Apr 17, 2012

Di ganggu Makhluk Ghaib ketika tidur



Uolllsss pernah dengar tak mengenai orang yang sedang tidur kena tindih dengan sesuatu makhluk ghaib sehingga terasa lemas x bernafas.Actually sebelum ni aku pernah postkan di entri INI dan INI...Tapi hari nie aku nak postkan lagi...

Alhamdulillah kejadian itu tidak terjadi lagi pada aku. Lame juga la aku merasa tidur dengan tenang tanpa ada sebarang gangguan. Namun semuanya berubah , apabila baru² nie aku telah di ganggu semula oleh makhluk ghaib tersebut. Tidur aku pun dah mula terganggu , asal nak lelapkan mata je , aku jadi fobia sampaikan setiap malam aku mesti suruh hubby peluk aku tidur kerana risaukan di tindih oleh makhluk ghaib tersebut.

Aku perasan bila aku tidur meniarap , aku tidak di tindih tetapi aku rasakan seluruh badan aku tidak mampu bergerak malah tangan serta kaki aku seperti di ikat.. Bila aku cuba menjerit tetapi suara aku seperti tersekat tidak terkeluar kata².. yang ada cuma laungan dalam hati saja...

Tapi kalau aku tidur telentang , aku pasti akan terasa ada sesuatu makhluk yang menindih aku dari posisi atas sehingga membuatkan aku rasa lemas dan tidak mampu bernafas.. Orang tidur malam lena , sedap di buai mimpi yang indah.. Aku pulak terpaksa bertarung melawan makhluk tue.. Kalau di fikirkan balik macam cerita dongeng pun ada tapi itulah hakikatnya yang terjadi pada aku sekarang..Asal kena tindih je habis badan aku lebam² seperti orang selalu kata mandi malam kena gigit hantu , padahal aku mandi awal pun lebam jugak..camner tue??

Tidur di posisi kiri dan kanan tidak pulak di ganggu..Aduhai adakah posisi tidur aku yang salah sampai aku di buai alam fantasi macam tue atau ianya sekadar perasaan aku saja. Serius aku jadi pelik memikirkan apakah sebenarnya yang terjadi...

Setiap kali berlaku perkara yang sama , aku rasa takut sangat..Padahal sebelum tidur aku dah baca ayat kursi , doa malah di bawah bantal juga aku letakkan surah yasin , di tepi katil dan di kepala katil juga begitu...Tak cukup dengan itu en.hubby akan pasangkan aku ayat suci al Quran melalui hpnya sebelum tidur sehinggalah hp itu mati sendiri. tapi tetap di ganggu jugak!

Adakah kerana badan aku lemah ia mudah menganggu aku atau sebaliknya..Aku percaya ajal dan maut di tangan Allah SWT , aku sentiasa berdoa agar aku tidak mati dalam keadaan tidur kerana aku bimbang akan mati dalam kesesatan tanpa sempat mengucap.. Kerana itu wajib setiap malam aku mengucapkan kalimah syahadah sebelum melelapkan mata..

Ada juga yang mengatakan tidur di tindih atau tidak boleh bergerak di sebabkan oleh gangguan Jin atau boleh jadi juga di sebabkan urat tertentu tertindih. Mungkin benar juga kerana kadang kala bila aku terjaga dari tidur untuk ke toilet, aku rasa kedua belah kaki aku x boleh bergerak seperti kekejangan otot.. Mungkin sama juga masa tidur, dalam posisi tertentu badan boleh jadi kebas kerana darah tak sampai ke sesuatu tempat.

So lepas ini aku nak tidur ikut Sunnah, yang merupakan cara terbaik untuk elak gangguan secara rohani mahupun secara fizikal. Dalam masa yang sama pun aku nak amalkan bacaan MANZIL bagi mengelakkan diri dari di ganggu oleh jin , syaitan atau sihir...

Uolllssss kalau pernah mengalami atau ada kawan² pernah terkena minta share di sini boleh!








15 comments:

Anum said...

anum x pernah alami
alhamdullilah

Unknown said...

sy bujang2 dulu pernah la..tp 2 sbb lupa nk basuh kaki n doa..skang ni jarang2 sgt ler berlaku..cuba jupe ustz sis

Unknown said...

selalu kena jugak.. tp kalau tidur tengah hari la.. skrang dh jarang.. rasa nk gerakkan tgn tp payah sgt.. xleh bercakap.. tp mata boleh nmpak sekeliling.. kalau baca doa, ayat al Quran dlm hati pasti makin rasa lain mcm.. tp lepas tu hilang gak..

*SiRibenMerah said...

huhu.. so far x penah jadi camneh lagi.. tapi my mom cakap, from medical view. kena tindih hantu neh adalah sebab body kita mengalami separa stroke. ada masanya otak kita loss balance sbb terlalu letih.. tuh psl jd cramping. tatau lah kan betul ke tak.. :)

AiniHalim said...

Assalamualaikum,

Seram juga bila BE baca entry akak ni.. Mcm akak ckp yg last tu kemungkinan ada dua sebab kekejangan otot ataupun diganggu jin. Walaubagaimanapun, semua itu kite mmg tak pasti betul atau tidak tp kite akan ttp teruskan bacaan kursi atau mana2 ayat dr Al-quran utk elak dr gangguan Jin.

So far Alhmadulillah BE tak pernah kene tindih klau boleh taknak langsung tp suami BE ada kene skali kat umah. Dia dpt rasa ada bende tindih atas dia semasa dia tidur t'lentang..BE terkejut jugak sbb masa tu BE tak 'bersih' tp suami yg kene. Itu bukan skali hubby kene.. Masa dia pegi out station dgn kwn, dia ada pegi kat satu tmpt yg agak keras (tmpt kwsn perkuburan lama) bila dia nak tido kat hotel dia ada kene tindih.. Mungkin sbb ada t'pijak atau terkene kt bende tu..

Sometime things we do or where we went, we must be careful what we been through..

Harap2 slps ni akak ok.. maybe akak leh letak surah yassin bwh bantal. BE penah ada nightmare yg kerap sblm2 ni, bila letak surah yassin bwh bantal Alhamdulilah lena BE tido..

dear anies said...

housemate sy dulu slalu kena mcm ni.. bla dia d ganggu dia cpt2 bgn then angkat wuduk then solat sunat..pastu dia smbg tido smula..

norhidana said...

alamak ngeri lak la baca kak... dulu2 dana penah gk kene rasa di tindih ni masa tu time study... tp sekali jelah kene n masa tu dana mmg tido sorang2 kt blik hostel... masa kene tindih tu siap rasa cam ada bnda yg tarik selimut lg... mlt nk azan tp tak blh kuar suara... tp tak lama bile dh rasa blh gerak terus ok...

lps mlm tu dana msti baca yassin sblum tdo n tdo ngn bukak lampu... sampai la dana abis sem tu alhamdulillah takde lg kene tindih...

Sheherazade said...

tak pernah alami nya dear
t.care
posisi tido pia selalu berubah,mula2 nak tido mmg mengiring

Unknown said...

mintak dijauhkan

eelobor said...

rasanya macam tak pernah kena lagi setakat ini....

Myra Jay said...

Akak try p jumpa Ustaz @ perubatan Islam minta pendapat..

Takut baca entry nieh

Chiamie Lucas said...

hai Amy, erm.. apa yang kamu alami itu, saya pun pernah alami juga, ianya adalah disebabkan oleh penyakit tidur ataupun dikenali sebagai "sleep paralysis", saya ada buat entri pasal sleep paralysis, kalau rajin lawat lah blog saya k... :-) kita kongsi pengalaman

anyss said...

Assalamualaikum,
sekadar perkongsianlah ya...
1. kalau tangan @ kaki kebas masa terjaga tu...mungkin sebab darah tak mengalir kaw tu terutama bila kaki @ tangan terjuntai ke birai katil utk masa tertentu. kita kan tidur tak sedar diri, tak sedarpun bila masa jadi. Kalau boleh elakkan kaki @ tangan terjuntai tu, insyaAllah dah tak jadi.
2. selain kursi dan doa sebelum tidur, baca juga 3 kul dan beberapa surah lain. pernah tulis dlm entri di blog saya tapi lupa dah tahun bila.
3. selalu pasang kuat2 mp3 ayat2 quran dan rukyah dlm rumah (terutama bilik tidur @ tempat kena ganggu) pada waktu petang (selepas asar hingga maghrib). biasanya saya pasang surah albaqarah & yasin.

cubalah. mana tahu berhasil. kalau tak berhasil kita cuba cara lain, tapi...jangan jumpa bomoh tau. jumpa ustaz tak pe ;)

nairaariaa said...

assalamualaikum...sy pernah dan selalu tdoi kena tindih..dari kecil smpai sekrang.malah lagi teruk.sampai sakit2 badan, dan mnyebabkan asma...tapi bile check kat dr memberitahu sy takde asma.around 3 org dr or lebih periksa sy dan gtaw sy xda asma.pelik kan.tp sy hari2 semput.skrg bila da besar sy da sedar benda ni bukan main2.sy buat tak tahu smpaikan satu mase sy beritahu parent dan mereka bawa berubat.alhamdulillah bile da berubat sy perasan bdn sy yg dl slalu sakit kini da normal.tdo mlm tak semput lagi dan pelu guna ubat inhaler..alhamdulillah.bgn pg pom da tak letih sbb beperang kna tindih mlm2...so,better saudari g cek kt dr dan perubatab islam...jin dan makluk halus jgk menghuni dunia ni cam kite...wassalam...

kaizen said...

ni entry sy dlu

http://mhs-kaizen.blogspot.com/2010/12/dealing-with-unseen.html

hrap2 dpt membantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign