Aug 21, 2015

ORIGINAL dan FAKE Glutacaps

As'salammualaikum...

Lame x update entri, hari nie tergerak hati nak buka belog nak share jugak benda nie dengan uolsss.. Sumpah rasa terkilan sangat! Frust pun ada.. Inilah salah satu sebab kenapa semakin hari mood nak berniaga produk semakin hari semakin hilang.. Bukan aku saja yang lahirkan rasa macam nie, tapi 2 3 orang rakan seperjuangan pun dah mula rasa seperti aku..

Produk kesihatan dan kecantikan sekarang nie bagaikan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. Rasa x terkejar kaw.. Tambah pulak kalau produk tu meletops-letops, mula la rasa tamak , habis semua nak serbu.. nak beli banyak-banyak buat stock.. ye la takut la kot-kot nanti stock dekat HQ habis, dah terputus bekalan, at least kita masih ada simpan stock lagi.. Sure orang akan cari kita kan.. kan.. tue la niat x betul.. tamak x bertempat.. lastnya rugi yang dapat..

Bukan apa dah biasa sangat terkena gitu sampaikan datang kesedaran dalam diri, maybe sebab niat aku x betul kot.. dah untung nak untung lagi, kalau boleh nak untung banyak-banyak.. nak cepat kaya huhu! nak tunggu orang derma entah bila kan acecece! opsss!! sorry hihi... lastnya rugi yang dapat.. kenapa aku cakap rugi, sebab marketing sesuatu produk.. 

Bila kita dah beli produk tue banyak-banyak, x habis jual kaw tanggung la sendiri.. nak nangis tengok produk tue ke, nak marah ke, nak jerit-jerit ke x guna derrrr.. pandai-pandai kaw la nak handle.. kenapa aku cakap macam tue,.. mesti korang cakap ala dah x laku nak jual, bising-bising lak..?? what ever?? aku x kisah pun tapi yang aku sedis bila rakan dropship aku pun turut sama terkena tempiasnya huhu! 

Kau buat la iklan bayar macam mane pun, minta la blogger-blogger top reviewkan?? Tapi kalau dah tuan empunya produk terang-terang dah buat perbezaan produk A dan produk B, macam mane nak laku... Dorang sedap la untung juta-juta.. kita nie la yang parah.. nangis air mata darah pun x  guna derrr.. lastnya kaw telan , kaw gunalah produk tue semua sendiri sampai habis.. RM??? hangusss.. nak untung sangat kan... Bila jual orang mula pertikaikan.. x ke sedih, x ke terkilan.. huh!

Sebab apa sebab gara-gara pertukaran packaging.. Packaging lame tukar yang baru.. pastu bila yang baru terjual, pasti jadi masalah pada packaging lame.. Mula orang claim FAKE, mula la buat perbandingan, produk Original dan FAKE.. Kaw nak explain camner kat orang, nak explain satu-satu, dalam 100 mungkin 10 orang je yang percaya cakap kaw.. selebihnya mesti orang akan cakap kaw jual barang tiruan.. sapa nak beli.. phuiii??... Padahal terang-terang produk kaw tu original.. Bila minta pihak berkenaan explain secara public, jawabnya pun x.. tapi kalau mesej secara private, ok je jawab.. Maaf bukan nak salahkan mane-mane pihak ye! cuma aku rasa x puas hati je kat sini, apa salahnya bantu orang melayu.. kaw naik orang lain pun boleh naik sama.. kaw untung orang lain pun untung sama tapi bukan makan sorang-sorang..Huhu! sumpah sedih dowh!  

Dulu sekali produk BB blink, asyik bertukar-tukar packaging.. sampai jenuh nak explain pada customer.. Lastnya kita yang bergaduh gan orang.. mane x nya jual-jual pastu semua minta refund , konon barang x ori.. Nie yang terbaru orang dah mula perkatakan berkenaan produk GLUTACAPS! haish.. jenuh wei nak explain... tue yang rasa malas nak niaga dah, kang x niaga x masyuk lak.. ekonomi kita dah la teruk sekarang ni, apa lagi yang aku boleh buat melainkan berniaga...

Aku x reti dah nak explain macam mane, korang baca korang fikir la sendiri adakah produk ni FAKE atau sebaliknya.. Stock aku ni kadang jadi pekasam bukan sebab x nak jual tapi kadang masalah kesihatan aku ni, mengandung kali ni banyak sangat dugaannya ha! sabor je la...


Kat atas nie adalah packaging lama dan packaging baru GLUTACAPS.. Banyak juga perbezaan pada packaging lama dan baru ni.. Sebelum nie Glutacaps x ada KKM, so no MAL dan hologram meditag pun x ada tercetak pada kotak.. Hanya untuk packaging baru sahaja ada.. Itulah yang menjadi ISU sekarang ni.. Padahal yang x ada cetak KKM dan hologram meditag itu adalah keluaran mula-mula sebelum produk Glutacaps ini mendapat kelulusan dari pihak kementerian kesihatan.. Biasa bila produk dah mendapat kelulusan, maka no pendaftaran produk harus di paparkan di packaging produk bagi membuktikan yang produk tersebut telah berdaftar dan selamat di ambil..


Ok ini pun satu masalah jugak, packaging yang lame kapsulnya kosong x ada tulis apa-apa.. Manakala bagi packaging yang baru ada tertera tulisan glutacaps pada kapsulnya.. Sila rujuk gambar ye! korang rasa macam mane?? Aku faham semua orang takut terbeli dengan produk tiruan tapi kalau dah sah-sah produk tu asli tapi hanya di sebabkan faktor-faktor tertentu seperti di atas nun.. agak-agak camner korang nak explain pada orang...?? rasanya ada yang nak percaya ke.. sedangkan kita sekadar penjual kecil2an nak di bandingkan dengan orang lain huhu!..  

Sat na, nak kesat ayaq mata jap.. touching dowh.. bab part yang seterusnya ni.. aduhai la eshah gayah gendong.. kaw jual goreng pisang x de sapa pertikaikan pun tapi aku jual supplement, jual krim macam-macam nak menjawab eshah gayah oiiiii.................


Hat nie seperti tunggu buah x jatuh.. tunggu dok tunggu, x ada apa-apa respon sampai ke hari ni tiada apa-apa pencerahan yang di beri.. Tipah REDHO! pasni menjawab la kaw dengan customer-customer kaw tipah oi... Pekak kan telinga, layan je la mesej2 yang masuk nanti... 


Apa yang buat aku terasa hati dan terkilan, kenapa masa aku tanya hari tue ok je jawabnya.. sedap je aku baca?? lega rasanya seperti seminggu menahan kentut x lepas keluar, bila dah lepaskan fuhhh!!! legaaaaa sangattttt!!!!... ha sampai macam tu sekali aku nak gambarkan perasaan aku kat korang.. Betapa leganya rasa.. Tapi sekejap je la, pastu mula rasa macam nak meletup dalam perut ni, angin x lepas nak keluar, selagi tu la rasa x tenang jiwa ni.. aduhai!!! nasib badan.. agak ada x yang senasib dengan aku ni huhu!

Ok la sekian dulu untuk hari ni.. Moral of the story, jangan nak tamak bin haloba, berpada-pada la selepas ini.. jangan kerana nak mengaut untung lebih rugi yang dapat... Orang x kan pandang awak dah derrr!! kaw pandai-pandai la handle sendiri...huhu! Jadi tuan besar aku cakap jangan nak menuding jari pada orang lain, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. kadang kita x dapat jawapan yang kita cari x bermakna kita x betul kan.. mereka ada hak dan aku faham bukan senang nak jaga sesuatu produk , tambah-tambah lagi x nak ada pihak lain main harga.

p/s: entri ini x de niat nak jatuhkan mane-mane pihak, ia lebih kepada meluahkan rasa hati kerana jawapan yang di cari masih tergantung!!!sekian As'salammualaikum... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign