Feb 28, 2011

Al fatihah buat nenda ku


Sejak kebelakangan nie aku sering bermimpi bukan bukan. Boleh di katakan setiap malam , aku akan mengadu dengan en.hubby tentang mimpi aku. Rupa rupanya betul kata orang tua tua.. Kalau kita bermimpi seperti itu , itu tandanya orang atas kita atau ahli keluarga kita akan pergi jauh dari kita. Dan mungkin juga ianya secara kebetulan je. Malam nie aku di kejutkan dengan berita kematian nenda ku. Al fatihah buat nenda semoga nenda di cucuri rahmat dan di permudahkan perjalanan rohnya di alam baru. Buat ayahanda ku semoga ayahanda tabah menghadapi segala dugaan allah s.w.t. dan kepada rakan rakan sekalian , marilah kita sama sama sedekahkan al fatihah buat nenda ku..


Note : En.hubby x dapat cuti tapi aku harap sangat pihak bank akan beri pelepasan.. Kalau tidak terpaksa la aku driving sorang sorang..


Undian untuk pemilihan hadiah contest sinar raudah


Minta perhatian semua! Insyaallah dalam minggu ini aku akan adakan satu contest khas buat semua pengunjung Sinar Raudah. Tak kiralah pengunjung lame mahupun pengunjung baru , semua di jemput serta. Rasanya dah lame aku berehat dari menganjurkan sebarang contest kan. So contest kali ini memang tak ada kena mengena dengan baby. Boring dah asyik buat baby contest je. Jadi kepada pihak penaja tunggu ye nanti kalau aku rasa nak buat baby contest , aku akan roger ye! Sediakan saja hadiah hadiahnya.. Lagi lumayan lagi bagus hehehe...:P. Peserta pun puas hati.. Amboi demand nampak! Ada penaja pun itu dah cukup baik kan:).

Ok la contest kali nie berkenaan dengan resepi. 'Contest Resipi Bersama Sinar Raudah'. Korang hanya perlu pertaruhkan satu resipi yang jarang sekali orang masak atau lebih tepat sekali resipi tue korang dapat dari nenek moyang korang. Tapi kalau tak ada korang boleh pertaruhkan resipi yang biasa korang masak..Masakan tue pulak biar la yang istimewa ye , x nak la goreng telur ke , telur masak kicap ke atau makanan makanan yang simple. Kalau resepi macam tue anak buah aku pun boleh buatkan!. So apa macam ada berani ke..;)

Contest kali nie aku tak nak amek masa yang lame sebab sekiranya mengambil masa yang terlalu lame , orang akan mudah lupa dan mungkin juga mereka x de la tertunggu tunggu sangat keputusannya kan! Jadi contest kali nie aku hanya akan anjurkan seminggu saja. Korang boleh la cuba buka buku resipi korang untuk pilih resepi yang ingin di pertaruhkan di hari contest ini di lancarkan. Kalau tak ada gambar masakan x pe just letakkan resepi je.. tapi kalau nak minta bantuan uncle google tak menjadi masalah. Dan satu lagi kalau ada gambar, lagi bagus kira bonus buat korang.So jangan lepaskan peluang untuk join contest ini ye!:P

Hadiah hadiahnya aku akan buat undian hari nie. Memandangkan contest kali nie berkenaan dengan resepi , jadi seeloknya hadiah ada kaitan dengan barangan dapur. Hadiah yang aku kemukakan baru nie sangat tidak sesuai * percutian 3 hari 2 malam , wang tunai atau barangan keperluan rumah*. Jadi aku dah putuskan tiga hadiah yang aku senaraikan di bawah. Undian yang terbanyak itulah hadiah yang bakal korang menang...

Gambar gambar nie aku pinjam dari uncle google. Jadi korang just tinggalkan satu pilihan di ruangan komen ini. Setiap seorang hanya layak memilih satu barang saja.So selamat membuat pilihan ye!;)



Rice cooker

Pembakar roti



Blender

Kes pembunuhan berlaku di kawasan rumah bonda


Malam tadi aku call bonda , sekali bonda bagitahu kawasan perumahan bonda ada berlaku pembunuhan. Mayat seorang lelaki di kerat dan di letakkan dalam sebuah bag pakaian , lalu di humbankan ke dalam semak yang berhampiran dengan sungai * jalan masuk ke rumah bonda*. Kepalanya pula di campakkan beberapa meter dari anggota badan yang lain.

Ngerinya! Kawasan rumah bonda sudah tidak selamat lagi. Kalau ikutkan taman bonda tidak seperti taman perumahan yang berhampiran di situ kerana faktor keselamatan yang ketat sekali. Taman bonda agak privacy sikit kerana kebanyakkannya di diami oleh orang orang vip. So setiap pelusuk ada pondok pengawal keselamatan. Dan boleh di katakan mereka sering membuat rondaaan dan membuat pemeriksaan untuk pengunjung yang keluar masuk ke taman. Ermmm.. Mungkin di sebabkan itu mayat hanya di buang di pintu masuk taman tapi bukan sungai di belakang taman rumah bonda.

Dah la deretan kedai di jalan utama , di diami oleh budak budak kolej masterskill. Kesian mereka pasti semua dalam ketakutan . Hari tue kes samun , hari nie kes bunuh pulak. Kepala mangsa tue pulak di campakkan berhampiran dengan asmara mereka. Alahai kalau aku pun mau tak senang duduk di buatnya. Ok la nak tahu cerita lebih lanjut boleh baca di metro hari nie. Aku pun tak tahu ada kuar metro.. Ini pun en.hubby yang bagitahu....


Feb 27, 2011

Lukisan pada tangan yang kreatif

Beberapa lukisan pada tangan yang kreatif. Sudah tentu orang ini mempunyai daya imaganasi yang tinggi. Walaupun hasil kerja nampak macam perkara yang remeh temeh tapi sebenarnya orang seperti ini kalau di beri peluang bagi mengeluarkan cadangan atau pandangan tentang sesuatu perkara , kadangkala boleh memberikan pandangan yang berbeza dan kreatif. Cuba kita perhatikan orang di sekeliling kita.. Cuba ajak mereka melontarkan idea.. Jangan terkejut kalau idea yang mereka berikan tak pernah kita fikirkan selama ini...











Feb 26, 2011

Telur ajaib ! tunjuk perasaan




Cuba korang bayangkan , andai kata telur ayam , itik atau apa jenis telur yang boleh di makan , mempunyai perasaan. Dan perasaan tersebut boleh di terjemahkan melalui memek muka seperti gambar di atas tue. Agaknya sampai hatikah kita memakannya. sudah tentu tidak kan! Nak lihat binatang kena sembelih pun kita ada perasaan.Inikan pula telur yang cuba menunjuk perasaan mereka.. hehehe.. Jauhnya imiganasi aku..Pape pun syukurlah tidak semua benda Allah ciptakan sebagaimana manusia. Kalau tidak kempunanlah kita nak makan telur. Apa tidaknya asyik kesian je hehehe.....


Feb 25, 2011

Follower bertuah 1234 ~ Cik Pulau



Dari semalam aku asyik tinggalkan note je di bawah entri. Nak minta follower 1234 print screen kan. Dalam masa yang sama aku asyik skodeng Sinar Raudah je.. Masa skodeng pertama , sama je masih tak ada perubahan , sekodeng yang kedua pun sama seterusnya sampai la skodeng ke 7 baru aku dapat lihat tapi angkanya sudah bertambah banyak la.. Aku nak cari follower 1234 tapi bukan 1243.. Arghhh!!! macam mane boleh terlepas nie.. Harap follower berkenaan dah print screen kan la..

Sekali buka je komen ada terselit satu komen yang mengatakan dia follower ke 1234 dan siap bagi link dirrect ke blognya lagi . Bila buka , tadaaaaaaa!! siap buat entri kau. Thanks dear sangat appreciate. Tak sangka siap buat entri untuk amy! Terharu sangat.. perasaan yang tadinya muram kini boleh tersenyum girang hehe.. Ok la seperti yang di janjikan aku akan review blog kepada follower bertuah aku tue.. Meh sini kita kenal kenal dengan cik adik manis nie..

Cik kak manis nie , eh silap! actually dia lebih mesra dengan panggilan cik pulau.. Kenapa cik pulau itu kena tanya dia la ye! Kalau amy tulis semua di sini tak best la kan. So untuk ada urmm.. kena la skodeng sendiri ke blognya dan cuba cuba la ajukan soalan tu kat dia hehe... Cik pulau nie simple je orangnya dan masih lagi study di UKM bangi dalam jurusan education math. So kira bakal bergelar guru la nie..Tahniah semoga cik pulau success dalam bidang yang di ceburinya..amin!

Ok berkenaan dengan blog beliau pulak boleh di katakan sudah lame juga bertapak dalam dunia blogging nie. Kalau lihat di blog archive , beliau mula berjinak jinak di dunia blogging nie pada awal januari 2009 dan telah menghasilkan lebih daripada 200 penulisan. Wahhh hebat!! Kira lagi lame dari amy nie hehehe...Ok selebihnya aku tak mau cite banyak lagi , kalau nak tahu better korang terjah je blog beliau.. ini linknya > cik pulau terjah jangan tak terjah k...



Ini yang cik pulau tolong print screenkan..
cantikkan angka nie..


Sudah terlepas banyak!
Nie je yang berjaya di print screen kan!!


Feb 24, 2011

Entri lepas perasaan! Sedih,sakit hati,kecewa,bengang



Hari nie aku nak buat entri lepas perasaan. Harap selepas nie , segala galanya akan berakhir. Tak nak fikir lagi buat sakit hati , sakit jiwa dan sakit semuanya huhuhu.. Apa perasaan korang sekiranya apa yang korang rancang tapi tidak kesampaian. Tambahan pulak rancangan itu telah di buat setahun yang awal. Mesti korang akan rasa sedih , kecik hati , kecewa dan bengang kan. Macam tue la yang aku rasa sekarang.Serius memang sakit hati sangat!

Last year aku dan en.hubby dah planning nak pergi holiday ke Holland bersama MIL dan FIL. Date yang kami pilih hujung bulan 5 nie. Tapi balik dari kursus baru nie , en.hubby dapat arahan yang cuti dia buat masa nie terpaksa di bekukan. Dik kerana pengurusnya terpaksa di tukar ke HQ. So segala urusan bank semua dia kena handle. Dan di sebabkan itulah percutian yang dah lame di rancang nie terpaksa di batalkan. Arghhhh! sangat tak puas hati , walaupun aku cuba untuk fahami. Macam mane pulak kalau tiket flight dah beli confirm terbang duit tiket tue kan. Pelik sangat kenapa dorang perlu bekukan cuti. Kenapa tak hantar je orang back up time en.hubby aku cuti huhuhu.

Hari tue sekali , time nak gi holiday ke Melaka. Plan gila bagai last cuti tak leh amek sebab pengurus dah amek cuti. So en.hubby kena mengalah la. Time tue aku begang tak usah nak cakap la. Mana taknya , dah la pengurus dia akan cuti bersalin. Nanti confirm la sepanjang dia bercuti tue en.hubby tak boleh cuti. Tue yang aku rasa tak puas hati sangat. Kenapa kita boleh faham situasi orang tapi orang tak boleh faham situasi kita huhuhu.* tapi sekarang dah tukar pun all the best buat dia *.

Nie datang lagi sakit yang sama. Sangat tak suka dan tak pernah di undang dalam kehidupan. Sampaikan semalam aku cakap dengan en.hubby * kalau tak boleh pergi tak pe tapi papa kena izinkan mama pergi bercuti dengan kawan ke Sydney Australia.* Walaupun dia izinkan tapi aku tahu di sudut hatinya mesti berat nak lepaskan aku pergi. Nak keluar pergi shopping mall sendiri pun dia tak bagi , inikan pula tempat yang berjuta batu tue..urmmmm...

Hati aku memberontak , setiap kali apa yang di rancang semua pasti endingnya hampeh! Sangat tak suka dari dulu lagi. Sebab selalu sesuatu perkara yang aku rancang semua aku akan pastikan tercapai. Itu prinsip aku! Tapi kali nie memang terasa sangat. Dah la aku sanggup berbulan bulan tak shopping hanya semata mata nak simpan duit pergi holiday * dan shopping di sana hehehe*. Tapi segalanya hampeh! FIL kata biar aku je pergi sorang tapi aku pulak rasa tak seronok kalau en.hubby tak ikut sama. Masa pergi vietnam hari tue pun dah terasa sangat bile en.hubby tak ikut huhuhu.

Ok sekarang semua dah lepaskan harap lepas nie akan lega dan tak akan lagi fikir pasal nie. Aku berharap semoga lepas nie aku akan dapat cuba fahami situasi en.hubby. Kesian dia mesti dia rasa serba salah kan huhuhu...Aku tak boleh samakan keje aku dengan dia. Aku keje sendiri jadi masa memang bebas pilih sendiri tapi dia pula keje dengan orang so kena la ikut peraturannya.. betul tak ! huhuhu..AKu faham cuma hati aku je buat tak faham , nak jugak memberontak.. sekarang hamik kau bom sudah meletop hehehe...lega!!!


Note : Mencari 2 orang follower lagi untuk menjadikan nombor yang di tunggu2 1234... So sekiranya anda di giliran follower 1234 pls print screenkan untuk amy ye! nanti amy akan buatkan entri khas untuk anda..Thanks!!




Feb 23, 2011

Usaha ke arah pelaburan masa


Betul ke orang berjaya akan mencari jalan untuk berjaya. Manakala orang yang gagal pula akan berusaha untuk mencari alasan! Bagi aku la kan kalau hendak seribu daya tapi kalau tak hendak tue yang bagi seribu alasan..

Kalau kita berhadapan sesuatu situasi , cara setiap orang mengatasinya pasti berbeza. Tahap kesabaran setiap orang juga tidak sama. Adakah orang orang yang berjaya memiliki 'sesuatu yang istimewa' yang tidak di miliki oleh orang orang biasa? Tapi kalau nak fikirkan dalaman mereka sama je macam orang biasa.

Mereka juga bernafas udara yang sama , punya rasa letih , punya rasa jemu tapi yang membezakan orang biasa dengan mereka yang berjaya nie ialah keazaman mereka yang tinggi dan juga kepercayaan mereka terhadap apa yang mereka perjuangkan. Mereka sanggup keluarkan duit untuk bayar apa apa harga yang perlu di bayar. Beri masa.

Masa adalah satu benda yang mahal. Sesetengah kita tak sanggup beri masa. Ada yang nak kaya sekelip mata jadi itulah ramai yang beli loteri dan sebagainya.Tapi ramai juga yang nak jadi begitu , nak kaya cepat , yang untung pastinya tauke loteri tue! Ambil sebagai contoh mudah , nak faham sesuatu kena dalami dan kena beri masa. Berapa banyak masa yang kita sanggup beri untuk pelaburan kepada diri dengan membaca? Jadi fikirkanlah....


Note : Mencari 4 orang follower lagi untuk menjadikan nombor yang di tunggu2 1234... So sekiranya anda di giliran follower 1234 pls print screenkan untuk amy ye! nanti amy akan buatkan entri khas untuk anda..Thanks!!!




Feb 22, 2011

Lawak tak berapa nak lawak ! apa punya sengal la


Lawak yang tak berapa nak lawak , tapi kalau di fikirkan balik memang geleng kepala di buatnya.. Apa punya sengal la aku nie..Memandangkan hari nie hujan dari pagi , jadi dah tentulah cuaca mendung je.Kalau dalam bilik tue nampak gelap je , sedap kalau bergelut dalam selimut.. Mesti lena di buai mimpi tapi aku tak tido pun just settlekan beberapa keje. Dalam asyik membuat keje tiba-tiba terasa macam nak ke toilet melepaskan hajat kecil. Tapi yang peliknya selalu kalau gelap aku pasti akan onkan lampu tapi tadi aku biarkan saja gelap* tak de gelap sangat masih ada cahaya lagi*. Tiba-tiba masuk toilet aku nampak satu benda panjang berlengar atas lantai. Dah la lantai warna meroon so memang tak dapat di pastikan benda apa itu. Habis apa lagi , aku lompat dari dalam toilet ke sliding door.. Cuak dowh! Darah naik 360 darjah. Aku sangkakan anak ular atau cacing tadi.. Lepas dah hilang sikit rasa cemas tue baru aku onkan lampu. Masa on lampu bersumpah seranak aku. Rupa-rupanya benang kain tersangkut dekat seluar dan jatuh ke lantai. Buat cuak je...... Pastu terus call en.hubby cite.. Apa lagi kena ketawa la.. hampeh!



Asam podeh mek syaquena




Lamenya tak pekena asam pedas.. Mana taknya en.hubby tak pandai nak cuba lauk-lauk baru nie. Dan di sebabkan tue la di rumah memang jarang masak asam podeh. Lepas kawen boleh kira berapa kali je aku masak lauk nie. Tapi hari nie aku dah terasa teringin sangat , jadi aku masak juga la asam podes.. Memang kit gile confirm en.hubby tak boleh makan sebab terangkat ow.. Jadi malam ni kena masak menu lain untuk dia..Tapi nak masa apa erk! Ada cadangan tak...


Duit tidak boleh beli kegembiraan kita



Betul ke ! Orang kata kalau ada duit yang banyak kita akan gembira. Ermmm! Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Memang hidup nie perlukan duit *sangat perlu even nak masuk tandas pun kena duit* Tapi ada juga yang kata duit bukan segala-galanya *yang penting ialah gembira*. Ada duit hati tapi hati tak gembira buat apa kan ?

Tapi itulah hakikatnya , hidup di bumi yang nyata nie. Nak apa-apa pun semua kena duit. Kalau pakai baju yang cantik* bagi orang perempuan* hati pun jadi gembira.Kalau langsir bertukar baru , perasaan pun gembira. Kalau sesekali hulur duit pada kedua orang tua dan lihat muka mereka gembira. Betapa perasaan itu amat sukar di ungkap dengan kata-kata.

Memang tidak di nafikan duit sebenarnya memang boleh menggembirakan. Ramai yang berpegang dengan prinsip ini. Tapi kerana prinsip inilah ada yang sanggup buat apa saja demi duit. Sanggup menjual prinsip , sanggup menggadai maruah , menggadai tanah *untuk bergaya* beli kereta baru , sanggup guna cara yang salah. Pelik kan ? Manusia sanggup buat apa saja agar dia kelihatan bagus , walaupun hakikatnya dia keji!

Betul ke macam tue! Inilah yang jadi barah kepada kebendaan itu sendiri .Yang menyebabkan orang jadi tak suka kepada orang-orang kaya yang berlagak.Walaupun tak semestinya perasaan itu betul kerana itulah timbul kata-kata duit bukan segala galanya. Duit tak boleh beli kegembiraan . Walau apa pun tanggapan yang di buat tapi aku kena akui usaha untuk mencari duit itulah yang perlu. Usaha jujur sekeras kerasnya.

Tapi jangan kita berselindung dengan kata-kata yang duit itu bukan segala galanya. Duit memang segala galanya! Akuilah hakikat itu walaupun ianya sangat pahit. Yang mana akhirnya akan di nilai ialah isi bukan kulit luaran. Jadi tak perlu bergaya macam orang kaya pun , yang penting iailah diri sendiri , minda dan jiwa yang ulung. Itulah yang sebenarnya menggembirakan dan menyempurnakan nilai insan itu sendiri.






Feb 21, 2011

LoveForever Contest



Second tag dari Adik Bani. Thanks ye ibu coz tag mama..
Gambar yang aku pertaruhkan gambar honeymoon..




Mengapa si dia menjadi pilihan anda untuk contest ini

Urmm.. dah nama pun LoveForever contest jadi sudah semestinya aku letak cik abang sayang hehe.. Husband is number one selain ibu bapa dan keluarga. Jadi tak kan la aku nak letak orang lain pulak kan nanti merajuk pulak cik abang aku hehehehe..Tak de la gurau je.. Bila kita dah berumahtangga nie suami mestilah di beri keutamaan , so the best choose is cinta hati aku..

Bahagian pada muka si dia yang buat anda tertarik pada si dia

Adoi kena oyak juga ke.. Malulah hehe..mengada-ngada la pulak * menyampah aku*.Actually banyak part dekat muka dia yang aku suka. Terutama sekali pada batang hidungnya yang mancung dan pada matanya yang galak gitu * galak ke! ke besaw hahaha* jahatnya....tapi serius aku akan cair dan kalah dengan matanya. Kira memang x leh nak kelentong or sorokkan pape la. Bile bertentang mata je pasti segala2nya aku ceritakan huhu..ada pakai pape ke laki aku nie! Ops mata orang jujur ok hahaha...* ayat kasi puji sikit*..

Kenangan paling indah anda bersama beliau

Terlalu banyak kenangan terindah bersama. Bagi aku setiap saat aku bersamanya adalah kenangan terindah sebab en.hubby memang pandai hiburkan hati aku. Walaupun dia seorang yang pendiam berbanding aku yang banyak mulut tapi dia sangat kelakar. Ada je yang dia nak usyik dan buli aku* tak ada anak boleh la hehehe*. Kenangan yang paling aku x dapat lupakan adalah masa honeymoon kami di kota London * sebab tue aku letak pic nie*jangan marah ha!

Kenangan yang menyukarkan bersama si dia

Masa kami berdua terpaksa berjauhan *time couple* dulu. Husband kena tukar kerja di KB dan aku pulak kena tukar ke Ipoh. Dik kerana En.hubby tak nak tinggal berjauhan , akhirnya selepas berkahwin aku mengambil keputusan berhenti kerja *walaupun time tue aku baru di naikkan pangkat sebagai manager di branch ipoh*. Terpaksa korbankan kerjaya demi si dia hehehe.. jangan marah ar kalau rasa loya2 nak muntah dengar ayat aku nie pas habis baca boleh la ke muntahkan hahaha...

Tarikh tutup
8 mac 2011
11.59pm


Jom join aku tag semua orang...


Inspire design's 1st giveaway




Nama amy di tag lagi kali nie dari adik Fatin. Thanks dear tag akak.. Giveaway dari inspire design. Syarat-syaratnya mudah saja dan pemenang akan memenangi hadiah starter kit yang bernilai rm150 dan referre terbanyak akan menerima starter kit bernilai rm100.Apa tunggu lagi jom join GA nie..

Akhir sekali amy tag kepada semua pengunjung sinar raudah.Sudah-sudahlah mengambilnya ye hehehe...


Botol minuman tanda islam di persenda



As'salammualaikum..

Salam pagi isnin buat semua teman-teman di alam maya nie dan selamat memulakan tugas. Hari nie aku ingin kongsikan kiriman email dari seorang sahabat. Terima kasih dan dengan rasa bertanggungjawabnya aku ingin kongsikan di sini. Ia sekadar perkongsian bersama dan sebagai satu peringatan kepada kita semua.

Nauzubillah ! Lihatlah tak habis-habis islam dipersenda. Botol minuman 'coke' di gambarkan seolah-olah seperti kita sedang solat. Walaupun gambar nie sudah lama berlegar dalam internet samaada melalui email atau apa sahaja , namun aku tidak mahu terlepas sama untuk letakkan di sini sebagai satu peringatan bahawa di luar sana ramai musuh-musuh islam yang sentiasa bersedia untuk memperlekehkan , menghina dan menjatuhkan maruah agama islam pada setiap ketika. Sebahagian besar agenda mereka telah pun berjaya hinggakan tugas-tugas tersebut di ambil alih oleh manusia yang mengaku diri mereka beragama islam..




*****************************

Feb 20, 2011

Sinar raudah nak anjurkan contest lagi !

Salam hujung minggu semua...

Dah lame rasanya aku tak anjurkan contest.. Bukan sebab tak ada penaja tapi cuma aku je rasa bosan asyik buat baby contest je. Sekali sekala nak juga berubah angin. Insyaallah dalam masa terdekat nie aku akan adakan contest. Contest apa di rahsiakan buat sementara waktu. Rasa-rasanya masih ada ke sambutan contest bersama sinar raudah nie *seperti sebelum-sebelum nie.Aku yakin pasti ramai yang sudi join kan! perasan la pulak hehehe... Ok , masalah aku sekarang nie hadiah untuk pemenang. Serius aku masih belum jumpa hadiah yang sesuai untuk contest nie. Dalam senarai sekarang yang perlu aku pilih percutian 3 hari 2 malam , barangan keperluan rumah @ wang tunai. Ada idea lagi tak untuk di buat pilihan. Any suggestion plsss!!!


Note : Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah kepada cousin hubby Wan Sharina yang berjaya memenangi anugerah sri angkasa malam tadi dalam kategori penyampai berita radio popular.



Feb 19, 2011

20 Fakta Gile ! 20 Fakta Gile


Tag dari adik Nazlieza ...
Tag ni senang je, korang buat entry pasal 20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling korang..Hmm..banyak sangat? Tak banyak la…Sebab korang hanya buat fakta ni untuk 4 orang n divide kepada 20 fakta, baru 5 fakta untuk tiap seorang..Hehehe~ Sooo…Korang kena buat 5 fakta tentang diri korang, 5 fakta tentang ibu/bapa korang, 5 fakta tentang sahabat karib/best frenz/buddy/BFF korang, n 5 fakta tentang pakwe/makwe/suami/isteri korang..Pastu tag la 5 orang kawan2/sedar mare/sahabat blogger korang..Senang kan?


5 fakta tentang Amy Syaquena!

1. Amy suka bershopping sama ada secara online mahupun secara ofline
2. Amy suka melancong sama ada di dalam mahupun di luar negara
3. Amy suka berfesyen ( sekarang tengah belajar fesyen muslimah )
4. Amy suka membebel klu sesatu kerja tue x dpt disiapkan pd tempoh yg telah di tetapkan
5. Amy x suka pada kucing ( alergic bulu kucing )


5 Fakta tentang Husband Amy Syaquena:

1. Husband amy seorang yang pendiam dan simple
2. Husband amy tinggi daripada amy
3. Husband amy suka bersukan
4. Husband amy takut pada labah-labah
5. Husband amy tak pernah amek m
c

5 fakta tentang Bonda dan Ayahanda Amy Syaquena:

1. Bonda amy suka memasak
2. Bonda amy seorang yang sporting
3. Bonda x suka pakai pakaian warna gelap
4. Ayahanda amy seorang yang tegas dan garang
5. Ayahanda amy suka menyanyi


5 fakta tentang kawan aku Sarah (my BFF):

1. Sahabat amy suka makan western food
2. Sahabat amy suka berkaraoke
3. Sahabat amy tak suka menonton wayang
4. Sahabat amy suka memuji ( puji ada makna )
5. Sahabat amy suka bersukan jalan kaki

Ok settle.. So aku tag kepada semua pengunjung sinar raudah yang rajin menjawab tag , sudi2lah ambil ye!


Segmen senyum tak nampak gigi Tag dari Puan Bee


Salam hari sabtu..

Hari nie hari untuk menjawab tag.. First aku dahulukan dengan tag dari Puan Bee.. Segmen senyum tak nampak gigi.. Alamak ada ke pic aku yang senyum tak nampak gigi , rasanya semua pic nampak gigi terutama gigi depan ku yang jarang nie.. huhuhu.. Tapi tak pe aku cuba cari balik pic2 lame kot-kot ada terselit yang x nampak gigi ke .. ala-ala senyum kambing gitu.. Eh jap -jap rasanya gambar profile blog aku nie boleh kot sebab senyum memang x nampak gigi ha.ok aku pertaruhkan gambar nie la ye!

Tadaaaaaaa!!!!



Masa untuk tag orang pulak ?

Terbuka kepada pengunjung sinar raudah
rajin-rajinkanlah diri anda ye!

Feb 18, 2011

Antara kesihatan dan kekayaan dalam hidup


Ada satu pepatah sering menyebut , kalau kita hilang harta kita akan rasa kehilangan sesuatu. Tapi kalau kita kehilangan kesihatan , kita akan rasa kehilangan segala-galanya. Jadi kesimpulannya di sini , kesihatan itu lebih berharga daripada harta kerana kesihatan itu tidak boleh di tukar ganti dengan harta mahupun dengan wang ringgit. Jadi jagalah kesihatan ketika ia masih ada . Kalau dah hilang kesihatan nanti , harta banyak tinggi menggunung pun dah tak memberi erti.

Tengoklah ramai orang muda hari nie , kesihatan yang ada patutnya gunalah untuk manfaat diri sendiri dan bangsa. Tapi sedihnya mereka terlalu asyik sangat dengan nikmat dunia. * melepak sana sini , menghisap rokok , berclubbing dan berpoya-poya*. Buang harta , buang kesihatan dan buang masa.. Tak sedih ke? Aku yang lihat pun terasa sedih....Maaf la aku bukan nak berceramah ataupun nak mengajar orang dan sememangnya aku sedar aku tak layak untuk berkata apa-apa tetapi tak salah kan kalau aku ingat mengingat sesama kita.

Bagi aku hidup ini terlalu berharga untuk di bazirkan begitu saja. Buatlah sesuatu yang hebat dalam sekali hayat kita. Janganlah pasal benda yang remeh seperti putus cinta , kena tinggal dengan kekasih dan sebagainya di jadikan alasan untuk kita merosakkan diri. Memang cinta itu penting tapi hidup ini lebih penting lagi. Ada banyak sangat benda yang kita tak tahu jadi belajarlah! Kadang-kadang dalam kesedihan itu ada tersembunyi suatu hakikat yang kita tak sedar kalau kita tak mahu lapangkan hati. Percayalah hidup ini amat berharga dan penuh makna kalau kita pandai mencorakkannya. Kekayaan bukan ada pada BMW mahupun MERC tapi pada hati kita sendiri.Renung-renungkan dan selamat beramal...........


Note : Entri nie khas buat seseorang yang meluahkan rasa hatinya semalam. Di harap dengan entri ini ia dapat bangun semula.. Jangan mengalah dan masih belum terlambat untuk merubah segala2nya.. all the best ok!


Feb 17, 2011

Wanita hamil di rogol bapa kandung



Actually tak ada banyak story yang aku nak kongsikan sepanjang berada di luar kawasan. Semua nya berkenaan dengan keje.. Bosan la asyik cite pasal keje jadi tak mau cite pasal keje , aku nak cite pasal kejadian di hospital baru-baru nie. Kejadian nie sangat menyentuh hati aku.. Aku yakin kalau korang berada di tempat aku pun pasti korang juga akan merasa perasaan yang sama seperti aku rasa.. Cite dia macam nie..

Aku ke hospital untuk melihat bangla aku untuk mendapatkan rawatan di hospital besar ipoh. So sementara menanti no giliran mat bangla tue untuk pemeriksaan , aku berlegar-legar di ruangan hospital melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan orang sambil mata mencuri pandang setiap pesakit yang baru tiba dengan ambulans. Sekali aku terdengar satu suara memanggil nama aku dari belakang. Bila aku toleh rupa-rupanya rakan sekerja aku dulu. Dah bertahun tak jumpa akhirnya jumpa di hospital.. Apa lagi kami pun berborak la..

Masa tengah rancak berborak tiba-tiba aku di datangi seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Wanita itu menunjukkan aku secebis kertas putih dan aku melihatnya ia no gilirannya untuk mendapatkan rawatan. So aku memberitahunya *belum lagi kena tunggu*. Dia pun menganggukkan kepala..Aku pun meneruskan perbualan dan tiba-tiba wanita itu sekali lagi memanggil aku dengan menepuk bahu ku dan lalu bersuara * nak duit*.. Aku terdiam dan berkata di dalam hati * ishhh!! biar betul , kenal x tiba-tiba minta duit.. Aku tanya dia * nak buat apa dengan duit * tapi dia tidak bersuara.. Di sebabkan kesian dengan keadaannya yang sarat aku pun memberi sedikit wang . Masa aku nak hulurkan tue datang dua orang wanita..

Wanita itu berkata kepada aku * jangan di beri wang tue * dia tak betul jenuh saya cari pusing keliling , rupanya di sini.. lalu salah seorang dari wanita itu mengari tangan wanita tadi. Aku yang tak sampai hati terus berkata * tak mengapa puan saya ikhlas bagi dekat dia*.. Sedih sangat bila lihat seorang wanita yang sarat mengandung di gari di kalayak ramai.. Bagi aku la kan tak perlu la nak gari , bukan dia lari pun. Kalau dia nak lari dari tadi dia dah lari tapi dia still duduk di tempat untuk menunggu giliran berjumpa doktor. Seorang dari wanita itu tadi berpangkat mak cik la dia berkata kepada aku.. Perempuan tue tak betul , kena rogol dengan bapa sendiri. Bapa umpan duit sikit hasil semua dia kasinya. Sekarang anak yang bakal lahir tue nak panggil apa.. Aku hanya mampu berkata kesiannya apa la nasib wanita itu..

Beberapa minit kemudian dua orang wanita itu membawa wanita tadi ke dalam bilik doktor. Aku pun bersuara pada rakan aku. tak patut dorang buat macam tue . Walaupun dia tak betul , dia tak kacau orang.. Dia pun tak minta jadi macam tue..Aku lihat dia hanya tersenyum dan bila di tanya dia akan jawab * nak duit* Sedih dowh!! Tak puas hati betul dengan mak cik tue. Kalau ia pun tak perlu la cerita , ramai mata yang memandang dan memasang telinga.. Kesian la pada wanita tue.. Walaupun dia tak betul tapi dia tetap manusia seperti kita , ada maruah...geram aku di buatnya!!



Feb 16, 2011

100 comments need to be moderated



Perghhh!!! Ada lagi 100 komen yang masih belum di publish.. Alhamdulillah lega sikit bila lebih dari seratus komen sudah berjaya di balas.. Kepada yang masih belum sempat di balas tunggu malam nie pulak ye..penat dah ha!


Sinar raudah kembali setelah seminggu bercuti


As'salammualaikum..

Firstly aku nak minta maaf coz hampir seminggu aku tidak bersiaran dan segala komen yang telah di tinggalkan masih belum sempat di publishkan lagi.. Insyaallah selepas aku membalas satu persatu komen yang di tinggalkan baru aku akan publishkan ye! Anyway terima kasih juga kepada rakan blogger yang sudi bertanyakan khabar akan kehilangan aku dua tiga hari nie. Actually dah lame aku x buka SR kerana faktor masa yang terbatas dan tersangat la busy.. Segala entri yang di paparkan semua entri autopublish dan di sebabkan itulah tiada kunjungan balas dan komen tidak di paparkan di ruangan komen.. Maaf sekali lagi ye!

Alhamdulillah out station kali nie berjalan dengan baik walaupun ada beberapa perkara agak merumitkan untuk di selesaikan. Dan lagi bertambah rumit bila next out station en.hubby tidak dapat temankan. Cuti en.hubby di bekukan buat sementara waktu.. Sedihnya la lepas nie nampak gayanya aku kena cari pekerja part time jawabnya untuk temankan aku atau jadi pemandu sementara untuk memudahkan aku out station. Ada sapa-sapa yang sudi tak tapi syaratnya mestilah wanita , yang boleh travel jauh dan sudah semestinya memiliki lesen memandu...

Last sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung sinar raudah. Walaupun sinar raudah bercuti dan tiada kunjungan balas u all tetap sudi singgah dan komen di sini. Terima kasih sekali lagi , aku sangat menghargainya.Ok cukup dulu sampai di sini nanti sambung di entri seterusnya.. Sekarang masa untuk membalas beratus komen yang telah di tinggalkan.Jom balas kunjungan sambil blogwalking...




Feb 11, 2011

Mengawal minda tapi bukan mengunci minda

Aku yakin setiap orang pasti mempunyai impian tersendiri.Sebagaimana aku yang mempunyai cita-cita dan impian tersendiri begitu juga dengan korang semua. Tidak kira betapa hebatnya impian kita , perkara penting yang perlu ada dalam diri kita ialah percaya pada diri sendiri dan yakin kepada kebolehan diri kita.Tidak kira apa jua saiz badan manusia , allah telah menganugerahkan manusia dengan anugerah yang sama iaitu minda. Dan setiap minda itu memiliki fungsi yang sama dan tiada perbezaan , yang membezakanya ialah cara kita menggunakannya..

Ada manusia mengawal minda untuk menjadikan dirinya yang terbaik namun ada juga yang mengunci minda mereka sehingga membiarkan minda yang menguasai diri sendiri. Ingat! Minda terletak di dalam salah satu tempat yang di miliki tubuh manusia iaitu otak dan manusia bukan salah satu daripada organ minda. Jadi siapa yang lebih patut dan layak untuk di kuasai dan di kawal? Sudah tentulah diri kita sendiri yang patut mengawal minda kita tapi bukan kita yang di kuasai oleh minda..

Ramai manusia yang tidak sedar akan kebolehan diri sendiri . Ada yang membiarkan diri sendiri di kawal sehingga tidak dapat membezakan yang mana boleh membawa kebaikan atau keburukan.Itulah adalah satu realiti dan aku juga pernah mengalami..Aku pernah mengalami penyakit kurang keyakinan diri dan yang boleh di katakan agak kronik juga la sehingga menjejaskan karier pekerjaan aku.Pantang bila nampak seseorang atau pun orang tue berada di sebelah aku , pasti perasaan gugup aku datang , badan mengeletar dan akibatnya terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan sehinggakan menjejaskan tumpuan aku kepada pekerjaan.

Alhamdulillah dengan sedikit ilmu yang aku perolehi dari pembacaan dan panduan dari seseorang. Aku berjaya mengubah kehidupan aku ke arah yang lebih positif . Cuma satu yang aku kesalkan , aku terlalu mengambil masa yang lama untuk berubah.Itu hanya sedikit pengalaman aku yang boleh di kongsikan.Mungkin pengalaman tersebut korang juga pernah alami dan mungkin juga ketika ini masih mengalaminya.Cuma satu pesanan aku , cara penyelesaian cuma satu iaitu unlocked minda kita.Keluar dari belenggu atau kawalan minda..Kitalah yang patut mengawal minda kita.Semoga kita sama-sama berubah ke arah kehidupan yang lebih positif.


Feb 10, 2011

Tips untuk meringankan blog



Morning all..

Hari nie aku nak share dengan korang tools yang boleh di gunakan untuk menimbang blog kita. Entri ini sekadar untuk perkongsian bagi mereka yang masih belum tahu cara untuk menimbang blog dan mengetahui kepantasan blog kita load. Actually sebelum nie aku pernah di tegur oleh beberapa orang blogger mengenai masalah ini. Alhamdulillah selepas Sinar Raudah berwajah baru akhirnya aku berjaya mengurangkan saiz serta load time.Kiranya tidak la seperti sebelum nie yang terpaksa mengambil masa untuk load..

Ok pernah tak korang tahu mengapa blog kita boleh jadi berat ? Aku yakin ramai yang sudah tahu dan cuba mencari langkah untuk mengatasi masalah ini. Tapi bagi yang masih belum mengetahui di sini aku ada sediakan beberapa sebab berdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui sebelum ini...

  1. Pakej internet.
  2. Coding yang terlalu panjang.
  3. Header blog yang bersaiz besar.
  4. Template blog yang tidak teratur.
  5. Penggunaan widget yang terlalu banyak.
  6. Paparan di main page yang terlalu banyak.
  7. Penggunaan saiz gambar yang besar dan berat.
  8. Menggunakan javascript yang di host di tempat lain.

Jadi untuk mengurangkan berat blog korang cuma perlu buang semua widget-widget yang tidak perlu atau tidak penting sebagai contoh seperti widget lagu. Kemudian saiz gambar yang ada di kecilkan kepada saiz yang mudah untuk load sebagai contoh dalam 400x300 *ini yang sering aku guna*. Selain daripada itu javascript kalau korang nak host di luar , aku suggestkan korang gunakan google untuk host javascript korang. Kemudian template-template yang di gunakan tue biarlah di atur supaya nampak lebih kemas dan teratur tapi jangan la pula pergi letak bertabur atas bawah confirm sakit mata yang berkunjungan.Pasti yang singgah pun akan cepat keluar dari blog korang. Untuk part coding yang panjang pula , memang tak boleh nak buat apa .Coding nie depends kepada developer tue sendiri..Mana yang mahir boleh la meringkaskan kalau tidak sila compress code korang supaya ia dapat mengurangkan berat blog korang.

Jadi silalah timbang blog korang di sini > Website speed Test



Note : Entry autopublish jadi sebarang komen akan di balas sekembalinya aku nanti..Harap maaf dan terima kasih kera sudi berkunjungan dan komen di sini. Selamat mencuba ok!


Feb 9, 2011

Malware dan cara untuk mengatasinya





As'salammualaikum..

Memandangkan hari nie aku just tunggu budak-budak aku medical so kira releks la sikit kan. Hari nie aku nak share sikit dengan korang berkenaan dengan malware yang durjana nie. Balik dari bercuti baru nie , aku baru berkesempatan buka SR sekali lihat , blog aku di serang malware la.. Mengelabah jugak la sebab baru nie dah pernah kena serang , jadi aku tak rela di serang buat kali kedua..Jadi apa lagi cepat-cepat la aku settlekan sebelum menjadi lebih parah. Alhamdulillah Malware durjana dapat di clearkan dari flag tue secepat mungkin.

Bukan blog aku sorang je yang terkena serangan malware nie malah blog rakan blogger yang lain pun turut sama terkena. Bukti serangan malware di blog mereka yang sempat aku print screen kan adalah seperti di atas *blog kak eida , aibaks dan ellen*. Nak tinggalkan satu komen pun punya la payah sebab time aku tengah menaip tiba-tiba hilang dan kuar pula amaran malware tue..Sakit hati ow! So apa lagi tak kan nak di biarkan kan jadi clearkan flag ini secepat mungkin supaya kita tidak kehilangan pembaca. Kenapa aku kata begitu kerana tak semua orang celik IT dan kalau ada amaran malware nie aku yakin kebanyakanya orang akan takut untuk buka website atau blog itu. Ini kerana mereka takut serangan itu akan terkena sama pada mereka . Jadi ketakutan ini adalah sangat bahaya silap-silap hari bulan mau sampai bila-bila di orang tak mahu singgah ke blog kita.

Selalunya serangan ini akan terjadi di kalangan pengguna blogspot.Blog-blog yang menggunakan *icon* di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab pada masalah ini.*favicon.ico*merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran utama serangan malware dan sebarang pengaksesan akan menghasilkan tanda amaran.Selalunya ia terjadi pada pengguna google chrome.So di bawah nie aku ada sertakan langkah cara untuk mengatasi masalah ini.


Step 1

Dashboard > Design > Page Elements > My Blog List

*Pastikan korang tidak memilih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan korang semasa "Configure Blog List".. pastikan korang tidak meletakkan tanda semakan di kotak icon 'biarkan ia kosong' kalau tak faham boleh rujuk gambar di atas.*

Step 2

Klik SAVE

*Dengan langkah ini dapat clearkan blog korang dari di jangkiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan*

Step 3

Setelah selesai korang perlu clearkan "cache" dan "cookies" di browser korang dan kemudian tutup browser korang dalam beberapa minit dan kemudian buka semula dan cuba lihat blog korang.Tanda amaran malware itu sudah tiada.

Bagi komputer yang sudah terkena serangan malware nie pastikan korang menggunakan perisian malware yang baik.Di antara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1. Selamat mencuba ok..








Feb 8, 2011

Of to Sungai petani dan Ipoh


Selamat pagi semua..

Sedang bersiap-siap untuk out station. So sinar raudah akan bercuti dari BW untuk beberapa hari ini. Insyaallah kalau ada masa pasti setiap kunjungan korang pasti aku balas cuma lambat dan cepat je..Harap semua faham dan tidak mengambil hati ye! Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang dan semoga segala urusan kami di permudahkan oleh allah amin...

Ops sebelum terlupa aku nak minta pendapat sikit.Cuba korang lihat gambar di bawah tue.. Warna curtain yang sesuai untuk di gantikan dengan warna curtain biru tue dan design apa yang sesuai. Maksud aku design terkini sebab aku tak berapa pandai sangat.. Curtain nie khas untuk ruangan menonton tv saja.. Pendapat dan pandangan korang amat la di perlukan..Tolong erk! terima kasih...




Note : Entry yang di hasilkan selepas ini adalah autopublish jadi sebarang komen akan di balas sekembalinya nanti..Terima kasih!


Feb 7, 2011

Gegar 1000 blog !




Wahhh!!! Lame gila aku x join segmen En. Ben nie. Hari tue nak join tapi x sempat busy sangat so hari ini sebelum aku membusykan diri dengan out station , jadi aku nak turut serta dalam segmen ini. Kalau dulu hanya 50 tapi kini 1000 ow.. Satu jumlah yang agak besar.. Mesti meletopkan..!! Tahniah En.Ben..


SAYA SOKONG DUNIA BLOG DAN SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA??

Peristiwa di tahun baru cina , percutian , perkahwinan dan kematian


As'salammualaikum.

Aku sudah kembali menaip ! Hahaha.. Mood holiday masih terasa , mana taknya hampir seminggu bercuti mesti la seronok kan. Berjalan sakan sampaikan tido pun tak cukup tapi tetap puas hati.. Terima kasih kepada cousin hubby coz sudi jadi tour guide kami sepanjang beberapa hari kami di sana. Aku rasa dalam banyak-banyak percutian sebelum nie , inilah percutian yang sangat padat sekali. Dengan menghadiri jemputan perkahwinan serta melawat saudara mara belah aku.Dan yang menyedihkan bila dapat berita kematian husband cousin aku di pagi hari yang kami nak berangkat pulang ke KB. Jadi sempat la singgah sebentar melawat dan mengucapakan takziah.. Al-fatihah buat arwah suami cousin !

Bulan nie aku banyak travel jauh.. Esok akan ke Sungai Petani pula untuk menghantar en.hubby kursus di sana dan kemudian akan ke Ipoh untuk selesaikan beberapa urusan keje. Selesai kursus di Sungai Petani en.hubby akan ke Phuket Thailand pula ada lawatan sambil bekerja di sana dan aku pula mungkin akan pergi ke beberapa tempat untuk selesaikan urusan penyerahan permit pekerja-pekerja aku. * Cameron highland , lumut dan parit buntar*. Perghhh!!! Mesti penat nanti dan lagi bertambah penat bila terpaksa berjauhan dengan cinta hati aku selama satu minggu.Oh tidak ! pasti aku akan merinduinya huhu....Ok la x mau story touching-touching jom kita ushar gambar-gambar yang sempat aku amek sepanjang percutian baru nie..





























***end***



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign