Jun 18, 2011

Khairul Fahmi Oh Khairul Fahmi


Khairul Fahmi Che Mat

TIDAK ada apa yang menggentarkan skuad Olimpik negara apabila beraksi pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik menentang Lubnan esok kerana pemain sedar perlawanan itu menyediakan peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan sebenar masing-masing.

Bagi ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, mereka bertekad untuk tidak mahu lagi mengecewakan jutaan peminat negara seperti apa yang berlaku dalam dua aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Kemboja dan skuad Olimpik Qatar sebelum ini.


“Kami sudah belajar daripada dua kekalahan itu. Kekalahan itu juga membuatkan kami lebih bersemangat dan bertekad untuk tidak mengulanginya apabila bertemu Lubnan.

“Kami sedar tugas kali ini bukan mudah kerana Lubnan antara pasukan terbaik Asia, namun ia tidak bermakna skuad negara tidak berpeluang membuat kejutan,” katanya yang akan memikul amanah sebagai penjaga gol.


Khairul Fahmi, tonggak skuad Harimau Malaya ketika menjulang trofi Piala Suzuki AFF, Disember lalu tidak beraksi ketika skuad Olimpik tumpas 4-0 di tangan Qatar, Selasa lalu kerana terbabit dengan final Piala FA bersama Kelantan.


“Ramai menganggap kekalahan 4-0 kepada Qatar sebagai gambaran kemampuan sebenar skuad kebangsaan tapi saya yakin skuad ini boleh bermain lebih baik,” kata Khairul yang turut dikenali dengan panggilan Apek Justeru dia berharap rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan dan berdoa agar misi skuad kendalian Ong Kim Swee pada pusingan kelayakan Olimpik ini berjaya.

Malaysia yang melepasi pusingan awal kelayakan Olimpik mengatasi Pakistan menerusi agregat 2-0 Mac lalu akan bertemu Lubnan di Stadium Camille Chamoun Sports City, jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) esok.


3 comments:

SoLy SoLicious said...

fahmi oh fahmi....
semoge team msia trus sukses!

azieazah said...

Hensem lagi abang yang dalam entri “Salam Perkenalan” tuh.

hehehehe

Syukur: Sekadar untuk Rekod Peribadi Ibu dan Anak...

IMANSHAH said...

Apek memang terbaik tahun ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign