May 16, 2011

Blog di tutup Sinar Raudah akan bersara...



Happy Monday all..

Lame sungguh aku tak update SR! Rasanya lebih dari 5 hari jugak la. Bermula daripada aku tak sihat hari tue sampai la blog mengalami masalah beberapa hari lepas dan baru semalam aku dapat update. Itu pun update gitu² je.Entah la sejak blog mengalami masalah baru nie , aku rasa macam malas pulak nak buka rumah sendiri lama².Nak kata jemu tak jugak , nak kata idea beku sama sekali tidak. Mungkin sebab mood aku untuk berblogging sudah ke laut. Kalau aku blogwalking pun just sebagai silent reader je dan hanya akan tinggalkan komen pada blog² tertentu saja.Hrmm adakah ini petandanya yang aku akan meninggalkan dunia blogging ataupun mungkin aku terasa hati sehingga merajuk membawa diri begini.

Entah la aku tak tahu dari mana harus aku mulakan. Nak di ceritakan ibarat seperti membuka pekung di dada tapi kalau tidak di luahkan dada nie rasa sakit sangat menahan derita. Serius aku rasa sedih sangat sekarang nie .Aku tahu tak semua yang kita buat , orang akan suka dan terima .Tapi tak salah sekiranya aku cuba berusaha untuk membetulkan apa yang salah dan apa yang betul! Kadang² aku terfikir kenapa tidak boleh terima ketentuan ini dan jadi seperti orang lain yang dapat menerima ketentuan allah. Kenapa perlu menyalahkan orang lain sedangkan apa yang terjadi sudah suratan takdir. Tidak seorang pun pinta semua ini terjadi kepada dirinya. Semuanya telah tertulis dan apa yang terjadi pasti ada hikmah yang menanti.

Kalau hati aku di lukai aku masih boleh terima lagi tapi bukan hati orang yang paling aku sayang dalam dunia nie. Cukup la hinaan yang di lemparkan dan tuduhan yang tidak berasas selama ini. Hentikanlah!!! Sekali hati di sakiti mana mungkin parutnya akan pulih kembali. Peluang sudah di berikan tapi masih melakukan kesilapan yang sama. Sekali dua orang masih boleh terima tapi kalau dah kerap kali , hati mana yang mampu terima kan. Tambahan yang mengeluarkan kata² itu mempunyai pertalian darah. Aku sedih melihat semua ini.. Sampai bilakah semua ini akan berakhir. Tak kan la nak tunggu sampai mata tertutup rapat , badan terbujur kaku tanpa nyawa baru nak sedar. Janganlah terlalu angkuh dengan duniawi. Dunia mungkin terlepas tapi tidak di sana. Satu saat , satu masa akan ada penghitungan juga. Masa itu baru nak sedar , semuanya sudah terlambat..


Note: Kalau kak cik seroja mempunyai kisahnya tersendiri , aku juga tidak terlepas sama. Apa yang aku harapkan moga semua ini akan berakhir. Dah penat berbaik dan bermusuh.Kalau aku boleh rasa sakitnya inikan pula diri yang menanggung..huhuhuhu~ Kak zakie i really need you! Tak ada tempat untuk amy luahkan rasa yang terpendam selama ini. Suami mungkin boleh mendengar tapi tidak akan dapat menyelami apa yang ku rasa. Kerana pemahaman lelaki dan wanita sangat berbeza. :( Pernah sekali aku ingin kongsikan bersama ustaz Razak tapi tidak terlepas dari mulut ku.Serius aku betul² buntu..

31 comments:

Kakzakie Purvit said...

Amy sayang, redha dan pasrah. Allah melihat apa yg terjadi dan apa yg akan terjadi tanpa kita ketahui.

Further read your e-mail later.

Kak Amy said...

Amy tak faham kak kenapa masih ada manusia yang sanggup ketepikan dosa hanya kerana ingin memuaskan diri sendiri.

Lieya said...

Setiap ape yg berlaku adalah dugaan utk kite yg pastinya ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya yg tak penah kite ketahui. Teruskan bersabar Amy.. Sesungguhnye hanya kesabaran dan keimanan yg tebal dlm diri akan membantu kite.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sdri..

kekadang ssetengah perkara memang tidak boleh dipublishkan di blog..ia seperti kita membuka pekung di dada atau menyebabkan kita bermegah-megahan dengan apa yang kita ada.
itu mungkin pandangan orang..sama ada ia benar atau tidak bergantung kepada penaakulan masing-masing kerana kita hidup bermasyarakat..

semoga sahabatku ini terus tabah menjalani kehidupan seharian..


Probitas Et fides,
sahromnasrudin.com
sahromnasrudin@gmail.com

Kak Amy said...

Lieya...

Amy percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah tapi yang amy risaukan sekiranya semua ini tidak berakhir apa akan terjadi pada yang menanggung kesakitan itu yang telah berpuluh tahun lamenya menanggung.. peluang di berikan tapi sikit pun tidak di gunakan sebaik mungkin...

Kak Amy said...

saudara sahrom..

Terima kasih saudara sahrom, semoga amy dapat mencari jalan keluar dan semua ini akan berakhir.. tak sanggup lagi melihat orang yang di sayangi terus makan hati dengan usia yang semakin meningkat.

Hudalatip said...

harap amy cekal dan tabah..Mudah2an segala-galanya baik untuk amy ya..

eMMe said...

My, jgn sedih la my...sabar tau...
Allah sentiasa bersama mu dan melindungi mu, InsyaAllah...hope dpt terus berblog...tak pun my rehat dlu la my....tenangkan fikiran...me akan sentiasa sokong my dari belakang, walaupun tak bnyk, tapi cukuplah sepotong doa, agar tidak terus berasa sedih....

ozzy said...

Assalam Amy...

Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dari menempuh saat suka dan duka dalam kehidupan ini.Segalanya perlu diteruskan meskipun pahit utk di telan .

p/s - cuba baca 2 entry saya ni..

http://ozzy2u.blogspot.com/2011/03/bila-diri-disayangi.html

http://ozzy2u.blogspot.com/2010/04/pernahkah-kita-bertanya.html

TheFusionTea said...

InsyaAllah akan reda keadaan, perasaan gembira akan kembali. Berbanyak berdoa.

azwa amani said...

kak amy ....harapnya akak menjadi wanita dan istri yg tabah, begitu juga dengan abg mirul...maaf adik jarang ke blog akak..sebb adik balik ke kg. takde tenet...adik rindu sngt ngn akak

☾SHiemaCMa☾ said...

salam amy..
kenapa ni..jgn cam tu dear..
amy kena tabah!kuatkan semangat.
cma doakan yg terbaik utk amy...
xmo sedih2 dear....

Kakcik Seroja said...

Amy sayang... berehatlah dulu. Jangan berhenti berblog semata2 utk memuaskan hati orang lain. Kita tetap ada DIA untuk kita mengadu segala2nya. Semoga Amy tetap tabah, ya...

Bunga said...

setiap or mempunyai masalah dan cerita masing2 sis..yang membezakan bagaimana kita mnguruskannya..bunga yakin sis adalah seorang yang amat tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang diberikan oleh-NYA yang selalu menguji hamba-NYA sebagai tanda DIA menyanyangi hamba-NYA..:)

nurkass said...

salam dear..
kass harap amy kuatkan semangat.
sesungguhnya hanya org yg terpilih shj yg menerima dugaan dan ujian darinya..

sabar dan jgn sesekali berputus asa..semoga masalah amy ni segera ada penyudahnya..sama2 kita berdoa..insyaAllah..

wahida said...

anggap ini semua satu dugaan utk hambaNya...bykkan sabar yer...

jgn tutup blog tau!!

aza ni said...

Alam Nasyrah Amy, Alam Nasyrah surah yang selalu saya baca tika berduka

munna said...

bersabarlah amy...anggap itu semua cuma lalat yg dtg menganggu je....kuatkan semangan dan jangan berputus asa ..insyaALLAH diprmudahkan utk amy nanti...

kurus said...

kuatkan semangat amy .. akak rasa u need a time ..
yes give a time 4 uu .. insyaallah masa akan mengubah dan mengubati luka itu .. percayalah .. kadg kala kita terlalu banyak mengalami masalah dlm hidup .. tension dan merana didalam diri .. org x kan tahu .. take ur time dear ..

rehatkan diri dan minda .. lepaskan apa yg terbuku dan ada ketikanya kalau diluah rasanya pahit biarkan ia kita telan kalau itu jalan yg terbaik .. insyaallahh , x semua didalam dunia in pahit dik , pasti ada yg indah .. dan yg indah ituu kita kenang dan yg pahit itu kita kena buang kerana kita bukan BODOH utk merana kerana org lain bukan ! .. :)

Panglima7 said...

Assalamualaikum Amy, Sedihnya baca kisah amy ini. Janganlah bersara. Tak update pun tak ape....ada masa amy boleh datang dan jenguk kembali blog Amy untuk amy nukilkan perasaan Amy di sini.
Cuma..Panglima tak faham....apa sebenarnya masalah amy nie... maklumlah...amy guna bahasa tabir.
Apa pun jgn bersara...ada masa...amy boleh kembali semula ke blog amy ini. Wassalam.

Unknown said...

ini masa untuk amy menerima ujian..
akak rasa masalahnya cuma ada mulut jahat berkata sesuatu yang tak baik..kan??
akak agak saja ni..
tapi selagi kita ni hidup itu lah perencah2 yang ada dalam kehidupan kita..semua permainan tu kita kena hadapi.bermain lah secara adil..
biar dia berman dengan helah..jangan sesekali amy membalas dengan helah jugak..kalau kita biarkan saja insyaallah,penat lah dia nanti..
sebelum ni pun amy dah lalui ujian yang sangt berat kan?buktikan yang amy betul2 kuat..bertahan ya..

Sarah Syazwani said...

sabar byk2 ye amy..manusia ni mmg suka tgk kita jd mcm ni...papepun akk sokong

aanie said...

kalau hal yg melibatkan saudara ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak....harap amy tabah...insya-Allah pasti ada hikmahnya...

p/s: jgn la bersara lagi...

kasihibu said...

amy..
memang pun adakala ada masalah kita nak kongsi dgn suami pun ada yg tak sesuai.

eima said...

jgn la ... org suka blog awak...
byk info....

Kak Amy said...

thanks all di atas kata² semangat ang kalian berikan...

bunga_rose said...

nape ni amy.. ermnn harap2 amy tabah yer hadapi semua dugaan.. tak tau nak tolong camne.. cuma, jgn la stop blogging.. ilang sorang kawan blogger saye nt

sarah-najwan said...

amy kene kuat
jika amy berhenti berblog
manusia yang ingin amy jatuh
akan tertawa terbahak2..

amy kene tunjukkan amy kuat
bolayan dorang semua
byk lagi orang yg baik hati
yg hendak berkwan dgn amy..

kuatkan diri amy..
tabahkan hati mu dik...

white rose said...

salam amy...
kenapa ni dear?

jangan la sampai mcm tu sekali merajuknya...

sabarlah dear, dalam hidup ni macam2 dugaan yg ALLAH berikan...

sebab DIA tahu kita ni bole menempuhinya...

dear, rindu sangat tau kat amy...
dah lama WR hilangkan diri, busy dgn kerja, study lagi...

tapi semua tu bukan halangan tuk bersahabat kan?

so, amy jgn putuskan sahabat maya ni...sekurang2nya amy ada tempat nak luahkan walaupun sekadar kiasan sahaja...

bersabarlah yaa amy...

miss u...

Unknown said...

assalamualaikum..
amy, walau kak ayu kurang rapat dgn kamu..
bukan bermakna kak menjauhkan diri..
namun keterbatasan kak ayu di kedai..
buatkan kak ayu sering menetepikan sahabat blogger yang kak ayu kenali..
kak minta maaf yer dik..

hanya satu yang kak mohon,,
kak harap sangat amy lakukan dari kaca mata hatimu bukan dari nafsumu..

ingat tuhan dik..
insyallah dia maha kuasa.. dia dengar rayuan kita..

Sheherazade said...

dear,sorry lmbt :(

mmg share dgn hubby lain sikit

tp hubby BFF sejati kita :)

amy,dekatkan diri pada Allah,doa mohon agar diberikan kekuatan ketenangan ya

sayu pia bace ni :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign