Jun 8, 2011

Bila diri di cabar dan tercabar , rasa macam nak bagi penampar je


Semalam aku ada sedikit masalah. Actually bukan sedikit la tapi banyak sebab masalah ni dah kerap kali terjadi pada aku. Dan semalam juga aku dah hampir nak meroyan di buatnya. Tak pernah² aku marah orang seteruk itu tapi semalam betul² menguji kesabaran aku. Di sebabkan tindakkan aku itu , en.hubby marah kepada aku huhuhu~Aku faham apa yang en.hubby maksudkan tapi sometime aku tak boleh terima alasan yang di beri sebab alasan langsung tak masuk akal.

U all nak tahu kelmarin aku ada pos handphone Blackberry kepada abang aku. Actually handphone tue di beli oleh customer aku seorang anggota polis berpangkat sarjan. Di sebabkan aku ingin memastikan barang itu tidak mengalami kerosakkan sebelum di terima kepada pelanggan jadi aku poskan kepada abang aku terlebih dahulu dengan harapan abang aku dapat check barang tue sebelum pass ke tangan customer tue. So nak di jadikan cerita petang semalam aku check tracking number items tue. Dan barang tue sudah pun sampai di pejabat pos yang berdekatan dengan kawasan rumah bonda.

Setelah beberapa minit dari masa yang aku check tue tiba² aku menerima panggilan telifon dari ayahanda mengatakan barang yang aku pos tue sudah hilang. Ayahanda bagitahu tadi posman tue jumpa ayahanda dan minta ayahanda ke pejabat pos. Kebetulan pula cousin aku keje di situ tapi yang peliknya posman yang bawa barang tue x cakap pape pun masa jumpa ayahanda.Dia cuma menyatakan yang cousin aku nak berjumpa ayahanda. Sesampai di pejabat pos baru la tahu cerita sebenar macam mana barang itu boleh hilang.

So ayahanda telifon aku semula minta aku cakap sendiri dengan psoman tue. First masa sembang memang aku boleh terima mungkin betul apa en.hubby cakap bukan rezeki aku. Tapi yang aku tak boleh terima posman tue menipu.Story pertama dan kedua bercanggah sangat. Lepas tue memang x masuk akal dia boleh cakap barang tu ada di raga motor , dia turun pergi hantar surat sekembalinya ke motor barang tue sudah tiada dan melihat sekeliling di semak terjumpa barang itu sudah berbuka dan hanya tinggal kotak saja. Tue story pertama dan story kedua setelah aku minta kotak itu untuk di jadikan bahan bukti di balai polis budak posman tue cakap pula kotak x de barang tu tercicir.Alasan jalan berlopak sedangkan kawasan tu berjalan tar.Dia cuba nak cakap belit dengan aku² boleh sabar lagi..Tapi bila dia sound cakap dengan aku lepas ni jangan cari dia berurusan terus dengan pos laju , tue yang buat darah aku naik.

U all tahu bukan dia saja malah bos besar dia pun bagi alasan yang sama. Aku tahu cara dorang nak lepas tangan dan meletakkan kesalahan itu kepada pos laju. Aku terus bersuara dengan bos besar dia jangan salahkan aku kalau aku bawa perkara ni ke tengah. Aku boleh dapatkan rekod perbualan tadi dengan budak posman nie. Terus bos besar dia cakap budak ni takut dengan aku sebab tu dia cakap macam tue. Hei please la tak payah nak buat alasan bodoh boleh tak. Logik ke barang atas motor boleh di kebas orang dalam masa dia serahkan surat ke rumah orang. Lame sangat ke dia hantar surat , setahu aku selalunya motor hanya di tinggalkan pada jarak dekat dengan posman je. Betul tak!

Petang semalam budak posman tue telifon cakap nak settle luar dan nak ganti barang tue . Alasan x nak di buang kerja nanti nak bagi anak bini makan apa. Di sebabkan aku fikir dia budak melayu dan dia perlu bagi makan kat anak bini dia aku masih bagi peluang lagi. Katanya petang nie but untill now x ada.Telifon x berangkat mesej tak berjawab. Aku tunggu untill pukul 5 nie if x ada jawabnya ke balai la. Serius sekarang aku memang dah x nak percaya dengan pos malaysia lagi. Hari tue aku hilang barang rm300 aku boleh maafkan even en.hubby x kasi aku panjangkan cerita dan minta aku anggap bukan rezeki aku tapi kali memnag x boleh maafkan lagi.

Sorry to my hubby bukan niat aku nak melawan cakap dia tapi en.hubby kena faham aku berniaga. Job dia dengan aku memang x sama. Memang ini salah satu risiko , aku akui tapi kalau barang tue hilang atas alasan yang kukuh aku boleh maafkan lagi tapi bukan dengan bagi alasan yang macam hampeh nie. Sorry la aku akan pertahankan hak aku. Cukup la selama ni aku dah banyak mengalah.Mungkin en.hubby boleh terima tapi tidak aku.En.hubby memang jenis orang yang tak suka nak panjang² cerita dan hanya menganggap itu bukan rezeki kita.Tapi sampai bila kita nak bagi muka pada mereka.hari nie aku esok lusa entah sapa pulak kan.




32 comments:

Sarah Syazwani said...

sabar ye amy..tp mmg betul kadang2 diorg ni kita kene bg pengajaran sket supaya x buat keje sambil lewa..cuba kalo diorg yg kene x ke melenting jugak kan

Cyda Acme said...

uishhhh kalo akak pun amy, mmg hangin satu badan bagi alasan yg tak munasabah. tah² dia yg amik tak? ishhh tak taulah nak ckp cemana.

Kak Amy said...

Sudah terbukti dia ambil sebab hari nie dia x datang keje pastu kata nak bayar hari nie , kalau betul nak bayar semalam la. tue mesti nak pergi jual handphone tue...geram betul!

Hanis Azla said...

sabar yer amy.. klu kena mcm tu dgn alasan yg kita tak boleh nak terima mmg rasa tak puas hati sgt..

Kakzakie Purvit said...

Pada kakak kalau dia tak ambil cerita very straight forward. Tak akan ada belok-belok.

1. Lain kali kalau nak pos guna courier service yg ada nama dan charge post pada pelanggan. Sykt ini ada insuran.

2. Banyak cerita pos laju yg sebenarnya kurang laju.

3. Buat saja laporan polis agar jadi pengajaran.

Kak Amy said...

Kak zakie : sekarang dah jadi macam ni pejabat pos suruh amy claim dengan pos laju , claim atas insurans.tapi budak tu tiba2 nak settle luar.tadi wife dia tipon marah2 cakap kenapa amy pos barang macam tue.terlarang! betul memang tau x boleh pos tapi barang tu kita letak items berkaca. dan kalau orang nak buka pun x boleh coz di balut dengan seletip tebal2.. mustahilkan kak kalau pencuri rembat dari motor dia dan buka dekat akwasan tue sedangkan nak buka seletif tu pun makan masa. So akhirnya dia terjerat dengan permainan dia sendiri.bini lak maki hamun amy cakap amy x de hati perut nak tuntut sedangkan amy x de nak tuntut pape , laki dia je yang tppn smlm minta jgn bt report dan dia nak bayar. geram bini dia x ada adap langsung.

Anonymous said...

mamasue pun naik hangin bila baca entry nih...huiihh...mcm mamasue nye barang plak yg hilang.klu jd kt mamasue pun,mmg akan amik action yg sama.tak blh dah nk sabar2

Aishah Megahasz said...

Saya pun nak share cerita pasal syarikat kurier (bukan poslaju)...

Baru-baru ni beli beg online. Bila beg tu sampai, bukak tengok beg tu ada bekas bertanda. Tengok dekat plastik pembungkus tu macam ada bekas cucuh rokok. Dah syak mesti si penghantar barang ni cucuh rokok dekat plastik kurier nak tengok apa barang dekat dalam tu. Kalau best boleh dia rembat. Dia cucuh rokok terkena dekat beg dalam plastik tu. Walaupun terkena sikit saja, tapi geramla. Sebab beg tu sampai ke tangan kita tak 100% elok. Mengadu dekat taukeh online. Dia buat surat report dekat management.

atuk said...

Assalamualaikum Amy


Subhanallah
Astaqfirullahalazim
moga dipermudahkan...

ps:lama saya tak ziarah..
dah wajah baruuu...tahniah

Wassalam

ozzy said...

Assalam..

Memang salah posmen tu kerana cuai..tapi kalau disebabkan hal ini bergaduh suami isteri pun x patut juga..sebaiknya masalah ini diasingkan antara peribadi (suami/isteri) dengan masalah kerja.Sebagai seorg suami saya juga dpt rasakan perasaan suami amy yg cuba menenangkan perasaan isterinya krn beranggapan bahawa dia mengambil berat masalah isterinya. Kalau berdiam diri nanti akan dikata x nak ambil tahu/berat. Terima saja nasihatnya dan jika x boleh juga mungkin boleh katakan "x pelah bang/ayang/kanda ini masalah kerja..biar saya setllekan".. sekurang2nya dia lega krn telah memberikan nasihat utk isterinya.

nurkass said...

haihhhh..kass baca pun dah dup dap dup dap dada nih..gerammmm betul ngan penyangak tu..mmg kurang ajar..mmg takleh diamkan perkara nih..kita berbisnes bukan sekadar dua tiga hari..kena ambil tindakan supaya org takkan pijak kepala kita..kalau asyik diam jek confirm diorang akan buat lagi..sabar itu ada batasnya tapi selesaikan dgn bijak..kass sokong amy..

kalau dah namanye pembelit camtulah..tokok tambah..boleh pulak wife dia masuk campur tu..ishhh..tuhan tu maha mengetahui walau sebesar kuman pun yg kita lakukan..guna courier lain jek amy..

Noor Fatin said...

hak kita kak, kita mesti tuntut. jangan lepaskan mcm tu je. nanti lama2 diorang akan buat balikk

eelobor said...

berdasarkan cerita yang di baca di atas, posmen bagi alasan yang meragui. nasihat perlu di bawa ke pihak berkuasa untuk kebaikan semua pihak.

Kak Amy said...

en.ozzy : actually we all x bergaduh , hubby amy just larang amy untuk panjangkan cerita. DIa jenis x suka benda macam ni di besarkan dan minta amy biarkan saja dan anggap barang tu bukan rezeki amy.Rugi adat berniaga katanya.Skg bila dah jelaskan kenapa amy buat macam tu baru en.hubby akur dan tahu kenapa dan mengapa amy bertindak begitu huhuhu~

suri solehah said...

salam amy..macam2 org tak bertanggungjawab ni..yg tak tahan nak marah kita balik..akak pun jenis tak tahan kalau kes mcm ni...

sarah-najwan said...

sabar yer amy..
akak ni xde pglmn lagi ngan situasi gini

setakat kalu pos pun..nilai yg sedikit aje..tu pun dah kemain takut xsampai..tapi sampailah jugak

apatah lagi kalu brg mahal gtu kan..lagilah takut..

amy kene fikir cara lain lenkali utk pos brg2 supaya pisang xberbuah byk kali..

☾SHiemaCMa786☾ said...

x sangka ada lagi yg x jujr dlm bekerja..sabar ye amy..kalau cma jadi amy pun mesti hangen gila.elok la bt report..dah selalu sgt terkena..

Panglima7 said...

Assalam Amy,
ermm...kalau Panglima laa....
Panglima akan buat laporan Polis dan laporan Polis itu untuk Panglima Claim Insuran. Panglima report Polis bukan kerana nak kenakan si Posmen....tetapi supaya Polis menyiasat, bagaimana barang tersebut boleh hilang. Jikalau Posmen itu di pihak yang benar....kita ada undang2 buruh ....Undang2 buruh akan melindungi Posmen tersebut...dan majikannya iaitu Pos Laju tidak akan sewenang2nya membuang kerja terhadap posmen itu selagi tak dibuktikan kesalahannya. Tapi nampak gayanya ...posmen itu nak settle diluar....macam takut ajer. Bagi Panglima...benda hilang boleh negotiate diluar ker... Kalau Panglima tak salah...Panglima tak akan ganti barang tu. Tapi jika Panglima ada rasa perasaan belas...Panglima akan ganti walaupun bukan salah Panglima.

Apa pun Amy...lepas nie...amy guna lah courier service mcm Nation Wide ker..apa ker.... tapi Panglima tak tahu laa..berapa dia org charge. Tapi so far penghantaran yg courier lakukan adalah yang TERBAIK.

azieazah said...

Baca pun rasa menyirap jugak darah nih...

btw, posmen tu ker yang cilok barang tu?

Hudalatip said...

ishhh, kalau saya pun hangin jugak ni..boleh pulak si posmen bagi alasan cam gitu..tak masuk akal la..kalau saya, mungkin akan buat perkara yang sama macam amy buat...

Scha406 said...

awak...sabar eh...pasti ade hikmah disebaliknya....

Nur Hawa Mohd Zin said...

first = orang tak kan amik bungkusan tu kalu tak tahu apa kat dalam

second = alasan yang bercanggah dan cerita tak logik

third = cara layan customer agak tak da integriti langsung

kurus said...

uishh dikk akak setuju sgt2 cakap2 last adik tuu .. sampai bila kan kita nak anggap bukan rejeki kita .. kena juga bagi pengajaran pada org tuu supaya lebih berhati2 dan amanah .. bukan buat suke2 .. tu hp .. kalau brg yg lebih berharga dari itu ..

huhuh akak memang dah lama x pakai pos laju mesia nie kalau antar barang2 .. suke airpack ! :)) apa2 pun buat slow2 ya amy .. jgn kalut2 .. make sure amy puas hati ..

Sheherazade said...

SABA YE DEAR,CABARAN berniaga

keje kena ikhlas dan bertanggungjawab kan.

xpatut btl

Unknown said...

cuainya pos malaysia..
memang banyak la rungutan pada depa ni..tak peka langsung!!!
kalau tak mampu uruskan dengan elok,baik tutup je..

Unknown said...

kesiannya amy........
memahami keadaan yang melanda amy..
terbukti ada kompirasi..

kak tahu amy kuat...
kak tahu amy tahu ini yang bakal berlaku..

tukar ke cara lain ya dik utk post barang..
harap ada jln penyelesaiannya

white rose said...

salam amy...
fuuhh...berdesup baca cerita ni...

sowi dear, lama xdtg sini...
banyak hal yg terjadi...

macam amy la kan...
mcm2 hal...

jangan bnyk cakap dah amy,
bertindak terus...
banyak amy ckp, banyak lagi yg amy sakit hati nti...
so, terus bertindak...
xyah layan semua karutan itu...
buat laporan je, dengar je ape tindakan polis lps ni..

ok dear...
take care...
mis u...moga2 semuanya dipermudahkan Allah

ana said...

memang bahaya la pos benda2 mcm tu..klu brg berharga ana lebih prefer guna private kurier.

zura_habibhaariz said...

amy,semalam dh baca tapi x komen...tgh basuh pinggan pun duk pikir masalah amy huhu...
ni dh kali kedua terkena ngan pos malaysia...pasnie xyah dh guna khidmat dieorg..guna kurier...walaupun ada gak baca kt blog2 yg kurier sevice pun kdg2 smpi kt tgn sampul dh terbukak tp rasanya kurier lg terjamin kot...kot la...
pasal si bini posmen tu plak...nape amy x letak je tepon..ckap "malas aku nak layan mung" ..dia plak hok melebih2....

eima said...

bw je kes nih ke tgh...
klu kite diam mungkin org plak yg akan kena pas ni

eB said...

betol stuju... sbb citer dier mmg x logik... cumer kalo dier cakap elok, mungkin eB consider dier nk ganti skit2 sbb x mampu.. tapi kalo kurang ajar... x kira la satu bangsa pn, eB tetap angin...

xoniisa said...

Pos laju mmg xleh pakai. You ada declair tak yg dlam tu handphone? klau ye, nasib u laa. Ikut nasib gak la. Ada org nasib buruk, ada nasib bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign