Oct 3, 2011

Belajar untuk menerima perubahan

As'salammualaikum...

Di dalam dunia ini, segalanya sentiasa berubah. Musim silih berganti, air pasang dan surut, inflasi turun dan naik, orang yang bekerja boleh menganggur, semua itu adalah hukum alam yang perlu kita akur.

Zaman sekolah dulu, kalau kita belajar sains, Ada serangga yang bertukar warna apabila berada di sesuatu tempat mengikut warna tempat tersebut. Kenapa ia bertukar? salah satu sebabnya kerana keselamatan dan perlindungan. Inilah hukum alam, sesuaikan diri anda dengan kedaan ataupun anda akan ketinggalan dan terus lenyap..

Begitu juga dengan dunia perniagaan, banyak yang berubah dan pakar pun boleh silap dalam memberikan pandangan .Realiti kita boleh lihat sekarang betapa pentingnya komputer pada masa sekarang, samada bagi tujuan peribadi atau perniagaan, malahan komputer juga menjadi medium yang penting bagi komunikasi.

Jadi kesimpulan yang boleh aku nyatakan disini:
  • Apa yang benar hari ini, mungkin tidak lagi menjadi satu kebenaran untuk hari esok, kerana keadaan yang sentiasa berubah mengikut keadaan.
  • Kita gagal hari ini, tidak mungkin akan gagal lagi esok. Begitu juga sekiranya kita berjaya untuk hari ini, esok tidak pasti kita akan berjaya.
Jadi belajarlah untuk menerima perubahan dan yang penting juga, belajarlah untuk menyesuaikan diri mengikut keadaan, kerana yang pasti perubahan akan tetap berlaku samada kita menginginkannya atau tidak.

Bagi seorang yang telah berjaya, mereka bukan sahaja akan menerima sesuatu perubahan, malahan akan sentiasa mengalu²kan perubahan. Yang paling ketara dilihat, seseorang yang tidak sanggup menerima akan di anggap ketinggalan zaman. Soalan saya , adakah kita sanggup hidup hari ini mengikut persekitaran 10 tahun yang lepas? Fikirkanlah…














Oct 2, 2011

Ubat oh Ubat


Salam hujung minggu...

Buat apa hujung² minggu nie , lepak dekat rumah saja atau memenuhi undangan perkahwinan. Aku hari nie rest dekat rumah je... Hubby pun keje so dok diam² layan tv je la...

Hrmm nak cerita pasal kejadian semalam. Actually dua hari lepas badan aku x berapa sihat sangat. Betul² lemah , sampaikan aku boleh meraung la betapa x tahannya menanggung kesakitan.. Bayangkan 3 biji ubat tahan sakit aku dah telan tapi still x berkesan juga.. Last hubby bawa aku ke klinik.. Pergi pulak dua tiga klinik yang biasa pergi tutup! apa punya malang la..kesudahannya pergi farmasi beli ubat tahan sakit lagi.. Sampai di rumah telan ubat terus tido.Tapi tido tue x de la nyenyak sangat , kejap² terjaga terasa bisa² di perut. Memang tersekso rasanya..Hei minta di jauhkan la sakit perut macam tue , dah macam orang keguguran pulak rasanya...

So semalam pagi x de rasa sakit sangat dan still boleh tahan.Jadi tidak la ke klinik. Tapi sebelah petang bawa ke malam dah mula bisa² balik. Jadi en.hubby bawa sekali lagi ke klinik. Lucky klinik buka, masa menunggu doktor pun tidak lame mane..Ok la kan tak de amek masa aku yang sedang moody nie.. Gila kau sakit tue! Orang yang rasa je tahu macam mane rasa bisa² tue dalam perut huhuhu..

Macam biasa masuk bilik doktor explain tue explain nie , last minta buat ultra sound. Di check nya di sekeliling perut aku tue. Dan doktor mula menerangkan satu persatu.Aku dengar je x de masuk dalam otak pun , ye la time tue kita gah sakit..doktor pulak banyak membebel jadi aku angguk je la kepala. Time dah habis check up , doktor menerangkan tentang ubat yang harus di makan nie dan sabtu depan datang balik untuk buat check up..

Masa nak amek ubat di kaunter , bayar la seperti biasa.Kalau dah pergi pakar nie , u all maklum la.Puluh² x main dah semua ratus² je tapi nak buat cam ner kan dah nak sembuh kena la berkorban.Duit masih boleh di cari tapi kalau dah terlantar sehingga meragut nyawa, mane pulak aku nak cari nyawa yang baru..tol tak huhu!

Dah ambil ubat aku pun berlalu ke kereta. Dalam kereta aku sempat membelek resit ubat. Ye la nak tahu gak asal mahal bebenor chargenya kali nie. Belek punya belek sekali terpandang la aku pada angka banyak. Perghhh mahal gila , harga sebiji ubat RM33 , cuba u all bayangkan kalau sepuluh hari dah RM330.Kalau sebulan dah berapa pulak??? Gila babas punya mahal..padan la doktor tue kayo huhuhu...


Note : u all pernah beli ke sebiji ubat semahal tue , aku sebelum nie sampai 7 ringgit lebih je.Itupun aku dah anggap mahal dah bagi aku.Ingatkan itu ubat yang paling mahal rupanya ada lagi yang lebih mahal.Ubatnya kalau besar x pe , ni pil kecik je..Nampak kecik tapi harga boleh tahan huhuhu...

* 5 star untuk uncle google di atas gambar ini *







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign