Jun 2, 2011

Definasi Cinta


Morning all..

Pagi nie aku nak mulakan entri dengan menjawab tag dari En.Ozzy. Actually dah lame SR x join mane² contest.Bukan sebab tak sudi tapi di sebabkan masa yang membataskan aku untuk melakukannya. Nak skodeng SR pun payah inikan pula nak join contest.huhuhuhu~ Oklah di sebabkan nama aku sudah di tag maka aku sahut cabaran untuk menjawab tag tue. Tag nie agak unik sikit , so kalau nak tahu boleh lihat di SINI.


Definasi CINTA! dari kacamata peribadi aku.

Pengertian Cinta dalam diri setiap insan sangat berbeza. Tidak ada yang sama meskipun seseorang itu kembar seiras sekali pun.Cinta adalah suatu perasaan kasih sayang yang murni dan tulus. Ketulusan pada suatu perasaan yang jujur dan murni tercurah dalam fikiran , ucapan mahupun perbuatan tanpa memandang aspek²lain.Cinta terlalu besar maknanya serta memerlukan pengorbanan terhadap insan yang di kasihi dan di cintai.Cinta tidak semestinya berakhir dengan seribu kemanisan , kadang kala kita terpaksa melepaskannya.Cinta juga bukan meminta tapi sebaliknya cinta adalah memberi.Kewujudan cinta dalam diri tidak pernah di undang malah cinta itu lahir tanpa di duga , tanpa di paksa dan tanpa di pinta.Penjelmaannya amat sukar di tolak , malah kenyataannya amat sukar di panggil dalam kehidupan.Betapa indah dan uniknya cinta^

Cinta ibarat sehelai kain putih. Buruknya cinta adalah kerana buruknya insan yang bercinta. Indah peribadi insan yang bercinta maka indahlah cinta yang di pupuk.Jangan salahkan orang jika gagal bercinta tapi salahkanlah diri sendiri kerana gagal menjaga cinta.Memang hukum alam telah menyatakan manusia hidup berpasangan.Telah juga di nyatakan bahawa setiap benda di dunia ini berpasangan.Jadi tidak salah mencari pasangan , cuma perlu pandai menjaganya serta harga diri.

Manusia jatuh cinta dari perasaan dan kemudian turun ke hati.Bohong besar kalau kita boleh jatuh cinta dengan begitu saja tanpa perlu mengelak.Bukan cinta juga namanya bila kita berkehendak mengontrol pasangan dan bukan cinta juga kalau kita sedia mengalah demi kepuasan kekasih.Cinta tidak melenyapkan semua masalah jadi cinta tidaklah seajaib yang kita sangkakan.Cinta hanya boleh membuatkan pasangan kekasih berani untuk menghadapi masalah.

Cinta boleh membuatkan kita gila. Gila dari segi negatif mahupun dari segi positif. Gila negatif ibarat seperti seorang Raja membina Taj Mahal untuk kekasihnya sehingga sanggup membunuh arkitek dan pekerja yang membina Taj Mahal demi untuk memastikan senibina Taj Mahal tidak di tiru oleh orang lain.Di zamannya dia merupakan seorang yang cinta gila negatif kerana sanggup membunuh demi kerana cinta.Kini di sebabkan kegilaannya India mempunyai salah satu keajaiban dunia.

Cinta tidak buta tapi menerima. Orang yang bercinta dapat melihat dan menyedari baik buruknya pilihan hati.Cinta ada banyak kategori dan biasanya kita cenderung membicarakan tentang cinta antara kekasih. Sedangkan suami isteri pun masih kekasih , berkasih dalam asas yang sah.Tapi itu bukan bermakna cinta yang lain tidak penting dan bermakna.Cuma cinta antara kekasih adalah cinta di ranking teratas dunia. Remaja , dewasa dan orang berumur malah kanak² semuanya tahu tentang cinta yang satu ini.Definasi cinta tidak dapat di tulis dengan kata² .Tidak ada definasi yang tepat untuk menjelaskan apakah itu cinta.Suatu perasaan yang tersimpan jauh di lubuk sanubari kita itu adalah cinta yang kita sendiri gagal untuk mendefinasikannya.Tapi kita tahu bila perasaan itu timbul kita akan merasakanCINTA.

Note : Cinta hakiki adalah cinta pada yang maha Esa . Cinta yang tidak pernah padam sehingga terpejamnya kedua belah mata ini..


Aku tag 3 jejaka setia SR


Dan 3 gadis setia SR

^ Sarah-Najwan } Bakal juri
^ Sis Diana } Baby Contest


22 comments:

ozzy said...

Assalam Amy..

Seperti diduga SR pasti menyajikan sebuah definasi yang padat..tahniah & semoga berjaya.

My Entry "DEFINASI CINTA"

sarah-najwan said...

arramak aiihhh...akak ditag..
rasa dah berzaman tak join apa2 ni..hehe

jika akak ada idea dan masa..akak buat deh..btw..tengs amy sb tag akak dgn tajuk DEFINISI CINTA..aduss...im in love now..with my hubby..hehehe..with my childs..terkesima jap..

btw..esei amy ttg cinta..padat gtu..dan akak mmg percaya..cinta tidak buta..yang buta ialah mata orangnya..

Kakzakie Purvit said...

Seronok kalau hidup penuh dengan cinta...

Scha406 said...

amboihh..kemain mcm essay spm pjgnyer..ehehe

azwa amani said...

wahhh,,bestnyer definisi kak amy...huhuhuhu :)

Nur Hawa Mohd Zin said...

pendapat dan makna yang bagus. betul kata akak cinta yang hakiki adalah cinta pada Maha Esa..dan cinta kenalah diserikan dengan syariah baru cinta manis dan bahagia :)

Bunga said...

cinta..cinta..susah diungkapkan pengertianya,..

☾SHiemaCMa786☾ said...

wow...bestnya baca definisi cinta..terharunye...
padat~

nurkass said...

wow..
penuh makna tu..i like..

sahromnasrudin said...

alamak..sy kne tag ke?? trime kasih ya...tp kalau sy nk jadi bakal juri boleh tak??? heheheheheheheh

aanie said...

good luck amy....ada can nak menang tu...

munna said...

good luck amy... yg paling utama cita pada pencipta kita..

Panglima7 said...

Alamakkk,,!!! Panglima telah di Tag.!!! Maksudnya...Panglima kena citerkan pengertian cinta dalam kacamata Panglima yea?....heeeee hehehe

Noor Fatin said...

gudluck kak ;D

Unknown said...

tunggu erti cinta dari akak pulak..
jenuh ni nak pikir apa pasal cinta...
yang akak tau cinta tu "jom kawen"
je....
hahahah

Zue Zoey said...

panjang betul definisi cinta SR :)
btw, dah follow balik..

Eera Shera said...

wah..cantik blog.pink gitu..hehe

Jangan Kalot said...

Cinta cintun. fuyoo. nanti tag saya pulak. hehe.

Sheherazade said...

very2 nice :)

me suya said...

salam akak.
lama xmenyinggah komen..
selalu sempat baca je kak..
busy sekarang ni.. attend kursus before officially mulakan tugas 13hb nanti.iNsyaALLAH, dah masuk ofis nanti suya akan bergiat kembali ke dunia blogging.. doakan suya yer kak.. Berpindah ke alam baru.. Bekerjaya.. :)

ct shah said...

betul..betul..betul..
Tapi cinta pada yg SATU jgn dilupa.

hai,salam perkenalan.:-)

Panglima7 said...

Alhamdulillah. Berjaya juga akhirnya Panglima siapkan entry "Definasi Cinta". ;) Sila klik. http://daulatpang5.blogspot.com/2011/06/definasi-cinta.html

Jangan gelak tauu...hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign