Mar 26, 2012

Cara mengetahui perfume yang di pakai sesuai atau tidak dengan diri

 

Soalan yang sering di ajukan oleh customer aku berkenaan dengan perfume..Bagaimana untuk mengetahui  perfume yang kita pakai sesuai dengan diri kita atau tidak. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan perfume.

 Jenis kulit
Anda perlu tahu jenis kulit yang anda miliki sebelum anda tahu jenis perfume apa yang patut anda pakai. Jika kulit anda kering, lazimnya perfume yang anda pakai sama ada tidak berbau langsung atau cepat hilang baunya. Jika kulit anda berminyak , Sama ada bau terlalu kuat atau bertukar bau atau baunya juga menghilang.

Bagi jenis kulit yang kering, digalakkan anda memakai losyen sebelum anda memakai perfume. Ini kerana anda tidak mempunyai minyak dalam kulit anda untuk menahan bau minyak wangi daripada hilang.Dan kerana itulah bau perfume anda cepat hilang dan kurang menyerlah.

Kedua, anda digalakkan menggunakan perfume jenis EDP yang lebih kuat kerana kulit anda kering dan tidak mampu menahan bau perfume, EDP akan melekat lebih lama dengan anda dan baunya akan lebih "mild" dengan anda.

Bagi jenis kulit berminyak, digalakkan memilih jenis perfume EDT dalam pemakaian biasa dan hanya memakai EDP ketika ke majlis rasmi seperti prom, keluar dating, dan sebagainya. Ini disebabkan oleh kulit anda yang berminyak, ia akan menyerlahkan lagi bau perfume yang anda pakai.

Ini bermakna jika anda memakai EDT, barangkali baunya seperti EDP. Dan jika anda memakai EDP, boleh jadi baunya akan terlalu kuat untuk anda.Sama seperti kulit kering, anda juga boleh memakai losyen dengan tujuan untuk meringankan bau perfume EDP yang anda pakai dan pada masa yang sama mengekalkan bau perfume anda dengan lebih lama.

Tempat kerja
Jika anda bekerja di tempat yang panas dan terik, anda digalakkan tidak memakainya kerana dikuatiri akan menyebabkan bau perfume berubah disebabkan perpeluhan anda.Anda boleh menggunakan losyen sebagai backup jika anda tetap mahu memakainya dan anda juga boleh menyemburnya di baju anda walaupun ianya mungkin akan mengotorkan baju anda terutamanya jika ia berwarna.

Tetapi apabila kita bekerja di tempat begitu, kita terpaksa menyembur di baju kita kerana lebih baik baju kotor daripada badan berbau busuk. Baju kotor kita boleh basuh tapi bau badan busuk, semua orang mengata kita. Kadang² sampai setahun pun orang masih mengata.

Jika anda bekerja di tempat yang berpenghawa dingin, digalakkan anda memakai perfume yang lembut seperti EDT kerana bau perfume lazimnya lebih menyerlah di tempat² sejuk khususnya di pejabat atau bilik berpenghawa dingin.

Oleh itu, bagi sesiapa yang nak cari jodoh khususnya perempuan, pakailah perfume berbau bunga. Sangat digalakkan. Dan bagi isteri yang mahu menambat hati suami, buka air cond kuat² dan pakai perfume anda. Sure menambahkan lagi keintiman dan kasih sayang antara suami dan isteri.

Suhu badan
Setiap orang mempunyai suhu kulit yang agak berbeza walaupun suhu dalam badan agak sama. Ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jenis kulit dan sebagainya.Kerana itulah anda boleh memegang tangan kawan anda yang berada di tempat yang sama dan suhu persekitaran yang sama, tetapi apabila kita memegang tangan mereka, satu rasa sejuk dan seorang lagi rasa panas.

Jika ini berlaku, bagi anda yang mempunyai suhu badan yang panas, digalakkan anda memakai perfume EDT kerana suhu badan yang panas akan menyerlahkan lagi baunya. Malangnya bau juga akan cepat hilang.
Bagi yang bersuhu sejuk, anda digalakkan memakai perfume EDP kerana bau perfume yang anda pakai mungkin kurang menyerlah pada diri anda.

Terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi bau perfume seseorang tapi lazimnya 3 inilah yang boleh anda jadikan sebagai panduan anda dalam mencari perfume anda. Semoga anda sentiasa hidup dengan penuh keindahan.

Note: Saya ada menjual perfume Original but rejected.. Reject dari segi botol , x cukup kuantiti dan ada kecacatan di penutupnya... Saya juga ada menjual perfume set dari Dubai , sangat sesuai di jadikan sebagai hadiah harijadi , hantaran pertunangan dan perkahwinan... Untuk hadiah contest pun boleh! hehe..kalau berminat boleh klik SINI..sekiranya anda ingin add page saya, minta tinggalkan mesej terlebih dahulu..TQ!
 
NEW GUCCI BY FLORA 100ML + LOSYEN 120ML + GEL SHOWER 120ML  

 
PERFUME DKNY PINK APPLE (100ML) + LOSYEN (120ML) + GEL SHOWER (120ML)

 
Kate moss , bvl jasmin noir , ricci ricci , black xs

 
Gucci by gucci,perry ellis,angel star,vera wang






16 comments:

Anum said...

thanks for sharing

Ayuni said...

o, baru tau...

Unknown said...

bau perfume tak apa...apa² pun ok...jgn bau ketiak tengit sudah

dear anies said...

ty plh perfume berdasarkn kesedapan baunya.kalu hidung sy bleh terima, so sy bli..cuma 1 hal yg sy kompius...sy x tau sama ada org suka ke x bau yg sy pakai tu sbb bla sy pakai jrg benar ada org tegur..wangi ke busuk ke..

fizafantagiro said...

thx for the info :)

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka perfume Amy... anak-anak kakak lagi suka perfume dan botol-botol kami jadikan koleksi. Cantik tau...

Shiema Sufian said...

wowwww, nice info (:

Kamsiah yusoff said...

amy...akak kalau tak sesuai,pening kepala...mcm issey miyake...alah..takleh pakai...sayang bg kat org...
dari dulu smp skrg..akak pakai burrberry...so sweet...

bunga_rose said...

amy, bunga nak add fb, nk tengok perfume, boleh? roseqimie

me suya said...

betul ke cam ni kak amy..thnxs bagi ilmu berguna..serius tak tahu.. Btw, menarik bisness baru ni.. nk terjah jap..ade berkenan leh rembat :)

Nour Eyza said...

waaa... tips yang bagus! thanks ye.. =)

norhidana said...

tq utk info yg berguna itu kak.... dana nih pakai perfum hantam saja... tp kadang2 dh pakai perfum mcm tak bau lak... tp kalu kt bdn org lain mcm bau sgt2... uhuuk

oh akak ada jual perfum gk... nnti dana nk try beli kt akak la... boleh gitu

Sheherazade said...

thanks dear,tak pernah tau
bertambah ilmu ;)

Al-Abid said...

jom follow my blog..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Peminat setia minyak wangi cma ni...

tq for sharing.. :)

aisoice said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah elmu.

Gema Parfum :
Cara mengetahui parfum yang bagus


--------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign