Jul 31, 2012

Saya risaukan mereka


Tak de apa yang nak di kongsikan hari ini..Fikiran bercelaru , jasad ku saja disini tapi hati dan fikiran aku di kampung.Risaukan keadaan bonda.. Tekanan darah Mak naik mendadak..Sedih bila call, Mak bagitahu x larat sangat! Ya Allah sayunya hati aku dan tanpa di sedari air mata berjujurai jatuh...Mak jarang mengeluh sakit tapi kali ini, Mak benar-benar tidak larat... Selalu kalau sakit macam mane sekali pun, Mak akan tetap bangun dan gagahkan diri untuk masak tapi kali nie Mak cakap Mak x larat tapi Mak tetap berpuasa juga.

Serba salah nak balik kampung. Hubby pulak x sihat, demam..x kan aku nak tinggalkan hubby bersendiri dengan keadaan dia macam tue tapi dalam masa yang sama aku juga risaukan keadaan Mak. Ya Allah Kau sembuhkanlah penyakit kedua-dua orang yang aku sayang ini.Moga keadaan Mak dan hubby cepat sembuh. 
Amin~  







Jul 28, 2012

Peristiwa 2 tahun lepas..suami pegang-pegang tangan...


Salam 8 Ramadhan...

Pantasnya masa berlalu, sedar x sedar dah 7 Ramadhan berlalu.. Lagu raya dah mula berkumandang di corong radio. Ya Allah, sedihnya. Sungguh, aku belum bersedia untuk berpisah denganmu ya Ramadhan. Serius agak kurang berakhlak untuk memainkan lagu raya pada awal Ramadan. Separuh Ramadhan pun belum habis lagi , stesyen radio dah sibuk pasang lagu raya.. uish..uish..uish..

Tapi mungkin juga mereka sedang menghayati dan berimaginasi matlamat akhir mereka dalam bulan Ramadhan ini iaitu merayakan kejayaan mereka dalam Ramadhan, supaya mereka jadi lebih bersemangat mengerjakan Ramadhan.Wa'allahualam...

Aku rasa Ramadhan tahun ni ada sedikit perubahan pada diri aku. Di mana aku tidak seboros tahun-tahun lepas.. Kalau tahun-tahun sebelum nie, asal pergi PARAM je , apa yang aku nampak depan mata semua aku nak beli tapi berbeza sungguh tahun nie.. Pergi PARAM beli apa yang aku rasa nak makan je, selebihnya aku tengok je.. Nafsu makan pun tidak seperti sebelum nie.. Tak tahu la, mungkin kejutan puasa kot tapi yang pasti buat masa nie aku memang x de rasa nak makan apa-apa kecuali solok ike..

Ayam golek ke, ayam percik ke, kuih muih ke semua takat pandang je.. Mata lihat makanan dan mulut berkata sedapnya tapi tekak x de rasa nak makan..Mungkin baru lagi kot atau mungkin ini satu perbuahan pada diri aku tahun ini.Tapi apa yang pasti sepanjang 7 Ramadhan berlalu, tidak ada lagi aku membazir pada makanan...alhamdulillah :)

Baru dua kali aku pergi PARAM dengan En.Hubby dan semalam juga mengingatkan aku akan peristiwa 2 tahun lepas.. First puasa tahun 2010 pergi PARAM x beli apa-apa pun tapi cari en.hubby yang hilang... Walaupun time tue,aku rasa nak marah, sedih, sakit hati.. semua ada tapi bila di ingatkan balik rasa lucu sangat...

Masa turun dari kereta semalam, hubby pesan..jalan dekat-dekat..Masuk je Bazar Ramadhan terus hubby pegang tangan..dah serupa budak kecik ikut bapanya berjalan.. Alasan hubby, kang hilang satu kerja pulak nak cari hahahahaha...senyum aku dengar bila hubby berkata begitu. Mungkin masih segar dalam ingatan dia berikutan kejadian 2 tahun lalu..


Moral of the story # Kalau nak pergi PARAM, make sure bawak handphone. Kalau terpisah boleh call, x de la sampai pusing keliling cari...














Jul 23, 2012

Ramadhan pesta ibadah atau pesta makanan... gambar yuyu zulaikha di laman page yang berunsurkan seks


Salam 3 Ramadhan...

Thanks uollsss , alhamdulillah keadaan aku dah semakin ok.. Walaupun masih terasa sakit lagi tapi x de la seteruk semalam.. Kalau sakit gini insyaallah boleh tahan.. harap x de la kena macam semalam lagi huhu!

Pejam celik pejam celik, dah 3 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau zaman kanak-kanak dulu, nak tunggu time berbuka punya la terseksa.. rasa lame sangat masa tue tapi tidak sekarang nie. Nak berbuka rasa kejap je..

Ok cite pasal Ramadhan, aku nak sentuh sikit beberapa perkara antaranya mengenai makanan, pakaian dan kesederhanaan.. Aku rasa dah macam satu trend sekarang nie , sebelum dan selepas berbuka pasti ramai orang akan upload gambar juadah berbuka.. Dah macam pesta makanan pun ada! Uollsss rasa sesuai tak...

Pendapat aku la kan... x ada masalah tapi kalau kita share something yang lebih ke arah keagamaan itu lebih baik kot.. at least kita dapat berkongsi ilmu..mengingatkan antara satu sama lain..Ini sekadar pendapat aku je k..

Mengenai pakaian pulak! teruatama bagi kaum hawa.. Jangan la upload gambar yang berpakaian menjolok mata.. Hormat la ini bulan Ramadhan.. Kalau bukan bulan Ramadhan sekali pun, ianya x sesuai di pakai.. Aku bukan nak berlagak baik atau nak jadi ustazah menegur orang tapi as a umat Nabi Muhammad dan sedara seislam, rasanya x salah kalau aku menengur.. Dalam masa yang sama aku juga turut mengingatkan diri aku..

Kesian la pada orang lain sama, dorang nak mengejar dan perbanyakkan amalan sedangkan kita mengurangkan lagi amalan mereka dengan memaparkan gambar yang kurang enak untuk di lihat...Fikirkan orang lain sama.. Jangan kerana kita, orang lain turut menjadi mangsa..Tak perlu nak salahkan orang lain kerana melihat, benda free, di tambah pulak lelaki memang suka benda macam tue.. Sepatutnya kita la yang cuba elakkan tapi bukan galakkan.. Maaf kalau bahasa agak kasar..

Sambutlah Ramadhan penuh KESEDERHANAAN! Kalau mengenai makanan tue aku setuju tapi kalau sebaliknya aku x berapa setuju.Ye lah masyarakat melayu Islam kita, bila Ramadhan je SEDERHANA, tapi bila Raya macam tak ingat Tuhan.Ramadhan adalah bulan yang Allah turunkan pelbagai ganjaran buat hamba-Nya yang tak terhitung dan hanya diberikan pada bulan Ramadhan. Jadi waktu Ramadhan lah umat Islam kena berlumba-lumba merebut sebanyak mane ganjaran yang boleh. Bukannya terlalu sederhana dan sambil lewa. Maaf , minta betulkan saya kalau salah..

Ayuh jom sama-sama kita merebut ganjaran di PESTA IBADAH ini tapi ingat bukan PESTA MAKANAN ok.. sekian...


Note : Kenapa aku sentuh bab pakaian sebab aku nak minta tolong sangat-sangat pada anda-anda semua tolong jangan upload pic yang ala-ala hot gitu...nak bermuncung-muncung ke , nak ala-ala manja ke tolong sangat,JANGAN! sebab semalam aku di beritahu oleh seorang rakan ada satu page ini akan ambil pic-pic yang dia rasa hot dan manja-manja gitu di letakkan di dalam page yang ada unsurkan seks.. memaparkan gambar-gambar hot beserta gambar yang tidak berpakaian... Salah seorang mangsa adalah Blogger Yuyu Zulaikha... Terkejut siut aku tengok malam tadi...hati-hati ok









Jul 22, 2012

Perkara yang sama terjadi setiap kali datangnya Ramadhan



Salam 2 Ramadhan,

Seperti tahun² yang lepas, aku di duga lagi..Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi semua  ini.. Kurangkanlah kesakitanku ya Allah, agar aku dapat menjalani ibadah puasa seperti para muslimin dan muslimat yang lain..Amin..

Setelah sekian lame aku tidak di serang sakit seperti ini, hari ini Allah menarik nikmat kesihatan aku dan memberi aku sakit. Alhamdulillah semoga ia menjadi kifarah dosa dan menyuruh aku untuk lebih menjaga kesihatan..

Hari pertama Ramadhan, alhamdulillah sempurna puasa ku.Tapi lepas berbuka puasa semuanya bertukar menjadi mimpi ngeri.. Dari niat nak pergi terawih bersama hubby lastnya hampeh.. Lepas berbuka, aku dah rasa kurang enak.. Solat maghrib dan terus baring di atas katil..Time nie x rasa sakit sangat tapi lepas solat isyak baru aku rasa semakin kuat sakitnya.. 

Inilah yang aku alami setiap kali datangnya Ramadhan. Minggu pertama puasa pasti aku akan di serang gastrik yang teruk.. Even makan ubat pun still x jalan.. Badan jadi lesu dan lembik kerana x cukup tido dan asyik muntah² sehingga x ada apa yang nak di muntahkan lagi.. Kira apa yang aku makan masa berbuka semuanya habis keluar balik...

Semalaman aku x tido menanggung kesakitan. Minyak panas dah habis satu botol aku sapu seluruh badan.. Di sulam pula dengan gaviscon dan eno halia still x jalan.. Last telan ubat gastrik yang dosnya paling tinggi pun x jalan... Sahur tadi gagahkan diri untuk masak dan makan untuk alas perut.. Lepas solat subuh, aku cuba untuk lelapkan mata sebentar tapi tetap x boleh.. Habis satu badan menyucuk², sakit ulu hati sampai nak bernafas pun x boleh.. Dari baring, aku mengering.. dari mengering, aku menerap pun tetap sama...Kaki tangan habis sejuk...

Now masih terasa sakit.. Aku hanya mampu sapu minyak panas dan menahan diri daripada muntah.. Moga Allah permudahkan urusan aku hari ini. sob sob sob...







Jul 19, 2012

Renovate bilik mandi ala-ala hotel gitu


Ini gambar lame yang aku ambil dari entri INI

Selamat petang..

Hari ini busy sangat! nak online pun x sempat.. Busy mengemas apa yang patut.. dah nak puasa kan, nanti dah puasa x larat pulak nak buat keje lebih...So settlekan la apa yang patut sebelum puasa ni..

Selain operasi mengemas , hari ni juga operasi menambah tangki air lagi satu. Ini kerana sejak kebelakangan ini rumah aku sering saja mengalami gangguan bekalan air.Mujur ada 'AIR BORING' so x de la teruk sangat.. Kalau x mau jadi kambing aku, mandi sehari sekali huhu...

Tapi ada air boring pun masalah juga sebab sebelum nie x buat direct terus ke dalam rumah.. Just untuk siram pokok bunga dan cuci kereta di luar je.. So hari ini abang tukang akan datang pasang satu lagi tangki.. Satu tangki air kerajaan dan satu lagi tangki air boring.. Bila air kerajaan x ada boleh pakai air boring begitulah sebaliknya.. So harap x de la masalah lagi selepas ini..

Alang-alang dah pasang tangki baru, hubby nak tambah shower dan curtain dalam bilik mandi.. Hand shower yang lame dah x boleh guna so nak pasang la yang baru..Kalau sebelum ini rupanya seperti gambar di atas.. x de tutup-tutup tapi lepas ni nak buat ala-ala hotel gitu.. Dalam bath tub ada shower dan siap ada curtain lagi untuk tutup..

Asal la hubby x nak buat jacuzzi terus , kalau x boleh la aku bermanjakan diri seperti di spa hahahaha....Bilik air sekangkang kera ada hati nak beli jacuzzi..dah la harganya mahal gila babas.. paling kecik pun dekat 6k... gilak! baik aku simpan duit dari membazir begitu saja...

Petang ni hubby ke G Orange beli shower dan curtain.. Di sebabkan ini idea dia , so 100% aku serahkan padanya dan ikut citarasa dia..Kalau ikutkan aku, aku bukan minat sangat nak mandi pakai shower ni, baik la pakai gayung lagi puas kan...






Jul 18, 2012

Wordless Wednesday : Duit baru berunsurkan politik



Suratan atau kebetulan 

RM20 = Duit BERSIH
RM10 = Duit DAP
RM1 = Duit PKR
RM5 = Duit PAS
RM100 = Duit BN

Jangan marah na, sekadar gurauan semata-mata..jangan ambil serius ok.. NO POLITICS here TQ!






Beraya di rumah baru



Baru dapat kunci dan dalam proses renovation


Sukur alhamdulillah urusan Along di permudahkan. Akhirnya kunci rumah dapat juga sebelum hari raya. Dan tahun ini kami akan beraya di Teratak Bonda yang baru . Rumah lame abang no 2 akan tinggal bersama isterinya. Kira balik kenduri baru ini adalah yang terakhir aku tido di rumah tersebut lepas ni mungkin aku tidak akan merasa lagi seperti sebelumnya kecualilah kalau aku tumpang tido di rumah angah hehe...

Tahun ini juga kekanda aku Shaiful Jeffri sekeluarga akan beraya bersama kami.. Alhamdulillah hubungan kekeluargaan semakin erat setelah terpisah dengan bonda hampir 30 tahun..Berharap agar adik beradik yang lain juga akan balik beraya bersama.. Insyaallah.. amin




Rumah jiran sebelah..









Jul 17, 2012

Tektik penipuan online banking



Assalammualaikum....

Di saat aku menulis entri ini , hati aku masih x tenang lagi.. Tadi pagi aku merima 2 panggilan telifon secara berasingan dari pihak yang mengaku dirinya dari Maybank...Panggilan pertama dari seorang lelaki dan panggilan kedua dari seorang wanita... Tawaran yang di berikan berlainan tapi apa yang cuba di sampaikan lebih kurang sama.. Tapi bila aku ajukan beberapa soalan , wanita itu seperti mengelak dan meletakkan panggilan telifon.

Aku tak sedap hati kerana dalam perbualan tadi dia ada menyatakan mengenai duit keluar masuk aku. Agak pelik kerana macam mane pihak Maybank boleh dedahkan maklumat mengenai akaun bank aku. Serius lepas pada itu aku terus check akaun Maybank , risau kalau ada duit yang hilang... Alhamdulillah amount masih sama dan x de yang berubah...

Tapi hati aku tetap x tenang kerana ada satu cek akan clear atas akaun Maybank. Wah kalau hilang duit tue mau menangis tak berlagu aku. Mujur juga la cek tu mengambil masa untuk clear.kalau tidak, lagi bertambah meroyan la aku..

Aku terus menghubungi hubby bagitahu dia.. Tambahan pula hubby bekerja di bank , so sudah pasti dia tahu apa yang patut aku buat. Pada mulanya hubby suruh aku abaikan saja tapi setelah berkeras risau akan duit yang ada di akaun tersebut hilang.. baru hubby suruh aku menghubungi Maybank Kota Bharu.. Selepas bercakap dengan pihak Maybank baru lega sikit hati.. Pihak Maybank minta aku jangan dedahkan apa- apa mengenai akaun terutama sekali nombor pin dan minta aku menukar no pin dengan kadar segera..Mungkin ini salah satu cara mereka ingin menceroboh online banking.

Macam-macam hal la sekarang nie orang nak menipu. Tapi agak pelik macam mane orang lain boleh tahu maklumat akaun aku. Pasti ada orang dalam yang menjual atau mendedahkan maklumat tersebut..maaf la kalau aku katakan , kalau betul memang x amanah la pekerja Maybank.. Bukan semua tapi segelintir..








Jul 10, 2012

Bunyi suara mengerang dan muncul satu lembaga hitam


Assalammualaikum....

Aku nak share something dengan uollsss mengenai kejadian malam tadi. Serius perkara nie bukan main-main dan bukan juga lawak jenaka.. Habis lemah longlai seluruh anggota badan aku dan aku cuba menjerit sekuat hati memanggil hubby dan terus melulu berlari ke arahnya.. Muka hubby agak panik time tue.. Aku pulak menangis sehingga x keluar suara.. Semuanya berlaku begitu pantas..Dan kerana kejadian itu aku jadi takut nak masuk bilik komputer lagi. Serius bukan main-main punya takut nie.

Malam semalam aku just lepak dalam bilik komputer dan hubby pula menonton tv. Tengah ralit menulis senarai order tiba-tiba, aku terdengar bunyi something. Kebetulan malam tadi aku x buka radio.So segala bunyi bagai di luar aku boleh dengar. Hujan pulak time tue renyai-renyai.. Perghh!! meremang bulu roma aku nak cerita nie.

Masa bunyi tue aku buat bodoh je, dalam hati aku berkata.. bunyi kucing tue.. tapi semakin lame bunyi tu semakin menghampiri aku. Aku pun fikir, eh bunyi apa nie?? Cuba amati bunyi tersebut.. Kedengaran seperti bunyi mengerang dan semakin lame semakin kuat kedengaran.  Bunyi mengerang tue x seperti bunyi biasa  dan aku sendiri x mampu nak jelaskan tapi yang pasti bunyi tue betul-betul buat aku takut.

Bila aku cuba nak pastikan bunyi tersebut tiba-tiba bahu aku di cuit orang. Baru nak toleh kebelakang , kira baru hujung mata sekali aku nampak benda hitam lalu aku menjerit sekuat hati dan terus menangis sampai x keluar suara. nak berlari dekat en.hubby pun aku x mampu, rasa lembik kaki aku. Bulu roma meremang dari tengkok , tangan sampai la kaki aku rasa semacam. Aku peluk hubby sekuat hati dengan keadaan badan aku yang menggigil. Hubby suruh aku mengucap dan istighfar banyak-banyak sambil mengusap rambut aku. Time tue x leh kata apa-apa lagi.dengan jantung berdegup kencangnya. dengan menangis x keluar suaranya..dengan takutnya...Serius aku x tahu macam mane nak ceritakan bila dengar dan lihat benda tersebut...

Bila hubby dah baca ayat Al Quran pada aku dan cuba tenangkan aku.. Baru aku rasa kuat sikit dan hubby bertanya.. Kenapa?? Aku cerita kat hubby apa yang aku dengar dan apa yang aku nampak.. Hubby cakap perasaan aku saja tapi serius mane mungkin itu satu perasaan sedangkan time tue aku x berfikir apa-apa pun..Aku dok sibuk menyalin alamat dan membalas email customer dan agent.Tiba-tiba je bunyi tue kedengaran dan lembaga hitam tu pun aku x taw apa..takut aku nak tengok , mau pengsan pun boleh....

Persoalannya benda apakah itu??? Hari nie perasaan aku jadi takut je, habis beberapa bahagian anggota badan aku lebam-lebam.. Aku pun masih terbayang-bayang apa yang didengar dan lihat semalam... Hubby pesan banyakkan baca ayat Al Quran. So sepanjang hari nie aku just pasang ayat Al Quran yang hubby download dalam handphone je... Tapi perasaan takut aku masih belum hilang lagi...


Ada sapa-sapa pernah alami macam nie tak..please share dengan amy..





Jul 6, 2012

Grand Opening dan cabutan bertuah bersempena dengan pembukaan Malaysia Online Wholesale Mall2u



Assalamualaikum....

Alhamdulillah! bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya juga maka lahirlah satu lagi page perniagaan online saya. Mungkin ada di kalangan uollsss dah mengetahui akan hal ini dan mungkin juga belum. So bersempena dengan hari jumaat yang mulia ini , dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim' saya merasmikan pembukaan Malaysia Online Wholesale Mall2U dan selaku owner page saya ingin menjemput rakan-rakan semua untuk bershopping secara online di E-Shop saya...

Dan bersempena dengan pembukaan page baru ini, saya bercadang untuk memberi hadiah kepada anda yang sentiasa memberi support kepada saya..Hadiahnya berupa produk yang saya jual di E-shop tersebut. Tapi tidak untuk semua orang ye! saya hanya akan pilih 20 orang yang bertuah sahaja..Caranya mudah saja anda hanya perlu LIKE page tersebut dan tinggalkan komen anda beserta no like, sebagai contoh AMY SYAQUENA like ke 36 # saya hanya akan buat cabutan base kepada nama yang komen dan meninggalkan no like sahaja..selain daripada itu saya tidak layan..

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini :-

1) Handphone - Samsung Coconut E1195
2) Tablet - 2.2 android Froyo
3) Glutacol Drink
4) Thanyaporn
5) Natural bamboo slimming produk - size L/XL sahaja
6) Trial set Glutahione + Cathy Magic Cream
7) Vitamin E Soft Gel 20 butir
8) Ramping Balm
9) Magic Repairing & White Cream
10) Japan Germa Shape-Up Camisole
11) Mask Collagen
12) Breast Collagen
13) Gluta 20000
14) Contact Lens - boleh pilih color apa
15) Meizitang Strong Version A1
16) Kids fashion
17) Radiant Glow Whitening Body Lotion
18) Shoes
19) Aksesori Iphone
20) Japan Cogit Cellulite Pants - size L

Saya akan buka page LIKE ini sehingga Ahad ini.. Isnin saya akan umumkan siapa yang bertuah...
THANK YOU FOR YOUR SUPPORT!!






Jul 5, 2012

Kejadian malam Nisfu Sya'aban, sapa-sapa jumpa bapak aku terajang je



Assalammualaikum...

Apabila masuk waktu Maghrib semalam kita telah memasuki pertengahan bulan Sya'aban iaitu bulan yang di kenali bulan Rasul..Ramai yang tak tahu apa erti Nisfu Sya'aban jadi di sini aku cuba terangkan secara ringkas apa erti Nisfu Syaaban....

Nisfu dalam bahasa arab beerti setengah. Nisfu Sya'aban beerti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban juga merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. 

Beramallah mengikut kemampuan masing² seperti mengejar duit di dunia, begitulah kita mengejar pahala yang berganda pada malam Nisfu Sya'aban.. Kalau tak dapat semua,jangan tinggalkan semua..one is better than nothing..Rebutlah amal sebanyak yang boleh..moga di berkati oleh Allah.. 

Tapi ada juga yang tidak mahu mengejar pahala malah di saat catatan buku baru di buka , di saat itu juga ia melakukan dosa.. Adakah itu yang di inginkannya?? Serius menjadi satu tanda tanya pada aku apabila membaca status yang agak angkuh lagi bongkak itu.. Mane perginya nilai seorang anak kepada orang tuanya.. Adakah dia berasa bangga dengan apa yang ingin di sampaikannya itu...Nauzubillahiminzalik... Minta di jauhkan la pada diri kita..

Uollsss baca status di bawah ini, apa perasaan uollssss.... Bagaimanalah perasaan ayahnya bila terbaca status tersebut..pasti hancur lulurkan... Bukan sahaja menghina malah menjatuhkan lagi maruah seorang bapa secara umum...Sedih betul! Hari baik bulan baik macam tue dia buat.. aduhai...








Jul 4, 2012

Suami buat muka ketat bila sebut malam Jumaat


Assalammualaikum.....

Tersenyum seketika apabila teringatkan kejadian siang tadi. Kalau pagi lagi aku dah sengal habis satu hari aku terserlah kesengalannya...Pagi nie aku agak sibuk memproses order customer.. Bila dah siap packing barang, aku pun keluar untuk pergi menghantar.. Selalu kalau nak keluar rumah aku akan terus sarungkan kasut.. Dan kebiasaanya kalau memandu sendiri aku akan pastikan memakai kasut high heel atau wedges. Al maklum la aku nie terlebih tinggi sangat hahahahaha.Tapi tadi lepas kunci rumah aku terus angkat barang masuk ke dalam kereta dengan pakai selipar biasa..Lepas panaskan enjin kereta , buka pagar dan berlalu begitu saja.. Mujur juga bukan selipar en.hubby kalau x confirm jadi badut kejap..

Sampai tempat yang nak di tuju , time nak keluar kereta baru aku perasan aku pakai selipar biasa..Patut la dari tadi aku rasa x selesa bawa kereta.. rasa macam terlebih depan pulak aku duduk hahahaha.. Tapi buat muka slumber dengan harapan orang bukan nak tengok aku pakai kasut apa pun kan..Dah settle semua, baru terasa perut lapar dan terfikir nak makan mee kari Hayaki..So menuju la aku ke Hayaki.. Hari nie aku memandu agak kekok sikit..asyik kena hon je dengan orang , ye la selalu kalau nak bagi signal belah kanan , nie tiba-tiba belah kiri..Bila sampai simpang nak bagi signal , wiper yang berfungsi.. Dua tiga kali juga kena.. dah set dalam otak pun jadi jugak..camner huhuhu....

Ok abaikan pasal signal tue..Dah sampai tempat yang aku nak makan tue sekali aku boleh lupa pulak..Yang best aku leh fikir asal aku ikut jalan Wakaf Mek Zainab pulak..Nak beli makanan kat Zakini semalam dah beli so aku pun terus ikut jalan belakang , ikut Taman Tengku Anis..Dah sampai kat Jalan pegkalan Chepa baru aku teringat, ya Allah aku nak pergi Hayaki tadi nak makan mee kari..Hrmmm..camner la boleh lupa! malas nak pusing balik , dah la jauh tambah jalan jem lagi, ye la time budak balik sekolah...

Ok bila dah sampai dan dah parking kereta tiba-tiba fon berbunyi.. dah la time tu aku lapar tambah hangin lagi sebab terlupa..ye la dah macam orang hilang arah tuju je tadi huhu! Angkat fon tengok client call... Tujuan call just nak dapatkan no telifon partner aku.. So aku dengan confident kasi la no yang di minta.. lepas je habis perbualan aku pun nak ambil la barang lain sekali berbunyi pulak hp lagi satu.. yang bestnya aku boleh x perasan no yang call tue dan terus jawab dengan slumber. Sekali cina tadi yang call dan jawab hei amoi ini nombor you , apasai u kasi no you..i mau no telifon kawan u la..Aku terdiam seketika sambil ketawa kecil , dalam aku nak kasi nombor partner aku tue tiba-tiba cina tu tanya aku.. amoi u pening ke?? Aku ketawa besar sambil berkata sorry i tersilap la hahahahaha......

Ok settle kejadian sengal aku..Petang masa hubby nak balik aku dok sibuk basuh pinggan mangkuk. sebab semalam x de air..hubby pulak sampai terus ke dapur sambil bertanya pada aku.. " mama malam nie malam apa , wah dengan confident aku jawab.. malam jumaat sambil buat muka gatai hahaha..." padahal malam nie malam khamis hahaha...sengal x hingat :) hubby tanya lagi malam ni malam apa?? 3 kali dia repeat dengan buat muka seriusnya.. dalam hati berkata dia ni nak bergurau ke apa ni....Terus terfikir malam nie malam nisfu syaaban.. baru hubby senyum haaa malam nisfu syaaban kena buat apa.... x sempat aku jawab dia yang terangkan apa yang patut buat...excited sangat nak ingatkan bini sampai-sampai je rumah terus kasi tahu..

Lepas solat maghrib tadi kami sama-sama baca yasin..berdoa dan mohon agar apa yang kami hajatkan di makbulkan olehNya.. So di kesempatan ini aku dan juga suami ingin memohon maaf kepada rakan blogger mahupun pembaca blog SINAR RAUDAH..sekiranya ada salah silap samaada di sengajakan mahupun tidak..Semoga mendapat rahmat dan keberkatan dariNya..amin





Jul 2, 2012

Blog bukan tempat aku lagi


Assalammualaikum....

Hari nie genap 2 minggu blog aku yang suam-suam kuku nie tidak berupdate.. kalau macam nie la punya rajin , memang blog aku boleh pergi jauh lagi nie.. jauh ke tengah laut sana dan tunggu masa nak karam.. huh!

Mood menaip entry hilang entah ke mana.. jari jemari nie macam nak taip hai hai bye bye saja pada anda-anda semua..Bila Kak Azie Azah ajak join group kite-kite aje , rasa malu nak join sama.. Malu kerana rasa diri sudah terpencil jauh dengan mereka semua.. Huwaaaa! sedis.....

Serius aku rasa blog bukan tempat aku lagi... Jiwa aku dah x serupa dulu , kalau dulu blog di jadikan no satu dalam rutin harian aku apabila online tapi kini blog dah jadi no ke berapa entah?? huhu.. awat la jadi lagu nie , hangat-hangat taik ayam betul la aku nie..

Tak pe la kita tunggu sampai bulan 8 nie , kalau aku x renew domain aku nie bermakna aku akan terus bersara dari dunia blog ini....Dan sudah pastinya ucapan selamat tinggal akan aku ucapkan pada rakan-rakan blogger dan reader-reader semua...sedis tapi mungkin itu jalan terbaik...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign