Aug 1, 2011

Salam takziah di atas pemergian ibunda tercinta. Al fatihah


Salam Takziah buat sahabat ku sekeluarga di atas pemergian ibunda tercinta kepada Sang Pencinta Yang Maha Esa Allah s.w.t. Semoga ibunda sahabat ku akan tergolong di kalangan orang² yang beriman hendak-Nya dan semoga sahabat ku dan keluarga tabah menerima ketentuan dari Allah s.w.t.

Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali..

Al Fatihah


Tiada lagi jalan terbaik buat Khairul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia jejari runcing




Selamat berpuasa semua..

Pasti ramai yang telah mengetahui tentang kemelut yang melanda penjaga gol no 1 negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra di panggil Apex. Sejak berita kenyataan Apex memutuskan pertunangannya dengan Aimie Harmelia (Elia)di harian metro semalam , bermacam spekulasi yang di keluarkan samaada dari pihak Apex mahupun pihak Elia.Tidak cukup dengan itu hari nie keluar pula kenyataan bagi pihak Elia menyuarakan rasa tidak puas hatinya mengenai kenyataan yang di berikan oleh Apex.

Ya allah berat sungguh dugaan yang mereka lalui. Dugaan di alam pertunangan memang sangat mencabar , antara kuat dan tidak je kita mempertahankanya. Apa yang terjadi di antara Apex dan Elia telah di tentukan yang jodoh mereka hanya setakat ini sahaja .Terimalah seadanya dan anggaplah apa yang terjadi adalah satu kesilapan yang datang dari diri masing². Perbaikilah kesilapan itu agar kelak kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi.

Bawalah berbincang secara baik dengan kedua belah pihak sekiranya dengan memutuskan pertunangan ini adalah jalan terbaik bagi mereka tapi janganlah pula saling menuding jari , salah menyalahkan antara satu sama lain. Tak ada gunanya! Ambil lah langkah bijak untuk menjernihkan keadaan tapi bukan menyatakan kepada media. Kadang apa yang di sampaikan dengan apa yang di terima mungkin tak sama. Jadi berbincanglah dari hati ke hati. At least apa yang cuba di sampaikan dapat di terima oleh pihak satu lagi dan ianya tidak di salah ertikan.

Kepada peminat² Apex mahupun Elia janganlah kalian terus tuduh menuduh mahupun bercengkam lidah di atas apa yang terjadi di antara Apex dan Elia ini. Aku lihat dari semalam sampailah ke hari ini masing² tak henti² menuding jari. Ingat satu je kita sebagai manusia hanya mampu merancang! rezeki, ajal , jodoh semua di tangan Allah. Perancangan Allah adalah yang terbaik dan ianya pasti akan berlaku.Jadi tak perlulah mempertikaikannya dan menyalahkan sesiapa.Kita sememangnya tidak layak menentukan pihak mane yang salah dan benar jadi biarkan mereka menyelesaikan masalah peribadi mereka.Kita sebagai peminatnya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk mereka dan tidak perlulah menyindir mahupun mengeji mana².

Sekadar pandangan peribadi! Selamat berpuasa dan beramal di bulan Ramadhan yang mulia dan di berkati nanti. Sudah²lah nak menuduh tu ye ingat ni permulaan kita berpuasa jadi kurang²kanlah memperkatakan perkara yang tidak baik dan banyakkanlah berbicara perkara yang boleh meningkatkan amalan kita..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign