Oct 24, 2012

Apa motif kakak ni call aku cakap camtue


Assalammualaikum w.b.t

Nak luah perasaan sikit la. Dah cuba cari motif sebenar tapi masih x jumpa lagi so di harap rakan-rakan boleh tolong buat kesimpulan di atas story aku nie...

Macam nie, beberapa hari lepas ada seorang akak ni call aku. Rakan FB tapi x de la kenal mane, just beramah mesra dalam FB je.. Beliau juga merupakan seller online.. Hurmm.. yang menjadi persoalannya bila dia call mengarahkan aku berbuat sesuatu yang aku sendiri rasa macam x masuk akal je..

Aku rasa dah lame aku x berapa aktif menjual di FB gara-gara faktor kesihatan aku. Tapi mungkin sekali-sekali tue aku nak melepaskan gian, aku upload la gambar juga.. SO gambar yang aku upload buat dia x puas hati makanya dia pun call la aku...

Bunyinya lebih kurang macam nie, " Amy sihat and bla bla bla....akak rasakan amy x payah la upload gambar-gambar sangat sebab nanti orang kata macam nak menunjuk-nunjuk pulak".. Aku terdiam seketika...

Menunjuk maksud akak... takde la amy upload gambar-gambar oversea tu nanti orang ingat amy saja nak menunjuk... Aku jawab dengan tenang, lar tue kan barang berniaga saya x kan saya x boleh nak upload.. Gambar bercuti ke apa ke x de dah saya nak upload.. susah la macam nie kalau orang fikir macam tue... Kalau sebab gambar saya kat Palembang tue buat orang x senang ok saya delete...( padahal gambar sekeping je dah kecoh )

Aku pun terus delete gambar tersebut dan si akak ngok ngek tu x de dah nak komplen lagi.. Aku ada upload gambar clock station dari London , aku upload untuk buka order pada yang berminat bukan nak menunjuk..kalau nak menunjuk baik aku ambil gambar yang dah sedia di pasang kat rumah kan...

Inilah gambar yang di maksudkan...

Persoalannya , dia baik punya upload gambar set pinggan mangkuk baru, gambar makan apa semua upload, makanan dari pagi sampai ke malam, gambar bercuti, beli apa semua upload dalam fb..tapi x de pulak aku nak meroyan sampai call dia cakap gitu. Adeh sungguh x faham kenapa erk ada orang camni...

Ada satu part tue buat aku rasa geli hati sangat, katanya akak dah malas nak berniaga online and bla bla bla.. Tapi aku tengok rancak je. Adakah apa yang di katakan tue minta aku stop atau apa erk! serius x faham sehingga hari ini aku masih x dapat jawapannya lagi....

Apa kata uollsss....
Kesimpulannya please....


# jangan ada yang salah faham lagi, hari tue aku cakap kat orang lain tapi orang lain pulak yang terasa hati.. Sedap hentam aku padahal kita x de cakap kat dia pun. Bila aku tunjuk bukti perbualan terus diam, x reti la nak minta maaf sebab dah burukan nama aku.. X faham la manusia nie..







Oct 23, 2012

Bila saya dah mula mengidam


Drama bersiri Adam & Hawa.

Sebelum nie x tahu pun pasal drama tersebut. Selalu nampak orang update tapi x de pulak nak ambil tahu sehinggalah satu hari tue. Bila dah bosan tahap gaban, asyik terbaring dan tidur je. Nak layan Fb x larat , nak berbelog x de mood jadi godek punya godek terjumpa la satu link nie. Link tue aku dapat dari belog abang Nara. So klik punya klik, tercampak la aku di page Tonton Drama Adam dan Hawa Secara Online  di mane ada video drama bersiri Adam & Hawa.. Jadi terlayan la tanpa di sengajakan...

Bermula dari episode pertama sehingga la episode ke 30. Dari x nak tahu terus jadi nak tahu. Dari x suka terus jatuh cinta. Ahaks! auwww....

Memang satu kerugian besar bagi aku sebab x mengikuti drama ini dari awal. tapi mujur juga la ada KLHIVE.COM penyelamat aku hik hik..;) kalau x aku x kenal sapa itu Adam , sapa itu Ain dan sapa itu Johan. Harus di beri highlight pada nama Johan kerana aku telah jatuh cinta padanya.Opsssss! jangan nak menggatal boleh x???

Now aku dah mula mengikuti drama bersiri ini di kaca tv. Baru 3 kali tengok kat tv dah kecoh ha ha.. Harus di beri pujian ok sebab bertambah lagi sorang pengikut drama bersiri nie he he...

Suka tengok Adam dan Ain tapi lagi suka tengok Johan. mengidam tengok muka johan. Erk boleh camtue.. Setiap hari mesti nak tengok muka Johan. Dasyat sungguh penanggan Johan huk huk...

"Sorry ini bukan mengidam namanya tapi lebih kepada menggatal" sian en.hubby setiap kali tengok Adam & Hawa , perkataan pertama yang akan keluar dari mulut aku adalah..suka tengok Johan.. Muka macam korean... Auwwww...

'En.Hubby buat muka toya malas nak layan bini yang mabuk dan angau dengan si Johan ha ha ha.. Harap jangan muntah kuning ye, iyakan saja okiesss...' Now dah mula mengumpul gambar-gambar si Johan aka Dazrin Kamarudin. Sangat suka tengok muka ala-ala korean nie..peace papaboo.. jangan jeles okies;)

Hurm, ok la kan en.hubby sibuk dengan Mat Gaddarnya dan aku pulak sibuk dengan Johan. Ala sekadar meminati x lebih dari itu. Tapi ada terfikir jugak , kalau la ianya lebih kepada mengidam.. kes nanya ow , sok kuar anak ada sikit muka cam Johan, ada sikit muka cam Mat Gaddar dan ada sikit muka cam papanya ha ha ha...Wei jangan buat pasal.. So harus di buang perkataan mengidam itu dan di gantikan kepada admire..

Dah..dah.. jangan nak melalut ok amy syaquena.. kejap mengidam sambal udang la , mengidam itu la, ini la..sebenarnya lebih kepada mengada-ngada je ni. Ye la kalau sorang-sorang taw dok diam-diam. Tapi asal nampak muka en.hubby je datang la mengada-ngadanya., Nak itu la , ini la.. nasib kau la Amirul oi dapat bini loghat gini, sakit sikit ngada-ngada je lebih hu hu hu...

Pape pun nak cakap sekali lagi suka tengok muka Johan ha ha ha! sengal punya amy ;)

Jom like page DAZRIN

Mat Gaddar OH Tidakkkk!!!

Papaboo tetap di hati ku..
sama x adinda ku dan suami ku ha ha..
ada la sipi-sipi he he..



Sekian..

Entri sengal dari minah sengal ha ha ha ..

Bye!!!
















Oct 18, 2012

Menguji kesabaran sehingga hilang pertimbangan


Assalammualikum w.b.t

Hurmm rasanya dah lame aku x buat post pasal hal nie. Bukan apa rasanya dah bosan asyik bercerita benda yang sama. Tapi tue la, kita rasa bosan nak menjawab tapi mereka-mereka tak pernah rasa bosan, malah mengajukan dan terus mengajukan soalan-soalan yang menyentuh sensitiviti seseorang.

"Bila nak kawen? Bila nak dapat anak? Bila nak tambah lagi?"

Perkara ni bukan baru lagi dalam kehidupan kita malah ianya dah lame berlaku. Yang kesiannya pada mereka yang berada di situasi itu. Memang agak stress. Kalau soalan tue di ajukan sekali dua x pe lagi tapi kalau dah di ulang banyak kali, x ke berapi telinga.. sakit hati dibuatnya dan dengan x sengaja kita mula membenci mereka." itu aku la x tahu pulak kalau orang lain"..

Kalau yang baru kawen x sampai 3 bulan dah boleh merungut, bosan, x selesa dan sakit hati. Apatah lagi yang dah bertahun menunggu. Kalau aku rasa dah senak otak bila dengar soalan-soalan cepungmas gitu apatah lagi mereka yang jauh lebih lame dari aku. Confirm dorang dah malas nak layan dan dengar kan.

Beberapa bulan lepas aku hampir-hampir nak lempang mulut puaka sorang mak cik ni. Serius betul-betul menguji kesabaran aku sampai aku rasa hilang pertimbangan dengan dia. Time tue wedding abang aku. Kenduri kahwin sure la busykan. Tapi dalam kesibukan aku cuba puaskan hati semua orang. Mane tetamu yang aku kenal, aku beramah mesra tapi ada sorang tetamu nie buat aku hilang sabar.Tetamu nie kira ada bau-bau kentut je gan family aku. tapi mulut dia , ya Ampun macam memang x de insurans punya.

Masa aku tengah sibuk layan rombongan belah perempuan tiba-tiba tangan aku di tarik tengah-tengah orang ramai lalu dia bertanya " Dah ada isi belum??" Dalam hati aku berkata, lar tarik tangan aku semata-mata nak tanya tue je.. Aku pun jawab dengan baik.." Insyaallah doakanlah ye"..

Aku x tahu pulak jawapan aku tu buat dia x puas hati. Dia terus bertanya tanpa melepaskan tangan aku. Bayangkanlah dengan tetamu yang ramai dia boleh tanya soalan camtue. Memang berapi aku time tue, malu , sakit hati semua ada. Cara dia buat aku rasa nak lempang je muka dia tapi sebab aku fikirkan kedua orang tua aku dan aku hormati kenduri abang aku.. Maka aku mengalah dan berkata, x de lagi ha! Terus dia lepas tangan aku sambil tersenyum....

Masuk dalam rumah, datang seorang lagi. Mak janda! jiran lame mak aku. Dia pun tanya soalan yang sama.. The best part aku dah jawab " belum ada rezeki lagi cik".. aku ingat jawapan aku tue boleh buat dia sedapkan hati aku, tapi sebaliknya..boleh dia jawab " Sian kau na, laki hensem, ada kerjaya tapi x ada anak.. x usaha pergi berubat ke"

"Perghhh! sekali lagi telinga aku berasap.Aku x jawab pun aku blah camtue je.."

Nak kata bodoh dah besar panjang x kan la orang duduk diam saja. Orang lapar pun tahu cari nasi.. Sakit pun tahu cari ubat inikan pulak benda camni...Habis kenduri aku terus cakap gan mak aku, mulai dari hari ni aku x kan jejak kaki aku di rumah si polan dan si polan.. Mak akur je sebab dia faham anaknya ini malu dan tertekan dengan soalan-soalan maut nie..

Lepas kejadian tue, buat aku berfikir balik. Buat apa aku nak sakit hati, buat apa aku sampai nak membenci orang. Redhakan saja. Ini semua dah di tentukan oleh Allah. Kalau mereka masih mempertikaikan sama seperti mereka tidak percaya pada rukun iman ke 6. Sehingga kini bila orang tanya aku hanya akan jawab.. "tanyalah Allah kenapa DIA x nak bagi lagi." confirm orang tue akan malu dan mengalah...Penat dah , so rasanya itu jawapan terbaik kerana aku tahu mereka x akan bertanya lagi.

So pada rakan-rakan yang sering di ajukan 3 soalan seperti yang aku sebutkan di atas, Just abaikan saja..x perlu nak serabutkan otak. Sebenarnya kita bertuah kerana Allah memilih kita untuk di uji sedemikian rupa, itu tandanya Allah sayangkan kita. Dugaan yang di beri akan buat kita lagi kuat dan tabah.. percayalah kerana itu yang aku cuba lakukan sekarang...









Oct 16, 2012

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kalau sebelum nie badan aku lembik x bermaya,tapi hari nie aku rasa ok sikit berbanding hari-hari sebelumnya. Harap ianya akan kembali normal seperti biasa. Mudah-mudahan , amin ;)

Hampir 2 minggu lebih aku di uji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Bermula masa ke Palembang lagi aku sudah menunjukkan tanda-tanda moody sehinggalah pulang ke Malaysia. Aku demam beberapa hari dan selepas dari itu aku langsung tiada selera makan sehingga la ke hari ini.

Mungkin di sebabkan terlalu aktif dan banyak travel, Allah menarik nikmat kesihatan dan memberi aku sakit sehingga tiada selera makan. Alhamdulillah semoga ia menjadi kifarah dosa dan menyuruh aku untuk slow down...

Hari ini dengan berat hati, aku terpaksa melepaskan beberapa projek yang aku sudah tandatangani. Walaupun berat untuk melepaskan tapi demi kesihatan aku, aku terpaksa lakukannya.. Sampai bila aku sendiri tidak pasti.. Aku harap ianya akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat ini.

Aktiviti online juga terpaksa di kurangkan. Banyak panggilan telifon dan mesej yang aku tidak dapat jawab. Kalau aku jawab pun akan mengambil masa yang lame.. Maaf sangat bukan aku sengaja tapi kesihatan aku yang membataskan semua itu.

Agak stress juga sebab aku seorang yang sangat aktif tapi sekarang aku terpaksa terlantar di atas katil tanpa boleh melakukan sebarang pekerjaan. Dugaan besar bagi aku. Pernah sekali tue aku merungut pada en.hubby tapi jawapan yang aku terima buat aku tersedar, aku x sepatutnya merungut tapi aku harus bersyukur.. ya mama harus bersyukur.. Kata-kata itu yang sering en.hubby ungkapkan pada aku.

En.hubby banyak bagi semangat pada aku. Di saat aku terlantar begini dialah yang mengambil tugas aku. Dia jugalah yang memujuk aku agar aku melepaskan semua kerja yang ada sekarang. Thanks papaboo di atas apa yang papaboo lakukan. Appreciate sangat :)

Pada rakan-rakan blogger, silent reader blog sinar raudah dot com, aku selaku owner blog ini , dengan rendah diri memohon maaf  pada anda semua sekiranya sepanjang aku menulis di blog ini ada kata-kata yang menguris hati kalian semua.samaada di sengajakan mahupun tidak di sengajakan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri. Maaf sekali lagi..















Oct 5, 2012

Percutian di Kampung Talang Balai Palembang, Indonesia

Assalammualaikum w.b.t

Sapu-sapu sikit habuk dan sawang.. dah clear semua baru boleh bercerita. Ok aku just nak kongsi sedikit pengalaman percutian aku baru-baru nie. Destinasi kali nie ke Palembang Indonesia. Percutian yang bagi aku lain daripada yang lain, berbanding percutian-percutian sebelum ini. Sebab itu wajib adakan entry he he...

Satu pengalaman baru bagi aku apabila bercuti jauh di luar kota. Kami menginap di rumah Pak Helmi di kampung Talang Balai, Palembang Indonesia iaitu kira-kira 60 Km dari airport Sultan Mahmud Badaruddin II Palembang, Indonesia dan mengambil masa lebih 2 jam perjalanan untuk sampai ke rumahnya. Kira macam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur la tapi yang membezakannya, kita ada highway tapi di sana tak ada highway. Hanya ada satu laluan sahaja..Struktur jalannya pula tersangatlah kecil, betul-betul muat untuk kereta saja. Kalau ada yang naik motor, berbasikal atau berjalan kaki memang sangat merbahaya.

Sesampai di Palembang cuaca agak panas dan berjerubu kuat. Sehari saja dah buat aku rasa kering dan perit tekak seperti nak demam. Bayangkanlah dari bulan puasa hari itu sehingga sehari sebelum kami pulang ke Malaysia baru hujan. Tanaman habis mati. ye la x cukup air kan.. Kalau kita manusia ni pun x tahan apatah lagi tumbuh-tumbuhan yang sentiasa berjemur. Pape pun kita patut bersyukur kerana kita x rasa seperti mana apa yang mereka rasa di sana.

Ok masa sampai di rumah Pak helmi, kami di sambut dengan cukup meriah sekali. Tapi x de la kompang ke apa ke ye. Cuma kedatangan kami turut di sambut oleh jiran tetangga. Di hidangkannya kami pempek @ empek-empek iaitu salah satu makanan popular di tempat mereka. Setibanya kami di rumah Pak helmi, jiran tetangga tidak henti-henti datang berkunjung untuk berkenalan dengan kami yang datang dari Malaysia. Sesuatu yang sangat luar biasa. Kalau tempat kita, orang luar datang x de pun jirang tetangga nak bagi penghargaan kan.. Beza sangat di sana..

Keesok harinya.. Pukul 5 pagi dah terang menerang seperti pukul 9 pagi di Malaysia. Time tue baru masuk sembahyang subuh.Terangnya bukan seperti di sini. Ya lah di sanakan kemarau tambah jerubu, jadi paginya kita dah dapat rasa bahang panasnya. Masa malam tue pun aku sempat lihat bulan yang merah... Pukul 5.30 pagi anak-anak kecil dah mula ke sekolah. Kalau tempat kita pukul 5.30 tue masih dalam selimut lagi. Padahal beza masa kita dengan di sana hanya lewat Indonesia 1 jam je tapi rasanya seperti banyak bezanya. Rasa macam malamnya singkat je.

Rumah Pak Helmi bersebelahan dengan sekolah rendah. So pagi tue sempat la aku lihat keadaan sekolah di sana. Sekolah x de pagar tapi di sekeliling sekolah tue ada gerai orang menjual. Kalau tempat kita tue sure kena saman, ye la sebab dah ada kantin mana mungkin di benarkan orang menjual lagi. Betul tak. x sama..

Sepupu kepada Pak helmi merupakan kepala sekolah aka pengetua sekolah.Sempat juga aku bertanya berapakah gaji untuk kepala sekolah di sana. Ibu Rodhiyah sudah berhidmat lebih 30 tahun sebagai kepala sekolah. Gajinya baru dekat 3 juta iaitu kira-kira RM900 duit kita. Sikit sangat kan, kalau tempat kita pengetua sekolah tue gaji lebih dari 3 ribu.Tapi kalau di sana nilai 3 juta tu dah cukup besar..

Petang tue ada keramaian di mana Pak Helmi ada buat sedikit upacara di mana penduduk kampung di jemput hadir. Siap ada khemah kau. Makanan yang di hidangkan untuk para tetamu adalah Bonggor x pasti betul ke x ejaannya tapi kalau tempat kita panggil laksei. Makanan yang popular di pantai Timur. Ramai kau yang hadir dekan lebih 100 orang. Dari ketua kampung, ketua istiadat dan macam-macam lagi yang berpangkat datang. Mereka suka dengar kita bercerita tentang negara kita, Malaysia. Tapi dalam banyak-banyak negeri dekat Malaysia ni, hanya negeri Kelantan saja yang mereka tahu, berikutan kes Manohara. Mereka mengikuti perkembangan Manohara dan Tengku Fakhry.

Pelik masa di sana betul-betul mencabar. Tekak rasa nak makan macam-macam. Ada ke aku minta benda yang pelik-pelik.. ais krim la.. itu la.. nie la.. Tapi alhamdulillah apa yang aku nak semuanya dapat. Thanks pada Adik Padi dan Uci kerana bersusah payah memenuhi permintaan aku.

Boleh di katakan sepanjang kami di sana, rumah Pak Helmi x henti-henti di kunjungi jiran tetangga. Ada yang bawakan makanan, cenderahati kepada ayahanda dan bonda. Best sebab aku x pernah lagi merasa layanan dan percutian sebegitu. percutian yang betul-betul jauh daripada bandar dan dapat merasa suasa kampung. Masa nak balik tue, semua bagi penghormatan pada kami. Anak-anak Pak helmi siap menangis, mungkin bagi mereka tidak akan jumpa kami lagi. Insyaallah aku akan kembali lagi di sana. Thanks pada penduduk kampung Talang Balai di atas layanan yang di berikan. Ianya akan jadi satu kenangan terindah bagi aku sekeluarga.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II

Waktu pagi di sana dah macam tengahari kan..
Muka baru bangun tido terus ambil gambar.
**Baru sehari muka dah sunburn 

En Hubby depan kompleks Ramayana di bandar Palembang...
**Muka sunburn teruk hu hu...

Ok tak!
Kalau bawa balik Malaysia kan best..
tapi yang x tahan kalau time parking kena bawa baterinya
Tumporrr wei, bateri dah rope bateri kereta tue..berat dowh!
**Nak balik dah nie, muka dah sunburn teruk

Kena banyak makan vitamin lagi nie...
Tunggu lagi 2 minggu pasti kembali normal.
sempat lagi promote he he..

Seronok makan camni dengan masakan kampung.. memang terbaik
En.Hubby siap bertambah-tambah lagi..

Gambar nie pinjam dari uncle google 
sebab gambar yang di ambil masih x transfer  lagi
yang ada ni , ambil dari hp

Ok ini la gambar Pempek aka empek-empek
Kalau lihat sama macam keropok lekor rebus

Di buat dari ikan + sagu , ada 2 jenis 
satu kosong dan satu lagi di dalamnya ada telur..
Cicah dengan sos kicap , ada cili dan campuran cuka
Best sangattttt!




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign