Jul 19, 2012

Renovate bilik mandi ala-ala hotel gitu


Ini gambar lame yang aku ambil dari entri INI

Selamat petang..

Hari ini busy sangat! nak online pun x sempat.. Busy mengemas apa yang patut.. dah nak puasa kan, nanti dah puasa x larat pulak nak buat keje lebih...So settlekan la apa yang patut sebelum puasa ni..

Selain operasi mengemas , hari ni juga operasi menambah tangki air lagi satu. Ini kerana sejak kebelakangan ini rumah aku sering saja mengalami gangguan bekalan air.Mujur ada 'AIR BORING' so x de la teruk sangat.. Kalau x mau jadi kambing aku, mandi sehari sekali huhu...

Tapi ada air boring pun masalah juga sebab sebelum nie x buat direct terus ke dalam rumah.. Just untuk siram pokok bunga dan cuci kereta di luar je.. So hari ini abang tukang akan datang pasang satu lagi tangki.. Satu tangki air kerajaan dan satu lagi tangki air boring.. Bila air kerajaan x ada boleh pakai air boring begitulah sebaliknya.. So harap x de la masalah lagi selepas ini..

Alang-alang dah pasang tangki baru, hubby nak tambah shower dan curtain dalam bilik mandi.. Hand shower yang lame dah x boleh guna so nak pasang la yang baru..Kalau sebelum ini rupanya seperti gambar di atas.. x de tutup-tutup tapi lepas ni nak buat ala-ala hotel gitu.. Dalam bath tub ada shower dan siap ada curtain lagi untuk tutup..

Asal la hubby x nak buat jacuzzi terus , kalau x boleh la aku bermanjakan diri seperti di spa hahahaha....Bilik air sekangkang kera ada hati nak beli jacuzzi..dah la harganya mahal gila babas.. paling kecik pun dekat 6k... gilak! baik aku simpan duit dari membazir begitu saja...

Petang ni hubby ke G Orange beli shower dan curtain.. Di sebabkan ini idea dia , so 100% aku serahkan padanya dan ikut citarasa dia..Kalau ikutkan aku, aku bukan minat sangat nak mandi pakai shower ni, baik la pakai gayung lagi puas kan...






14 comments:

Anum said...

hahah
terbaik la sis

Kakcik Seroja said...

Dapat berendam dalam tub pun seronok juga. :)

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan, Amy.

Unknown said...

suami akak ada shower pun dia mandi pakai gayung.bila pagi2 tu dia mandi dah bunyi macam bergaduh dalam bilik air.sebab sejuk,siram pun kemain laju..hahahah

Bionic women said...

mesti ag cantik bilik mandi amy...
dulu pun dah memang cantik dah

eima said...

syok rumah ade tab ....hmmmmm

Semut Senyum said...

wah wah.... rasa kejap2 nak gi mandi.. kejap2 nak gi mandi.. ehheheheh

anyss said...

Assalamualaikum,
Mmmm first time dengar "air boring" kenapa ya air tu boleh bosan? hu hu hu hu sila habaQ air boring rupanya mcm mana ----> bertanya dgn penuh malu2 sipu2 sbb x tau

Sheherazade said...

air boring?heheh

mcm bestnya,mesti ctk nti blk air Amy

Selamat berpuasa Amy

Unknown said...

wahwahh.. makeover bathroom..

kasihibu said...

mesti bertambah cantik lagi bilik iar amy nanti ye..

selamat menyambut ramadhan amy dan keluarga semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih di berkati. Amin....

AzianKhalil said...

air boring?? acaner tu>>

Unknown said...

ok dah tu ,..apa pon salam Ramadhan dr abg

zubir jamhari said...

Selamat berpuasa..

☾SHiemaCMa786☾ said...

nape nama dia AIR BORING? huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign