Jun 30, 2011
Maafkan diri ku , aku terpaksa pergi dahulu
Jun 29, 2011
Terkilan dengan sikap seorang blogger nie
Note : Badan demam panas tiba² kena sound macam tue sapa tak hangin kan.
Bila diri di duga beginilah jadinya
Jun 28, 2011
Jom join contest Sinar Raudah! Menangi ipad , BB playbook , Android dan...
Pesanan buat blogger
Jun 25, 2011
Jozan tetap Maharaja Lawak di hati aku
Jun 24, 2011
Semangat sungguh abang Nara dari beautifulnara
Tutorial pasang header blog
- Dashboard > Design > Edit html
- Klik expend widget template
- Ctrl + F untuk memudahkan mencari code
- Tulis 'content' dalam kotak kecik di sebelah kanan atas
- Then dah jumpa , copy code di bawah ini di atas code tadi kemudian SAVE
Pacman
his best word to me:
".. I have to show them i'm the best fighter.."
dia xcakap pon dia nak jadi best ‘winner’, sebab bagi dia yang penting FIGHT!!!
Ayat² yang boleh di amalkan
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah
1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
* Langkah 3:
* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi.
* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.
* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat...
Cara Letak Button Tweet di blogspot
2. Kemudian copy code di bawah ini :
3. Dan pastekan di atas key word nie <data:post.body/>
4. Preview sekiranya tiada sebarang masalah boleh la SAVE
Pelajar UIA mimpi jumpa Rasulullah
Jun 23, 2011
Hijab Tutorial Styling Cotton Ball Shawl
ALMOST THERE...( Hampir Ke Situ)
Tiba2 aku teringat lagu ni, time2 saat akhir final push kije aku ni.. Aku pon xtau, maybe mase memandu tetibe ade stesen pasang.. Dengar punye dengar jadi lagu ni terngiang2 kat telinga.. So aku pon carik.. Tapi best part of this song, words dia meaningfull and telling the truth la macam ne sebenarnye nak success.. Susah, senang, semangat, kata2 orang, dugaan, hikmah dan sebagainya.. so, aku masukkan la dalam list motivation song aku.. gud stuff..
And..aku ade hi lite few words yang bagi aku ade kick la..ehehe..
Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki
Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ
Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu
Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…
C’mon, you can do it!!!!!!!
Jozan bakal merangkul gelaran Maharaja Lawak
Kepanasan hati tercetus apabila..
note : Perempuan ini rakan sekampung aku. Just jumpa di facebook. Perkahwinan ke duanya bersama lelaki kristian berasal dari serawak. Setelah anak 3 lakinya ingin kembali ke agama asalnya dan si minah nie sanggup nak ikut lakinya.. Dunia² !!!!!!!!
Panas hati betul la dengan minah nie , Jangan bangga sangat la wei
Note : Lepas ni confirm dapat komen panas lagi...Nak tahu story selanjutnya tunggu bagi aku sejukkan diri dulu.Panas sangat nie! Kalau korang baca pun pasti korang akan rasa panas macam aku. double hot mungkin..
Blogger yang terpilih oleh Sinar Raudah
Note : Kepada blogger yang tersenarai namanya ini minta tinggalkan nama penuh anda , alamat dan juga no telifon anda di kotak komen ini. Jangan risau komen anda tidak akan di publishkan dan kepada yang telah bagi sebelum nie terima kasih di ucapkan.
Jun 22, 2011
Uncle google tukar lagi
The first day of summer for San Diego has finally arrived. Time to kick back, relax, and enjoy some much needed time at the beach.
But what signifies as the actual first day of summer? What makes the 21st of June so special? It is the day of the Summer Solstice. The beginning of the solstice is at 10:16 am PT and marks itself as the longest day of the year. This happens when the Sun is farthest north and the Earth is tilted at its max towards the Sun. It marks itself as the longest day of the year because the length of time between the sunrise and sunset is at the day’s maximum length for the year. Thereby having the longest day and the shortest night. Those in the Northern Hemisphere, like us, have the Summer Solstice happen in June, whereas those in the Southern Hemisphere have it in December. How long has the Summer Solstice been recognized though? And how was it celebrated?
Follower 1555 no kuda merah tapi...
Jangan terkejut kalau aku naik pelamin sekali lagi
Randay Panggalila ^ Elang dalam Cinta Melodi
Jun 21, 2011
Hidup ini indah sekiranya kita percaya bahawa
Hidup ini indah, sekiranya kita percaya bahawa kehidupan kita ini penuh dengan keindahan.Hidup juga penuh dengan kebahagiaan jika kita percaya kebahagiaan boleh kita perolehi di mana-mana sahaja. Hidup ini penuh dengan kekayaan jika kita percaya bahawa kehidupan ini sudah pun tersedia untuk kita. Pokok pangkalnya ia berpunca dari kepercayaan yang telah kita tanam di dalam diri kita. Besarnya impak kepercayaan yang wujud di dalam hidup kita.
Kepercayaanlah yang menentukan samada kita berjaya atau gagal dalam kehidupan. Dengan kepercayaan yang berbeza, kita dapat melihat tindakan yang berbeza kerana tindakan itu datang dari kepercayaan yang ada di dalam diri kita. Dengan kepercayaan yang berbeza juga kita dapat melihat pelbagai jenis kehidupan yang berbeza,kaya dan miskin, sedih dan gembira ianya juga impak dari kepercayaan.
Impak dari kepercayaan jugalah kita dapat melihat penganut agama yang berbeza beribadat di rumah ibadat yang berbeza dan menyembah Tuhan yang berbeza. Itulah hasil dari kepercayaan.
Terdapat kepercayaan yang sangat bermanfaat, konstruktif, suportif, dan membawa kita semakin dekat dengan apa yang kita inginkan dalam hidup. Ada juga kepercayaan yang tidak bermanfaat , kuno dan menghalang perjalanan kita dalam mencapai impian. Untuk belief seperti ini kita perlu segera memodifikasi, merekonstruksi, atau bahkan menggantinya dengan belief baru.
Ketahuilah, sekiranya ketika ini anda berada di dalam keadaan yang tidak anda inginkan, ianya adalah berpunca dari kepercayaan yang tidak bermanfaat mungkin tertanam tanpa anda sedari. Namun berita baik untuk anda anda dan kepercayaan adalah dua entiti yang berbeza. Jadi anda akan dapat mengubah , dan menggantikan ia dengan kepercayaan yang baru
Sering berkunjung tapi bila nak balas x boleh buka
Vietnamese spring roll
Bila menantu terkantoi dengan bapak mertua
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas Si Mamat Jawab “eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi…
Pantang Fasha Sandha di lokasi pengambaran
LETAK ke tepi sebentar segala spekulasi dan kontroversi yang pernah membelit Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha, 27, jika semua itu dijadikan ukuran, tiada keadilannya kerana kata-kata nakal seperti yang pernah menghimpitnya bagai tiada noktah.
Tinjau pula aspek kerjaya dan gerak lakonnya yang kian mantap dan hebat. Nama Fasha Sandha tidak perlu disangkal lagi popularitinya. Tidak hanya bersandar pada publisiti dan kegemilangan yang sudah selesa di genggaman, Fasha seorang pelakon yang hebat dan berjaya membina empayar seninya sendiri.
Mungkin ramai yang tidak tahu, aktres berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini seorang yang mementingkan disiplin dan bangun pagi (morning person), sejak dulu.
Pengalaman sebagai pengawas ketika di sekolah dan pendedahan sepanjang membina kerjaya sebagai peragawati sebelum ini membuatkannya seorang yang begitu berdisiplin dan mudah bangun waktu pagi.
Bertemu dengan Fasha ketika majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, Dewa Cinta baru-baru ini, kisah peribadi dan segala gosip bukan lagi menjadi topik perbualan sebaliknya ingin sekali dibongkar rahsia dirinya hingga berjaya mendaki ke tahap hari ini.
Meskipun pernah disisihkan media sebelum ini dan hampir mati lemas dipijak kontroversi, nama Fasha Sandha masih berdiri teguh. Bagi Fasha, segala yang berlaku sebagai ketentuan dan suratan yang mustahil diubah. Katanya, sikap jujur dan ikhlas juga adalah petua terbaik agar setiap langkah yang disusun tidak mudah tergelincir.“Apa yang saya kecapi bukanlah usaha sehari atau komitmen yang baru bermula semalam sebaliknya sejak dulu, disiplin dan komitmen dalam kerja sudah dijadikan amalan. Mungkin kerana saya melihat percaturan seni sebagai satu perjuangan, lantas saya tidak mengambil mudah dalam apa saja aspek membabitkan kerja.
“Saya juga seorang yang cukup menepati masa dan menghormati waktu. Semua pelakon atau pihak produksi yang pernah bekerja dengan saya sudah tahu perihal itu dan oleh sebab itu juga, saya begitu mengharapkan pihak lain juga menghormati masa saya juga.
“Jika ditanya mengapa, saya memang tiada jawapan yang konkrit kerana apa yang diamalkan itu adalah satu tanggungjawab dan komitmen sebagai seorang pelakon.
“Saya ikhlas berada di gelanggang seni dan tujuan utama untuk mencari rezeki. Justeru, saya melihat disiplin itu sebagai satu resipi terbaik yang menjadi rahsia buat saya selain persediaan sebelum membawa watak diberikan,” katanya.
Cara mudah untuk check blog dari kena hack
Jun 20, 2011
Di sebabkan internet down traffic blog aku x cukup
Cantiknya ^ Jom lihat video Hanis Zalikha nie!
Blogger menipu last aku jadi mangsa
Note : Kalau baca ayat dia macam aku beria nak balas mesej dia , pls ok aku x akan layan benda² macam nie.So plsss!!! Hentikan dari mesej aku di email mahupun di no telifon aku. Aku sama sekali tidak berminat dan berkenaan dengan facebook pun aku x berminat nak add TQ!