Feb 18, 2012

Marilah kita sama-sama mendoakan anak kecil ini









Keadaan Faris semakin kritikal...

Ya Allah, Kuatkan lah hati.. Tenangkan lah hati.. Senangkan lah hati.. Kalau betul dia untuk ku, mempercepatkan segala urusan yang baik, sekiranya, dia bukan untukku, maka redhai lah hatiku dengan ketentuanmu. Aku tahu, Engkau akan berikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, kau tenangkan lah hati.. Berikan ketenangan yang teramat kepada hati dan jiwa ini. Ya Allah, engkau maha mengetahui lagi maha penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hamba-hambamu ini. Engkau yang menentukannya. Aku memohon agar engkau mempercepatkan urusan yang baik jika itu yang terbaik untuk anakku. Jika tidak, aku Redha dengan ketentuanmu.


Tatkala membaca coretan di atas , tanpa aku sedari air mata aku mula mengalir.. Walaupun aku bukan siapa² dengan anak kecil ini mahupun dengan ayahnya namun sebagai sedara se'islam sedikit sebanyak ia menyentuh perasaan aku juga. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.. Moga anak kecil ini tabah dan kuat untuk melawan penyakitnya..

Menurut kata ayahnya, anak kecil ini di sahkan mengidap penyakit HLH.. nak tahu apa itu HLH , uollsss boleh lihat di SINI..Actually aku tidak mengenali sesiapa pun ahli keluarganya..Atas dasar saudara se'islam maka aku rasa wajib bagi aku membantu.. Walau bukan dengan wang ringgit tapi cukup la dengan berdoa dan memohon rakan² sekalian meluangkan sedikit masa untuk mendoakan anak kecil ini. Moga dengan doa kalian semua , anak kecil ini dapat terus berjuang dan sembuh dari penyakit ini. Aku yakin ramai yang merindui gelak tawa anak kecil ini..Be strong ye dearrr!!!

Adik faris..

Tersentuh sangat bila membaca komen ayahnya mengenai gambar ini..
Sebelum ini anaknya tidak pernah menangis tapi kali ini air matanya mula mengalir
mungkin kerana adik faris sudah tidak tahan menanggung kesakitan lagi..
sabar ye dik!!

" Ya Allah kau berikanlah kekuatan kepada anak kecil ini , permudahkanlah segala urusannya seseungguNya hanya engkau maha mendengar lagi maha mengasihani..-amin"


Sumber: Shamruslimawi

12 comments:

Tie HT said...

Ya Allah, kesian nya tengok penderitaan dia..ada darah kat hidung tu..semuga dia cepat sembuh..Insya Allah

atuk said...

Assalamualaikum Amy

saya aminkan doa2 ayah Faris dan doa Amy

mamaijat said...

.....yang pernah alami dan menanggung kesakitan tahu apa erti air mata yang mengalir...
kalau boleh x mahu setitik pun air mata di tunjukkan depan orang lain..tapi bila dah tak tertahan... beginilah....
semuga anakku kuat ye sayang...
doa dari mamaijat ada buat mu sayang..moga keluargamu jua tabah..
insyaallah...amin.

Myra Jay said...

Ya Allah kesiannya, anak sekecil ini masih tidak mengerti pape, harap keluarganya kuat dan tabah dengan ujian ini.

dieyna said...

tersentuh hati.. semoga adik faris sembuh nanti...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kesiannya... Kena bacakan Yassin selalu untuk redakan kesakitannya.

Unknown said...

sedihnya..
tadi baca kat blog mazidul..rasa sebak sangt..tak dapat bayangkan cemana perasaan mak ayah nya.

Unknown said...

moga adik faris, dikuatkan dan diberikan semangatnya untuk berjuang melawan kesakitan..

cik ayu doakan, agar faris cepat sembuh ya sayang

Unknown said...

x sanggup sy nk baca sedih sgt

Cikrosecute said...

Kesiannya tengok...Tersentuh hati Cik Rose..

mYsH0p said...

semoga Allah meringankan kesakitan adik faris..Ya Allah, kau sembuhkanlah penyakit adik faris ini..

terima kasih kerana berkongsi.

☾SHiemaCMa786☾ said...

tersentuh hati.... :'(
amin...semoga allah beri kesembuhan pada adik faris..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign