Mar 15, 2012

Reseller Program atau Drosphip tanpa perlukan modal



Sejak kebelakangan nie ramai yang bertanyakan aku berkenaan dengan dropship/reseller program. So di sini aku terangkan secara ringkas apa yang di maksudkan dengan dropship dan bagaimana anda boleh buat duit dengan program ini...

DROPSHIP/RESELLER PROGRAM
JUAL PRODUK TANPA PERLU SIMPAN/BELI STOK (0% kerugian)


Ketahui terlebih dahulu apa itu Drop-Shipping?
Dropship bermaksud kilang/pemborong/pembekal memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjual barangan tanpa mengeluarkan modal.Ia juga termasuk dengan penghantaran barangan terus kepada pembeli anda tanpa pengetahuan mereka yang barangan tersebut adalah dari pembekal. Ini merupakan salah satu peluang keemasan untuk sesiapa yang ingin memulakan perniagaan secara online. Dropshipping juga bermakna anda tidak perlu simpan stock yang banyak Ada order baru buat pembelian..

Macam mana nak sertai Program Re-seller/Drop-Shipping?
Anda hanya perlu mendaftar terlebih dahulu. Setelah harga agent di berikan , barulah anda  mempromosikan barang yang ingin di jual. Pastikan anda mendapat tempahan daripada pelanggan terlebih dahulu sebelum anda  membuat pembelian kepada pihak pembekal. Di ingatkan , tiada yuran bulanan mahupun yuran tahunan yang akan di kenakan pada agent dropshipper.

Tugas sebagai agent Dropshipper?
1. Jual/promosikan produk dan maklumatnya di web/blog/facebook/laman web sosial anda.
2. Pembeli bayar Harga Jualan kepada anda.Kadar keuntungan yang anda perolehi dianggarkan 10% - 50% (bergantung kepada jenis produk).
3. Anda bayar Harga Belian kepada pembekal.
4. Anda bayar mengikut harga dropshipper yang telah di tetapkan (tambah postage sekiranya ada). Harga Jualan, anda boleh tentukan sendiri berdasarkan harga pasaran.
5. Penghantaran produk akan dilakukan oleh pihak pembekal kepada pelanggan anda.
6. Tidak perlu maintain. TIADA YURAN KEAHLIAN. Buat pesanan barang selepas pembeli anda membuat bayaran.

Kelebihan Dropshipper?
1.Tidak perlu modal.
2.Tidak perlu menyimpan stock barang. Buat pesanan bila pembeli anda telah membuat bayaran.
3.Tidak perlu risau dengan masalah barang yang rosak kerana lama tersimpan/tidak laku.
4.Tidak perlu melakukan aktiviti ‘packing’ dan menghantar produk yang anda jual kepada pelanggan kerana semuanya di lakukan oleh pembekal..


Bagaimana dropshipper ini berfungsi ?


Sekiranya anda berminat untuk menjadi agent dropshipper saya, anda boleh la inbox saya di SINI..




5 comments:

Unknown said...

hebat....tapi nak jual ape ye??

nanti saya fikirkan

Anum said...

ooo
thanks for info

☾SHiemaCMa786☾ said...

Wahh.. tq kerana menerangkan dgn lebih details..
Pada yg berminat boleh la jadi ds amy :)

Unknown said...

saya berminat.tapi apa perlu saya jual?

nor said...

akak stokis ronasutra,dherb r&z suntikan vitamin c dan lain2 produk...sapa2 nak jual di online boleh hubungi akak di talian 0194803904....sms or wasap pun boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign