Jun 13, 2011

Seniwati Azean Irdawati terdesak dan memerlukan wang



Sedih dan terharu bila mengenangkan nasib seniwati Azean Irdawati ketika ini. Tanpa aku sedari air mata mula membasahi pipi. Sedih sangat dengan keadaan kesihatan beliau dan terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang di hadapi.Kos perubatan dan juga kos perbicaraan anak terunanya membuatkan seniwati ini tekad untuk berlakon semula. Beliau berharap sangat ada pihak yang sudi memberi peluang kepadaNya untuk berlakon semula. Kesian kan! Seorang ibu sanggup berkorban demi anak kesayanganya walaupun dalam masa yang sama kesihatan dirinya sama sekali tidak mengizinkan.Sikap yang di tunjukkan beliau membuatkan aku kagum denganNya.

KUALA LUMPUR: “Saya tidak meminta simpati orang ramai untuk membiayai kos perubatan diri mahupun perbicaraan Benjy, tetapi saya berharap sangat diberi peluang berlakon semula kerana saya terdesak memerlukan wang untuk tujuan itu,” kata seniwati dan primadona, Azean Irdawaty, 61 yang berharap mana-mana produksi sudi mengambilnya berlakon semula selepas mendakwa wang simpanannya habis kerana membiayai kes perbicaraan anaknya, Benjy.

Azean berkata, keadaannya kini amat terdesak dan memerlukan wang sesudah semua simpanannya dikeluarkan membayar guaman, membiayai kos perubatan Benjy dan kos ulang-alik mengambil anaknya itu setiap minggu dari Kuantan ke mahkamah di ibu kota.


“Saya kini amat kesempitan dan berharap pengarah drama mengambil saya berlakon semula walaupun saya tahu keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan,” katanya.

Menurut Azean, dia kini mengalami kesakitan termasuk di dada, tulang belikat, pinggang, lengan dan ketiak yang bengkak kerana kurang rehat selepas menjaga anaknya di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya pada 20 April sehingga 3 Mei lalu.


“Selama dua minggu menjaga Benjy sesak nafas, keadaan badan saya menjadi sakit, tambahan pula kesan penyakit kanser yang dulu belum pulih sepenuhnya..demi anak tersayang saya sanggup melakukan apa saja.


“Walaupun saya sakit, saya tetap mahu berlakon semula demi mendapatkan wang dan dengan wang itu sekurang-kurangnya dapat membiayai kos rawatan dan perbicaraan Benjy.

“Saya tidak mahu orang menganggap saya meminta wang untuk kegunaan diri, tetapi biar saya mengerahkan kudrat saya untuk berlakon dengan harapan wang itu meringankan beban saya,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, dia berharap diberikan watak ringan dalam lakonan iaitu watak orang tua yang sakit atau watak orang kurang upaya (OKU) berikutan kemampuannya untuk bergerak terhad.


20 comments:

Eera Shera said...

kesiannya..moga ALLAH limphahkan rezeki buatnya

Kakzakie Purvit said...

Sedihnya... itulah kalau dah nama ibu apa juga sanggup lakukan

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe tak da la 100% ikuti kisah hidup beliau tapi sebagai wanita dan ibu dia mmg seorang yang tabah dan cekal...walaupun usia 61 nampak gagah lagi..kesihatan dan masalh tolak tepi yang pntg duit...

kerana duit...

Hudalatip said...

dia memang wanita yang cekal. pengorbanan dia sebagai seorang ibu memang tak ternilai. Seorang ibu memang sanggup berbuat apa saja demi anak-anak mereka..

Yasminhamid said...

kisah kasih ibu....memang tak ada galang ganti..

Izan Ishak said...

sedih bila ada sorang ibu yg sanggup berkorban apa saja utk diri sendiri dan anak tercinta.

eima said...

ok la tuh ... tp aku tatau nk komen bab benjy tu ....

My Little Diary said...

semoga beliau sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup dan semoga rezekinya bertambah...amin

sarah-najwan said...

sedih betulkan..kasih ibu terhdp anak mmg begitu..sanggup buat apa shj demi anak..

semoga azean akan murah rezekinya

Scha406 said...

sian yer...tp tula, dunia hiburan ni ade pasang surutnye.....

Unknown said...

kasih ibu....tiada yang boleh menggantikannya...

Unknown said...

sedihnya..
patutnya umur gini anak2 yang bagi duit kat dia..
tapi nampak gayanya sampai akhir hayat la dia kena berkorban untuk anak..

Sheherazade said...

semoga mereka tabah

kurus said...

bila kenangkan azean sgt2 sedih bila membacanya .. tapi bila teringatkan anaknya benji sakit ati kat budak tuu huhuh

Fazleyatul Aini said...

semoga ALLAH murahkan rezeki beliau

eelobor said...

tersentuh juga bila baca paper tadi dan saya amat2 mengerti dengan pengorbanan ibu sedemikian. harap si anaknya memahami erti pengorbanan ibu tersebut

white rose said...

alahai, sedihnye...
macam2 dugaan yg dihadapi bagi setiap insan milik Allah ni...
mudah2kan dia diberikan jalan yg dipermudahkan Allah tuk meneruskan hidupnya...

Panglima7 said...

Kasih ibu sepanjang hayat..itu yg Panglima dapat katakan.

Bunga said...

semoga dia terus tabah..

Anonymous said...

Dia ni takder Suami ker?
Ker suami dia tunggul kayu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign