Feb 29, 2012
Pelukis Karikatur Nabi Muhammad Mati Terbakar!
Feb 28, 2012
MDT perlukan bantuan rakan blogger
Masih ingatkah anda dengan rakan blogger ini..'MDT' panggilan yang cukup sinonim dengan diri beliau. Kalau ada yang tak kenal , lupa atau lupa ingatan hikhik , meh aku reviewkan sikit siapa MDT nie.. Mungkin di kalangan blogger wanita sangat mengenali diri beliau. Satu ketika dulu, beliau boleh di katakan salah seorang blogger yang cukup aktif..Tapi sejak dua menjak nie , beliau banyak menyepikan diri.kenapa dan mengapa aku tidak di ketahui..
Ok blogger yang aku maksudkan adalah MAK DARA TERDIVA..Pagi nie aku ada terima satu mesej dari beliau di FB. Mesejnya berbunyi begini " Assalam amy.. akak ada permintaan sikit..harap boleh uar²kan di belog amy"... Permintaanya seperti berikut :-
Makmal Pembelajaran Autisma akan mengadakan GOLF AMAL AUTISMA UKM 2012 pada 8 April 2012 di Kelab Golf Danau UKM untuk mengumpul dana menampung kos operasi Makmal.
Kenapa anda perlu sokong acara ini? Team Makmal Autisma bekerja keras mengadakan
1. model classroom untuk penyelidikan dan latihan guru
2. parent education class setiap bulan ...
3. melatih guru-guru PDK seluruh Malaysia (dgn kerjasama Semai Bakti) demi meningkatkan kualilti perkhidmatan untuk anak2 istimewa.
Bagaimana anda boleh menyokong?
1. Tolong carikan penyumbang (penyumbang akan menerima tax exemption).
2. Anda sendiri menyumbang (tidak kira brp)
3. Tolong carikan sponsor untuk hadiah (eg barangan elektrik, voucher spa, hampers etc)
4. Beli flight utk main golf (RM4000 utk 4 pemain.
5. cari pembeli flight & anda main
6. bersedia utk ditemubual untuk satu bab dalam buku yg akan diedarkan pd acara itu 7. jadi sukarelawan semasa acara tersebut (mula 6.30pg).
Semoga impian team makmal utk suatu hari menubuhkan Center of Excellence on Disability Research n Practice akan termakbul demi untuk memantapkan perkhidmatan utk anak2 istimewa.
Sebarang pertanyaan dan cadangan, sila emel ke makmalautisma@yahoo.com atau telefon 03-8921 6286 (Suzi).
Perhatian minta kerjasama rakan blogger yang lain untuk mewar²kan mesej ini
Feb 27, 2012
Fasha Sanda kahwin bulan nie..
Bulan nie ramai betul artis yang mendirikan rumahtangga..Terbaru penyanyi Ana Rafalli dan pelakon Lisa Surihani..selamat pengantin baru untuk anda berdua..Dua² cantik dan pasangan masing² pun x kurang hensemnya..
Selain Ana dan suami , Lisa dan Yusri.. Dengar khabarnya Fasha Sanda juga adalah salah seorang artis yang bakal mendirikan rumahtangga bulan nie..Wowww!!! terkejut ahkak taw.. tangan dekat bahu mata kebil² hihi..
Aku tahu cerita nie pun dari seorang rakan..Katanya dapat undangan ke majlis tersebut. Majlis yang hanya di hadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak dan rakan² yang rapat dengannya..Kelassss kau noq dapat gi wedding Fasha...
Last aku tanya la.. aku pun busybody jugak..jangan x tau hahahaha..... majlisnya bila?? hari nie dah 27hb?? pakej perkahwinan amek dengan ko ke noq.. Si polan nie pun jawab..30hb nie..tak delah amek dengan kawan aku..aku ikut kawan aku je noq..dalam pada tue sempat lagi dia cakap kalau ahkak dapat kawen dengan fasha , ahkak sanggup jadi keras noq..ahaks!
Aku pulak jawab Oooooo.. hahahahahaa..taip panjang² menandakan aku ketawa besar..Bukan ke bulan nie ada 29 hari je.. mane datang lagi sehari tue noq..Terus diam , x balas sampai sekarang..Kesian...
Moral of the story: Jangan la kenakan member teruk² , x pasal² dia dapat malu..dah la dia berkobar² nak pergi..x baik taw..
Note: Happy birthday in advance kepada mereka yang menyambut hari kelahiran pada 29hb nie...mesti sambut besar²an kan..ye la 4 tahun sekali , dapat merasa huhu...
Bekerjalah seolah² kita akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah seakan² kita akan mati pada esok hari
Setiap waktu kita akan merasa takut akan kematian sesuatu yang kita sayangi.. Ia merangkumi semua perkara..ayah, ibu, adik², keluarga, rakan, kekasih dan sahabat.. tidak kurang haiwan kesayangan dan ternakan..
Apabila hati terkenang tentang " yang hidup pasti akan mati", kita akan merasa gelisah kerana takut akan kehilangan insan² yang kita sayangi..tetapi, dalam sedar atau tidak, harus kita tahu..mati itu, tidak bermakna 'terpisah'..Ia mungkin hanya satu jarak yang menemukan kita dalam batas² kerinduan dan ia mungkin juga salah satu cara ALLAH untuk menguji kesetiaan dan juga ingin lebih mengeratkan ikatan antara makhluk²Nya..
Suatu saat kita terfikir bahawa kita telah diuji melebihi had kemampuan kita apabila ALLAH mengambil sesuatu yang kita sayang dari dalam pangkuan kemesraann diri. Namun, sebenarnya ALLAH lebih sayangkan dia.. dan ingin kita yakini bahawa perpisahan itu adalah demi mengeratkan lagi ikatan kita dengan sesuatu yang DIA lebih sayangi itu..
Seharusnya tidak usahlah kita mengeluh andai terpaksa menerima sesuatu takdir yang begitu menyedihkan.. dan percayalah.. Allah ingin kita lebih dekat dgnNya.. agar kita lebih tahu akan kehadiran DIA disisi kita tanpa pernah leka dan terlelap walau sedetik pun..
Suatu saat kita terfikir bahawa kita telah diuji melebihi had kemampuan kita apabila ALLAH mengambil sesuatu yang kita sayang dari dalam pangkuan kemesraann diri. Namun, sebenarnya ALLAH lebih sayangkan dia.. dan ingin kita yakini bahawa perpisahan itu adalah demi mengeratkan lagi ikatan kita dengan sesuatu yang DIA lebih sayangi itu..
Seharusnya tidak usahlah kita mengeluh andai terpaksa menerima sesuatu takdir yang begitu menyedihkan.. dan percayalah.. Allah ingin kita lebih dekat dgnNya.. agar kita lebih tahu akan kehadiran DIA disisi kita tanpa pernah leka dan terlelap walau sedetik pun..
Dan satu keyakinan yang DIA mahu kita buktikan.. iaitu, meletakkan CINTA yang sebenar dari seluruh hati kita untuk mencintaiNYA lebih dari cinta yang lain..kerana selagi kita bergantung dengan cinta yang akan mati, kita akan sentiasa takut akan kematiannya.. maka, cintailah CINTA yang tidak akan pernah mati.. kerana dengan CINTA itulah, cinta kita akan terus hidup untuk sekalian alam.. walaupun selepas kita hilang dari pandangan mata insani.. walaupun selepas tiada lagi degupan yang berdetak dialiran nadi..
Rational without belief was empty
ALLAH is never wrong.
Note: Peringatan untuk diri ku juga..
Feb 23, 2012
Retak menanti belah
Semalam memang berhajat sangat nak blogwalking belog kawan² setelah beberapa hari tiada kunjungan balas..Tapi tuelah , malang tidak berbau tiba² di timpa musibah.. Aku kena kejutan elektrik , melekat jari dekat suis lampu.. mujur juga x terpacak rambut..just meremang bulu roma saja.. Rasanya boleh tahan juga..sebelah tangan jadi kebas dan lenguh.. Last rasa badan x sedap terus tidur huhu ..
Petangnya pula en.hubby pulang , lihat pada cermin kereta macam semacam je.. Bila dah siap parking en.hubby pula dok sibuk amek gambar..Aku pergi dekat baru perasan cermin kereta dah retak menanti pecah..Aduhai nasib malang..en.hubby pun di timpa musibah.. melayang la duit sebelah tangan pergi minggu nie..kalau viva pun kena dekat 400++ inikan pulak honda.. dah la insurans cermin x de sebab kereta dah terlebih usia huhuh ...
Itulah duit , banyak yang masuk dan banyak juga yang keluar..Mujurlah kena time waktu keje , buatnya kena time traveling jauh x ke nanya.. pandai juga kuda putih buat hal..good dearrrr.. amaran untuk tuannya yang sibuk nak tukar sana sini...So papaboo pasni beringat ye!
Kuda putih kesayangan en.hubby
sayangnya dia dekat kuda putih nie
lebih dari dia sayangkan bini huh!
Cermin yang retak..
pagi ini en.hubby terpaksa bawa kuda merah
Feb 22, 2012
Wordless Wednesday : Ya Allah Twin Alhamdulillah sujud syukur
Ya Allah! Twin!! Alhmdulillah!! Sujud syukurr...
Note: Turut tumpang gembira.. setelah bertahun menanti akhirnya doa di makbulkan..So kepada rakan yang masih belum dapat peluang ini..jangan berputus asa..sabar dan banyakkan berdoa.. - untuk diri ku juga.. bukan satu yang di beri tapi dua..alhamdulillah..anyway tahniah kepada sahabat ku..jaga diri baik² ok!
Feb 21, 2012
Tutorial remove timeline kepada facebook biasa
Lame rasanya aku x buat tutorial..So hari nie aku nak kongsikan satu tutorial khas untuk warga facebook.. Tutorial ini bagi pengguna facebook timeline..Rasanya mesti semua dah tahu apa itu facebook timeline kan.. Facebook timeline nie memang nampak cantik , siap ada header lagi..tapi kalau bagi aku , aku x berapa nak suka sangat..sebab nampak terlalu serabut..sangat x sesuai bagi aku yang berniaga nie..
OK bagi mereka yang rasa menyesal menggunakan facebook timeline dan ingin menukar ke facebook sebelum nya.. caranya mudah saja.. Just ikuti step yang di nyatakan di sini.Ikuti satu persatu jangan sampai ada yang tertinggal...
Step 1
Click link di SINI..
Step 2
Kemudian click google chrome kat dalam link itu..
Step 3
Download dan install
Step 4
Now anda boleh lihat segalanya sudah bertukar kepada yang asal
*** Hanya anda saja yang nampak facebook anda seperti biasa tapi orang lain still nampak ada menggunakan timeline.. at least x de la serabut sangat kan...
atau anda juga boleh cuba cara ini..
Step 1
Sila buka link ini https://developers.facebook.com/apps dan klik pada “Edit App”
Step 2
Pada sidebar di sebelah kiri, klik pada “Delete App”
Step 3
Sekarang klik pada “Confirm”, kemudian klik “Okay”
Sekarang aplikasi Timeline Facebook anda sudah di buang.
***Step nie aku copy di SINI , x sure jadi ke tidak..
Note: Pastikan anda mengikut step ini dengan betul , sekiranya tidak boleh maka ada yang anda salah buat.. cuba lagi sehingga berjaya ok...
Tips kecantikan
1. Bersihkan Wajah
Selalu cuci wajah dengan pembersih khusus sesuai dengan jenis kulit anda. Pastikan semua riasan yang di tampal pada wajah dihapuskan terlebih dahulu. Catatan: Bersihkan wajah sebelum tidur, dan ketika anda akan bermake-up hari ini.
2. Gunakan Toner
Pilihlan toner dengan ekstrak teh hijau, teh hijau mengandung antioksidan dan dalam teh dapat membantu meneutralkan kerosakkan kulit yang diakibatkan radikal bebas. Kebanyakan perempuan malas melakukan rutin ini, mereka mengerti akan kandungan baik dari teh hijau.
3. Facial Treatment
Melakukan facial treatment sangat dianjurkan oleh para ahli kecantikan, ini dapat mencegah kulit anda dari penuaan diri. Lakukan ini dengan rutin maka kulit akan tegang dan cerah.
4. Face Cream
Krim wajah harus digunakan setiap hari, gunakan secara rutin ke wajah dan leher. Sebuah pelembab yang baik akan menegangkan kulit dan memberikan cahaya yang indah. Untuk memperolehi kulit yang cerah carilah krim dengan kandungan peptida, antioksidan, asam hyaluronic dan licorice.
5. Sun Protection
Untuk melindungi kulit halus anda, gunakan cream anti matahari dengan SPF 30 dengan kandungan aloe vera dan niasin.
Feb 20, 2012
20.01.2005 - 20.01.2012
Happy 7th years anniversary to us.
Being ur wife is the best among the best ever in my whole life.
Love u till my last breath, i swear!
... " For the rest of my life, through days & nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now & forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my soul, and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
Finally now I’ve found my self, I feel so strong
Yes everything was changed when you came along ... "
Happy 7th years anniversary to us.
Being ur wife is the best among the best ever in my whole life.
Love u till my last breath, i swear!
... " For the rest of my life, through days & nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now & forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my soul, and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
Finally now I’ve found my self, I feel so strong
Yes everything was changed when you came along ... "
Rumah akan di ambil oleh kerajaan
Uolllsss masih ingat lagi tak dengan post aku yang bertajuk Dari SinarRaudah.com ke Sinar Raudah Homestay.. Alahai sedihnya nak bagitahu dekat sini..Dukacita di maklumkan bahawa perancangan aku untuk buat homestay terbantut di tengah jalan..Nie gara² rumah akan di ambil oleh pihak kerajaan ..
Huwaaaaa!!! Sedih dowh.. Aku bukan main excited lagi nak buat homestay tue..Aku sangkakan awal tahun nie dah boleh mula untuk renovation tapi malangnya segala perancangan aku harus di lupakan dik kerana kerajaan ingin mengambil dan membeli seluruh perumahan di kawasan itu..Kalau rumah di tengah bandar beginilah.. Anytime je orang boleh ambil dan beli huhu ...
Dengar khabarnya kerajaan ingin mendirikan banggunan komersil di kawasan itu.Kalau dah nama banggunan komersil , faham² je la ..nak beli balik pun sure harga melambung² sebab di kelantan nie nilai hartanah dan rumah memang gila² babas punya mahal..
Kalau di ipoh, dengan harga 300k boleh dapat sebiji rumah banglo dua tingkat tapi dekat sini mahal dari itu lagi..sebagai contoh rumah di sebelah rumah mertua aku , rumah dia banglo setingkat tapi harga more than 300k...berpeluh den dengor hahai..x mampu lagi Ooo.. Insyaallah mudah²an satu hari nanti aku mampu milikinya...Itupun salah satu target aku setiap tahun ..
Nampak gayanya lepas nie kena cari sebuah rumah di ipoh pula.. Bagi merealisasikan impian aku buat homestay..Apa pun aku mesti nak dapatkannya..sebab aku nampak dekat situ memang boleh buat duit.. Samaada homestay di kawasan bandar ataupun homestay di kawasan kampung...Dalam otak nie dok ligat berfikir , pelbagai perancangan ada untuk masa depan..Moga salah satu daripada perancangan aku terlaksana tahun ini..amin
Feb 19, 2012
Tahniah kepada abang Amran Raihan dan isteri di atas kelahiran putera bongsu
Salam hujung minggu uolllssss.. Lambat hari nie aku update belog. Hari nie busy uruskan order customer!.. Tak de apa pun nak story mory di petang Ahad nie, cuma aku nak kongsi kegembiraan ini dengan uollsss... Kalau uolllsss masih ingat akan entri aku INI , kisah di mana aku bertemu dengan isteri Abang Amran anggota kumpulan Raihan.
Kak Siti Fatimah baru saja sms aku memberitahu yang beliau sudah pun bersalin. Dapat baby boy.. Suka sangat , ye lah sebelum nie beliau ada 4 puteri..akhirnya dapat juga boy..Sapa x happy kan.. Tahniah kak! x sabar nak pergi melawat baby...Uolllssss nak tengok gambar baby kena tunggu aku pergi melawat dulu ok.. nanti aku snap² banyak gambar baby hehe..oklah itu saja nak bagitahu..
sekian...
Feb 18, 2012
Marilah kita sama-sama mendoakan anak kecil ini
Keadaan Faris semakin kritikal...
Ya Allah, Kuatkan lah hati.. Tenangkan lah hati.. Senangkan lah hati.. Kalau betul dia untuk ku, mempercepatkan segala urusan yang baik, sekiranya, dia bukan untukku, maka redhai lah hatiku dengan ketentuanmu. Aku tahu, Engkau akan berikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, kau tenangkan lah hati.. Berikan ketenangan yang teramat kepada hati dan jiwa ini. Ya Allah, engkau maha mengetahui lagi maha penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hamba-hambamu ini. Engkau yang menentukannya. Aku memohon agar engkau mempercepatkan urusan yang baik jika itu yang terbaik untuk anakku. Jika tidak, aku Redha dengan ketentuanmu.
Tatkala membaca coretan di atas , tanpa aku sedari air mata aku mula mengalir.. Walaupun aku bukan siapa² dengan anak kecil ini mahupun dengan ayahnya namun sebagai sedara se'islam sedikit sebanyak ia menyentuh perasaan aku juga. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.. Moga anak kecil ini tabah dan kuat untuk melawan penyakitnya..
Menurut kata ayahnya, anak kecil ini di sahkan mengidap penyakit HLH.. nak tahu apa itu HLH , uollsss boleh lihat di SINI..Actually aku tidak mengenali sesiapa pun ahli keluarganya..Atas dasar saudara se'islam maka aku rasa wajib bagi aku membantu.. Walau bukan dengan wang ringgit tapi cukup la dengan berdoa dan memohon rakan² sekalian meluangkan sedikit masa untuk mendoakan anak kecil ini. Moga dengan doa kalian semua , anak kecil ini dapat terus berjuang dan sembuh dari penyakit ini. Aku yakin ramai yang merindui gelak tawa anak kecil ini..Be strong ye dearrr!!!
Adik faris..
Tersentuh sangat bila membaca komen ayahnya mengenai gambar ini..
Sebelum ini anaknya tidak pernah menangis tapi kali ini air matanya mula mengalir
mungkin kerana adik faris sudah tidak tahan menanggung kesakitan lagi..
sabar ye dik!!
" Ya Allah kau berikanlah kekuatan kepada anak kecil ini , permudahkanlah segala urusannya seseungguNya hanya engkau maha mendengar lagi maha mengasihani..-amin"
Sumber: Shamruslimawi
Feb 17, 2012
Misteri kehilangan bangla kini terjawab
Ahkak rasa nak meroyan bila dapat tahu bangla ahkak hilang..Lagi kasi ahkak panas bila dapat tahu yang dorang pergi ke Betong,Thailand.. Menyirap darah ahkak noq.. kalau sebelum nie darah ahkak rendah , tapi bila dapat tahu pasal mat bangla ahkak ni terus darah ahkak naik mencanak².. Tapi mujur juga la ahkak jauh kalau dekat , dah lame ahkak sembur cukup² bangla² ahkak nie.. menyusahkan orang betul!..
Beberapa hari lepas , seawal pagi lagi ahkak dapat panggil telifon daripada majikan dorang..Dorang keluar dari hari sabtu lepas lagi. Dah la x de passport kalau kena tangkap sapa yang susah , ahkak juga! Passport dorang semua dalam tangan ahkak untuk pembaharuan..Yang buat ahkak pelik , macam mane dorang boleh lepas masuk ke Betong tue kalau tak ada orang yang bawa.. Nie sah keje mat siam yang bawa orang keluar masuk secara haram.. hai kalau sekali kena memang makan tak habis Ooo..
Ahkak nie x de la fikir pasal mat siam tue sangat tapi yang ahkak fikirkan pasal mat bangla ahkak nie.. kalau dorang kena tangkap x pe , paling kuat hantar balik je..Nie kalau jadi pape kat sana , macam mane.. x ke menyusahkan ahkak! tambah dekat sana sekarang tengah x aman..buatnya kena tembak ke , kena pukul ke.. kalau mati terus x pe lagi ..nie kalau cedera teruk macam mane..Dorang nie langsung x fikir , yang tahu nak enjoy je..
Masa mula nak hantar keje dulu , semua boleh..semua sanggup janji gaji tinggi.. Nie bila dah hantar ceruk hutan banat kat pengkalan hulu tue.. tau pulak nak merungut x ada hiburan.. Tue yang boleh sesat masuk ke Thailand tue.. dah masuk x reti nak keluar , ye la dah seronok sangat! kat sana kan banyak aweks..tambah aweks siam mau x cair.. sayang nak tinggalkan.. pala hangguk dorang.. geram betul ahkak..Grrrrrr
Ahkak nak pergi tau² je la keadaan ahkak pun bukannya sihat sepenuhnya lagi.. Jadi ahkak minta tolong kawan² ahkak yang kenal di sana..Cari punya cari baru dapat tahu si mat bangla dua orang nie dah ada kat Penang..Bila masa pulak dorang ke sana pun x tahu la.. Bukan main enjoy sakan..macam dorang tue berduit juta² sampaikan keje pun di lupakan..Padahal masa mula nak masuk Malaysia dulu , bukan main niat nak datang kerja untuk cari duit kasi anak bini makan..last nan hado...janji tinggal janji..
Bersiap sedialah..tunggu mak tiri kau nie nak mengamuk.. sokmo menyusahkan ahkak. balik² muka yang sama , balik² muka yang sama juga buat hal...penat ahkak dah..jaga lembu lagi baik! sah² dah tahu dorang x faham bahasa dari jaga manusia yang ada akal tapi letak kat buntut.....
Santai amy santai..jangan hot² ...
Note: Ada kawan komplen setiap kali amy tulis di blog suka bahasakan diri aku..katanya x sesuai , jadi amy cuba bahasakan diri ahkak dulu ye! nanti dah ada nama yang selesa di sebut amy kasi tukar lagi..harap uolssss selesa...- petang ni ada meeting so blogwalking tangguh malam nanti deh.. santai friends...
Mata Lisa Surihani bengkak angkara apa?
Semua orang tahu yang bulan nie ahkak manis , Lisa Surihani yang cantik lagi cute miut nie akan mendirikan rumahtangga dengan abang dudas yang menjadi kegilaan aweks² di Malaysia nie , siapa lagi kalau tidak abang Yusri kita.. Pasti ramai cowok² dan cewek² hot di luar sana yang sedih dan frust bila dapat tahu akan hal ini.. Santai friends jangan sedih² doakan saja kebahagian mereka berdua..
Hrmmm waktu ini pasti ahkak Lisa kita sedang sibuk membuat persediaan hari bahagia mereka kan.Tapi dalam sibuk membuat persediaan , ada pula cerita yang kurang enak di dengar.. Mata Lisa Surihani bengkak.. Adakah kerana di tumbuk , terjatuh atau kerana ketumbit di mata..Nak tahu ceritanya sama²lah kita tonton Galaksi malam nie di tv9.. dekat di hati huwawawa...
Uollsss rasa ianya sekadar gimit semata² atau ahkak Lisa kita memang x sihat.. atau dia memang di timpa musibah..Harap ianya sekadar ketumbit di mata saja..x kan la ahkak Lisa yang sweet nie nak bertumbuk pulak kan! pape pun nantikan galaksi malam nie..segala persoalan pasti akan terjawab...
Mata bengkak pun tapi tetap comel...
TERJAH : Buru artis video ghairah tersebar! / Tiz Zakiah nafi dakwaan! / Artis jelita jawab gambar bersama arak tersebar! / Mata Lisa Surihani bengkak angkara apa? / Kenapa Zizan marah? / Neelofa tangkis cinta Hans / David Teo tampil jawab kontroversi / Isu persatuan artis! / Gosip Rock Kiah Propa bikin panas! / Ayai 6 tahun terseksa! / banyak lagi yang panas!. PERHATIAN : Kami tiada masa hentikan kontroversi, kerana inilah GALAKSI....medan sensasi!.
Kredit gambar: abang rambut gertak..
Kata-kata semangat di pagi Jumaat
Salam pagi Jumaat uollsss...
Ilmu ibarat air di dalam gelas.. jika tidak dikeluarkan maka meleleh air tu keluar begitu sahaja..
So, apakata uollssss kongsikan kata² semangat atau pembakar semangat.. sehari satu kata² pun dah cukup.. Tak kisahlah berkaitan apa sekalipun KECUALI cinta..
Semoga kata² semangat yang terhimpun kat sini dapat dijadikan pendorong kepada kejayaan diri kita dan mereka yang lain. Sekurang²nya kita dapat membuatkan orang lain tersenyum pun dah cukup baik..
Terpulang sama ada kata² semangat itu anda dapat daripada orang lain, mahupun dari diri sendiri.. yang penting keikhlasan untuk anda berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Yang terbaik adalah yang datang daripada diri sendiri, ikhlas dari hati.
Jadi.. aku mulakan dengan kata-kata ini..
"Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya"
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
Feb 16, 2012
Cerita di sebalik cek 60 ribu ++
Acummm!!! tumpang lalu lagi ye.. Hamboi² kalau sebut pasal RM pastu di kaitkan pula dengan Nuffnang.. berdoyon² orang nak taw kan..Pape pun aku nak ucapkan terima kasih di atas ucapan kalian. Moga murah rezeki aku lepas nie.Tapi ada tapi ye.. Cek tue bukan kepunyaan aku , uollsss jangan salah faham pulak cuma amount yang berada di dalam cek itu saja mungkin ada bahagian aku. Cewahhh!! itu pun kalau si polan ingat hihi ..wink..wink..sambil kenyet mata dekat si polan..
Let straight forwards la erk! Kalau uolsss masih ingat akan post aku hujung tahun 2010 yang bertajuk x jadi kawen , patah tangan , tempurung lutut lari.. Post tue mengenai kekanda aku yang di timpa musibah dan cek ini adalah miliknya.. saja kasi panas line ahaks! santai friends..
Setelah di timpa musibah , hampir setahun lebih kekanda aku tidak bekerja. 2 pembedahan sudah di lakukan.. Pembedahan pertama membetulkan semula tempurung lutut yang dah lari ke peha..Time tue doktor bagitahu agak sukar kerana daging sudah mula mencengkam tempurung lututnya.. Tapi alhamdulillah ia berjaya di letakkan kembali ke tempat asalnya..Pembedahan kedua pula , bagi membuka semula klip yang di pasang di lutut..Dan alhamdulillah sekarang nie kekanda aku dah boleh berjalan semula..Mujur juga la ayahanda pandai mengurut..so jangka masa untuk pulih cepat berbanding dengan apa yang doktor jangkakan..
Bila sudah jadi begitu makin tertekan la kekanda aku. Manekan nak bergerak x boleh , nak bekerja apatah lagi..Tambah merunsingkan bila tarikh perkahwinan terpaksa di tunda.. Bermacam² yang dia fikir..mane nak cari duit nak kawen , macam mane keadaan diri dia lepas ni. Setiap kali aku balik atau aku menelifon dia , pasti dia akan merungut dan meluahkan rasa hati dia pada aku..Sebagai seorang adik pasti aku akan tersentuh bila abang meluahkan macam tue.
Selalu aku akan bagi kata² semangat dekat dia..Pasal masalah yang lain aku cuba selesaikan mane yang termampu.Syukur alhamdulillah tahun lepas aku dapat banyak projek dan dari duit projek tue aku cuba bantu mane yang termampu dengan harapan dapat la abang aku mendirikan masjid..Setelah mendapat persetujuan semua , akhirnya di putuskan bulan 6 tahun nie kekanda aku akan mendirikan masjid . Dan segala urusan di serahkan kepada aku. jadi rujukan keluarga la..
Seawal tahun hari tue aku dah mula buat persediaan untuk kekanda aku.Alhamdulillah juga kerana en.hubby tidak pernah melarang aku untuk membantu..Thanks papa..Sikit demi sedikit persediaan aku buat alhamdulillah hampir 70% siap.. dari segi catering , khemah , hantaran dalam proses dan yang lain²..
Kekanda aku ni pulak suka buat ayat sedih.. Aku x de duit na nak beli tue nak beli nie..yang ada cukup untuk hantar sebelah perempuan je..mane yang ko dah beli ko catit la nanti bila dapat duit insurans dan socso aku bayar balik. Perghh!!! time ni kalau dengar memang tersentuh la.. tambah dia tau aku ni memang cepat touching...
Alhamdullillah semalam perkhabaran gembira ni aku terima dari kekanda sulong aku. Along menelifon aku dan memberitahu akan cek yang di terima oleh angah.Time tu angah x tau lagi , kira aku orang pertama la.. So lepas habis perbualan aku terus menelefon angah dan beritahu x perlu risau lagi coz cek dah dapat... dia yang x tahu pape macam blurr² , than aku cuba jelaskan..apa lagi suka la dia sambil ucap alhamdulillah.. Dalam masa yang sama aku sempat juga bagi nasihat , bagitahu jangan boros , duit ni perlu buat apa.. x sempat habis aku cakap dia potong..ko nak bagi nasihat petang nanti telifon balik sekarang gah ada keje.. boleh pulak sambung² bagi nasihat ..tapi aku tahu kekanda aku ni jenis makan nasihat aku sebab kalau pape dia lebih suka rujuk pada aku..
Terjawab sudah!
jangan marah taw , saja kasi panas line
santai friends
Alhamdulillah dapat cek 60 ribu ++ dari nuffnang
Post untuk tengahari pulak! jangan bosan datang sini.. Kalau bosan sila gelengkan kepala anda tapi kalau x bosan sila teruskan membaca di sini hehe bugget ada orang nak baca la nie..uhuk!
Nuffnang!!! sebut je nuffnang rata² blogger semua tahu apa kelebihan nuffnang. Kalau mane yang tak tahu lagi tue mungkin sebab dia masih baru dalam dunia blogging nie..So boleh belajar dengan ahkak² dan abam² senior.. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan! nak ilmu kena rajin bertanya..okeissssss
Baru nie aku dah cashoutkan amount yang ada dalam tue.Kiranya aku sedang menunggu cek yang ke 5 la nie.. Alhamdulillah rezeki.Untuk cek kali nie aku tak de perancangan pape lagi seperti sebelum nie..Kalau sebelum ni aku buat contest untuk kali nie mungkin aku nak simpan je kot! sebab untuk contest ada juga berhajat tapi kena tunggu masa yang sesuai...tak mau jadi macam sebelum ni kurang mendapat sambutan dik kerana aku yang busy di luar .
Dalam menanti dapat pula perkhabaran gembira..Alhamdulillah rezeki! tapi bukan dari nuffnang ye.. kalau nuffnang kasi aku cek macam nie confirm blogger² top hangin dengan aku , sebab apa? sebab macam mane blog yang nan hado nie leh masyukkkkk!!! macam nie.. Maaf! jangan marah ye senior² dan sifu² ku..saja kasi panas line je eheik!
Alhamdulillah rezeki!
tapi bukan dari nuffnang
***Aku pernah cakap sebelum nie, sedikit yang Allah tarik rezeki kita di gantinya pula dengan rezeki yang berlipat kali ganda lagi..Alhamdulillah..
Subscribe to:
Posts (Atom)