May 6, 2011

Mak Anon cari pasal ikut sedap nak hentam orang


Morning..

Sesiapa yang terlepas entri sebelum nie boleh lihat di SINI ye. Bukan apa nanti korang confuse pulak pasal apa tiba'2 aku dok cite pasal business lak kan!! Bukan aku nak menunjuk'2 ok tapi sekadar perkongsian dan aku amat memerlukan sokongan dari kawan'2. Jadi tolong jangan salah faham dan hentam aku ikut sedap jari ye!

Urmm.. di sebabkan entri semalam ada la mak anon nie dok serang aku. Sorry ye aku tak de masa nak layan dan memeningkan kepala dengan perkara yang tak penting. So dengan tanpa rasa bersalah aku delete terus komen tue. Senang tak payah pening kepala.. Dorang nie asyik nak dengki je , kadang'2 aku sendiri pun tak faham. Nak cakap aku nie tamak ke apa ke itu terpulang , sebab bagi aku apa yang aku lakukan sekarang adalah salah satu cara aku mengunakan peluang yang ada. Sampai bila aku asyik nak lihat orang berjaya sedangkan aku juga mampu lakukan seperti mereka. Lain orang lain bidang so dah ini bidang aku , salah ke wahai mak anon oi....Ok la tak mau cite pasal mak anon nie , tak pasal'2 dapat publisiti murahan pulak kat sini. So meh aku nak story kat korang di mana datangnya minat aku dengan perniagaan nie.

Percaya atau tidak kalau aku katakan aku tidak mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Ini kerana sebelum nie aku pernah mengalami kerugian. Sebelum nie aku pernah membuka satu butik bersama seorang kawan. Bezanya kami berdua , aku agak agresif berbanding dia yang lebih mengharapkan pelanggan datang ke kedai. Aku pula lebih suka membuat marketing di luar coz bagi aku dengan cara ini orang akan mudah tahu. Kos yang di keluarkan pun tidak la banyak.Tapi sayangnya perniagaan tue terpaksa di tutup atas sebab'2 tertentu.* salah faham bersama partner * Kalau semua nak harapkan kita x boleh juga kan so jalan terbaik adalah dengan menutup butik tue.

Tapi di sebabkan minat yang mendalam aku teruskan juga dengan membuat perniagaan dari rumah ke rumah. Time tue pakaian yang aku perolehi selain daripada barang di butik aku juga mengambil dari akak SITI FAiRUZ *salah seorang penyanyi tersohor di satu masa dulu.*Kak Siti banyak bagi semangat pada aku. So di situ lah bermulanya aku bertapak. Siang aku bekerja di ofis dan di sebelah malamnya pula aku akan berniaga dari rumah ke rumah.

Selain daripada menjual pakaian wanita , aku juga menjual barangan emas secara kutu. Maksudnya secara hutang 10 bulan. Barang emas tue pula aku ambil di salah sebuah kedai emas di jalan tar. Cina tue sangat mempercayai aku. Korang bayangkan la dengan tanpa modal aku boleh mengambil berbelas ribu harga barang emas.Alhamdulillah semuanya macam goreng pisang panas *ye la nak kuar duit terus terasa macam banyak kan so better la kuar sikit'2 jadi tak de lah terasa sangat.* Dalam aku mengejar keuntungan , tipulah kalau aku katakan aku tak pernah rugi. Biasanya kalau barang yang melibatkan hutang nie pasti akan ada masalah. Masalah time nak bayar , macam'2 alasan orang bagi. Aku nie pulak jenis cepat kesian , bila dengar alasan je cair aku. Mane tak rugi huhuhuhu~

Bila perniagaan aku semakin mendapat perhatian , aku cuba pasarkan pula jamu ADDURA dari Zarina Zainuddin. Time jual jamu memang best gila permintaan sentiasa ada. Last ibu kepada kak zarina syorkan aku buat facial treatment dan body massage dari rumah ke rumah coz di k.l orang memang x ada masa nak keluar kecuali hari cuti. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan sampai x terkejarkan.Satu hari aku dapat offer keje baru.So time tue aku dah mula slow sikit berniaga malam dan hujung minggu sebab aku lebih fokus pada kerja baru . Korang bayangkan dalam aku kerja di situ , aku juga buat part time dengan amassurance jual insurans dan jual kereta terpakai dengan salah sebuah use car di ampang. Time tue aku memang x de life hari'2 aku , kerja je. Sampai orang kata aku gila duit la.

Tapi dorang silap itulah cara aku mendapatkan modal untuk memulakan sesuatu perniagaan. Orang kata biar bersusah dulu bersenang kemudian. Duit modal dari keuntungan berniaga aku simpan sikit'2 sehingga aku jadikan satu modal untuk membuat business sekarang. Aku tak gunakan perkhidmatan loan bank ataupun duit dari keluarga sebab memang jenis aku dari kecil aku lebih suka berdikari. Aku mula menceburkan diri dalam pengurusan pekerja asing nie pun dari insurans yang aku buat. Perlindungan diri bagi pekerja asing so bila aku lihat ia boleh buat duit so aku fokus betul'2 sehinggalah sekarang aku ada lebih 400 lebih pekerja asing dari bangladesh. Insyaallah ada rezeki aku nak buat indonesia dan kemboja pulak. Doakan aku ye kawan'2..

Ok la rasanya agak panjang entri hari nie , nanti bosan pulak korang membacanya. Inilah sedikit kisah pengalaman aku menceburi bidang perniagaan * seorang yang workaholic *. Ingat tau aku bukan tamak tapi aku cuma gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Kepada yang baru nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan tue , jangan takut menghadapi risiko kerana setiap apa yang kita lakukan semua pasti ada risiko antara kecik dan besar je risikonya...

26 comments:

lalink7 said...

wahh pjg lebarr nie entrii..sabar la sis amy..pedulikkan jela dia sis..bio jeee

Kakcik Seroja said...

Amy memang hebat. Teruskan usaha itu, dik. Kalau 'termakan' kata2 orang, silap2 kita pulak tak makan!

Kakzakie Purvit said...

Panjang perjalanan utk mengecap kejayaan. Syabas Amy.... Kakak kagum dgn kegigihan Amy.

nurul rasya said...

tak bermakna la hidup kalau takde cabaran. kalau saya komen anon ni saya delete je. taknak buat dosa sebab kutuk anon

NM02 said...

orang tu dengki sebab amy hidup senang skang ni.

Sheherazade said...

pedulik kan anon tu kan dear ;),sekelumit pon x ganggu hidup kita

dear,xbosan bace!! serious kagum sgt

sambung lagi dear ;),plz

pia xde semangat mcm amy ;(

Unknown said...

semoga berjaya amy..:)

Noor Fatin said...

bagus la kak. akak bukan buat keje haram pun. semuanya halal, hasil usaha akak sendiri. biarkan org lain .diorg dengki je tu kak. sabar byk2 k! mula2 mmg rasa susah, lepas tu insyallah akan rasa senang. gudluck kak!

Nur Hawa Mohd Zin said...

teruskan usaha kak...kita nak berjaya mmg banyak halangan dan musuh kak..itu dugaan...be strong ya..akak untung rugi bukan mereka rasa :)

ibuintan said...

hebat semangat Amy..

kejayaan hasil titik peluh sendiri lebih manis kan


teruskan, pedulikan pada yg dengki kianat.... orang tu cemburu dengan kegigihan Amy sebenarnya

aza ni said...

what cam I say amy,

go amy go, May Allah bless you all yhe way

Anonymous said...

hebat! semoga Amy terus sukses dan berjaya

akak takde pengalaman berniaga..tsk!

aanie said...

kagum dgn amy...bisnes mmg kena kuat semangat dan berani tanggung risiko...sy xde kedua2 tu, jadi sy x berani nak mulakan bisnes...

amy, blh tolong x mcm mana cara nak memulakan sesuatu bisnes??

☾SHiemaCMa786☾ said...

sape la si anon tu..kalau cma dpt,cma tumbuk2 dia guna lesung batu cam tumbuk cili padi tu..
gerammmm nya!
apepun sabar ye amy..manusia mcm tu mmg x pernah puas ngan kehidupan org lain..
gud job amy..~biarkan c anon tu!

ahmad humairi said...

Anon tu sebagai pencabar kita, kita kena sabar melayannya. Tahniah! Amy dah berjaya pun!!!

sarah-najwan said...

tahniah amy..awk da berjaya akhirnya
usaha mmg tangga kejyaan...
pedulikan kata2 manusia yg PHD.mmg geng gini xde keja lain..asik berdengki je ngan org..pada mrk..org lain serba xkena..padahal dorang tu bukan succes mana pom..

KisahKasihMira said...

sokong ahmad humairi.
hehehe!!

p.s : http://kisahkasihmira.blogspot.com/

Yasminhamid said...

tahniah amy... kejayaan amy ni boleh jadi perangsang untuk org lain disana... saya sendiri seronok membaca kisah amy ni... pedulikkan kata anon tu..

Yasminhamid said...

tahniah amy... kejayaan amy ni boleh jadi perangsang untuk org lain disana... saya sendiri seronok membaca kisah amy ni... pedulikkan kata anon tu..

eelobor said...

2-3 ari lepas ada gak di siar oleh anoy dalam entri2 lama. sengaja saya publishkan. memula tuh nak buat juga entri khas, tapi bila di pikirkan balik, buat derkk jer. sebab kat situ kita dah nampak kematangan dia di tahap mana sebenarnya. jangan terlalu mengikut rentak orang yang rendah pemikirannya, sebab nanti orang lain cakap kat kita bukan pada si dia.

Adinda Amy Sensei said...

hai sis....lama x singgah sini..
apa khabar..
moga baik ye..

waaahh...hebat berbisnes ye..
moga terus berjayaa,...

kasihibu said...

kagum akk dengan semangat amy
semoga amy berjaya

Unknown said...

tabah amy..
kak ayu mmg kagum dgn semangatmu..
pedulikan apa yang mereka kata


dan...
kak ayu baca satu persatu entry kamu.. terus menyusuk ke kalbu kak ayu... semoga kamu sabar dan kuakan semangat!!

AtieAbid said...

saya pun ikut bersemngat bila baca entry kali ni.

akak mmg tabah n kuat semangat. saya kagum la..

nurkass said...

takpe amy..
anggap itu sebagai cabaran..
kuatkan semangat..demi masa depan..

pedulikan kata2 yg tak berfaedah tu..

Sarah Syazwani said...

biarla org nk kata apa..yg nk kaya kita..diorg tu dengki jekkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign