Feb 9, 2012

Nobody is free from masalah dan dugaan



Sesuatu yang kita pinta, belum tentu kita perolehi..sesuatu yang kita perolehi belum tentu kita syukuri.. Jadinya, untuk apa dimarahi takdir andai Doa kita belum dimakbulkan..syukuri dahulu apa yang ada, sebelum kita mengkufuri apa yang dapat..

Nobody is free from masalah dan dugaan . perkataan ini sangat sinonim dengan semua individu tak kira apa bangsa sekali pun , tidak mengenal usia mahupun jantina . semua nya akan come across the word . aku berani katakan ini kerana dalam sehari , almost everybody akan menghadapi masalah dan dugaan . tak kira la yang kecil mahupun yang besar . okay now , you can see how everybody is equal.

Bezanya adalah bagaimana kita deal , atau berdepan dengan dugaan dan masalah itu . as for me , i would prefer to share my problems . sebab aku tak berapa kuat nak hadapi masalah sendiri , secara fizikal mahupun mentally . aku mudah terbawa² dengan masalah . jadi aku rasa dari aku mengalami sindrom kemurungan secara total , lebih baik aku meluahkan dan melepaskannya di sini, tapi bukan secara keseluruhannya aku akan tulis di sini. Part sensitiviti aku akan simpan jauh di sudut hati,..part tue hanya sesuai di kongsikan dengan orang yang paling rapat dengan aku sahaja seperti ibu bapa dan suami.. walaupun aku tau ada yang kurang senang dan akan berkata² di dalam hati seperti "macam kau sorang je ada masalah kan" , tak pun "macam aku nak dengar je masalah kau" .

Tapi itu lah . aku ni selfish sikit . bila aku di duga dan ada masalah je , aku lebih suka luahkan dekat blog.. tanpa aku fikirkan orang lain..yang aku tahu kalau orang tak suka baca orang pasti akan menekan simbol X , menandakan yang mereka tidak berminat mengetahui isinya..Aku suka luahkan dekat sini , tatkala aku ada masalah , otak aku jadi beku , hati aku jadi padat sangat dengan himbunan masalah itu lalu aku lepaskan dan luahkan di sini.Tangisan for sure ada sama kerana kadang² tangisan itu dapat mengurangkan sedikit masalah...Itu bagi aku tapi mungkin tidak bagi anda semua..lain orang lain caranya..tak gitu!!!


Tips:- Banyak cara untuk kita menenangkan diri , mendekatkan diri pada Allah , membaca al quran , banyakkan berzikir..jom kita muhasabah diri.. Berdoa, berusaha dan bertawakal serta memohon dari Allah yang maha menguasai langit dan bumi..

Note :- Terharu sangat bila menerima mesej dari kak ayu subuh tadi..thanks sis walaupun saya masih x reply mesej itu tapi dalam hati saya tersangat la hargai...terima kasih kerana mengambil berat pasal saya dan maaf kerana saya membuatkan akak risau dua tiga hari nie huhuhuhu! sorry sis....












19 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

selagi bergelar manusia dan bernafas selagi itu la masalah sentiasa ada...

Sheherazade said...

I'm willing to hear

yg xmengalami mudah berkata,tabah la wahai amy

love u,xoxo

sesungguhnya zikir adalah terapi terbaik

sisdee said...

klu ada masalah kena luah pada seseorang yg dipercayai..tapi paling dekat ngan kita adalah Allah...dekatkan diri dgn Allah n luahkan ngan dia..sbb klu luah dgn Allah mmg confirm takkan org lain tahu..apapun blaku perlu muhasabah diri..kdg2 Allah nak kita dekat lagi dengan dia tu yg dikasi ujian..

apapun bertabahlah

azura samsuddin said...

betul tu, x sume yg kite nak kite leh dpt, Allah duga kite tu sbb kite mampu hadapi bukan sbb Allah x syg kite, dgn dugaan yg Allah bg tu, kite akan semakin dekat ngan Allah, sesungguhnya 'manis' ujian itu ... peringatan utk diri sndiri

Cik RoSs said...

Sesungguhnya ada hikmah disebalik masalah yang kita hadapi itu.

starzieti said...

Kadang2 masalah nih boleh buat kite jatuh sekejap kan tapi kite bangun balik bile kite da dapat kekuatan. :)

Kakcik Seroja said...

Kita ada cara tersendiri untuk meluahkan rasa hati. Buatlah apapun asalkan tidak menyalahi apa yang ditetapkan Ilahi.

nadia farahida said...

be stronggg yang! :')
Dia sedang menguji amy. semua ujian and dugaan yang berlaku ada sebab and akan ada hikmah disebaliknya. kuatkan semangat ye.

Unknown said...

masalah orang lain kadang2 jadi panduan untuk orang lain yang baca supaya lebih bersedia kalau2 hadapi masalah yang sama..

sahromnasrudin said...

i'm speecless

*SiRibenMerah said...

baca entry neh rasa agree 100%.. :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

setiap manusia pasti di duga ngan masalah..
betul kata amy..

apepun ..sabar tu pasti..

Unknown said...

kak ayu tahu, kamu seorang yang sangat tabah.................

buktinya k.ayu dapat nilaikan dr mata kasar walau kita tak pernah bersua..

teruskan sayang,. teruskan usaha, berdoa dan lakukan y terbaik u kamu dan tersayang

kak sentiasa mendoakan y baik2 buat kamu..

Chekgu Azrine said...

setiap dugaan sudah pasti ada hikmahnya..

semoga amy dapat menempuhinya dengan sabar ye

nia marlissa said...

buat keputusan yg terbaik supaya kita tidak menyesal di kemudian hari

Salina@IbuAqil said...

Selagi DIA sayangkan kita..
DIA x akan pernah berhenti dr menduga kita..
TC sis.. Doa akak sentiasa iringi Amy.. ;)

Panglima7 said...

Assalamualaikum Amy. Amy jangan terlalu kecewa. Jika difikir sedalam-dalamnya....Allah telah mengabulkan doa Amy dan sahabat-sahabat yang lain yang mendoakan Amy untuk dikurniakan anak. Doa Amy untuk dikurniakan anak...telah Allah makbulkan....cumanya kesihatan amy tidak mampu untuk terus mengandungkannya atas sebab-sebab tertentu yang Allah sahaja yang tahu. Ada hikmahnya di sini Amy. Selepas ini...berdoalah...Ya Allah...aku bersyukur Engkau mengurniakan anak untuk dibesarkan dirahimku...tetapi aku lemah Ya Allah. Aku hambamu yang Lemah. Aku tidak mampu mengandungkannya hingga ke 9 bulan. Namun..Aku tidak berputus asa Ya Allah, Aku bermohon kepadaMU..Kurniakanlah dari sisimu anak yang lebih baik lagi sempurna juga kesihatan yang baik agar aku mampu mengandung dan melahirkan zuriat kurniaanMu yang ku tunggu-tunggu selama ini Ya Allah. Aku tidak mampu hidup seorang diri. Sesungguhnya engkau Maha Melihat lagi Mendengar Doa. Sebutlah nama Allah dengan sehabis lembut sebelum membaca doa tadi seperti ini. " Yaa Latif fam bikalkihi, Yaa Alimam bikalkihi, Yaa khobiram bikalkihi. Ultufbinayaaa Latif fuya alii muya khobir. Amalkan Ya Latif ini sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Lebih lagi bagus. Kuarkan airmata tatkala berdoa. Dengan izin Allah akan diberi pertolongan. Ini doa yang diajarkan oleh Nabi Allah Khidir A.S. Panglima dah amalkan 10 pagi dan 10 petang setiap hari....tanpa meninggalkannya. Sungguh hebat zikir Ya Latiff ini....Allah akan bantu bila kita ditimpa kesusahan, yang kita tak mampu terfikirkan bagaimana bentuk pertolongan dariNya. MasyaAllah. !!! Kalau nak tahu kehebatannya...Jadikanlah amalan Amy.
Semoga dengan zikir(doa) Ya Latiff ini...hidup Amy kembali ceria dan Allah ganti semula kandungan Amy dengan yang lebih baik dan sempurna dan diberi kesihatan yg baik.. Doa Panglima untuk Amy dan suami... Semoga Allah bersama dengan Amy. SubhanAllah! Jazakallah Khairan Kathira. Selamat Malam. Wassalam.
** Terpulanglah pada Amy untuk menyiarkan catatan ini ataupun tidak.

Unknown said...

cabaran mematangkan kita

Panglima7 said...

Assalamualaikum Wbr Amy.
Maafkan Panglima kerana lambat membalas komen amy, kerana masa Panglima amat terbatas. Begini... kenyataan amy di entry ini pada fahaman Panglima ialah... amy mengalami keguguran dan ianya berlaku beberapa kali sebelum ini. Itu yang Panglima fahami. Tak tahulah jika fahaman Panglima adalah salah. Maafkan Panglima. Jika benar amy mengandung dan kemudian mengalami keguguran, itu tandanya Allah telah mengabulkan doa amy agar dikurniakan anak. Full Stop, tetapi disebabkan kita manusia yg lemah serta serba kekurangan, rahim kita tak cukup kuat dan bersedia untuk mengandungkan anak tadi..menyebabkan berlaku keguguran. Justeru...Panglima menyarankan agar Amy berdoa di kurniakan kesihatan yang baik agar mampu menerima kurniakan Allah berupa cahayamata di masa yg akan datang dgn berdoa dan mengamalkan zikir/doa Nabi Allah khidir yang Panglima berikan tadi. Panglima memohon maaf takut-takut Amy tersinggung dengan kenyataan Panglima atau mungkin tersalah tafsir dengan maksud panglima. Bukan begitu maksud Panglima. Panglima maksudkan ..kita ini manusia yang lemah dan kurang dari segala segi. Ini ujian Allah untuk hambanya.

Panglima doakan..Semoga Allah bersama-sama dengan Amy. Mohon jangan siarkan ya . Terima kasih.Jazakallah Khairan Kathira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign