May 31, 2011

Pembantu rumah menjawab panggilan telifon


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


May 30, 2011

Menyesal ^ jika kita mengerti pengertian sucinya pasti..


Tertarik dengan artikel nie..

H
ari terus berlalu. Sesekali ia tidak akan menjemput kita semula. Lalu hati terus menjadi hampa. Tiada arah dan tiada tujuan. Hinanya bila mengenang semula 'dosa-dosa' yang telah tertampal di hati kita. Ingin memadamkannya tetapi terasa tiada siapa yang mahu membantu.

Langit yang biru terasa terlalu gelap untuk diri kita. Hati yang dahulunya putih berseri sudah dipenuhi dengan sawang-sawang 'peristiwa' yang lalu. Menangis- hanya itu yang mampu dilakukan.

Tidak sebenarnya. Tangisan itu bukan tangisan biasa. Tangisan itu yang mampu menyucikan semula sawang yang telah bersarang jauh disetiap genap penjuru. Tangisan itulah yang membuka semula pintu cahaya untuk menerjah masuk dan menyinari semula hati yang telah 'menyesal' dan ingin 'kembali' ke pangkal jalan.

'Menyesal'.. Jika kita mengerti pengertian sucinya, pasti hatinya kembali tersenyum kerana dengan adanya MENYESAL dan TANGISAN, itulah tanda MASIH ADA YANG SAYANG.

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Allah sentiasa bersama kita. Yang PENTING, jangan sesekali kita berputus asa dari mencari HIDAYAH Nya. Hidayah itu sentiasa ada dihadapan anda, cuma sahaja yang kita belum lagi membuka pintunya. Carilah, usahalah, berdoalah kepadaNya, INSYAALLAH, hidayah itu semakin dekat.

Kita milikNya, dan kepadaNya tempat kita kembali. Kembalinya kita nanti kepadaNya, janganlah kita kembali dalam keadaan serba kekurangan, tetapi biarlah, diri kita berjumpa denganNya dengan keadaan yang bersiap sedia untuk menerima janji-janjiNya. Pada ketika itulah, rindu kita terbalas dengan berjumpa dengan Nya dan bergembira di suasana indah di SYURGA kelak. amin..

Allah sayangkan kita.. Adakah kita sudah kembali menyayangiNya?

May 27, 2011

Selamat bercuti abah dan umi


Hye ..

Hari nie seawal 5 pagi lagi aku dan en.hubby dah bangun untuk menghantar umi dan abah ke lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Sekarang umi dan abah sudah pun berlepas dari KLIA ke Stansted London. Semoga perjalanan selama 13 jam ini selamat sampai dan tiada masalah.

Huwaaa!!! Sedih sangat sebab tak dapat join sama.Percutian yang sudah di rancang tahun lepas nie terpaksa di tunda ke tarikh lain di sebabkan en.hubby yang masih tiada cuti.Hope sangat next month sudah ada pengurus baru supaya senang en.hubby nak ambil cuti. Sudah berapa bulan cuti en.hubby di bekukan.Tak boleh nak merungut dah itu tanggungjawab dia kan. Kerja mesti di utamakan sebab itu punca rezeki dia.Percutian bila² masa pun boleh pergi tambahan pula aku bekerja sendiri so tak ada masalah untuk aku ambil cuti.Cuma tinggal lagi en.hubby je kalau dia kata dah boleh cuti so next month boleh la pergi.

Kalau pergi next month masih boleh join umi dan abah lagi coz mereka berada sebulan di sana. Beberapa hari di rumah brother in law di Coventry than akan ke Holland untuk percutian di sekitar negara Euro.Mungkin dalam dua minggu di sana dan kemudian baru pulang ke Coventry semula sebelum pulang ke Malaysia.Bestnya kalau dapat join sama.Hope sangat next month en.hubby dapat la cuti.

Masa mula² dapat tahu yang en.hubby tak dapat cuti tue memang agak frust la sebab percutian nie adalah hadiah anniversary aku tahun lepas. Walaupun en.hubby dah belikan aku barang lain tapi rasanya still tak sama dengan apa yang telah di janjikan pada aku sebelumnya.Memang la kalau ikutkan aku dah pernah pergi ke sana sebelum nie tapi sebab dah plan awal dan sampai masa tak dapat pergi.Sapa x frust kan!Aku sikit punya baik berjimat sebab nak spent duit untuk pergi bercuti tapi sampai masa hampeh.Tapi tue lah kita hanya merancang allah yang menentukan segalanya.Insyaallah ada rezeki before brother in law balik ke Malaysia kami akan pergi ke sana if tak bulan depan mungkin lepas raya.huhuhuhu~


Note: Semalam x dapat nak blogwalking banyak rumah sebab line lembab macam siput B , hari nie pun macam slow jeles betul la line nie.. Alhamdulillah setelah kecoh dengan orang di pos akhirnya barang tue sampai juga di tangan aku petang semalam.nasib dapat kalau tak aku bom je pejabat pos tue..

May 26, 2011

Panas panas ^ pos malaysia buat hal lagi


Hai la badan baru ingat tak nak marah² dan sedih² tapi ada je malaun yang bagi aku panas. Serius memang hangin satu badan nie. U all bayangkan la baru nie aku kehilangan barang semasa pos ke Rawang tapi senyap macam tue je sampai ke hari nie.Barang kalau murah x pe la nie dekat RM300 tau. Nie sekali lagi terjadi , bonda ada pos barang dari kempung hari isnin hari tue tapi untill now tak terima lagi. Actually barang tue MIL nak bawa ke Holland esok. Masa hanya tinggal hari nie je lagi esok pagi² MIL dah berlepas flight pagi. Tambah esok pula cuti confirm tak de punya.

Aku dah check tracking number barang tue dan barang tue dah pun sampai di Kota Bharu dua hari yang lepas tapi pihak pos tak hantar ke rumah lagi. Tadi telifon pihak pos dorang cakap barang tue dalam penghantaran ke rumah oleh posman. Aku pun minta la nombor telifon posman tue dan terus call nak check barang tue ada di tangan dia atau tidak. Sekali abang posman tue cakap barang tak ada. Perghhhh!!! menyirap satu badan. Walaupun barang tue tak penting tapi agak ralat la sebab barang tue MIL nak bawa ke sana atas permintaan saudara. Kalau pos semalam boleh la bagi alasan kan! Nie pos dari hari isnin lagi.Kalau macam nie punya lambat baik pakai pos biasa. Inilah salah satu sebab kenapa orang tak nak gunakan pos laju. Kalau tau better guba sky net ke , city link ke. Geram betul laaaaaaa..........Rasa nak bom je pejabat pos tue!

SR kembali ceria dengan berwajah baru


Morning all..

Jangan terkezut ye! U all tidak tersalah masuk rumah pun. SR saja buat perubahan sikit sempena ulangtahun kelahiran aku bulan depan dan juga genapnya usia SR yang ke 2 tahun. Hrmm apa pendapat u all dengan perubahan baru SR nie. OK tak!!! Pink color Oooo but purple still selitkan juga coz pink dan purple memang tak dapat di pisahkan dengan diri aku.Tapi yang peliknya fav color aku hitam putih dan hitam merah.Macam mane tue hehehehe~

Ini kali pertama SR mengunakan khidmat rakan blogger untuk membuat header nie. Header sebelum nie semua aku buat sendiri je sebab tue tak cun mane pun! Ke sememangnya aku tak cun. Kalau ia pun jawab dalam hati je la ye! hehehehe~ Sempena hari yang bersejarah nie , cewah bersejarah ke hikhikhik SR nak buat perubahan sikit dari segi layout , warna dan header. Aku saja memilih warna yang ceria coz warna sebelum nie agak suram dan gelap. Blog dengan tuan dah sama rasa pulak. Jadi untuk menceriakan diri aku , SR juga kena lah ceria dengan mewarnai warna² yang ceria. Baru tuan blog akan rasa ceria sepanjang masa terutama masa berblogging.

Sebelum nie aku asyik rasa sedih je dengan apa yang menimpa diri aku. Tapi alhamdulillah setelah menerima kata² semangat dari rakan² aku cuba bangkit semula dan berjanji tidak akan fikirkan lagi perkara itu. Aku inginkan kehidupan aku yang ceria dan yang paling penting sekali aku tidak mahu tertewas lagi dengan orang² yang ingin menjatuhkan aku.So hai hai bye bye la ye!! Kepada mereka² yang busuk hati tue. Aku tidak akan tertewas lagi.


Note : Kepada yang ada , rasa keinginan untuk menukar header blog boleh la lihat² di SINI. Mane tahu kalau ada design yang berkenan di hati.Header je taw yang lain aku buat sendiri je base kepada tutorial aku sebelum nie.

May 25, 2011

Sinar Raudah dapat hadiah..terima kasih



Eh Sinar Raudah dapat hadiah! Betul ke nieeee...ee.. sambil mengosok² kedua² biji mata.Macam tak percaya je. Mula² tu aku sangkakan tuan rumah salah komen ke apa! Jadi aku pun buat la double check ke blognya sekali lihat ada tertera nama aku.Tapi still tak percaya lagi dan ragu².Jadi aku click la pada nama tue , mane tau kot² ada nama orang lain yang serupa nama dengan aku ke. Sekali link back tu terus ke blog aku. Wah macam tak percaya je! Tapi sekarang harus percaya kerana bukti sudah depan mata.Hehehe~ Terima kasih Puan Wan Nur Hezrina.


Serius amy terkejut bangat sebab sebelum nie tak pernah lagi menang dalam mane² peraduan. Kalau ada pun sekali tue je la masa segmen yang blogger eelobor anjurkan dulu. Segmen suka² je bukan contest pun. Tapi serius aku enjoy sangat!! Bukan saja segmen yang di anjurkan eelobor je tapi mane² contest or giveaway yang sempat aku join sebelum nie , memang enjor dan best. Best sebab dapat bagi support pada kawan² yang menganjurkannya. Dan kedua dapat menambahkan lagi kenalan dengan blogger² yang tak pernah aku kenal sebelumnya. Ramai blogger yang aku kenal pun dari contest dan giveaway la..

U all nak tau aku menang apa! Hrmmm tak mau bagitahu la.Kalau u all nak tahu pergi la sendiri tengok ke blog My Little Honey Dew. Di sana u all akan jumpa jawapannya. So alang² dah ke sana tue boleh la terus berkenalan dengan tuan empunya blog tue ye. Bila lagi nak kenal²kan , inilah masanya..Jom kita terjah ke blognya. dan kepada tuan blog terima kasih sekali lagi ye! Nanti amy emailkan alamat ye dan tak lupa juga amy nak ucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih.

Note : Tak sukanya la aku tengok sidebar yang ada tulis Follower tue jadi menjela ke bawah , asal jadi macam tu pun x tau la.. ke blogspot ada buat pertukaran lagi...

Suka main sabun



Macam² hal la! Dulu zaman kanak² semua ok je. Tapi sekarang nie semua tak boleh , ada je pantang larangnya. Boring betul la! Rasa hidup tak serupa dengan orang pulak.. Uishhh!!! Tak baik merugut Allah marah. Baik aku tarik balik kata² aku.Sorryyy!!!!

Bukan apa u all dulu masa zaman kanak² kalau mandi pakai sabun tak ada masalah apa pun tapi bila dah besar nie mengada² lebih pulak.Asal kena sabun sikit je kat badan mesti naik alergic. Alergic bukan yang biasa² tue tapi yang jenis bintik² merah. Sakit hati betul la!

Badan nie pula kalau mandi tak kena sabun memang tak sah. So terpaksa la maintain setiap bulan beli shower gel. Yang peliknya shower gel tak pe pulak , bila pakai tak de naik bintik². Adoi macam² hal la. Demand lebih betul badan aku nie. Masa dulu ok je dah besar macam nie baru nak buat hal.Geram betul la. Bukan apa macam mane kalau aku tido rumah sedara mara , tup tup tak ada shower gel atau aku terlupa nak bawa! kan kes nanya macam tue.Tak kan la nak pergi sound kat tuan rumah pulak kan. Nanti tak pasal² orang fikir apa pulak.

Alahai baru nie aku ada try pakai satu sabun nie kat muka. Nama sabun tue Sabun Euemora. Actually cara pemakaianya senang je just tempek² je buih kat muka , lepas tue biarkan 2 ke 3 minit than basuh. Aku pakai sabun nie pun sebab terpengaruh dengan rakan. First meronta² juga kat en.hubby minta izin nak beli satu set ada 4 ketul kalau tak silap dengan harga RM360.Tapi en.hubby bangkang habis²an katanya buang duit je beli sabun sampai beratus² ringgit. Nanti tak sesuai dengan kulit tak ke membazir namanya.


So aku pun cuba la satu dulu dengan harga RM95.Pakai seminggu dah boleh nampak kesan tindak balasnya. Menurut kawan aku permulaan memang ada tindak balas. So aku tak de la hiraukan sangat.Sekali tengok lama kelamaan tak hilang juga makin banyak lak tue.Hati dah mula risau! Terus minta izin en.hubby untuk buat rawatan muka. Tapi en.hubby tak benarkan , dia kata better stop dulu pakai sabun tue. So atas nasihat en.hubby aku pun stop la.


Bila dah stop seminggu baru la ok dan bintik² pun hilang. Tapi aku degil tak percaya di sebabkan sabun tue jadi aku pakai semula dan keesokannya ambik kau satu muka aku kembali di tumbuhi bintik² merah. Sah di sebabkan sabun nie. Alahai apa punya kulit la aku nie sabun punya mahal pun tak boleh terima atau mungkin semua jenis sabun aku tak serasi kot. Tapi sabun basuh kain basuh pinggan tak pe pulak. Uishhh!!! Kenapa agaknya ye kawan².Kulit aku yang sensitif ke atau sabun tue yang bermasalah.Ada apa² petua tak untuk mengelakkan dari alergic sabun , plssss!!! share sini..........


May 24, 2011

Sinar Raudah akan mengadakan Baby Contest dan juga Blog Contest


Ada sapa² tak yang mengikuti cerita Awan Dania. Kalau ada tolong story kat aku boleh. Aku dah terlepas cerita nie dua minggu sebab gara² bola sepak punya pasal. So semalam excited nak tengok sekali hampa ^ Awan Dania x de. Kenapa erk!!! ke ceritanya dah habis. Pls inform aku...TQ!

U all , Sinar Raudah akan mengadakan contest dalam masa terdekat nie. Baby contest dan juga blog contest. Di jemput semua untuk join serta ye! Contest kali nie aku tidak menggunakan khidmat penaja. Ini kerana aku baru memulakan perniagaan secara online jadi lebih bagus kalau aku memperkenalkan produk aku sendiri , betul tak! Dan untuk penajaan baru nie aku holdkan dulu untuk contest yang akan datang , insyaallah...

Ok untuk pengetahuan semua aku ada menjual pelbagai pakaian wanita , lelaki dan kanak² serta pelbagai aksesori untuk orang dewasa dan juga kanak². Kepada yang mempunyai akaun facebook boleh la like di page DAC BOUTIQUE ONLINE. Pelbagai barangan berjenama u all boleh dapatkan dengan harga yang murah dan berpatutan. So untuk Baby Contest kali nie semua hadiah akan di taja sepenuhnya oleh Dac Boutique Online. Nak lihat apa hadiah²nya , boleh la lihat di page tue ye!

Satu lagi aku juga ada menjual pelbagai gadget² terbaru seperti handphone^Apple ipad^ android^ psp^ serta laptop ' netbook dan notebook dengan pelbagai jenama dan sudah pasti ianya original dan ada warranty. So kepada yang meminati gadget² terkini boleh la like di page DAC MOBILE SHOP di facebook. Harga yang di tawarkan jauh beza dari pasaran luar.Ramai juga yang mengajukan soalan kepada aku. Kenapa harga²nya lebih murah dari kedai. Jawapanya sebab aku tak ada kedai lagi , so kos untuk kedai aku tak ada. Lagi pun kesemua barang tue aku dapatkan direct dari supplier dan langsung tidak menggunakan orang tengah. Selalunya orang tengah yang makan banyak duit.

Dan satu lagi soalan yang kerap di tanya. Adakah semua handphone ini original?? Jawapannya kesemua handphone yang di jual di Dac Mobile Shop adalah original dan ada warranty setahun. Bukan dual sim , tak ada antenna tv jadi bukan china set , ada stcker sirim jadi bukan x original , bayar duti import jadi bukan lari kastam.* Insyaallah dalam masa terdekat nie aku akan buka kedai pula* doakan ye!Jadi kalau ada yang berminat untuk mencuci mata dulu boleh la like page tue ye! Kunjungan anda sangat la di alu²kan. Insyaallah untuk Blog Contest juga hadiah akan di taja sepenuhnya oleh DAC MOBILE SHOP.So jangan lepaskan peluang untuk join serta contest ini ye!

Ok masa untuk hai² kawan² pulak. Jom blogwalking time~

Note : Untuk juri pula aku kan lantik dua orang blogger senior untuk mengadili contest kali nie..





May 23, 2011

Majlis Perkahwinan berprotokol


Waduh² gawat macam ni! Dari tadi asyik tulis dua tiga patah perkataan pastu padam. Tulis lagi pastu padam.. Kalau macam nie mahu sampai petang nanti pun tak jadi apa nie. Hai la idea datang mencurah² tapi semuanya x sempat nak keluar sebab terkandas trafic jam. Tue yang dari tadi asyik main gear satu gear dua je tue lepas tue brekkk , undur balik kebelakang;).. Kesudahanya habis masa kat situ je!Last amek keputusan pusing seround dua dulu cari ilham nak mulakan ayat..Bila dah dapat terus mulakan cerita takut kalau di biarkan lame² jadi serupa tadi je:)..


Actually aku nak story mory pasal majlis perkahwinan yang aku hadiri baru² nie . Ada dua jemputan yang satu di sebelah siang dan yang satu lagi di sebelah malam. kedua²nya saudara en.hubby! So aku mulakan dulu dengan perkahwinan di sebelah siang ye. Majlis ini berlangsung pada hari bekerja. Kalau orang luar macam aku nie memang agak pelik kalau ada jemputan perkahwinan pada hari bekerja.So bila dah waktu bekerja confirm la en.hubby x dapat menghadirkan diri. Aku bukan nak cerita pasal en.hubby x dapat join sama tapi aku nak cerita pasal sesuatu yang istimewa di majlis itu.U all nak tahu apa , kalau nak tahu sila baca entri ini sampai habis ye;)..

Ok selalu kalau majlis² perkahwinan nie orang yang hadir semuanya nak lihat pengantin betul tak! Terutama bagi orang perempuan la. Nak lihat pelamin dia , hantaran dia , meja makan dia , bilik tidur dia dan akhir sekali baru rupa wajah raja sehari tue.Tapi berbeza dengan majlis yang aku hadiri baru² nie. Sebab majlis nie agak berprotokal sikit kerana di hadiri oleh kerabat² di raja Kelantan dan orang² kenamaan.Walaupun majlis ini berlangsung di kediaman pengantin tapi sambutannya langsung tidak menunjukkan ia satu majlis perkahwinan tetapi sebaliknya seperti majlis di raja. Semuanya ikut adat istiadat istana:). Justeru terfikir sejenak adakah majlis ini di raikan untuk pengantin atau sebaliknya. Orang ramai lebih fokuskan kepada tetamu terhormat daripada pengantin² jadi no 2 pulak:(.

Ini bukan kali pertama aku menghadiri majlis perkahwinan yang di hadiri kerabat di raja nie coz sebelum nie pun cousin en.hubby kahwin majlis berprotokol. Dari segi khemah kena ikut warna di raja , makanan perlu ikut selera di raja , hiasan pun begitu. Sampaikan masa nak tepung tawar pun kena ikut cara istiadat istana tidak seperti biasa.Memang la seronok kalau ada orang kenamaan dan kerabat datang menghadiri majlis kita tapi tidak la sampai semuanya kita kena ikut cara dorang kan! Rasa macam x best pulak. Kita meraikan majlis perkahwinan nie sekali seumur hidup. Kalau dah ikut kehendak orang lain rasa macam majlis itu bukan untuk kita. Macam time aku dulu x de makna aku nak ikut kehendak orang. Aku buat mengikut kehendak aku sendiri. Baru puas hati!:P Apa pendapat korang sekiranya di beri pilihan antara majlis perkahwinan biasa dengan majlis perkahwinan berprotokol nie????

Cousin hubby..cantik kan!!!

Mengenai perkahwinan sebelah malam pula iaitu pernikahan cousin hubby seperti biasa je. Cuma bezanya majlis ini hanya majlis nikah gantung tapi yang menariknya hiasan pelaminya memang superd. Aku puas hati sangat dengan hiasan pelaminnya.. Sebelah en.hubby nie banyak yang melakukan perniagaan andaman , so tak hairan la kalau sesuatu majlis perkahwinan tue nampak grand teruatama hiasan pelaminya dan juga pakaian yang di kenakan. Bila dapat sponsor semua jadi kan! hehehehehe:)

Pelaminnya simple tapi cantik sangat..

Pelamin ada kerusi pulak


May 21, 2011

Ibu Faizal Hussein telah kembali kerahmatullah




KepadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita pergi. Al fatihah buat seniwati Mahyun Ismail iaitu balu kepada allahyarham Hussein Abu Hassan dan juga ibu kepada pelakon Faizal Hussein telah kembali kerahmatullah sebentar tadi di Hospital Ampang Puteri. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang² yang beriman.. Al Fatihah.


Sifat dan keistimewaan....



1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri..



May 20, 2011

Bersedih kerana berseorangan



Dalam diam, kita menyendiri sambil melihat langit yang membiru, bergerombolan awan-awan putih yang menghiasi alam bergerak perlahan-lahan menuju ke satu destinasi. Ketika itu, mesti kita cuba merenung diri kita sendiri bukan. Bertanya kepada diri sendiri apa yang telah kita lakukan. Samada baik atau sebaliknya.

Ingatlah wahai teman, bahawa sesungguhnya kita bukan bersendirian di muka bumi ini. Ada yang menemani kita dikala kita suka dan duka. Dia sangat menyayangi kita walaupun diri kita dibenci orang.
Dia selalu menegur kita, memberi kita petunjuk dengan kata-kata yang indah dari Al-Quran. Hati yang keras pun akan menjadi lembut pabila diberikan bacaan yang indah.

Bersedih kerana berseorangan itu adalah normal bagi setiap manusia kerana manusia sendiri memerlukan teman. Tetapi ingatlah bahawa Allah itu sentiasa dekat dengan kita, lebih dekat dari segala-galanya. Perhatikan betul-betul alam ini dan kita pasti kembali tersedar, bahawa penolong kita ialah Allah, dan segala-galanya yang kita ingatkan ialah Allah swt. Tuhan yang Maha Agung. Kembalilah kepadanya.

Banyak sebab mengapa kita diberikan keseorangan. Salah satunya, supaya kita kembali semula kepadaNya, belajar dari muhasabah diri. Allah sayangkan kita semua, tidak ada satupun dari tindakanNya yang tidak memberi manfaat kepada kita.

Mungkin dari keseorang seketika ini, kita menjadi lebih kuat, tidak mudah berputus asa dan lebih mendekatkan hati kita kepadaNya. InsyaAllah, kesunyian keseorangan yang kita lalui ini pasti akan menemui penghujung jalan yang bercahaya, amin..=)

Menangis kerana kesedihan yang hadir



KIta sebagai insan tidak pernah lari dari perasaan kesedihan. Ia datang tanpa di undang dan selalu mencari hati yang goncang. Lalu kita menangis kerana kesedihan yang hadir itu amat memilukan diri kita.

Usahlah kita menyalahkan takdir yang menimpa. Terimalah ia dengan seikhlas hati dan di sudahi dengan ucapan syukur kepada Allah. Sedikit motivasi untuk diri sendiri yang telah di baca dalam sebuah buku.


  1. Setiap ujian yang timbul itu menandakan anda sentiasa di sayangi oleh Allah. Allah memberi kita dugaan dan ujian tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi kebaikan untuk diri kita. Mungkin kebaikan yang akan kita terima itu dalam bentuk keselamatan di dunia mahupun terlepas dari azab seksa neraka.
  2. Dalam hidup ini, kadang kala kita terpaksa membayar harga yang lebih tinggi sedikit untuk kita mendapatkan apa yang kita idamkan.
  3. Tidak akan diturunkan ujian kepada kita oleh Allah swt dalam keadaan kita sendiri tidak mampu untuk menanggungnya. Ini janji Allah kepada kita. Yakin lah dengan segala ketentuan dariNya.
  4. Dalam derita tersembunyi suatu kebahagian. Pergilah mencari kebahagian itu.
  5. Dugaan itu adalah salah satu mesin untuk "charge" balik iman kita. Muhasabahlah kepada diri sendiri kerana disitu kita tahu betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita dan level keimanan kita samada kurang atau tidak mencukupi.
  6. Ingatlah, anda orang yang beruntung kerana ramai lagi orang dibiarkan terbiar mencari hala tuju hidup.
  7. Dan yang paling penting sekali, BERSYUKURLAH kerana dugaan itu menandakan Allah mengasihi kamu setiap masa..

May 18, 2011

Soal jawab bersama blogger dan readers


Keputusan darah pagi tadi sudah pun di perolehi. Alhamdulillah syukur sangat keputusan baik sekali , aku bebas dari talasimea dan anemia. Rekod rawatan semua menunjukkan positif cuma masa scan tadi ada menunjukkan sesuatu. Doktor x dapat nak pastikan lagi samaadanya ianya hasil persenyawaan ataupun benda lain. Harap tak ada apa² yang serius la. Sekarang nie aku dah mula boleh terima dan redha apa yang terjadi.Kalau menurut kata doktor tadi , aku bukannya mandul atau tidak subur cuma rahim aku je terlalu lemah.So mungkin dah tiba masanya aku fikir untuk masa depan aku dan kerja aku letakkan di nombor 2. Aku akan cuba cari anisiatif lain bagaimana cara aku nak kendalikan kerja aku nie agar aku tidak terlalu lasak dan melakukan kerja² berat. Even naik kereta terhentak pun tak boleh! parah betul kan huhuhu~

Ok la stop cerita pasal hospital sekarang aku nak jawab pertanyaan blogger sebelum nie.Maaf agak lewat aku menjawabnya , padahal semuanya aku telah simpan di dalam draf.Tapi di sebabkan faktor masa yang mencemburui jadi hari aku cuba jawab mane yang termampu la ye! Selebihnya tunggu time aku free lagi ok.

Pertanyaan dari blogger aanie


Actually amy tak ada tips sangat cuma untuk memulakan sesuatu perniagaan tue kita kena ada minat. Kalau ada minat semua pasti menjadi sebab dengan minat kita tidak akan rasa bosan dengan kerja kita.Sebelum nak berniaga tue kita kena fikir business apa yang sesuai dengan diri kita.Katakanlah aanie mahir dalam bidang kesihatan wanita jadi buat perniagaan produk kecantikan. Kalau macam amy² memang minat dengan marketing dan pengurusan so sebab itu amy pilih pengurusan pekerja asing.So bila kita dah tahu apa yang sesuai baru kita mulakan business. Untuk permulaan just buat secara kecil²an dulu. Sebagai contoh aanie boleh buat perniagaan secara dropshipping. Kita tak perlu keluarkan modal tapi just perkenalkan produk je.Bila dah ada ramai pelanggan baru la buat sendiri dan perkembangkan lagi business.Kalau ada pape aanie boleh tanya amy ye, mane pengalaman amy yang ada amy akan cuba bantu.

Pertanyaan dari pembaca facebook


Firstly amy nak ucapkan terima kasih kepada Puan Mona kerana sudi berkongsi pengalaman dengan amy serta rakan² yang mempunyai masalah yang sama.Perkongsian puan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada kami semua.Insyaallah sekiranya di berikan kesempatan amy akan cuba create satu tread forum untuk kita sama² kongsikan masalah kita di situ dengan harapan selepas ini masalah kita dapat di kurangkan sikit bebanan yang kita tanggung.Hanya mereka yang pernah mengalami situasi begini sahaja akan tahu bagaimana peritnya menanggung.Amy sudah pun add page facebook puan so bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama boleh la add facebook puan mona nie untuk kita sama² berkongsi pengalaman.


Pertanyaan dari Kak Linn


Sorry kak linn amy lambat jawab pertanyaan akak nie. Mengenai barang yang amy pos hari tue untill now amy x dapat apa² respon. Kira barang yang bernilai rm300 tue hilang macam tue aja la. Amy pun malas nak panjangkan cerita bak kata en.hubby mungkin bukan rezeki kita.So inilah salah satu risiko sekiranya kita berurusan dengan pos.Lepas nie kena lebih berhati² dan peka lagi.Harap ianya tidak akan berulang lagi.


Pertanyaan dari Panglima 7


Salah seorang blogger yang sangat prihatin dan mengambil berat tentang diri rakan² di alam maya nie. Panglima adalah pembaca setia SR. Setiap hari amy pasti akan menerima kunjunganya. Even SR tidak berupdate sekali pun tapi Panglima tetap singgah bertanya khabar akan kehilangan amy di alam maya ini. Dan berkenaan dengan penutupan SR juga Panglima salah seorang blogger yang sama sekali tidak setuju.Maaf panglima baru hari nie amy sempat jawab pertanyaan panglima ini secara terang dan jelas. Selepas balik dari out station hari tue amy kurang sihat. Demam dan di tumbuhi bintik² di badan seperti ruam. So di sebabkan itulah amy tak dapat ke udara dan berkunjung ke rumah panglima.


Lihat banyak bintik² di tangan kan!!
Alhamdulillah sekarang dah sembuh..

Terima kasih semua dan doakan aku ye !!!



Morning all...

Tak tahu nak cakap macam mane tapi yang pastinya aku terharu sangat dengan kata² semangat yang kalian berikan. Tidak hanya dengan kata semangat ada juga di antara rakan blogger yang begitu mengambil berat tentang diri aku , sampaikan sanggup hantar email serta mesej di facebook semata² ingin mengetahui apa yang terjadi kepada diri aku baru² ini. Maaf sangat² coz aku masih belum bersedia untuk menceritakan apa yang terjadi kerana ia terlalu sensitif dan melibatkan banyak pihak. Sejujurnya ia langsung tiada kaitan dengan rakan di alam maya ini tapi cukup la aku katakan ia melibatkan keluarga aku sendiri tentang hati dan perasaan bonda aku.Mungkin satu hari satu masa aku akan kongsikan di sini.

Ok la mengenai penutupan SR pula , ramai rakan² blogger dan pembaca yang kurang setuju. Sampaikan ada yang kata aku mungkir janji berkenaan contest yang telah aku janjikan sebelum ini. Maaf aku tidak bermaksud untuk berbuat begitu. Jadi untuk tidak menghampakan kalian aku akan cuba penuhi janji² aku sebelum ini.Insyaallah dalam masa terdekat ini aku akan berjumpa dengan penaja dan berbincang berkenaan hadiah dan konsep contest ini . Dan di atas permintaan rakan² serta perbincang dengan en.hubby , maka SR akan terus aktif berblogging tapi untuk masa ini aku tidak akan membenarkan komen daripada Mak Anon. Ini adalah jalan terbaik untuk tidak ada sebarang komen yang akan mengganggu emosi aku dengan menghantar komen² yang tidak sepatutnya.huhuhuhu~

Hrmm masa untuk bersiap² pula. Pagi nie aku akan ke HUSM ada appoitment dengan doktor. Keputusan darah aku akan di ketahui pagi ini. Doakan aku ye kawan² semoga semuanya baik² aje. Takut juga coz masuk nie dah 3 kali darah aku di ambil. Ini kerana di sebabkan baru² ini aku kecundang lagi jadi doktor mengambil sample darah aku untuk mengesan punca berlakunya keguguran yang berulang kali.Apa pun keputusan hari nie aku akan terima dengan hati terbuka.Sebarang kunjungan akan di balas sekembalinya nanti ye!

Note: Bloglist SR tetap akan ada petukaran seperti yang telah di beritahu sebelum ini. Semua url blog yang telah di tinggalkan sebelum ini aku telah updatekan di blog satu lagi iaitu bloglist sinar raudah. Mengenai blog business pula telah mengalami masalah ekoran blogspot problem baru² ini.Habis semua yang aku update barang niaga telah hilang.Nak tunggu aku update semula entah bila la huhuhuhu~

May 16, 2011

Bloglist Sinar Raudah di buka lagi!!!!



Bloglist SR kini di buka. Kepada sesiapa yang berminat untuk join serta bloglist ini sila tinggalkan url blog anda di ruangan komen ini. Di ingatkan hanya blogger yang serius dan aktif sahaja! Ini kerana selepas ini SR hanya akan kongsikan blog ini dengan mereka² yang ada di dalam bloglist ini sahaja. Bagi bloglist sebelum ini setengah nama yang tidak aktif akan di bubarkan. Jadi bagi mereka yang masih menerima kunjungan aku , tak perlulah risau. Nama anda akan di forwards kan ke bloglist yang baru. Sekian terima kasih...


Blog di tutup Sinar Raudah akan bersara...



Happy Monday all..

Lame sungguh aku tak update SR! Rasanya lebih dari 5 hari jugak la. Bermula daripada aku tak sihat hari tue sampai la blog mengalami masalah beberapa hari lepas dan baru semalam aku dapat update. Itu pun update gitu² je.Entah la sejak blog mengalami masalah baru nie , aku rasa macam malas pulak nak buka rumah sendiri lama².Nak kata jemu tak jugak , nak kata idea beku sama sekali tidak. Mungkin sebab mood aku untuk berblogging sudah ke laut. Kalau aku blogwalking pun just sebagai silent reader je dan hanya akan tinggalkan komen pada blog² tertentu saja.Hrmm adakah ini petandanya yang aku akan meninggalkan dunia blogging ataupun mungkin aku terasa hati sehingga merajuk membawa diri begini.

Entah la aku tak tahu dari mana harus aku mulakan. Nak di ceritakan ibarat seperti membuka pekung di dada tapi kalau tidak di luahkan dada nie rasa sakit sangat menahan derita. Serius aku rasa sedih sangat sekarang nie .Aku tahu tak semua yang kita buat , orang akan suka dan terima .Tapi tak salah sekiranya aku cuba berusaha untuk membetulkan apa yang salah dan apa yang betul! Kadang² aku terfikir kenapa tidak boleh terima ketentuan ini dan jadi seperti orang lain yang dapat menerima ketentuan allah. Kenapa perlu menyalahkan orang lain sedangkan apa yang terjadi sudah suratan takdir. Tidak seorang pun pinta semua ini terjadi kepada dirinya. Semuanya telah tertulis dan apa yang terjadi pasti ada hikmah yang menanti.

Kalau hati aku di lukai aku masih boleh terima lagi tapi bukan hati orang yang paling aku sayang dalam dunia nie. Cukup la hinaan yang di lemparkan dan tuduhan yang tidak berasas selama ini. Hentikanlah!!! Sekali hati di sakiti mana mungkin parutnya akan pulih kembali. Peluang sudah di berikan tapi masih melakukan kesilapan yang sama. Sekali dua orang masih boleh terima tapi kalau dah kerap kali , hati mana yang mampu terima kan. Tambahan yang mengeluarkan kata² itu mempunyai pertalian darah. Aku sedih melihat semua ini.. Sampai bilakah semua ini akan berakhir. Tak kan la nak tunggu sampai mata tertutup rapat , badan terbujur kaku tanpa nyawa baru nak sedar. Janganlah terlalu angkuh dengan duniawi. Dunia mungkin terlepas tapi tidak di sana. Satu saat , satu masa akan ada penghitungan juga. Masa itu baru nak sedar , semuanya sudah terlambat..


Note: Kalau kak cik seroja mempunyai kisahnya tersendiri , aku juga tidak terlepas sama. Apa yang aku harapkan moga semua ini akan berakhir. Dah penat berbaik dan bermusuh.Kalau aku boleh rasa sakitnya inikan pula diri yang menanggung..huhuhuhu~ Kak zakie i really need you! Tak ada tempat untuk amy luahkan rasa yang terpendam selama ini. Suami mungkin boleh mendengar tapi tidak akan dapat menyelami apa yang ku rasa. Kerana pemahaman lelaki dan wanita sangat berbeza. :( Pernah sekali aku ingin kongsikan bersama ustaz Razak tapi tidak terlepas dari mulut ku.Serius aku betul² buntu..

May 15, 2011

Bakal isteri ke 4 Salih buka rahsia


Layannnnn !!!!!!!!!
Pendapat aku no komen.....


Note : Habis semua komen di entri yang lepas hilang begitu saja. Nasib baik la entri x de hilang huhuhuhu~

May 11, 2011

Cenderahati paling berharga


Cenderahati yang akan dinyatakan in tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan masa. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.


1.kehadiran

Kehadiran orang yang dikasihi iaitu satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih syang secara lebih utuh dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran andasebagai pembawa kebahagiaan.

2. mendengar

Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang yang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kiti diketahui bahawa sikap saling sedia mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda, secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penialaian. Sekadar ucapan terima kasih pun sudah cukup memadai untuknya.


3. diam

Seperti kata-kata, di dalam diam juga ada kekuatan/ diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam jugaboleh menunjukkan perasaancinta kita pada seseorang keranamemeberinya ’ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudahbiasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.

4. kebebasan

Mencintai seseorang bukanbermakna memberikan kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkagkita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberikan kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnyauntuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5. keindahan

Siapa yang tidakbahagia, jikaorang yang kitasayangi tiba-tiba tmpil lebih kacak atau cntik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jikaanda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6. tanggapan positif

Tanpa sedar, kita memberikan penilaiannegatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaan mutlak hanya kepada dia. Kali ini, cubahadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cibalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannyademi anda. Cuba ungatkan semula pernahkan anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7. sedia mengalah

Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangan, apakah wajar sebuah hibungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika si dia tidak menepati janji, tapi jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8. senyum

Percaya atau tidak, snyuman mempunyai kekuatan.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.
Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign