May 30, 2011

Menyesal ^ jika kita mengerti pengertian sucinya pasti..


Tertarik dengan artikel nie..

H
ari terus berlalu. Sesekali ia tidak akan menjemput kita semula. Lalu hati terus menjadi hampa. Tiada arah dan tiada tujuan. Hinanya bila mengenang semula 'dosa-dosa' yang telah tertampal di hati kita. Ingin memadamkannya tetapi terasa tiada siapa yang mahu membantu.

Langit yang biru terasa terlalu gelap untuk diri kita. Hati yang dahulunya putih berseri sudah dipenuhi dengan sawang-sawang 'peristiwa' yang lalu. Menangis- hanya itu yang mampu dilakukan.

Tidak sebenarnya. Tangisan itu bukan tangisan biasa. Tangisan itu yang mampu menyucikan semula sawang yang telah bersarang jauh disetiap genap penjuru. Tangisan itulah yang membuka semula pintu cahaya untuk menerjah masuk dan menyinari semula hati yang telah 'menyesal' dan ingin 'kembali' ke pangkal jalan.

'Menyesal'.. Jika kita mengerti pengertian sucinya, pasti hatinya kembali tersenyum kerana dengan adanya MENYESAL dan TANGISAN, itulah tanda MASIH ADA YANG SAYANG.

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Allah sentiasa bersama kita. Yang PENTING, jangan sesekali kita berputus asa dari mencari HIDAYAH Nya. Hidayah itu sentiasa ada dihadapan anda, cuma sahaja yang kita belum lagi membuka pintunya. Carilah, usahalah, berdoalah kepadaNya, INSYAALLAH, hidayah itu semakin dekat.

Kita milikNya, dan kepadaNya tempat kita kembali. Kembalinya kita nanti kepadaNya, janganlah kita kembali dalam keadaan serba kekurangan, tetapi biarlah, diri kita berjumpa denganNya dengan keadaan yang bersiap sedia untuk menerima janji-janjiNya. Pada ketika itulah, rindu kita terbalas dengan berjumpa dengan Nya dan bergembira di suasana indah di SYURGA kelak. amin..

Allah sayangkan kita.. Adakah kita sudah kembali menyayangiNya?

17 comments:

sarah-najwan said...

jika kita menyesal dan menginsafi setiap perkara yg kita rasa bersalah melakukannya..kita ialah hamba yg diberi peluang oleh Allah taala..

zulkbo said...

salam..
hanya Allah jua yang lebih mengetahui..dosa-dosa manusia walau sebesar mana sekali pun antara manusia dan Allah jika bertaubat insyaallah akan di ampunkan dosa-dosanya..yang kita takutkan dosa sesama manusia..mampukah di ampunkan oleh manusia?

ibuintan said...

Assalamualaikum Amy,

selamat pagi moga ceria hari ni

Allah tidak pernah melupakan kita hanya kita saja yg selalu terlupakanNya

moga kita sentiasa mendapat Hidayah dan petunjukNya

Kakzakie Purvit said...

Insya-Allah apabila iman ada di dalam diri pasti tahu betapa Allah maha pengasih terhadap hambanya. Kalau tergelincir cari jalan utk memperbetulkan....

azwa amani said...

nice entry sis :) love it

Nur Hawa Mohd Zin said...

perkongsian bagus kak :)

mamawana said...

Assalam,

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

visit me at
http://lautkasih.blogspot.com/

sahromnasrudin said...

assalamualaikum amy...

datang menziarahi sini setelah dua hari tidak berziarah..semoga amy ceria2 selalu ya

Adinda Amy Sensei said...

waaaaaaaaahh dah cantik header ek..

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam amy..

muhasabah diri cma bca n3 amy ni..

Unknown said...

pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba Nya..

Panglima7 said...

Assalamualaikum wbr. Bukanlah disebabkan banyaknya ibadah seseorang itu masuknya mereka ke syurga tetapi amalan kebaikan seseorang itu yg membuka pintu Rahmat Allah SWT.
Perkataan ini usah ditafsir negatif...keran syaitan itu suka memalingkan manusia..hingga meninggalkan ibadah yg wajib kpd Allah di sebabkan kisah ini. Begitu juga dgn pelacur tadi....jangan jadi sepertinya(dosa besar)...tetapi contohilah atas kebaikkannya dan belas kasihannya kepada anjing tersebut, mengundang luas pintu Rahmat dan maghfirah Allah SWT kpdnya.

eelobor said...

yup...sama2 kita muhasabah dan cuba check balik diri kita sendiri dan tampal di mana2 tempat yang berlubang

kurus said...

huhuhuh suke dgn kata2 nie dik .. rasa sedih dan mendalam maksudnya :(

Sheherazade said...

Thanks dear nice entry,muhasabah diri

aza ni said...

Allah itu Maha Pengampun.

ozzy said...

Assalam..

Allah sentiasa menyayangi hambanya cuma kita yg sering lupa untuk menyayanginya.

" Usah merasa gelisah apabila dibenci manusia... kerana masih ramai yang akan menyayangimu di dunia ini, TAPI kita akan lebih gelisah apabila DIBENCI ALLAH, kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat nanti "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign