Jun 21, 2011

Pantang Fasha Sandha di lokasi pengambaran


KALI PERTAMA...gandingan Fasha dan Iqram sebagai June dan Iqbal dalam Dewa Cinta.

LETAK ke tepi sebentar segala spekulasi dan kontroversi yang pernah membelit Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha, 27, jika semua itu dijadikan ukuran, tiada keadilannya kerana kata-kata nakal seperti yang pernah menghimpitnya bagai tiada noktah.

Tinjau pula aspek kerjaya dan gerak lakonnya yang kian mantap dan hebat. Nama Fasha Sandha tidak perlu disangkal lagi popularitinya. Tidak hanya bersandar pada publisiti dan kegemilangan yang sudah selesa di genggaman, Fasha seorang pelakon yang hebat dan berjaya membina empayar seninya sendiri.

Mungkin ramai yang tidak tahu, aktres berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini seorang yang mementingkan disiplin dan bangun pagi (morning person), sejak dulu.

Pengalaman sebagai pengawas ketika di sekolah dan pendedahan sepanjang membina kerjaya sebagai peragawati sebelum ini membuatkannya seorang yang begitu berdisiplin dan mudah bangun waktu pagi.

Bertemu dengan Fasha ketika majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, Dewa Cinta baru-baru ini, kisah peribadi dan segala gosip bukan lagi menjadi topik perbualan sebaliknya ingin sekali dibongkar rahsia dirinya hingga berjaya mendaki ke tahap hari ini.

Meskipun pernah disisihkan media sebelum ini dan hampir mati lemas dipijak kontroversi, nama Fasha Sandha masih berdiri teguh. Bagi Fasha, segala yang berlaku sebagai ketentuan dan suratan yang mustahil diubah. Katanya, sikap jujur dan ikhlas juga adalah petua terbaik agar setiap langkah yang disusun tidak mudah tergelincir.

“Apa yang saya kecapi bukanlah usaha sehari atau komitmen yang baru bermula semalam sebaliknya sejak dulu, disiplin dan komitmen dalam kerja sudah dijadikan amalan. Mungkin kerana saya melihat percaturan seni sebagai satu perjuangan, lantas saya tidak mengambil mudah dalam apa saja aspek membabitkan kerja.

“Saya juga seorang yang cukup menepati masa dan menghormati waktu. Semua pelakon atau pihak produksi yang pernah bekerja dengan saya sudah tahu perihal itu dan oleh sebab itu juga, saya begitu mengharapkan pihak lain juga menghormati masa saya juga.

“Jika ditanya mengapa, saya memang tiada jawapan yang konkrit kerana apa yang diamalkan itu adalah satu tanggungjawab dan komitmen sebagai seorang pelakon.

“Saya ikhlas berada di gelanggang seni dan tujuan utama untuk mencari rezeki. Justeru, saya melihat disiplin itu sebagai satu resipi terbaik yang menjadi rahsia buat saya selain persediaan sebelum membawa watak diberikan,” katanya.

Berita selanjutnya di SINI....

12 comments:

eima said...

johor bahru ke penang ... aku rasa minah ni budak penang .. sbb kawan aku 1 sekolah ngan die .. tp tatau la klu die lahir kat JB tp skool kat penang ...cam aku lahir penang tp skool kat kedah .. ye ek .. hehehe

ni dr melodi ahad ri tu ek ... mrh artis sbb die kena tgu 4 jam !!

azwa amani said...

cantik dia ni...lagi cantik kalau perangai dan budaya tu di amalkan ikut melayu dan Islam

sahromnasrudin said...

lakonan dia boleh tahan huhuuhhhh

sarah-najwan said...

mmg betul..apa yg fasha dpt skrg merupakan hasil gigih dia..

akak suka lakonan fasha..mmg kelasss...hal2 peribadi dia..akak xamik port..yg penting kita nk tgk dia berlakon..

paling suka kalu dia berlakon jd perempuan licik..mantopppp...

saadon said...

tak minat dgn Fasha. Lisa Surihani tak pe.

Unknown said...

walaupun penuh kontroversi tapi bila buat kerja bersungguh2 dia ni..

eB said...

eB x minat dier.. x tau naper

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

xminat fasha..huhu

eMMe said...

ade yg best, n ade yg tak best pasal Fasha Sandha ni tapi, suke la tgk dia berlakon....walaupun dia antara artis yg paling kontroversi....

norhidana said...

walaupun dana tak suke ngn segala kontroversi dia,tak suke ngn sosial life dia
tp sgt minat ngn lakonan dia n disiplin yg dia ada...

Lelaki Ini said...

oh fasha~~
haha!XD

Sheherazade said...

fasha hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign