumnya.Setakat ini iPhone semuanya mempunyai saiz skrin 3.5 inci sejak di lancarkan pada tahun 2007 yang lalu. Kelebihan yang lain kena tunggu pelancarannya nanti...


Ok berbalik  kepada Samsung Galaxy S III tadi, ada sumber mengatakan berkemungkinan besar Samsung Galaxy S III mempunyai ciri² seperti berikut :-
  •  Penggunaan prosesor Samsung Exynos Quad-core 1.5GHz
  •  Sistem Android 4.0 + Vanilla UI 
  •  Kerangka Tepi yg sempit (seramik)
  •  Utra nipis 8mm (0.4mm)
  •  Butang Home Disingkirkan
  •  Penggunaan skrin 1080p 4.8 inci
  •  Lensa kamera 12.0mp
  •  Penyokong rangkaian 4G LTE
  •  Penyokong NFC /bluetoth 4.0
  •  Fungsi pengecas wireless
So kepada yang meminati dan tertunggu² akan kehadiran model ni , boleh la start menabung dari sekarang. Harga yang di jangkakan dalam 2 ribu ++ sama seperti harga keluaran Samsung Galaxy Note sebelum ini.. Tapi sekarang harga Galaxy Note dah jatuh tergolek dari RM2299 now hanya RM1900 sahaja...


Berminat nak beli handphone dengan harga yang Murah! jemputlah cuci mata di SINI...




Sony Ericsson & Samsung Android 4.0 ICS Ice Cream Sandwich



Entri pagi ini , aku nak ceritakan secara ringkas mengenai  Ice Cream Sandwich? Bukan ice cream yang di makan dengan sandwich ye tapi Ice Cream Sandwich atau singkatannya (ICS) adalah generasi baru OS Android yang di perkenalkan oleh Google selepas versi Gingerbread untuk smartphone dan juga Honeycomb yang dikhaskan untuk tablet..

Apa yang menariknya tentang ICS ni adalah keupayaannya untuk dioperasikan bukan sahaja pada smartphone, malah boleh digunakan pada tablet atau peranti mudah alih yang lain...Ini bermakna dengan hanya satu OS yang sama ia boleh mengoperasikan lebih dari satu jenis peranti yang berbeza tanpa sebarang masalah..

OS mula diperkenalkan pada akhir tahun lepas...Bagi sesiapa yang memiliki smartphone Adroid model lama, masih boleh menyokong OS terbaru ini...tidak kira berapa lama pun usia smartphone tersebut..Namun disebabkan oleh faktor keupayaan perkakasan yang digunakan pada setiap smartphone adalah tidak sama..maka sesetengah fungsi hanya boleh digunakan pada smartphone tertentu sahaja...


Ok di sini aku sertakan bersama senarai ICS untuk handphone Sony Ericsson dan Samsung..

Sony Ericson dan  Android 4.0  ICS ( Ice Cream Sandwich ) 

Update ICS pada April 2012 
* Xperia Ray
* Xperia arc s
* Xperia Neo V

Update ICS pada May 2012 
* Xperia pro
* Xperia arc
* Xperia neo
* Xperia mini
* Xperia play
* Xperia active
* Xperia mini pro
* Sony ericsson live with walkman

Samsung dan Android 4.0 ICS ( Ice Cream Sandwich )  
Buat masa ini yang menerima ICS adalah model seperti berikut..

* Galaxy R
* Galaxy S ll
* Galaxy Note
* Galaxy Tab 7.7
* Galaxy Tab 8.9
* Galaxy Tab 10.1
* Galaxy Tab 7.0 plus

Note: Samsung Galaxy Sll dan  Samsung Galaxy Note akan di kemaskini dengan ICS pada musim pertama 2012. Bagi model yang lain akan datang...


 


Apr 21, 2012

Tak suka tak perlu cari , x perlu nak buruk²kan saya pada orang lain



Tadi aku terima satu mesej dari seorang sahabat di facebook. Ya Allah! apa la salah aku sampai orang tak habis² nak dengki dan sakit hati dengan aku , padahal aku sikit pun x pernah kacau dorang. X pernah amek tahu pun pasal orang. Aku buat keje aku je.. X faham betul la..

Selama ini aku diamkan diri je , x nak amek pusing perkara sebegini...Tapi lagi aku diam lagi menjadi² pulak perangai dorang nie.Add semata² nak tahu perkembangan aku , pastu nak pukul canang sana sini.. Apa punya orang daaa...Umur dah dekat 30 tapi perangai macam budak².

Tak cukup dengan itu dia siap cite konon aku yang beria sangat cari dia..nak kawan gan dia.. Hei please ok! kau yang add aku pastu kau nak buruk²kan aku dekat orang.Bukan aku sorang je kena macam nie, dua lagi rakan aku yang x sebulu dengan dia pun turut menjadi mangsa.. Serius x faham betul dengan orang macam nie.. Orang lihat member bahagia dan berjaya , tumpang gembira tapi bukan tumpang dengki dan iri hati...

Sebelum nie apa yang dorang hina aku , burukkan aku dan fitnah aku.. Aku cuba sedaya upaya untuk abaikan semua itu tapi hari ini sudah tiba masanya untuk aku membela diri. X de makna aku nak cover² dorang dah. pasni kalau ada lagi cerita buruk tentang aku , siap muka aku paparkan..Biar semua orang tahu hati busuk korang.

So di sini aku nak tegaskan , tiada mesej bukan² yang aku hantar pasa sesiapa?? Aku bersosial di laman facebook hanya aktiviti berniaga saja , selain daripada itu memang aku x layan. Jadi x perlulah nak cakap aku begitu..Tak perlu nak berlagak diri itu hebat sedangkan hakikatnya kamu tidak berbuat apa² pun. Buktinya boleh lihat di bawah...

Ini bukti nama² mereka yang aku block dari facebook aku!

Selepas aku mengetahui mereka hanya ingin mengetahui perkembangan diri aku saja , maka aku putuskan untuk block saja mereka dari facebook aku. Bukan niat aku nak bermusuh cuma rasanya aku tidak perlukan kawan seperti mereka..Buat apa berkawan kalau tidak ikhlas kan.. Tapi sebelum aku block dari facebook , aku sempat menghantar satu mesej.. Mesejnya seperti di bawah!

Ini pula salah satu aktiviti mereka 
yang di kirimkan oleh seorang rakan kepada aku


Ini pula bukti yang menunjukkan dirinya yang add aku! So tidak timbul di sini kata aku marah sangat² kerana dia x nak kawan.. Bukan aku yang cari dia tapi dia yang cari aku.. So fikir dulu sebelum bercakap ye.. Dan mesej ini juga membuktikan yang aku tidak menghantar mesej yang bukan² melainkan yang tercatat di atas...

So dengan terpaparkanya post ini aku minta sangat tuan empunya diri tolong jangan ganggu hidup aku lagi seperti mana aku tidak pernah sibuk nak amek tahu hal korang semua.. Tak perlulah nak iri hati atau dengki mendengki kerana sikap itu akan merugikan diri sendiri..

Sekian...











Apr 20, 2012

Politik Kotor atau Politik Islam



Salam pagi Jumaat semua..

Baru² nie aku ada tertonton satu siaran television berbaur politik.. Rasanya x perlu la aku mention stesyen television mane, nanti x pasal² kena saman pulak huhu..

Actually sebelum nie, aku rajin juga mengikuti perkembangan politik di negara kita. Itu pun gara² terikut² dengan rakan² business. Dorang semua orang kuat politik. Aku join je tapi atas dasar perniagaan tak lebih dari itu. Mane yang betul aku ikut tapi mane yang salah tetap salah..Tak guna pun mengiakan perkara yang x betul!..Oklah berbalik pada topik asal.. 

Kelihatan yang menyampaikan tue baru berusia 40-an. Tapi cara beliau bercakap dan menyampaikan seolah² seperti membuat statement yang terlalu 'masuk bakul angkat sendiri' apabila bercerita sebelah pihak.. Aku yang menontonnya pun terasa seolah² slot begitu seperti berat sebelah. Cara penyampaian dah la kolot! Pemikiran yang terlalu terhad dan matlamat yang terlalu rapuh..Macam tue ke cara nak memperjuangkan bangsa , agama dan negara.. Adoi sakit hati betul la! tak pasal² emosi pulak aku tulis post nie Grrrr..

Harapan aku semoga generasi akan datang akan lebih peka terhadap dunia politik dan ekonomi akan datang.. Ingat anda adalah warisan kami.. Hari ini, biarpun 'kita' kelihatan 'kosong' namun, penuhilah dada dengan ilmu dan persediaan.. Semoga hari esok, bila satu arahan jatuh ke bahu, kita sentiasa bersedia atas apa jua yang bakal di lalui..

Note : Sebagai rakyat berbangsa Melayu, aku bangga dengan bangsa aku dan aku bangga menjadi Melayu. Aku juga mahukan bangsa aku hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi .






Apr 19, 2012

Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak , Sultan Azlan Muhibbuddin Shah


 
Hari ini, 19 April 2012 ialah hari Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak Yang Ke 84. Sebagai anak jati Perak, sudah semestinya aku tidak mahu terlepas sama untuk meraikan Ulangtahun keputeraan Baginda Tuanku.

Kami seluruh rakyat negeri Perak merafak sembah menjunjung kasih dan ucapan tahniah dan penghargaan sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak , Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Semuga Allah terus memberikan kekuatan, rahmat dan hidayah Nya kepada DYMM untuk terus memayungi rakyat Perak di bawah Pemerintahan Baginda.

Daulat Tuanku..






Perasmian dan Pelancaran blog De'Astana E-Shop & page Door To Door Shopping



Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah , hari ini 19/4/2012..Blog kedua aku telah siap di pasang dengan jayanya , setelah hampir seminggu lebih menyiapkannya..Bunyi macam poyo je kan! macam la penting sangat nak annouce bagai hehe...Bagi aku penting tau dan wajib untuk aku annoucekannya..Sama juga seperti kita baru nak buka kedai , cuma bezanya kedai aku nie kedai bergerak. Semua orang boleh mencuci dan menjamu mata di sini.. Tak perlu bayar pun cuma time nak beli je, kena la bayar ahaks!

Oklah dengan sukacitanya saya sebagai pemilik blog www.sinarraudah.com dengan lafaz 
Bismillahirrahmanirrahim

Sempena  Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak Yang Ke 84 *perlu disertakan, keywords tue hehe..Dengan ini , saya merasmikan dengan sendirinya blog DE'ASTANA E-SHOP sebagai blog kedua saya dan merangkap blog perniagaan saya dan saya juga ingin melancarkan page DOOR TO DOOR SHOPPING..Untuk semua warga mukabuku dan blogger...

Dengan rendah hati saya ingin menjemput rakan² blogger serta rakan² di facebook untuk klik LIKE pada page saya INI. Dan sekiranya anda sudi jemput la follow sama belog De'Astana E-Shop.. Terima kasih di atas sokongan anda semua..






Apr 18, 2012

Salah satu sebab kenapa saya perlu memakai purdah



Selamat tengahari...

Baru balik dari hospital.. Malangnya la hari nie , parking kereta x de.. dekat setengah jam mencari parking akhirnya park dekat pasaraya mydin kubang kerian je.. Pastu menapak ke HUSM. Menapak tue x de hal la tapi yang x bestnya bila menapak ada pulak yang mengacau.. Tak suka betul la! 

Bila masuk jalan utama HUSM , orang x de sangat malainkan kereta yang keluar masuk je..Aku nie kalau berjalan memang x  pandang kiri kanan.. Sekali berhenti sebuah kereta myvi berwarna putih memberi salam..Orang bagi salam, aku pun jawab la wa'alaikumsalam. Tengok dalam kereta ada 2 orang lelaki sambil bertanya sore ja??.. alahai dah terang² aku sorang lagi mau tanya ke.. malas nak layan aku diam je tanpa membalas sepatah pun. Tiba² hp berbunyi.. Alamak m.call la pulak!tertera nama bapak saudara aku. Aku pun mendail semula no tersebut dengan harapan mamat dua orang nie cepat beredar dari bilik doktor...

Berborak gan bapak saudara sambil meluahkan rasa x puas hati...Borak punya borak x sedar aku dah pun  berada di depan pintu klinik. Fon di letakkan dan aku terus berjumpa dengan misi. Daftar nama dan tunggu giliran number di panggil..Lewat setengah jam jugak tadi , appoitment pukul 10am aku sampai 10.35..Settle semua aku pun beredar la dari hospital. 

Keluar pintu klinik tengok ramai orang menjual.. Sempat la kejap aku cuci mata hehe.... sekali ada seorang lelaki panggil aku. Orangnya berkaca mata , nampak skema je , berpakaian kemas office.. Masa dia panggil aku just menunjukkan isyarat tangan , menandakan tidak mahu! Aku sangkakan mamat tue salesman tapi rupanya tidak..

Otw jalan kaki dia follow aku dengan kereta..3 kali la dia dok pusing depan aku. dalam hati aku berkata , apahal pulak la si mamat nie.kebetulan time tue adik perempuan aku call sebab nak confirmkan order.. So berborak la aku sambil berjalan. Sekali mamat tadi berhenti kereta sambil berkata , nak tumpang?? Aku jawab dengan baik , x pe.. x pe.. Adik aku yang sedang dalam talian bertanya ' sapa tue lang" aku pun membebel la kat adik aku berikutan mamat nie dok follow dari dalam hospital lagi. 

Sampai di jalan besar , lampu traffic light merah?? So kete mamat tadi berhenti sambil membuka tingkap dia meminta no fon.. perghh!! x sukanya dengan situasi macam tue.. Orang tengok je , apa orang akan fikir nanti. Aku x hiraukan just sembang gan adik sampai aku berada dalam kereta. Bila hidupkan enjin kereta sekali mamat tue ada depan kete aku. Sial betul la! 

Aku buat bodoh je..Dia follow aku sampai simpang rumah , last baru dia pergi..Perghhh!!! takut pun ada.. pelik² la orang sekarang...Aku call en.hubby bagitahu tapi en.hubby x cakap apa sebab dia tengah makan. Mesti petang nanti en.hubby akan cakap macam nie " Sebab tu papa suruh mama pakai niqab , kalau pakai niqab x de sapa nak kacau' huhuhu....betul kan , tue la salah satu sebab kenapa en.hubby menyuruh aku memakai niqab!Moga terbuka pintu hati aku untuk memakai niqab sepenuhnya..~amin

Apasal entri aku nie macam karangan sekolah erk! 





Wordless Wednesday : Bibir seksi menggoda


Bibir en.hubby seksi tak! ahaks...
X tahu alergic apa , now kerap sangat bengkak bibir 





Apr 17, 2012

Hospital lagi , doakan aku ye


Cepatnya masa berlalu , sedar x sedar dah di pertengahan bulan 4. Esok dah nak ke hospital, setelah 2 bulan tidak berjumpa doktor. Kalau tidak kerana temujanji jangan harap la aku nak pergi.. Malasnya la nak ke hospital , nak dengar doktor membebel hehe....x baik saya sayang doktor saya taw ahaks!

Macam dapat agak je apa yang doktor akan tanya..Perkara pertama yang doktor akan tanya esok , Zana awak ada angkat berat tak? ada buat kerja berat tak? ada travel jauh tak? Stress tak? Ubat yang saya bagi ada makan tak? vitamin dan bla bla bla....

Kadang bila dengar doktor membebel best gak , itu tandanya dia ambil berat pasal aku. Last month dia siap call aku lagi , semata² nak tahu perkembangan diri aku dan kerana itulah aku sayang doktor aku hehe.. Doktor yang dah banyak bagi aku semangat sepanjang aku di bawah jagaannya..

Serius bukan senang nak melawan emosi , apatah lagi kalau ianya berlaku kerap kali. Sedih jangan cakap la! Sampaikan aku jadi fobia sangat. Tapi alhamdulillah dengan berkat sokongan en.hubby , keluarga , teman² dan doktor kesayangan aku , akhirnya aku mampu melawan perasaan tersebut dan bersedia untuk mencuba lagi .Insyaallah moga aku lebih berhati² lagi selepas ini dan jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran..

Doakan semuanya ok ye kawan²..





Di ganggu Makhluk Ghaib ketika tidur



Uolllsss pernah dengar tak mengenai orang yang sedang tidur kena tindih dengan sesuatu makhluk ghaib sehingga terasa lemas x bernafas.Actually sebelum ni aku pernah postkan di entri INI dan INI...Tapi hari nie aku nak postkan lagi...

Alhamdulillah kejadian itu tidak terjadi lagi pada aku. Lame juga la aku merasa tidur dengan tenang tanpa ada sebarang gangguan. Namun semuanya berubah , apabila baru² nie aku telah di ganggu semula oleh makhluk ghaib tersebut. Tidur aku pun dah mula terganggu , asal nak lelapkan mata je , aku jadi fobia sampaikan setiap malam aku mesti suruh hubby peluk aku tidur kerana risaukan di tindih oleh makhluk ghaib tersebut.

Aku perasan bila aku tidur meniarap , aku tidak di tindih tetapi aku rasakan seluruh badan aku tidak mampu bergerak malah tangan serta kaki aku seperti di ikat.. Bila aku cuba menjerit tetapi suara aku seperti tersekat tidak terkeluar kata².. yang ada cuma laungan dalam hati saja...

Tapi kalau aku tidur telentang , aku pasti akan terasa ada sesuatu makhluk yang menindih aku dari posisi atas sehingga membuatkan aku rasa lemas dan tidak mampu bernafas.. Orang tidur malam lena , sedap di buai mimpi yang indah.. Aku pulak terpaksa bertarung melawan makhluk tue.. Kalau di fikirkan balik macam cerita dongeng pun ada tapi itulah hakikatnya yang terjadi pada aku sekarang..Asal kena tindih je habis badan aku lebam² seperti orang selalu kata mandi malam kena gigit hantu , padahal aku mandi awal pun lebam jugak..camner tue??

Tidur di posisi kiri dan kanan tidak pulak di ganggu..Aduhai adakah posisi tidur aku yang salah sampai aku di buai alam fantasi macam tue atau ianya sekadar perasaan aku saja. Serius aku jadi pelik memikirkan apakah sebenarnya yang terjadi...

Setiap kali berlaku perkara yang sama , aku rasa takut sangat..Padahal sebelum tidur aku dah baca ayat kursi , doa malah di bawah bantal juga aku letakkan surah yasin , di tepi katil dan di kepala katil juga begitu...Tak cukup dengan itu en.hubby akan pasangkan aku ayat suci al Quran melalui hpnya sebelum tidur sehinggalah hp itu mati sendiri. tapi tetap di ganggu jugak!

Adakah kerana badan aku lemah ia mudah menganggu aku atau sebaliknya..Aku percaya ajal dan maut di tangan Allah SWT , aku sentiasa berdoa agar aku tidak mati dalam keadaan tidur kerana aku bimbang akan mati dalam kesesatan tanpa sempat mengucap.. Kerana itu wajib setiap malam aku mengucapkan kalimah syahadah sebelum melelapkan mata..

Ada juga yang mengatakan tidur di tindih atau tidak boleh bergerak di sebabkan oleh gangguan Jin atau boleh jadi juga di sebabkan urat tertentu tertindih. Mungkin benar juga kerana kadang kala bila aku terjaga dari tidur untuk ke toilet, aku rasa kedua belah kaki aku x boleh bergerak seperti kekejangan otot.. Mungkin sama juga masa tidur, dalam posisi tertentu badan boleh jadi kebas kerana darah tak sampai ke sesuatu tempat.

So lepas ini aku nak tidur ikut Sunnah, yang merupakan cara terbaik untuk elak gangguan secara rohani mahupun secara fizikal. Dalam masa yang sama pun aku nak amalkan bacaan MANZIL bagi mengelakkan diri dari di ganggu oleh jin , syaitan atau sihir...

Uolllssss kalau pernah mengalami atau ada kawan² pernah terkena minta share di sini boleh!








Apr 16, 2012

Tips Melebatkan dan Memanjangkan Bulu Mata



Good nite uollsss...

Rasanya dah lame aku tak bagi tips kan?? So malam nie aku nak sharekan satu tips, khas buat wanita di luar sana yang mementingkan kecantikkan..Tips ini juga sangat sesuai di praktikkan oleh mereka yang memiliki bulu mata yang jarang² atau bulu mata yang pendek..

Memiliki sepasang bulu mata yang cantik merupakan satu anugerah. Bukan semua orang di kurniakan bulu mata yang lebat dan panjang..Kekadang ada yang terpaksa memakai bulu mata palsu untuk tampil lebih menarik. Namun jika anda sukakan sesuatu yang asli, lebih baik kalau kita dapat memanjangkan atau melebatkan bulu mata secara semulajadi..Tak gitu?? Duit pun x membazir beli bulu mata palsu kan..

Ok di sini aku sharekan tips bagaimana Cara Melebatkan dan Memanjangkan Bulu Mata?

Tips 1

1. Ambil beberapa biji kurma kering (tamar).
2. Bakar tamar tu sampai hangus.
3. Kemudian, tumbuk ia sampai hancur.
4. Akhir sekali, jadikannya sebagai celak.

Oleh itu, sapukan kurma yang telah dihancurkan itu pada bulu mata anda.

Tips 2

1. Ambil sebiji bawang besar dan bunga tahi ayam.
2. Tumbukkan kedua²nya sekali.
3. Kemudian ambil airnya dan sapu pada kedua² bulu mata anda.

Sekiranya anda dah mencubanya, harap dapat kongsikan hasilnya dengan rakan² lain kat sini ya.

Selamat Mencuba...









Bob Kuman terlantar sakit dan tidak mampu bergerak



Kisah mengenai penderitaan pelakon  dan pelawak terkenal Bob Kuman yang di katakan sedang sakit teruk di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Beliau di katakan tidak mampu bergerak ke mana² sejak 8 April yang lalu.

Kisah Bob Kuman sudah mula tersebar di laman sosial facebook mahupun di belog². Sayu hati bila baca artikel INI..Mohon jasa baik rakan² untuk kongsikan artikel ini dengan harapan moga ada pihak yang sudi membantu abang Bob Kuman..Walaupun kita tidak mampu membantu dengan wang ringgit tapi cukup la sekadar dengan  menghebahkan dan mendoakan kesihatan abang Bob Kuman agar beliau cepat sembuh seperti sebelumnya.. 

Di bawah adalah penulisan penuh di blog Mazidul Akmal Sidik yang aku copy paste untuk bacaan anda.. Moga ada yang sudi membantu abang Bob Kuman.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.
Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.
“Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? ” soal Bob Kuman.
“Ada apa Bob?,” soal saya.
“Abang tolong datang sahaja,” pintanya.
Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.
Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.
“Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.
Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.
Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
“Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna,” celah Bob.
“Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat,” katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.
“Kongsikan fakta, itu tidak salah,” celah saya.
“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan,” jelas Bob.
Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.
“Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu,” kata Bob lagi.
Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya.
Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.
“Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.
Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.
Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.






Apr 10, 2012

Blogger mengamuk pasal post semalam , i got prove ok!



Hai la cukup la semalam dah buat hati aku panas , nie buka je belog ada malaun mane pulak tinggal komen x puas hati pasal post aku semalam..Aduh panas..panas.. kalau kita rasa panas hati baik la cepat beristighfar supaya syaitan tidak terus menghasut diri..

Aku cuba pergi ke belog tersebut tapi yang peliknya bila aku lihat belog itu kosong seperti belog yang baru di create sebentar tadi.. Be gentle la kalau nak sound pun.. tunjukkan saja diri buat pe nak main sorok² , kalau betul seller tue x bersalah kan! Ke anda terasa diri anda yang aku perkatakan...

Ko cakap aku saja reka cerita sebab nak dapatkan traffic tinggi ye! Ha meh sini baca satu persatu.. I got prove ok! aku bukan jenis nak mengada²kan cerita.. Apa aku dapat! Aku kongsi di belog ni pun sebab aku x nak orang lain turut sama terkena..Ambil ikhtibar dengan apa yang terjadi pada aku , terutama sekali bagi seller online.. jangan kerana ada segelintir orang macam nie , orang lain yang berniaga jujur turut terkena tempias...




Part nie memang aku confuse pasal aku nak postpone order lepas tu aku pulak bagi masalah kat dia.. Padahal dia sendiri cakap barang yang aku nak xde dalam stock so bila aku nak tunggu , aku pulak bagi masalah..camner tue meh tolong jelaskan kat aku uolllsss , kot aku nie memang jenis x faham bahasa huhu...

Tiada pejelasan di beri..

Sms pagi semalam

Alasan yang di berikan..



Time dia jawab dah pos than bila aku minta tracking number terus senyap

Sampai ke sudah x di reply , pagi ni aku call x di angkat
sms x di jawab! jawapannya kena tipu la huhuhu!


Adoi sabar je la , aku tak marah kalau bab duit tue sangat tapi yang aku marahkan kenapa kalau yang menipu tue je orang melayu...Pastu tipu sesama melayu lak tue!Buat malu betul la.. Kalau ia pun nak duit berusahalah tapi jangan main kotor camni , x berkat beb....Berniagalah dengan jujur , insyaallah rezeki tue ada cuma kita je kena usaha untuk mendapatkannya... Sekali kita jujur dengan orang 1000x orang jujur dengan kita...percayalah!










Apr 9, 2012

Sakit hati dengan seorang blogger ni yang menabur janji palsu




Aduhai sabar je la.. Asal beli barangan online je mesti ada masalah.. Padahal aku sendiri seller online , tapi x pernah pulak aku buat customer aku macam nie. Bukan nak bangga diri tapi serius aku kalau boleh memang nak jaga customer aku baik² , nak bagi service yang bagus.. Tapi ini tak salah sendiri lepas tue nak hentam kita balik , cam ner tue???

Aku faham , niat dia sama macam aku nak cari rezeki.. Tapi jangan la sampai nak tabur pasir dalam periuk nasi sendiri , kelak perniagaan sendiri yang susah. Kalau kita jaga customer kita , sure untuk masa akan datang orang akan cari kita lagi. Bukan itu saja , malah customer pun akan merekmen barang kita kepada rakan²nya.. X ke itu rezeki..

Aku agak terasa hati dengan seorang seller nie. Serius aku sangat tegas kalau bab berjanji .. Even aku sendiri kalau berjanji dan x tepati dengan customer pun aku dah mengelabah habis..Itu belum amek duit customer lagi, kalau amek duit customer x tahu la macam mane aku nak berhadapan dengan customer.. Seperti blogger suya baru nie , aku cuba nak refund duit dia banyak kali tapi x boleh.. Dari online transfer , atm transfer dan last cash deposit  x boleh.. ending baru tahu no akaun yang suya kasi salah... Sepanjang tu x tahu la risaunya aku , siap call adik suya jelaskan , risau orang fikir bukan²..

Tapi lain pula dengan seorang seller nie...Storynya macam nie ,  last week aku ada order barang dengannya tapi di sebabkan dua barang lagi tiada dalam stock maka aku putuskan untuk tunggu stock yang lain ada baru aku beli. Tapi seller macam x puas hati cakap aku bagi masalah dekat dia. Aku tanya semula masalah apa yang saya bagi , x kan barang x de dia nak paksa kita buat pembayaran kan.. kalau nak pos mane yang ada jadi rugi pulak pada duit caurier!

Bila aku minta penjelasan x di jawab tapi di updatenya di status facebooknya rasa ketidak puasan hati dia. So aku yang malas nak cakap banyak terus cakap ok , i replace barang lain.. So aku tetap beli but before aku buat pembayaran aku tanya banyak kali , barang ni semua ada ke?? dan boleh sampai before tuesday ke.. Dia jawab yap ada and sure boleh sampai.. Than aku pun buat la pembayaran sebab yakin dia cakap boleh sampai before tuesday..

Tapi hari nie lain pulak kisahnya.. Aku mesej pada dia bertanyakan status barang tapi dia x jawab. After beberapa minit dia reply just say 'are you there'... Aku pun cepat je la reply balik yap still menunggu update dari u... lepas pada tue hampeh senyap sampai la ke malam nie..

Tadi lepas isyak aku text lagi tanya status barang.. Than dia jawab bagitahu dia masuk hospital , xboleh nak inform aku sebab line dekat hospital x de.. Aku jawab pagi tadi ok je ni tiba² masuk hospital pulak! pastu terus dia bahasakan aku cakap u can expect u sakit tak?? dan bla bla bla.. Ok kalau betul dia sakit kenapa masa dia reply mesej aku pagi tadi , dia x bagitahu kan.. kalau alasan line tenet x de , habis pagi tadi dia online pakai apa..kalau x boleh nak online dia masih boleh text di hp aku pasal sebelum nie aku ada text dekat hp dia , itupun atas permintaan dia sendiri..mustahil kalau x de kan....

Ok malas nak panjangkan cerita aku tanya so macam mane coz i dah bagitahu this week i nak out station untill next week. So memang x de orang dekat rumah..Macam biasa alasan dia bla bla bla..masih nak mempertahankan diri dan cakap aku tak faham situasi dia.. x faham lagi ke , masa mula² aku cakap nak postpone barang , bukan main lagi dia cakap aku bagi big problem la , apa la..entah mane yang problemnya pun xtahu la.. tapi aku teruskan juga order last ending camni sapa x sakit hati kan..

Aku tanya lagi barang dah pos ke belum..dia jawab dia dah suruh orang pos.. Ok kalau dia dah suruh orang pos means dia tahu detail tentang diri aku , address dan fon number kan.. serius memang x leh terima alasan dia.. tapi x nak panjangkan cerita aku just minta , ok kalau dah pos just give me tracking number , nanti before i out station i pergi collect dekat post office.. lepas minta tracking number terus senyap x balas..... Kalau uollssss mesti fikir² bukan² kan...Kita bayar bukan seringgit dua , patut x boleh la dia buat camtue...

Seller ni juga merupakan rakan blogger , x de niat nak bergaduh ke apa tapi serius memang aku x leh terima.. cuba kalau aku ambik duit dia seratus dua apa dia rasa.. memang la x kaya dengan amount banyak tu tapi at least jujur la dalam berniaga, jangan kerana nak me'lakukan barang..sanggup menabur janji palsu...








Kehilangan adik sepupu saya , bantuan rakan² di perlukan


Salam pagi isnin semua...

Firstly saya nak minta jasa baik rakan² blogger serta pembaca² sinar raudah , untuk kongsikan artikel ini. Terima kasih saya ucapan sekiranya ada yang sudi membantu , hanya Allah saja dapat membalas budi baik anda semua..

Muhammad Nurisma Ikmal Bin Zaini , berusia 14 tahun telah di laporkan hilang apabila beliau telah keluar dari rumahnya hampir 2 minggu yang lalu.. Beliau merupakan adik sepupu saya yang tinggal di Melaka. Selama tempoh 2 minggu itu ibu saudara saya tidak tidur malam memikirkan tentang anaknya.. Pencarian telah di lakukan di sekitar Bandar Raya Melaka tetapi sehingga ke hari ini masih tidak di temui.

Laporan polis telah pun di buat , malah kehilangan adik sepupu saya ini juga telah di siarkan di dalam harian METRO pada 3 April lalu. Tapi sehingga kini masih tiada khabar berita mengenainya..Saya minta jasa baik rakan² semua sekiranya , pernah ternampak atau terjumpa wajah adik ini minta anda terus menghubungi di talian ini 0136428520.. Atau sekiranya anda sudi membantu, minta kongsikan di laman belog.. moga dengan cara ini adik sepupu saya dapat di temui dengan segera...

Sesiapa yang mempunyai akaun facebook juga boleh kongsikan di laman facebook anda , dengan hanya menekan button share untuk kongsikan artikel ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas keperihatinan dan bantuan anda semua. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik anda...

Muhammad Nurisma Ikmal Bin Zaini
Berusia 14 tahun
Dari Melaka
0136428520








Apr 8, 2012

Dapat tawaran , nak terima ke atau tolak saja



Salam hujung minggu semua...

Baru sempat buka belog dan facebook.. Sehari dua nie agak busy menguruskan belog baru.. Belog baru ahaks!! sabar na akan aku announce sebelum atau selepas aku out station nanti...Alhamdulillah 80% belog berkenaan sudah hampir siap.. Happy sangat hehe..

Settle belog ni aku kena siapkan pula satu belog lagi! Belog apa , uolllsssss kena tunggu.. Actually belog itu bukan kepunyaan aku , cuma aku telah di beri kepercayaan untuk menulis segala aktiviti tentang diri seseorang di dalam belog itu. malah aku juga telah di beri kepercayaan menjadi ADMIN untuk menguruskan satu fanpage di facebook.. Ya Allah mampukah aku lakukan semua itu..

Sebelum aku menerima tawaran tersebut , aku minta jasa baik tuan empunya diri memberi sedikit kelonggaran kepada aku. Kelonggaran yang aku maksudkan , adalah memberi aku tempoh percubaan untuk aku menghandle semua itu.. Sekiranya aku gagal maka aku minta beliau mencari orang lain yang mampu menguruskannya..

Agak sukar sebenarnya untuk aku menerima tawaran tersebut kerana memandangkan hasil penulisan aku tidak la begitu bagus sangat... Aku menulis sekadar suka² je tambahan pula penulisan aku jenis tangkap muat , tapi bila nak menghasilkan satu penulisan yang agak formal dan ia bukan melambangkan diri aku , ianya agak sukar sebenarnya.. Tapi x pe la , why not aku cuba dulu kan.. Belum cuba belum tahu hehehe...

Uoollllsssss i really need your support... semoga aku mampu lakukannya..wink..wink..






Apr 7, 2012

Jual buah pinggang kerana nak beli Iphone dan Ipad



Salam hari sabtu uolllsss...

Tengahari nie dah makan ke?? Uollsss masak apa hari nie.. Aku just makan kari sardin saja sama dengan ikan rebus goreng.. Sesekali makan menu macam nie best jugak kan hehe... Lepas makan terus masuk bilik komputer sebab nak siapkan belog lagi satu sambil dengar THR Gegar Pantai Timur..

Ehem².. dalam kata x de mood nak berbelog , tapi boleh pulak nak menambah lagi belog kan hehe...Nak tahu belog apa , uolllsss kena tunggu la sampai semuanya siap...Mane yang rajin skodeng facebook aku tue sure dah tahu kan...

Actually hari nie aku x de niat pun nak update sinar raudah tapi di sebabkan tadi aku terdengar berita di radio berkenaan dengan seorang hamba Allah nie sanggup menjual buah pinggangnya hanya kerana nak beli Iphone dan Ipad..Tergamam kejap! Gila la sanggup jual organ badan hanya kerana nak beli gadget terkini.. Kalau jual organ kerana niat nak membantu orang yang memerlukan , x pe la jugak kan..macam x masuk akal je...Mujurlah bukan dari negara kita..Kalau tidak, tak tahu la nak cakap apa???

Itulah kata orang jangan terlalu ikutkan nafsu..kalau tidak beginilah jadinya. Nafsu kan selalu mempengaruhi akal fikiran untuk melakukan kejahatan.Maka ingatlah walaupun akal sentiasa berkuasa mengawal diri, kadangkala nafsu tetap akan cuba mempengaruhi akal dan akal akan tetap di pergunakan untuk sesuatu tujuan..Jadi peliharalah diri dari godaan dunia, nafsu dan syaitan...Syaitan dan nafsu sentiasa menyuruh dan mempengaruhi akal untuk meragu²kan dan mewas²kan kita. Tanpa ilmu yang benar dan menyeluruh, kita akan terperangkap di dalam perangkap syaitan. Nauzubillah min zalik!



Apr 6, 2012

Kehidupan kucing dan kehidupan manusia , apa bezanya??



Salam perkongsian semua.

Semua orang tahu makanan kegemaran kucing kan.. Makanan kegemaran kucing ialah ikan. Tak kisahlah ikan jenis apa pun , asalkan namanya ikan pasti menjadi kegemaran si kucing.. Tapi pernah tak kita lihat kucing memancing atau membeli ikan di pasar. Hrmmmm memang tak pernah la kan??

Kalau ada yang pernah melihat , pasti berita ini akan menjadi berita yang terhangat di pasaran. iya la mana mungkin kucing boleh memancing kan..jadi apa yang kucing lakukan untuk mendapatkan ikan yang di idam²kannya?

Walaupun aku kurang meminati kucing , dik kerana alergic dengan bulunya.. malah aku juga sangat takut dengan kucing , x tahu la rasa seram je kalau menghampiri dengan kucing huhuhu! Tapi aku selalu perhatikan bila kucing nak mendapatkan makanan kegemarannya , ia akan menggesel² kan dirinya kepada tuannya, dan cuba memanjakan dirinya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, kucing akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Jadi begitulah juga dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita perlu dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Tuan kita ialah ALLAH SWT. Kita mesti kenali , dekati dan cubalah ‘bermanja’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka².

Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita.. kita mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita. Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walau mungkin kucing dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya.

Jika itu yang terjadi..… apakah ada gunanya???


Moral of the story
Marilah kita sama² mendekati TUAN kita , bermanja dengan TUAN kita..Nescaya kelak pasti kita akan di sayangi dan di rahmati olehNya...

Sekian untuk pagi Jumaat ini....







Apr 5, 2012

Ajalnya sampai di usia muda , minta bantuan semua agar rohnya tenang di sana



Post ini sekadar renungan bersama dan semoga kita dapat mengambil manfaat serta memberikan peringatan kepada kita semua sebagai manusia yang sentiasa alpa.Aku minta sangat kalian semua sudi membaca post ini sehingga habis...Hanya Allah saja dapat membalas jasa baik kalian meluangkan masa membaca post ini.

Di facebook pagi ini ramai yang berkongsikan satu page yang bernama Nur Farrahin Bt Mohd Yusof ...  Wanita yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Muar Johor.Menurut pada apa yang aku baca , wanita itu telah pun meninggal dunia beberapa hari lepas setelah koma 2 hari akibat kemalangan jalan raya.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. tanpa aku sedari air mata aku mula membasahi pipi... Kesiannya , simpati dengan apa yang terjadi dan takziah buat seluruh ahli keluarganya..

Ajalnya sampai di usia muda..Siapa kita untuk menghalang..Di sebalik apa yang terjadi , aku di fahamkan ibu kepada arwah bermimpi yang anaknya merayu meminta sesiapa saja yang dapat membantu dan menghalang orang dari melihat auratnya yang terdedah di pandangan umum.Rohnya merasa tidak tenteram di sana..

Bila aku baca part nie lagi laju air mata aku mengalir sambil teringat pesanan en.hubby.. Mama x boleh dedah aurat! berdosa , sekarang dosa mama papa yang tanggung... Alhamdulillah dah hampir setahun lebih aku tidak paparkan lagi gambar aku yang tidak berhijab di facebook mahupun di blog..

Aku sedih pada mereka yang sudi membantu memperingatkan orang lain sedangkan auratnya sendiri terdedah.. Maaf la kalau kata² aku itu melampau tapi serius aku sedih sangat.. sepatutnya kita ambil la ikhtibar dan pengajaran dari kisah adik ini , tapi nie tidak.. berkongsi pada rakan yang lain sedangkan aurat diri sendiri di dedahkan..lepas itu nak bercerita pasal terseksa bila dah mati..Nauzubillah min zalik! tak terfikir ke kalau Allah menjemput diri sendiri dalam keadaan mendedahkan aurat begitu...di mana perginya akal untuk berfikir...sedihnya la...

Ok berbalik pada kisah arwah tadi.. Aku mohon jasa baik pada mereka yang pandai untuk menutup akaun facebook beliau , atau dengan lebih tepat lagi hack akaun fb tersebut supaya dapat di delete kerana banyak gambar arwah yang tidak menutup aurat di sana..Jadi untuk kita bantu arwah agar ia tenang di sana , marilah kita hapuskan akaun facebook tersebut...

Aku minta sangat² jangan sesekali anda melihat gambar di sana.. Hormatilah pada si mati , kesianlah pada dirinya.. jangan kita tambahkan lagi seksa kepadanya.. khas untuk lelaki ye! samaada yang dapat membantu menutup akaun itu mahupun tidak...Pada yang dapat menyelesaikan masalah ini , terima kasih aku ucapkan... anda boleh hack atau cuba delete akan facebook itu di SINI...


AL FATIHAH..





Apr 4, 2012

Kunjungan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz dan isteri, Hjh. Tuan Sabariah Tn. Ishak di teratak ambo


Hubby bersama Tok Guru 
di sekitar perkahwinan sepupu en.hubby


Assalammualaikum...

Firstly aku nak minta maaf , sekiranya post ini akan membuatkan anda kurang senang.. Terutama sekali bagi mereka yang berjiwa politik! Di tegaskan ye , post ini tiada sedikit pun berunsurkan politik.. ia sekadar penceritaan mengenai diri aku sahaja..


Dua hari lepas rumah aku telah di kunjungi oleh pasangan suami isteri ini siapa lagi kalau bukan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz dan isteri Hjh. Tuan Sabariah Tn. Ishak.. Serius terharu sangat dengan kehadiran Tok Guru dan isteri.. iya la seorang yang ada nama dan beliau juga merupakan seorang Menteri Besar Kelantan sanggup datang ke teratak aku yang x seberapa nie ~ sambil kesat air mata tanda terharu...

Selepas berborak panjang kami pun menuju ke surau berdekatan untuk menunaikan solat zohor , tapi sebelum itu sempat juga la Tok Guru dan isteri menjamah kopi panas dan biskut kering yang aku hidangkan.. Sepanjang perbualan aku rasa happy sangat..ternyata Tok Guru tidak loket orangnya , malah orang rumahnya juga sangat baik dan peramah...

Selesai menunaikan solat Zohor , kami pun menjalankan aktiviti gotong royong di surau tersebut. Masa aku dok sibuk membancuh air tiba² aku di datangi seorang mek. Macam² la yang dia tanya aku tapi aku x berapa faham sangat sebab pekat bahasa kelantannya...Cuma satu part je aku ingat , mek tue tanya peti ais tue boleh bagi dekat orang susah tak..aku jawab " peti ais nie untuk baitumal punya"... pastu Tok Guru dan isteri menyampuk..X ingat dah apa dorang cakap...Sedar² azan subuh.. bangun sambil tersenyum sorang²..

So pagi tue masa breakfast aku story la dekat en.hubby.. sebelum story tue aku sempat bertanya padanya.. Papa rasa papa tahu x mama mimpi apa semalam sambil buat muka tersengeh macam kerang busuk.. en.hubby pula sure la jawab perkara yang tidak masuk akal sebab dia tahu isterinya memang suka mimpi yang pelik²...Di sebabkan en.hubby x dapat jawab maka aku story la pasal mimpi aku tue...

Semalam mama mimpi Nik Aziz dan isteri datang dan bla bla bla... En.hubby yang sedang breakfast tersenyum sambil berkata , tue maknanya mama dah sampai seru la tue Tok Guru datang dalam mimpi suruh mama tukar parti.. tinggalkan Zamri kadir dan bersatu bersama Tok Guru..hampeh sempat lagi en.hubby paku aku pagi² buta..huh!

Mimpi tue buat aku rasa tenang je..sepanjang hari aku asyik tersenyum bila mengenangkan mimpi tue.. tapi yang pelik macam mane la Tok Guru dan isteri leh datang dalam mimpi aku pastu ada pulak adegan mok cik pasal peti ais..macam x de kena mengena langsung kan....en.hubby pulak x de dalam mimpi aku kali nie mungkin en.hubby dah pergi kepada Zamri Kadir kot hahahahahaha...... ~ jangan marah ye papaboo

Itu saja mimpi saya, sekian ..





Rabu tanpa kata : Koleksi Croc 2012 Berstyle


Ada berani ke??? ahaks...


Apr 3, 2012

Alhamdulillah terima cek ke 5 dari Nuffnang



Baru dapat cek dari Nuffnang.. Alhamdulillah , entri nie pun bukan nak post pasal Money Cheque/Income aku dari Nuffnang? tapi di sebabkan entri yang berkenaan dengan income nuffnang, buffered earning, cek nuffnang, semua tu adalah entry wajib untuk basic SEO. So tidak harus di lepaskan hehe...

Actually, nothing to be proud. Kalau blogger top lihat cek aku nie , confirm dorang gelak guling².. apa barang banyak tue je! x pe la aku tetap bersyukur sapa nak kasi kan , ahaks! Walaupun kadangkala aku rasa macam x pantas untuk terima cek nie.. 

Ye la dengan keadaan belog aku yang suam² kuku nie di tambah dengan story yang tangkap muat..aku rasa sememangnya x layak untuk terima semua ini. walaupun ianya lepas untuk beli tiket flight pergi balik kuala lumpur - kb tapi tetap rasa xpuas macam dulu.. Bukan x puas sebab ciput tapi sebab cara aku berblogging sudah tidak seperti dulu..

Kalau dulu aku boleh tertegur sapa dengan rakan blogger tapi sekarang berlanggar bahu pun susah nak tegur..camner!! huhu sedih..Rindu sangat masa mula² berbelog dulu..Masa nak habiskan dekat belog ada je x serupa sekarang...Mood makin hari makin ke laut..x tahu la bila agaknya aku akan kembali seperti dulu lagi pun x tahu la....

Pape pun di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak Nuffnang..Walaupun traffic belog aku setiap hari pasanag surut tapi alhamdulillah kerana aku masih berpeluang menerima cek daripada nuffnang... Lagi buat aku bertambah gembira apabila BE yang hampir sebulan tidak kelihatan kini telah muncul bersinar² seperti mengamit aku untuk kembali aktif berblogging....

Gara² lame x blogwalking 
traffic belog pun jatuh merundum

Cashout bulan Feb tapi bulan April baru dapat...
mane x lupa yang aku ada cashout duit dari nuffnang huhuhu!

BE yang muncul setelah hampir sebulan tidak kelihatan








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign