Mar 30, 2012

Al Fatihah kemangkatan Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah


Al Fatihah..

Dengan perasaan sedih dan dukacitanya dimaklumkan bahawasanya Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada 30 Mac 2012 jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.

Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak ( Heir to the throne)

Al- Fatihah. Semoga Roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.








Mar 27, 2012

Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup



Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT tapi bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa 
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Wahai Adam
Apabila kaum Hawa sombong, itu adalah kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Wallahu a'lam.




Mar 26, 2012

Cara mengetahui perfume yang di pakai sesuai atau tidak dengan diri

 

Soalan yang sering di ajukan oleh customer aku berkenaan dengan perfume..Bagaimana untuk mengetahui  perfume yang kita pakai sesuai dengan diri kita atau tidak. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan perfume.

 Jenis kulit
Anda perlu tahu jenis kulit yang anda miliki sebelum anda tahu jenis perfume apa yang patut anda pakai. Jika kulit anda kering, lazimnya perfume yang anda pakai sama ada tidak berbau langsung atau cepat hilang baunya. Jika kulit anda berminyak , Sama ada bau terlalu kuat atau bertukar bau atau baunya juga menghilang.

Bagi jenis kulit yang kering, digalakkan anda memakai losyen sebelum anda memakai perfume. Ini kerana anda tidak mempunyai minyak dalam kulit anda untuk menahan bau minyak wangi daripada hilang.Dan kerana itulah bau perfume anda cepat hilang dan kurang menyerlah.

Kedua, anda digalakkan menggunakan perfume jenis EDP yang lebih kuat kerana kulit anda kering dan tidak mampu menahan bau perfume, EDP akan melekat lebih lama dengan anda dan baunya akan lebih "mild" dengan anda.

Bagi jenis kulit berminyak, digalakkan memilih jenis perfume EDT dalam pemakaian biasa dan hanya memakai EDP ketika ke majlis rasmi seperti prom, keluar dating, dan sebagainya. Ini disebabkan oleh kulit anda yang berminyak, ia akan menyerlahkan lagi bau perfume yang anda pakai.

Ini bermakna jika anda memakai EDT, barangkali baunya seperti EDP. Dan jika anda memakai EDP, boleh jadi baunya akan terlalu kuat untuk anda.Sama seperti kulit kering, anda juga boleh memakai losyen dengan tujuan untuk meringankan bau perfume EDP yang anda pakai dan pada masa yang sama mengekalkan bau perfume anda dengan lebih lama.

Tempat kerja
Jika anda bekerja di tempat yang panas dan terik, anda digalakkan tidak memakainya kerana dikuatiri akan menyebabkan bau perfume berubah disebabkan perpeluhan anda.Anda boleh menggunakan losyen sebagai backup jika anda tetap mahu memakainya dan anda juga boleh menyemburnya di baju anda walaupun ianya mungkin akan mengotorkan baju anda terutamanya jika ia berwarna.

Tetapi apabila kita bekerja di tempat begitu, kita terpaksa menyembur di baju kita kerana lebih baik baju kotor daripada badan berbau busuk. Baju kotor kita boleh basuh tapi bau badan busuk, semua orang mengata kita. Kadang² sampai setahun pun orang masih mengata.

Jika anda bekerja di tempat yang berpenghawa dingin, digalakkan anda memakai perfume yang lembut seperti EDT kerana bau perfume lazimnya lebih menyerlah di tempat² sejuk khususnya di pejabat atau bilik berpenghawa dingin.

Oleh itu, bagi sesiapa yang nak cari jodoh khususnya perempuan, pakailah perfume berbau bunga. Sangat digalakkan. Dan bagi isteri yang mahu menambat hati suami, buka air cond kuat² dan pakai perfume anda. Sure menambahkan lagi keintiman dan kasih sayang antara suami dan isteri.

Suhu badan
Setiap orang mempunyai suhu kulit yang agak berbeza walaupun suhu dalam badan agak sama. Ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jenis kulit dan sebagainya.Kerana itulah anda boleh memegang tangan kawan anda yang berada di tempat yang sama dan suhu persekitaran yang sama, tetapi apabila kita memegang tangan mereka, satu rasa sejuk dan seorang lagi rasa panas.

Jika ini berlaku, bagi anda yang mempunyai suhu badan yang panas, digalakkan anda memakai perfume EDT kerana suhu badan yang panas akan menyerlahkan lagi baunya. Malangnya bau juga akan cepat hilang.
Bagi yang bersuhu sejuk, anda digalakkan memakai perfume EDP kerana bau perfume yang anda pakai mungkin kurang menyerlah pada diri anda.

Terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi bau perfume seseorang tapi lazimnya 3 inilah yang boleh anda jadikan sebagai panduan anda dalam mencari perfume anda. Semoga anda sentiasa hidup dengan penuh keindahan.

Note: Saya ada menjual perfume Original but rejected.. Reject dari segi botol , x cukup kuantiti dan ada kecacatan di penutupnya... Saya juga ada menjual perfume set dari Dubai , sangat sesuai di jadikan sebagai hadiah harijadi , hantaran pertunangan dan perkahwinan... Untuk hadiah contest pun boleh! hehe..kalau berminat boleh klik SINI..sekiranya anda ingin add page saya, minta tinggalkan mesej terlebih dahulu..TQ!
 
NEW GUCCI BY FLORA 100ML + LOSYEN 120ML + GEL SHOWER 120ML  

 
PERFUME DKNY PINK APPLE (100ML) + LOSYEN (120ML) + GEL SHOWER (120ML)

 
Kate moss , bvl jasmin noir , ricci ricci , black xs

 
Gucci by gucci,perry ellis,angel star,vera wang






Mar 23, 2012

Ibu Zam Handyblack telah kembali kerahmatuallah


 

 

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga abang Zam Handyblack di atas pemergian ibu tercinta. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang² yang beriman.. Al fatihah ( maaf tadi masa sembang di talian terlupa nak bertanyakan nama arwah bondanya , jadi x dapat nak di sertakan nama bersama...) Al fatihah juga buat ayahandanya yang telah kembali kerahmatuallah 6 bulan yang lepas.. 







Mar 22, 2012

Haruskah aku memaafkan artis ini hanya kerana dendam lame



Happynya bila lihat angka follower belog aku semakin hari semakin bertambah..Dalam kegembiraan tue , aku tetap rasa bersalah sebab x dapat nak luangkan masa di belog macam dulu..Tapi aku janji hari nie aku akan cuba balas balik kesemua follower belog aku nie.. baru fair kan! moga persahabatan di alam maya nie akan dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama insan...

Im still waiting another follower untuk genapkan angka 2500.. So kepada follower yang ke 2500 , minta tolong print screenkan untuk aku ye.. kalau sudi jutaan terima kasih aku ucapkan...

Ok berbalik kepada tujuan asal.. Aku nak meluahkan sedikit rasa hati. Actually benda nie dah berlaku lame hampir 6 tahun gitu.. Aku xde lah nak berdendam ke apa? cuma aku masih x dapat nak maafkan sepenuhnya dengan apa yang telah dia buat pada aku.Walaupun pada awalnya, suami pernah melarang aku untuk tidak berdendam dengan orang apatah lagi bermusuhan.Tambahan pula ianya ada hubungan kekeluargaan tapi tue la aku lemah dengan pujuk rayu syaitan..maka aku biarkan saja api kemarahan itu membara sampai ke hari ini..

Jujur aku katakan, walaupun mulut aku sering berkata sudah memaafkan tapi hati aku sikit tidak pernah merelakan kemaafan itu. En.hubby dah banyak kali menasihati aku agar melupakan apa yang pernah terjadi sebelum ini tapi aku degil..depan suami aku anggukkan saja tanda aku sudah memaafkan tapi hakikatnya , kemarahan itu sikit pun tidak pernah pudar..

Hidup aku tidak pernah tenang selagi aku terus menyimpan perasaan dendam dan kemarahan ini. Sehinggalah semalam , segala persoalan , segala kemarahan , segala teka teki selama ini telah terjawab.. Barulah aku tahu cerita yang sebenar tapi yang membingungkan aku kenapa baru sekarang nak jelaskan kenapa tidak dari dulu.. Tapi aku percaya mungkin dia mempunyai sebab dan alasan tersendiri, kenapa dan mengapa dia berbuat begitu..

Semalam dengan hati yang rela, aku sudah memaafkannya..Ikhlas dari hati aku! Aku buang jauh² perasaan dendam itu..Serius selepas aku memafkannya terasa lapang je dada.. Kalau sebelum nie , dengar nama je aku dah hangin apatah lagi kalau melihat dirinya di kaca tv..Perghh!! terbakar je hati..Tapi hari nie aku cuba buang segala yang keruh sebelum ini dan aku cuba jernihkan kembali..walaupun ada satu pihak lagi yang masih tidak mengaku kesilapannya.. Aku tidak pernah pinta untuk dia memohon maaf kepada aku tapi yang aku harapkan moga satu pihak lagi tue akan sedar akan kesilapannya sebelum semuanya terlambat...

Now im so happy!! artis yang mempunyai ramai peminat dalam pelbagai golongan, kini mampu berubah ke arah yang lebih baik..kini barulah boleh di jadikan contoh kepada masyarakat.. apa yang di katakan dengan apa yang di lakukan sama dan tidak seperti dulu hanya pandai berkata² dan tidak pernah melakukan.. Tahniah!! im proud with you bro.. Moga dirinya akan terus berpegang teguh dengan agama ISLAM! insyaallah...


Note: Mungkin kak zakie dan panglima tahu akan kisah ini..Mereka  berdua banyak memberi nasihat pada aku sebelum ini..Thanks sangat...








Mar 21, 2012

Wordless Wednesday: Angry Birds


 
Jom ber'Angry Birds..


Mar 20, 2012

Tanda² awal menunjukkan seseorang blogger itu harus mengundurkan diri dari dunia blog



Entah mengapa sejak beberapa bulan nie mood berbelog semakin hari semakin ke laut. Kononnya bila masuk tahun baru, berazam nak tingkatkan lagi mane yang kurang dalam belog aku nie tapi hampeh! angan² je la..

Dah masuk 3 bulan rasanya aku dah kurangkan aktiviti di belog. Ikut mood!! kalau aku rasa nak update aku update kalau tidak bersawang la belog nie..Kalau ada post baru pun, sekadar post yang tiada isi dan info.. post yang tak ada hala tuju.. bak kata orang post yang syok sendiri je lebih.. xde yang special..Kadang kalau di fikirkan balik mesti orang pun naik meluat baca post aku, asyik² cite pasal benda yang sama je.. BOSAN!

Nak blogwalking pun kena tengok pada mood , x macam dulu .. kalau dulu lepas je update mesti aku terus ke belog rakan² blogger yang lain tapi sekarang lepas update post baru , aku tinggalkan macam tue je. Jangan katakan belog yang jarang² aku singgah , belog yang rajin aku singgah dulu pun dah jarang aku pergi baca dan komen..Hai la adakah ini tanda² awal menunjukkan yang aku harus mengundurkan diri dari dunia belog nie.. Hurmmm..mungkin juga!

Aku pernah terfikir untuk meninggalkan dunia blogging nie.. Memandangkan masa aku lebih banyak di habiskan dengan bisness online membuatkan aku semakin hari semakin tawar hati nak berbelog.Serius setiap kali aku lihat belog aku nie akan timbul satu perasaan yang sukar untuk aku luahkan. Perasaan sayang , sedih , kecewa , serba salah semua ada..

Sayang kerana dengan belog aku dapat kenal ramai orang malah relationship alam maya nie lebih jujur berbanding alam realiti.. sedih sekiranya aku mengundur diri aku akan kehilangan semua rakan² yang aku kenal di alam maya nie.. kecewa kerana aku telah menghampakan reader mahupun silent reader belog aku nie..Serba salah kerana aku dah jarang ke belog rakan² yang lain.. sedangkan setiap kali aku update post baru rakan blogger yang lain sudi singgah dan komen di sini..

Aduhai tak suka betul perasaan begini. uollsss apa patut aku buat adakah aku patut melupuskan saja belog ini atau aku perlukan sedikit waktu untuk pulih keadaan seperti dulu , bersosial bersama rakan² blogger yang lain tapi bukan berbelog untuk diri sendiri...

Ada sapa² pernah rasa macam nie tak??

Traffic belog semakin hari semakin jatuh merundum 

Nuffnang pun merajuk traffic 14hb pun hilang entah ke mane..







Mar 19, 2012

En.hubby buat hal mujur x makan penyepak



Kepala aku rasa berat sangat..semua nie gara² kejadian malam tadi..Terkejut punya pasal sampai rasa nak pengsan di buatnya..Mujur la masih under control kalau tidak, tak tahu la apa akan jadi..Rasanya mau tercampak laki aku kena sepak..tak pasal² dapat dosa pulak kerana sepak suami huhuhu!

Tapi tue la sekali sekala bila suami kita buat hal memang menguji kesabaran..Aduahi sabar je la amy.. nak buat macam mane dua kali lima je..kalau tak aku yang buat hal , mesti en.hubby yang buat hal.. Lumrah orang berumahtangga macam tue la..so terima je la ye!

Sound macam x best tapi hakikatnya memang x best pun.Semalaman aku tak boleh tido gara² di kejutkan dengan kejadian tue. Tuhan je tahu macam mane perasaan aku time tue.Jantung aku rasa nak luruh di buatnya.. mengeletar seluruh tubuh aku..mujur x kojol je huhuhu!

Papa next time please jangan buat macam tue lagi. Rasa macam hilang nyawa aku kejap.. Mane taknya tengah aku sedap² tido , tiba² aku di kejutkan dengan satu cahaya..Bila aku buka mata sekali aku lihat lampu torch light sedang menyuluh muka en.hubby..mau x terperanjat! aku sangkakan pencuri tak pun macam kes dalam entri INI tapi rupa²nya en.hubby..Aku pun terus bersuara hei kenapa nie?? slumber je dia jawab x de pape..tido ye tido...

Pastu dia boleh sambung tido balik tanpa menjelaskan apa² pada aku.Dah la aku bangun terkejut , jantung berdegup kencang , habis mengeletar seluruh tubuh aku.. macam mane la aku nak sambung tido balik.. kepala dok fikir asal laki aku tadi erk! so kesannya , pagi nie kepala ada berat sikit..

Bangun pagi nie terus aku tanya en.hubby.. papa kenapa semalam? Boleh dia jawab entah mungkin papa nak suluh jam kot.. dalam hati aku berkata nak suluh jam apa tengah² malam..Bila dia jawab macam tue terus aku tersenyum..ala suluh jam konon!! nie mesti kes mengingau nak sakat orang suluh muka dengan lampu torch light , kalau tidak kenapa dia buat macam tue kan hahahaha....malu nak mengaku la tue.. so pagi nie sedap la aku ketawakan dia.. baru nie dia sedap ketawakan aku kan so kali nie giliran dia pulak la!hahaha....laki bini sama je suka mengingau pelik²..

*** hari tue mengigau tendang bola , nie mengingau suluh muka dengan lampu pulak! adoi toink..toink..toink

sekian..
baru lepas makan ubat now nak sambung Zzzzz balik....




Mar 15, 2012

Kelebihan dan spesifikasi Samsung GALAXY Tab 7.7

 
Samsung, salah satu pengeluar telefon mudah alih terkemuka dunia memang tidak pernah sunyi dari mengeluarkan model terbaru untuk produk keluarannya. Sebagai syarikat terkemuka, Samsung pastinya berusaha untuk meningkatkan jumlah pelanggannya dengan memperlbagaikan jenis keluarannya bagi memikat hati seluruh lapisan masyarakat. Dari model termurah ke model termahalnya masing-masing memiliki kelebihan tersendiri. Kali ini Samsung memperkenalkan premium dunia tablet mudah alih pertama dengan Super AMOLED Plus Display untuk mereka yang mementingkan gaya selain tampil elit.

Ia menjadi tablet pertama di dunia menampilkan Super AMOLED Plus Display, dengan resolusi tinggi skrin pintar yang memberikan anda pengalaman menonton yang sangat menakjubkan. Selain itu, saiznya yang unik memudahkan ia dibawa ke mana saja selain pelbagai kegunaan lain yang tidak pernah difikirkan anda. Pengguna kini boleh menikmati pengalaman menonton dengan lebih terang, prestasi yang berkuasa dan kandungan yang pelbagai.

Didatangkan dalam salut logam yang menarik dan dilengkapi ciri-ciri tersendiri, tablet ini mampu memenuhi cita rasa golongan yang mementingkan gaya dalam kehidupan. Samsung GALAXY Tab 7.7 menunjukkan komitmen berterusan Samsung kepada inovasi. Selain itu, produk ini menjadi antara yang terbaru dipasarkan dengan ciri-ciri ringan, kuat, malah termaju dari segi teknologi. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Samsung, syarikat itu mensasarkan produknya akan terus mengekalkan kedudukan sebagai salah satu pembekal telefon mudah alih terkemuka di Malaysia.

Dengan berat hanya 340 gram dan 7.89mm nipis, GALAXY Tab 7.7 adalah salah satu daripada kebanyakan peranti mudah alih di pasaran, memberikan kesempurnaan untuk diletakkan dalam poket, tas tangan atau jaket. Dilengkapi dengan pemproses teras dua 1.4GHz dan Android Honeycomb 3.2, ia menjadi pek lengkap untuk semua. Pada masa sama, mengekalkan reka bentuk yang paling memikat. Selain menikmati muat turun dengan pantas, penyambungan segera dan pengalaman menonton maksimum, GALAXY Tab 7.7 juga membolehkan pengguna membuat panggilan suara dan video tanpa menggunakan alat dengar.

Dengan rangkaian HSPA + 21 Mbps, anda akan mengalami pengalaman muat naik dan muat turun yang sangat pantas. Ia juga dilengkapi dengan bateri 5100 mAh, menyediakan sehingga 10 jam masa main balik video tanpa menjejaskan hayat bateri. GALAXY Tab 7.7 dijual pada harga RM2+++ dan boleh didapati di semua outlet Samsung.

 
Kalau inginkan tablet wifi + 3g + Call, sms, 3g videocall Functioning + Screen terang benderang + processor laju, Galaxy Tab 7.7 adalah jawapannya..

*Call & SMS Function + 3G Video Call
*Screen 7.7" Super Amoled Plus
* Android 3.2 Honeycomb
*Dual-core 1.4 GHz Cortex-A9
*Chipset Exynos
*GPU Mali-400MP
*1 Year SME Warranty
Price only RM2000



Reseller Program atau Drosphip tanpa perlukan modal



Sejak kebelakangan nie ramai yang bertanyakan aku berkenaan dengan dropship/reseller program. So di sini aku terangkan secara ringkas apa yang di maksudkan dengan dropship dan bagaimana anda boleh buat duit dengan program ini...

DROPSHIP/RESELLER PROGRAM
JUAL PRODUK TANPA PERLU SIMPAN/BELI STOK (0% kerugian)


Ketahui terlebih dahulu apa itu Drop-Shipping?
Dropship bermaksud kilang/pemborong/pembekal memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjual barangan tanpa mengeluarkan modal.Ia juga termasuk dengan penghantaran barangan terus kepada pembeli anda tanpa pengetahuan mereka yang barangan tersebut adalah dari pembekal. Ini merupakan salah satu peluang keemasan untuk sesiapa yang ingin memulakan perniagaan secara online. Dropshipping juga bermakna anda tidak perlu simpan stock yang banyak Ada order baru buat pembelian..

Macam mana nak sertai Program Re-seller/Drop-Shipping?
Anda hanya perlu mendaftar terlebih dahulu. Setelah harga agent di berikan , barulah anda  mempromosikan barang yang ingin di jual. Pastikan anda mendapat tempahan daripada pelanggan terlebih dahulu sebelum anda  membuat pembelian kepada pihak pembekal. Di ingatkan , tiada yuran bulanan mahupun yuran tahunan yang akan di kenakan pada agent dropshipper.

Tugas sebagai agent Dropshipper?
1. Jual/promosikan produk dan maklumatnya di web/blog/facebook/laman web sosial anda.
2. Pembeli bayar Harga Jualan kepada anda.Kadar keuntungan yang anda perolehi dianggarkan 10% - 50% (bergantung kepada jenis produk).
3. Anda bayar Harga Belian kepada pembekal.
4. Anda bayar mengikut harga dropshipper yang telah di tetapkan (tambah postage sekiranya ada). Harga Jualan, anda boleh tentukan sendiri berdasarkan harga pasaran.
5. Penghantaran produk akan dilakukan oleh pihak pembekal kepada pelanggan anda.
6. Tidak perlu maintain. TIADA YURAN KEAHLIAN. Buat pesanan barang selepas pembeli anda membuat bayaran.

Kelebihan Dropshipper?
1.Tidak perlu modal.
2.Tidak perlu menyimpan stock barang. Buat pesanan bila pembeli anda telah membuat bayaran.
3.Tidak perlu risau dengan masalah barang yang rosak kerana lama tersimpan/tidak laku.
4.Tidak perlu melakukan aktiviti ‘packing’ dan menghantar produk yang anda jual kepada pelanggan kerana semuanya di lakukan oleh pembekal..


Bagaimana dropshipper ini berfungsi ?


Sekiranya anda berminat untuk menjadi agent dropshipper saya, anda boleh la inbox saya di SINI..




Mar 14, 2012

Kenapa Fasha Sanda dan Jejai memilih kahwin di Bali , ini jawapannya...


GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI 



Akhirnya Fasha Sandha mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini sekaligus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasih hati, siapa lagi kalau bukan abang Jejai atau nama sebenarnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Walaupun berita ini dah basi tapi aku tetap nak kongsi sama dengan uollsss..Bukan kongsi pasal bakal pengantin nie tapi aku nak kongsi , cerita di sebalik kisah Fasha dan Jejai..

Bila semua orang dok heboh cerita pasal mereka akan bernikah , aku dan en.hubby juga turut tidak terkecuali mengikuti perkembangan mereka di belog mahupun di media cetak.So ada satu malam tue , en.hubby ada tanya pada aku. Fasha dan Jejai nak kawen dekat Bali.. Mama tahu tak kenapa dorang pilih , nak kawen dekat Bali.. Aku nie slumber je la jawab.. sebab dorang nak perkahwinan yang privacy kot sebab tue tak banyak undangan..

En.hubby dengan confident jawab , salah la.. sebab Jejai orang Indon , tue yang kawen dekat sana..Aku garu kepala pelik! Bila pulak si Jejai nie berasal dari Indon.. So aku pun jawab , mandai je la papa nie.. Bila masa pulak Jejai asal dari Indon , dia orang Malaysia la.. Anak bekas menteri besar perak tue Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Raja Norasyikin...

En.hubby..Ooo anak bekas menteri besar perak.. papa ingatkan orang Indon tadi.. Adoi mengigau ke apa la laki aku nie.. Lawak pun ada confident habis dia jawab...padahal dia punya la setia baca beautifulnara..cam ner la boleh tersalah ni pun x taw la..ahaks jangan marah ye sayang ku.. lupa nak tanya asal dia leh fikir macam tue! nanti nak tanya balik la hehe....

Note: Muka Abam Jejai yang hensem tue di katanya orang Indon ish..ish..ish..kecik hati kak Fasha taw ahaks...




 

Wordless Wednesday : Kepunyaan Dinas Mokhtar

 

 
Bukan la no yang menarik 
tapi kalau kita pandai create memang cun jadinya..
DY1745 - DYNAS






Mar 13, 2012

Bodoh punya jantan , x de keje lain apa?? sial betul la..



Hari nie x de mood sangat..Dari semalam x tido gara² perut meragam.. Berulang alik ke toilet, cerry berry pastu muntah².. Tak suka betul la kalau perut meragam. Nie la akibatnya kalau terlebih makan kenduri.. This week banyak sangat undangan perkahwinan..Sehari sampai 3 , 4 tempat pergi..sekarang hamik kau.. berdodoi sakit dari malam tadi.. Pagi nie awal² lagi dah bagitahu MIL x dapat ikut pasal sakit perut.. Lepas subuh tadi terus makan pil chi-kit teck aun tapi untill now x de rasa lega lagi...Tersekso la weiii...

Lepas en.hubby pergi keje , aku  terus sambung tido balik..dapat la lena kejap sebelum kembali berulang alik ke toilet. Telifon pun aku off x nak ada gangguan dari mat bangla.. Mood tak baik nie mula la nak hangin je..kang salah sikit confirm kena sembur huhuhu!..

Dalam x de mood nak juga skodeng fb mane tau kot² ada order masuk hari nie.. So aku pun buka satu persatu mesej di inbox.. Sekali terbaca satu mesej nie , menyirap darah aku wei.. Betul² kurang ajar.. Baru malam kelmarin aku merungut dekat en.hubby gara² ada jantan² yang x bermoral dok mesej aku macam²..Serius aku rasa x selesa sangat!

Kadang aku tak faham dengan orang jenis macam nie. dah terang² tahu aku dah berlaki lagi nak menggatal. Jangan ingat aku layan semua orang, korang boleh nak amek kesempatan pula. Aku tegaskan di sini ye! aku hanya akan melayan customer aku sahaja..yang mane bertanyakan mengenali produk yang aku jual..kalau sebaliknya sorry la aku memang tak berminat...Lantak korang la nak cakap aku apa , janji aku masih tahu jaga kehormatan aku sebagai seorang isteri..

Tolong la!! fb tue tempat aku cari makan bukan tempat aku nak menggatal so x payah la nak kasi panas line pulak! now aku nak berfb pun jadi x de mood...hampeh betul la dorang nie..Nie la salah satu sebab kenapa aku x nak kasi no telifon pada orang..sekadar berurusan di fb je..sebab perkara begini la. Cukup la sebelum nie aku pernah di ganggu dengan panggilan misteri , boleh di katakan hampir setiap malam aku terima panggilan misteri tue.. Serik sangat!


Jantan nie sangat kurang ajar..


















Mar 12, 2012

Mimpi pelik tanda ajal dah tiba



Uolllssss pernah mimpi buruk tak! Aku sejak kebelakangan nie selalu sangat mimpi buruk.. Bila bangun pagi perasaan aku jadi takut. Breakfast pagi mesti story dekat en.hubby rasa macam ada yang x kena je.. Nak kata sebelum tido tak basuh kaki , x jugak sebab setiap malam aku mesti basuh kaki dulu.. Nak kata sebelum tido tak baca doa , setiap malam aku mesti baca doa terutama sekali dua kalimah syahadah sebab aku takut kalau meninggal dalam waktu tido at least sempat mengucap...

Tiga hari lepas aku mimpi di datangi seorang wanita tua.Wanita tua itu menghampiri aku lalu berkata kepada aku "kalau kamu nak anak kamu kena cari kain batik kepunyaan ibu mengandung lalu memakainya"...Mimpi nie agak kelakar lalu aku x de la amek pusing sangat...aku anggap sekadar mainan tidur saja..

Dua hari lepas pula aku mimpi wanita yang sama datang kepada aku , lalu mengingatkan sesuatu kepada aku tapi apa yang cuba di pesankan aku tak berapa ingat.Pastue tiba² sebatang daripada gigi aku patah.. tak terasa sakit cuma sepanjang berdepan dengan wanita itu aku just tutup mulut je..

Mimpi semalam pula , aku berjumpa sekali lagi dengan wanita tua itu lalu nenek tua itu membawa aku di sebuah kampung. Di kampung tue nampak damai je , rasa tenang jiwa.. Aku pula just memerhatikan penduduk kampung yang sedang sibuk menguruskan seorang lelaki yang baru saja meninggal dunia.Masa orang ramai sedang memandikan jenazahnya tiba² lelaki tue bangun dan berdepan dengan aku. Lalu berkata Nak bersiap sedia la.. memang terperanjat habis la aku. Hanya aku sorang je lihat begitu sedangkan orang lain x nampak apa²..

So pagi nie hati mula rasa x tenteram..En.hubby pesan next time kalau mimpi macam tue , tersedar je terus amek wuduk dan sembahyang..

Uollsss pernah tak mimpi pelik² camnie tak?...

Tadi story gan kawan , ada ke patut dia suruh aku bersiap sedia mungkin itu tanda² aku dah nak pergi.. siut je lagi buat aku cuak....





Mar 8, 2012

Tips kecantikkan dan perawatan yang sesuai




Tips Kecantikan 

Post hari nie just nak share dengan uolllsss bagaimana untuk mendapatkan kulit wajah yang halus, putih, cerah, tidak kusam, bebas jerawat , bebas jeragat , bebas noda jerawat serta kerutan². 

Wajah adalah adalah salah satu bahagian tubuh yang dapat menunjang penampilan seseorang. Dengan wajah yang bersih dan segar, anda pun akan lebih percaya pada diri. Actually ada banyak cara untuk menjaga kesegaran wajah, salah satunya dengan memanfaatkan kandungan vitamin pada buah²an sebagai salah satu cara perawatan wajah kita.

Selain pada itu kita juga boleh menggunakan produk kecantikkan. Tapi anda perlu tahu sebelum anda mencuba sesuatu produk itu , anda haruslah mengenali klasifikasi kulit wajah anda.. Kulit wajah kita mempunyai 3 jenis iaitu :-

Kulit Berminyak
Ciri² kulit berminyak apabila keluarnya minyak berterusan pada wajah di sekitar T zon iaitu di sekitar dahi, hidung, dagu dan pipi di bahagian bawah tulang pipi. Pada umumnya, kulit wajah jenis ini mudah ditumbuhi jerawat. - ( ini jenis kulit wajah saya )

Perawatan yang sesuai Buah timun dapat membantu mengatasinya. Buah ini berkhasiat menghaluskan dan melemaskan kulit, membantu meringankan pori², serta mengeluarkan kotoran dari kulit. Selain itu ia juga dapat mencegah wajah dari di tumbuhi jerawat. Selain mentimun, buah tomat juga dapat membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit berminyak, sehingga wajah selalu rasa segar.

Kulit Kering
Biasanya kulit kelihatan kusam atau tidak mengilap, kadang terasa menegang, bersisik, dan terasa gatal. Keadaan pori² kulit pula sering tampak layu dan kasar, serta keriput sehingga terlihat lebih tua dari usia sebenarnya.

Perawatan wajah yang sesuaiWortel..Vitamin A dalam wortel diperlukan untuk pemeliharaan jaringan epitel (Jaringan yang ada dipermukaan kulit). Pada wortel juga terdapat karoten yang berfungsi menjaga kelembaban kulit, memperlambat timbulnya kerutan pada wajah, dan membuat wajah tampak selalu berseri.Selain itu, buah nanas juga dapat menjadi alternatif anda. Sebab, buah ini mengandung zat yang berfungsi mengecilkan pori² sehingga kulit tampak halus.

Kulit Normal
Di antara dua jenis kulit tadi, yang paling ideal adalah jenis kulit normal. Kulit jenis ini tidak berminyak dan juga tidak kering. Selain itu, teksturnya halus dan jika disentuh terasa lembut. Untuk kulit wajah jenis ini, perawatan wajah dengan buah alpukat dapat menjadi pilihan Anda. Masker alpukat dapat membantu merawat jenis kulit wajah normal. Sebab, kadar lemaknya yang tinggi dapat melembapkan kulit dan melindungi kulit dari pengaruh sinar matahari.

Setelah anda mengetahui jenis kulit barulah mudah untuk anda mencari produk yang sesuai dengan wajah anda. Anda juga boleh mencuba beberapa produk yang di jual di SINI. Promote sikit hehe..jangan marah na! Actually aku berani promote kerana aku adalah salah seorang yang telah menggunakan produk ini dan sangat berpuas hati..bukan saja aku malah customer yang telah menggunakan produk ini juga sangat berpuas hati.Aku lampirkan juga bukti pemakaian aku selama bersama produk ini...

Peredaran kulit wajah semasa pemakaian produk ini
Masalah kulit berjerawat

PRODUK
Cathy Glutha Magic Cream + Sabun Whitening Gluthathione extra kojic

Kulit gelap kepada lebih cerah

PRODUK
Yesta Instand White Body Lotion 
Untuk menampakkan hasil yang cepat anda perlu memakai sekurang²
2 ke 3 botol..

Lohashill juga bertindak untuk mencerahkan kulit
kesannya lebih cepat berbanding losyen yesta..
Boleh pakai di muka dan badan 
( saya continue pakai ini sekarang )

Peredaran kulit saya dari tahun 2009 ke 2011

Jom sama² kita menjaga kulit agar kelihatan bersih berseri
Di jamin tidak akan mengecewakan anda..
Lampiran testimoni akan aku postkan di entri akan datang..







Mar 7, 2012

Happy Birthday to my Husband , I love you very much


I know that i don’t say it or show it enough but, i really do love you very very much. when i prayed to God for the perfect husband he gave ME exactly what i wanted and that’s you. You are the best friend and husband anyone could ask for , im are very blessed to have you in our lives. Simple things make you happy and you never fuss for anything and you are always contented with the little you have..:P 

I have learned so much from you over the years that we have been together and i strive to acquire the qualities that you possess.I am very proud to be your wife and look forward to spending the rest of my life with you on earth and eternity in heaven. :)

I do say it as much as i should but today im saying to the world that i LOVE YOU VERY MUCH and wouldn't trade you for anything. You are my friend and my rock and you deserve much more thank you get.That will all change..;)

Happy Birthday sayang, 
i pray that God bless you with many more wonderful ones to come..
I love you Smiley  

Dedicated this lovely song to my papaboo Amirul Ridzuan 






Mar 5, 2012

Sikap suka bertanya di kalangan masyarakat kita



Sikap suka bertanya yang tidak patut di amalkan dalam masyarakat kita. Selalunya hal ini terjadi pada golongan melayu..Kalau golongan india dan cina, memang jarang² sekali kita dengar.Mungkin kerana mereka bukan jenis yang suka menyibuk hal orang..Jangan orang melayu , pantang ada kesempatan di gunakannya habis²an untuk mengetahui apa yang berlaku dan apa yang terjadi.

Maaf la mungkin tidak semua orang bersikap begitu tapi majoritinya orang kite ni memang selalu sangat amik kisah pasal orang lain..Kalau setakat hal² positif mungkin x mengapa kot.. tapi nie di tanya soalan² yang menyentuh sensitiviti seseorang..bila nak kawen?? dah elok orang tue kawen , di tanya pulak bila nak dapat anak?? bila dah dapat anak di tanya pulak bila nak tambah lagi satu??? tak ke ianya mengundang kemarahan namanya!

Pendek kata, semua serba x kena kalau pasal orang..Cuba kalau diaorg pula di tanya , bile u nk mati? Cer teka..Cer teka.. Apa u nak jawab. Jadi jangan sembarangan pandang , kalau orang kawen lewat , jangan pula diberi 'hint' bagi orang yang lambat dapat zuriat .. Kite yang elok² ada suami ni belum tentu jodoh ke hujung nyawa. Kalau ye pun, sape tau kot² ada rezeki bermadu'? Manis ke perut rasanya nanti , sanggup x?

Moral of the story : Pandai² la jaga diri, suami & anak² ye..Jangan cepat selesa dengan ape yang kite ada sekarang. Allah kalau nak tarik balik sekelip mata je , x tunggu esok lusa dah..time tue jangan pulak nak meraung bagai ye! hehe... Chill! :) 
Note peringatan : Ada setengah tue pula , sebelumnya pernah mengalami situasi yang sama tapi bila dia di kurniakan rezeki oleh Allah dia jadi lupa dengan apa yang terjadi pada diri dia sebelumnya , dia jadi sombong dengan apa yang dia ada , dia jadi lupa diri dan bangga dengan rezeki yang di terimanya.. Pesan aku cuma satu je ingat jangan mudah rasa selesa dengan apa yang anda ada sekarang..semuanya pinjaman semata² , bila² masa saja Allah boleh tarik semula..jadi bersyukurlah dan elakkan dari mempunyai sikap sebegitu..
Note renungan : Cuba anda letakkan diri anda di situasi seperti orang² yang aku nyatakan di atas.. Tidak seorang pun yang mahukan semua itu.. Setiap manusia pasti inginkan yang terbaik dalam hidupnya tapi kalau sudah di tentukan ianya belum miliknya lagi.jangan la di persoalkan?kalau anda terus mempersoalkan seperti anda melawan ketentuaan Allah swt.. percayalah pada qada dan qadar!!
 




Keunggulan Android Dibanding dengan Blackberry





Enam alasan utama kenapa anda harus meninggalkan BlackBerry untuk Android bukanlah hal yang salah. Berikut adalah alasan kenapa dan mengapa :-

1. Performance
BlackBerry : Cepat dan stabil. Tapi kadang terjadi phone-hang yang memerlukan anda mengeluarkan bateri dari tempatnya dan yang paling membosankan adalah proses re-boot: 3-8 menit!

Android :  Sangat cepat. Belum ada keluhan lagi mengenai phone-hang yang harus mengeluarkan bateri dari tempatnya, kecuali jika anda ingin ganti SIM card. Proses re-boot juga berlangsung cepat.


2. Bateri
BlackBerry : Jangka masa bateri Blackberry memang luar biasa. Ini kerana  Blackberry tidak banyak melakukan proses berbagai aplikasi seperti mana pada Android.

Android :  Boleh di katakan makan bateri , tapi kadang² boleh juga tahan sampai satu hari. Tapi harus diingatkan bahwa Android memakai bateri untuk BANYAK hal. Contohnya jika anda memakai Android untuk browsing web atau menonton video dalam masa 1 jam, sudah pasti ianya memerlukan daya bateri yang lebih dan mampukah BlackBerry melakukan hal yang sama selama itu?


3. Email
Blackberry : Email pada Blackberry memang menjadi andalan RIM. Begitu juga dengan Gmail pada Blackberry pun telah dioptimalkan fungsinya, tapi tentu saja ia tidak sebaik pada Android.

Android : Apa yang anda perlu ragukan dari Gmail buatan Google yang di jalankan pada Android yang juga buatan Google?

4. User Interface (UI)
Blackberry : Membosankan, done. (tidak semua berfikiran begitu)

Android : Anda tidak akan merasa bosan bahkan anda akan menjelajah setiap sudut Android. Dijamin.


5. Web Browsing
Blackberry : Sangat melelahkan, anda harus mengakuinya itu.

Android : Disinilah terletak kelebihan Android. Android menjadi pemenang jika dibandingkan dengan semua mobile OS. Jika dibandingkan web browsing pada Android dengan BlackBerry, seperti siang dan malam saja. Jauh berbeza


6. Aplikasi
Blackberry: BlackBerry memang memiliki banyak aplikasi, tapi pada waktu yang sama iPhone juga semakin jauh meninggalkan BlackBerry. Jadi lebih baik melihat apa yang boleh dilakukan Blackberry untuk menyusul ketertingalannya di belakang iPhone OS dan Android.

Android : Semakin banyak aplikasi yang dulunya hanya ada di iOS, kini sudah ada versi Android-nya. Pesaing sebenarnya dari Android adalah iPhone, bukan BlackBerry.

Apa pandangan anda sekiranya anda pengguna Blackberry mahupun Android ???..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign