Feb 28, 2012

MDT perlukan bantuan rakan blogger


Masih ingatkah anda dengan rakan blogger ini..'MDT' panggilan yang cukup sinonim dengan diri beliau. Kalau ada yang tak kenal , lupa atau lupa ingatan hikhik , meh aku reviewkan sikit siapa MDT nie.. Mungkin di kalangan blogger wanita sangat mengenali diri beliau. Satu ketika dulu, beliau boleh di katakan salah seorang blogger yang cukup aktif..Tapi sejak dua menjak nie , beliau banyak menyepikan diri.kenapa dan mengapa aku tidak di ketahui..

Ok blogger yang aku maksudkan adalah MAK DARA TERDIVA..Pagi nie aku ada terima satu mesej dari beliau di FB. Mesejnya berbunyi begini " Assalam amy.. akak ada permintaan sikit..harap boleh uar²kan di belog amy"... Permintaanya seperti berikut :-

Makmal Pembelajaran Autisma akan mengadakan GOLF AMAL AUTISMA UKM 2012 pada 8 April 2012 di Kelab Golf Danau UKM untuk mengumpul dana menampung kos operasi Makmal.

Kenapa anda perlu sokong acara ini? Team Makmal Autisma bekerja keras mengadakan
1. model classroom untuk penyelidikan dan latihan guru
2. parent education class setiap bulan ...
3. melatih guru-guru PDK seluruh Malaysia (dgn kerjasama Semai Bakti) demi meningkatkan kualilti perkhidmatan untuk anak2 istimewa.

Bagaimana anda boleh menyokong?
1. Tolong carikan penyumbang (penyumbang akan menerima tax exemption).
2. Anda sendiri menyumbang (tidak kira brp)
3. Tolong carikan sponsor untuk hadiah (eg barangan elektrik, voucher spa, hampers etc)
4. Beli flight utk main golf (RM4000 utk 4 pemain.
5. cari pembeli flight & anda main
6. bersedia utk ditemubual untuk satu bab dalam buku yg akan diedarkan pd acara itu 7. jadi sukarelawan semasa acara tersebut (mula 6.30pg).

Semoga impian team makmal utk suatu hari menubuhkan Center of Excellence on Disability Research n Practice akan termakbul demi untuk memantapkan perkhidmatan utk anak2 istimewa.

Sebarang pertanyaan dan cadangan, sila emel ke makmalautisma@yahoo.com atau telefon 03-8921 6286 (Suzi).

Perhatian minta kerjasama rakan blogger yang lain untuk mewar²kan mesej ini



6 comments:

Fazleyatul Aini said...

kak MDT lamo dah x update blog. huhu

Unknown said...

adui.....insyaallah.....kita sebar²kan

Misz-ella said...

Suspen sekejap baca. Ingatkan MDT dlm kesusahan. Fuhh .. sib baik dia tak apa2. Saya sayang MDT tu. Mcm adik saya.

eelobor said...

oh yer.... dah lama tak menyinggah ke blog MDT. terima kasih atas info ini...

lieynanilaz said...

betul...dah lama rasanya MDT tak aktif...err macammana cara nak menyumbang..

Unknown said...

mtk maaf lama x singgah sini sbb bz skit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign